Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN PERMIT SEMENTARA RUMAH PEKERJA (RUMAH

KONGSI) DAN KEMUDAHAN PEKERJA DI LUAR TAPAK PEMBINAAN


BAGI KAWASAN PERINDUSTRIAN DI BAWAH SELIAAN P
ERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pembangunan Dan Pengindahan Majlis


Bandaraya Seberang Perai Yang Ke 9 Pada 07 September 2021

1
GARIS PANDUAN PERMIT SEMENTARA RUMAH PEKERJA (RUMAH KONGSI)
DAN KEMUDAHAN PEKERJA DI LUAR TAPAK PEMBINAAN BAGI KAWASAN
PERINDUSTRIAN DI BAWAH SELIAAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU
PINANG (PDC)

1.0 PENGENALAN
Penyediaan garis panduan ini adalah untuk membantu Majlis Bandaraya Seberang Perai
(MBSP) mempertimbangkan permohonan pelan bangunan atas asas permit sementara
rumah pekerja (rumah kongsi) dan kemudahan pekerja yang hendak didirikan di luar
tapak pembinaan bagi kawasan perindustrian di bawah seliaan Perbandanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

2.0 TUJUAN

2.1 Berdasarkan pembangunan yang kian pesat di Seberang Perai garis panduan
yang dicadang ini mampu memenuhi permintaan di kawasan perindustrian di
bawah seliaan Perbandanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk
membantu mengalakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang, khususnya
di Seberang Perai.

2.2 Garis panduan ini juga boleh antaranya :-

i. Membantu mempercepatkan permohonan pembinaan rumah pekerja (rumah


kongsi) dan kemudahan pekerja sementara dengan secara tidak langsung
dapat mempercepatkan pembinaan bangunan industri utama.

ii. Membantu kontraktor atau pemilik bangunan menyediakan penginapan dan


kemudahan pekerja yang lebih kondunsif bagi mengekang penularan
pendemik covid-19 dengan lebih teratur dan terkawal.

iii. Meminimakan pergerakan pekerja-pekerja dalam sektor pembinaan


dalam kawasan pembinaan di kawasan perindustrian di bawah seliaan
Perbandanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan mengurangkan
risiko keselamatan, kebersihan serta kacauganggu kepada penduduk
setempat.

2
iv. Memacu pertubuhan ekonomi bagi mempercepatkan pembinaan bangunan–
bangunan dalam sektor industri.

v. Membantu kepada pemilik bangunan atau pelabur yang mempunyai isu


keluasan tanah yang terhad ketika proses pembinaan.

3.0 PEMAKAIAN GARIS PANDUAN


Garis panduan ini hanya sah digunakan untuk Majlis Bandaraya Seberang Perai sahaja
bagi pembinaan rumah pekerja/rumah kongsi dan lain-lain bangunan kemudahan pekerja
di luar tapak pembinaan bagi kawasan perindustrian di bawah seliaan Perbandanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sahaja
4.0 KATEGORI KEGUNAAN BANGUNAN YANG TERLIBAT
Rumah Pekerja, Rumah Kongsi, Kuarter pekerja dan lain-lain bangunan
kemudahan pekerja secara sementara.

5.0 SYARAT - SYARAT YANG PERLU DIPATUHI


1. Permit Sementara hanya dibenarkan di kawasan Perindustrian di bawah
seliaan , Perbandanan Pembangunan Pulau Pinang Sahaja (PDC)

2. Permohonan permit sementara hanya dibenarkan di atas tanah milik


Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sahaja dengan kebenaran
dari agensi terbabit.
3. Tempoh Permit Sementara akan berakhir pada 31 Disember setiap tahun
dan tempoh yang dibenarkan tidak melebihi tiga (3) tahun.
4. Struktur rumah penginapan (rumah kongsi) dan kemudahan pekerja
hendaklah dirobohkan setelah permit sementara tamat atau Sijil Perakuan
Siap dan Pematuhan (CCC) bagi projek tersebut dikeluarkan atau mana yang
terdahulu.
5. Mengemukakan Pelan Bangunan melalui pihak perunding dan
dipertimbangkan atas asas permit sementara kepada Jabatan Bangunan
MBSP untuk pertimbangan.
.
6. Pemohon dikehendaki mengemukakan PKM kerja tanah dan pelan kerja tanah
kepada MBSP sekiranya terdapat kerja tanah baharu bagi tapak cadangan berkaitan.

7. Pemohon hendaklah mendapatkan lesen perniagaan (Lesen Premis dan Iklan) bagi
aktiviti rumah kongsi dan apa-apa aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam
kawasan tapak rumah kongsi dalam tempoh 30 hari.

8. Pihak pemohon hendaklah menyatakan permohonan permit sementara yang

3
dikemukakan terlibat dengan projek pembangunan yang telah diluluskan di kawasan
Perindustrian di bawah seliaan Perbandanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
9. Sebarang aduan berkaitan aspek kebersihan, kacau ganggu, kesesakan lalu
lintas, keselamatan dan lain – lain aduan berasas yang diterima oleh MBSP
terhadap penginapan pekerja untuk tempoh sementara tersebut boleh
menyebabkan kelulusan dibatalkan atau ditarik balik atau penyambungan
tempoh tambahan tidak dibenarkan.

10. Pemohon dikehendaki menyediakan tong sampah dan tong kitar semula
yang mencukupi di premis penginapan. Semua sampah sarap hendaklah
dimasukkan ke dalam karung plastik atau lain-lain bekas yang sesuai
sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah. Pemohon perlu melantik
kontraktor bagi tujuan pengurusan pembuangan sampah secara terus ke
Tapak Pembuangan Sisa Pepejal Pulau Burung dan menanggung apa-apa
kos sendiri.

11. Pemohon perlu mematuhi segala syarat – syarat keselamatan Kebombaan


seperti menyediakan kelengkapan memadam kebakaran yang mencukupi
disediakan, diselenggara dan berfungsi dengan baik.

12. Pemohon hendaklah menyediakan dan menyelenggara sistem kumbahan


dan saliran yang mencukupi dan mematuhi peraturan menyediakan dan
menyelenggara dengan baik sistem peparitan dan kumbahan di tapak.

13. Mematuhi kehendak-kehendak Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang


Bandar, Jabatan Kejuruteraan,Jabatan Pelesenan,Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran,Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
14. Mengikut syarat-syarat dan kaedah permohonan sedia ada bagi Permit
Binaan Sementara Untuk Pelan Lulus Jabatan Bangunan MBSP iaitu
kelulusan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja. Permit akan
dibatalkan atau tidak dapat diperbaharui sekiranya syarat-syarat permit
sementara tidak dipatuhi.
6.0 BATASAN PEMBINAAN

Majlis berhak untuk tidak mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan ini


berdasarkan kepada Undang-undang/Garis Panduan/Prosedur sediada

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

Berkuatkuasa serta merta pada tarikh kelulusan

Anda mungkin juga menyukai