Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK MENULIS KARANGAN

1.Jenis-jenis Karangan
Bil Jenis Karangan Berformat Tidak berformat
1 Gambaran/Keperihalan/Cereka/Imaginasi/Cerpen
2 Fakta
3 Pendapat/ Perbincangan
4 Peribahasa/ Cogan kata
5 Ulasan
6 Perbahasan
7 Ceramah/ Ucapan/ Syarahan
8 Wawancara/ Dialog/ Forum
9 Berita/ Rencana
10 Laporan
11 Surat Rasmi/ Surat tidak rasmi
12 Skrip Drama

2.Menganalisi tajuk karangan


Mengenal pasti : Tema ( T )
Kata kunci soalan ( K )
Jenis karangan ( J )
Format ( F )
Contoh
1. Persatuan Sejarah sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat
bersejarah di negeri anda. Selaku setiausaha persatuan, anda diminta untuk menulis satu
laporan yang lengkap tentang lawatan berkenaan.
2. Berkebun di rumah akan memberi kepuasan dan keseronokan. Berikan pendapat anda
tentang faedah berkebun di rumah.

1 Tema Lawatan sambal belajar


Kata kunci soalan Tempat bersejarah di negeri saya
Jenis karangan Laporan
Format Berformat

2 Tema Berkebun di rumah


Kata kunci soalan Faedah berkebun di rumah
Jenis karangan Pendapat / perbincangan
Format Tidak berformat
3.Cara menulis perenggan pendahuluan karangan
Ayat pertama Contoh ayat
- Tema soalan 1. Dewasa ini, isu (salin tema soalan ) sering menjadi topik
perbualan masyarakat,
2. Pada zaman medenisasi dan globalisasi ini, (salin tema
soalan ) sering menjadi topik hangat.
3. Sejak akhir-akhir ini, (salin tema soalan ) sering menjadi
bualan masyarakat.
Ayat kedua 1. Masalah ini kian hari kian serius di negara kita.
- Masalah yang 2. Isu ini amat membimbangkan orang ramai.
timbul 3. Kejadian ini semakin meruncing dalam masyarakat.
Ayat ketiga 1. Oleh itu, apakah (salin tema soalan ) ?
- Arahan / ayat 2. Persoalannya, apakah (salin tema soalan ) ?
penegas 3. Terdapat pelbagai {punca / langkah / kesan / kebaikan /
keburukan dan sebagainya }(salin tema soalan ).

Contoh
Masalah pencemaran alam sekitar di negara kita semakin meningkat. Bincangkan langkah-
langkah untuk mengatasi masalah pencemaran yang berlaku.
Pada zaman medenisasi dan globalisasi ini, masalah pencemaran alam sekitar sering
menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat. ( Ayat 1 ). Masalah ini kian hari kian serius
di negara kita dan membimbangkan orang ramai. (Ayat 2)Terdapat pelbagai langkah untuk
mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku.( Ayat 3 )

4.Cara menulis perenggan isi karangan


Ayat pertama Pada pendapat saya, satu daripada ( salin kata kunci soalan )
- Ayat topik termasuklah ……( isi 1 ).
( AT)
Ayat kedua Hal ini dikatakan demikian kerana ……
- Ayat huraian
( AH )
Ayat ketiga Sebagai contohnya / tamsilnya ……
- Ayat contoh
(AC )
Ayat keempat Maka, {jelas bahawa / tegasnya bahawa }, satu daripada ( salin kata
- Ayat penegas kunci soalan) termasuklah ( isi 1 ).
( AP )
Contoh
Cara -cara mengukuhkan semangat kejiranan.
- Kegiatan bergotong-royong

Pada pendapat saya cara untuk mengukuhkan semangat kejiranan termasuklah masyarakat
haruslah mengamalkan kegiatan bergotong-royong.. ( Ayat 1- AT ) Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat akan bergaul mesra sesame jiran mereka ketika melakukan aktiviti bersama-sama.
(Ayat 2- AH) Sebagai contohnya, mereka akan bergurau sends sambal mengumpulkan sampah dan
membuang sampah-sarap.( Ayat 3- AC ) Maka , jelaslah bahawa satu daripada cara untuk
mengukuhkan semangat kejiranan dalam masyarakat adalah dengan melakukan kegiatan bergotong-
royong. ( Ayat 4- AP )

Rangka untuk menulis perenggan isi

Antara ____________(kata kunci soalan)_____________. Hal ini dikatakan demikian kerana


______________________.Contohnya,_________________________________________.Oleh
itu,_________________________________________( kesimpulan daripada isi yang diberikan ).

Seterusnya, ____________(kata kunci soalan)_________. Hal ini dikatakan demikian kerana


______________________.Contohnya,________________________________________.Jelaslah
bahawa ,____________________________________________________( kesimpulan daripada
isi yang diberikan ).

Di samping itu, ___________(kata kunci soalan)______. Hal ini dikatakan demikian kerana
______________________.Contohnya,_____________________________________.Tegasnya,
____________________________________________________( kesimpulan daripada isi yang
diberikan ).

Akhir sekali, __________(kata kunci soalan)_________. Hal ini dikatakan demikian kerana
______________________.Contohnya,_________________________________________.Oleh
itu,____________________________________________________( kesimpulan daripada isi
yang diberikan ).
5.Cara menulis perenggan penutup karangan
Ayat pertama Contoh
- Ayat penyimpul 1.Kesimpulannya, …….
( AP) 2.Konklusinya, …..
3.Tuntasnya, …….
Ayat kedua 1. Jika masalah ini tidak diatasi …..
- Ayat kesan 2. Jika masalah ini diatasi ……
( AK )
Ayat ketiga 1. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk
- Ayat cadangan ( memupuk / menggalakkan/ mengamalkan /
(AC ) mengatasi/ ….) ……
( harus / wajar / perlu / mesti ) 2. Pihak berkenaan harus ……
Ayat keempat 1. Dengan ini, …….
- Ayat harapan 2. Akhir kata, ……
( AH )

Contoh
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup bersatu padu,
Huraikan langkah -langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum.

Kesimpulannya, terdapat banyak langkah untuk memupuk perpaduan kaum dalam


kalangan masyarakat. ( Ayat 1- AP ) Jika amalan perpaduan kaum tidak dipandang serius,
masyarakat tidak dapat hidup dengan aman damai.( Ayat 2- AK ) Oleh itu, semua pihak
harus bekerjasama untuk mengamalkan semangat perpaduan kaum dalam kehidupan
demi keharmonian negara.( Ayat 3- AC) Akhir kata, amalan perpaduan kaum mesti
disemaikan dalam sanubari masyarakat.( Ayat 4- AH)

~~ TERIMA KASIH~~

Anda mungkin juga menyukai