Anda di halaman 1dari 36

ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

TOPIK 1

ATURAN KESELAMATAN ELEKTRIK

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

1.1 Keperluan Kanun/Kandungan

Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447),Peraturan Peraturan Elektrik 1994,


mengandungi beberapa peruntukan perundangan yang MESTI dipatuhi.Semua
Jurutera/Eksekutif Teknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah dikehendaki
mengetahui dengan mendalam semua Akta dan Peraturan di atas. Juruteknik
dan Penyelia (Orang Yang Menjaga Pasukan Kerja) adalah dikehendaki
mengetahui peruntukan yang berkaitan dalam bidang kerja mereka.

KANDUNGAN

Seksyen 1 – Peruntukan Am
Seksyen 2 – Definasi
Seksyen 3 – Aturan Keselamatan Elektrik
Untuk Menjalankan Kerja Pada
Radas Voltan Tinggi
Seksyen 4 – Arahan Untuk Kerja Pada Sistem
Voltan Rendah

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Seksyen 1 – PERUNTUKAN AM

1.2 Objektif Aturan Keselamatan Elektrik

TNB telah mengariskan Aturan Keselamatan Elektrik untuk melindungi semua


Pekerja TNB, Pengguna, Kontraktor dan lain-lain, untuk mengawal semua
tanggungjawab dan menguasai kerja yang berkaitan dengan bekalan elektrik
pada keseluruhan pepasangan TNB dan memastikan keselamatan kepada
semua yang bekerja ke atas pepasangan TNB.

Aturan aturan ini adalah tambahan dan bukan gantian kepada sebarang
peruntuk perundangan Akta ia itu
• Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)
• Peraturan –Peraturan Elektrik 1994
• Undang2 Pembekalan Elektrik
• Arahan Teknik
• Perkeliling Kejuruteraan (Pembahagian)
• Edaran Kejuruteraan (Pembahagian) TNB

1.3 Tugas-Tugas

Tanggungjawab semua orang yang berkaitan dengan kendalian dan bekerja


pada sistem dan radas TNB untuk mengetahui dengan mendalam Peruntukan
Kanun dan Aturan Keselamatan Elektrik.

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Tidak tahu atau tidak peka terhadap Peruntukan Kanun dan Aturan,Arahan
Keselamatan Elektrik tidak boleh diterima sebagai alasan mengabaikan tugas
terhadap keselamatan.
Ketua Pasukan mesti memastikan ahli-ahli pasukannya memahami dengan
mendalam kerja yang akan dilakukan serta langkah-langkah keselamatanya.

1.5 Perkakas Perlindungan Diri (PPD)

Perkakas keselamatan saperti Topi Keselamatan serta ‘Visor, Sarung Tangan,


Tali Pinggang Keselamatan, Kasut Keselamatan, Sarong Tangan ,Baju Kalis Api
dan lain-lain yang mana telah dibekalkan oleh TNB untuk perlindungan diri perlu
di periksa sebelum dan selepas digunakan supaya senantiasa dalam keadaan
baik. Ia perlu digunakan pada setiap masa semasa bekerja pada system elektrik
TNB.Perkakas yang didapati tidak berada dalam keadaan baik hendaklah
ditanda ROSAK dan kembali kan kepada stor.

1.6 Bantahan

Penerima Arahan berkenaan kerja atau kendalian pada perkakas Voltan Tinggi
atau Voltan Rendah boleh membuat bantahan dari menjalankan arahan tersebut
kepada Pemberi Arahan. Bantahan akan disiasat oleh Pemberi Arahan dan
dirujuk kepada pihak atasan jika perlu

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

1.7 Kejadian yang Merbahaya dan Kemalangan

Semua Kejadian yang Merbahaya dan Kemalangan hendaklah dilaporkan


mengikut Keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 Bahagian VII Seksyen 33 (1)
hingga (6) dan Arahan TNB yang sediada.

1.9 Rawatan Untuk Kejutan Elektrik

Semua orang yang mungkin terlibat dengan kendalian dan kerja-kerja pada
sistem dan radas-radas elektrik mesti memahirkan diri mereka dengan rawatan
untuk kejutan elektrik.

Sesaorang perlu tahu memberi bantuan pemulihan pernafasan dan jantung


‘CARDIO PULMONARY RESUSCITATION (CPR) jika perlu

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Seksyen 2 - DEFINASI

RADAS
Sebarang radas, perkakas dan pengalir dimana voltan kendaliannya ialah seperti
berikut:

2.1 Radas VOLTAN TINGGI


Melebihi 600V Fasa – Bumi atau 1000V Fasa – Fasa

2.2 Radas VOLTAN RENDAH


Tidak melebihi 600V Fasa – Bumi atau 1000 V Fasa – Fasa

2.11 Bahaya
Risiko kehilangan nyawa, kecederaan anggota badan, kesihatan, atau
kerosakan harta benda

2.12 Mati

Pada atau hampir 0 Voltan dan dibuka daripada semua sistem hidup
(Radas yang mati tidak selamat sehingga ianya diasingkan,dibuktikan mati
dan dibumikan)

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

PEMBUMIAN

2.13 Dibumikan

Sebarang radas, perkakas dan pengalir yang telah disambung ke bumi dengan
cara yang sentiasa membolehkan pembuangan cas tenaga elektrik serta merta
tanpa bahaya. Semua fasa dilitar pintaskan dan disambung ke bumi dengan
berkesan.

2.14 Cantuman Pembumian

Pengalir beranyam yang lentur dengan keratan rentas tidak kurang dari 50mmp
senilai tembaga, dipasang dengan pengapit yang bersesuian dan dicantum
dengan berkesan pada semua pengalir sesuatu litar serta disambung ke bumi.
Cantuman Pembumian yang digunakan di stesen-stesen janakuasa dan
Pencawang Penghantaran hendaklah mempunyai keratan rentas tidak kurang
dari 65mmp senilai tembaga .

2.15 Rod Pembumian

Rod bertebat yang diluluskan berhujung kepala logam dan bercangkuk dimana
dawai pembumian mungkin disambung dan rod tersebut digunakan selepas
dibuktikan sesuatu litar mati dengan menyentuh atau menggantung pada
pengalir. Penebat rod tersebut mesti bersesuaian untuk sistem voltan litar yang
hendak dibuktikan

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

2.16 Pembumian Utama Litar

Pembumian yang diluluskan yang dipasang oleh Pegawai yang Mengawal atau
Orang Berkebenaran SEBELUM SKMK/SKMKK dikeluarkan

2.17 Pembumian Tambahan

Jenis pembumian yang diluluskan yang dipasang SELEPAS SKMK/SKMKK


dikeluarkan
Contoh : Pembumian yang dipasang di tempat kerja sebenar

2.18 Penyuisan Voltan Tinggi

Kendalian perkakasuis Voltan Tinggi, Pengasing, Fius atau lain-lain cara


membuka atau menutup litar.
Jika litar Voltan Tinggi boleh dihidupkan atau dimatikan melalui perkakas Voltan
Rendah, maka penyuisan ini dianggap sebagai Penyuisan Voltan Tinggi

2.19 Zon Voltan Tinggi

Seorang itu dianggap berada di dalam Zon Voltan Tinggi jika ia:
• Memasuki kawasan berbangunan atau luar bangunan yang berpagar
mengandungi radas Voltan Tinggi yang boleh dicapai atau
• Memanjat tiang yang menyokong litar Voltan Tinggi atau
• Melintasi penghadang panjat pada menara keluli, struktur atau tiang
penyokong litar Voltan Tinggi

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Radas yang tertutup sama sekali dengan kepok logam yang disambung
kepada bumi tidak dianggap boleh dicapai, asalkan semua penutup , pengatup
dan lain-lain telah dipasang dan dikuncikan serta anak kuncinya disimpan
dengan selamat.
Jika salah satu dari penutup tersebut dibuat dari jaring logam atau lain-lain
binaan yang serupa, radas ini dianggap boleh dicapai.

2.20 Hidup

Mempunyai cas elektrik

2.21 Kunci Tidak Piawai

Kunci yang tidak boleh dibuka atau ditutup oleh anak kunci lain dan berbeza
dari kunci piawai

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

NOTIS - NOTIS

2.22 Notis Awas

Jenis Notis yang diluluskan membawa maksud amaran melarang


menghidupkan radas.

2.23 Notis Bahaya

Jenis Notis yang diluluskan menarik perhatian kepada keadaan bahaya


menghampiri atau mengganggui radas.

2.24 Notis Pengujian Sedang Dijalankan

Notis yang diluluskan bertulis BAHAYA,PENGUJIAN SEDANG DIJALANKAN

10

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Seksyen 3 – Aturan Keselamatan Untuk Menjalankan Kerja Pada Radas


Voltan Tinggi

3.1 Masuk/Mencapai

3.1.1 Memasuki Zon Voltan Tinggi

a) Semua pintu pagar, pintu atau peralatan lain menghala ke Zon Voltan
Tinggi hendaklah dikunci kecuali apabila ianya digunakan.
b) Orang Berkebenaran boleh menjaga dan bertanggungjawab
sepenuhnya keatas Zon Voltan Tinggi untuk memastikan
langkah-langkah keselamatan di tempat kerja dipatuhi.
c) Ahli-ahli pasukan kerja mungkin dibenarkan masuk ke Zon Voltan Tinggi
oleh Orang Berkebenaran

Nota pada perkara c)

1. Apabila SKMK/SKMKK telah dikeluarkan maka pemegang dokumen itu


adalah bertanggungjawab, tertakluk kepada kerja yang terkandung di
dalam dokumen tersebut

2. Tanggungjawab ahli-ahli pasukan kerja:


i) Mematuhi langkah keselamatan.
ii) Memastikan semua arahan Orang Berkebenaran dipatuhi.
iii) Sebarang kemusykilan dan keraguan tentang langkah keselamatan perlu
mendapat penjelasan daripada Orang Berkebenaran.

11

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

d) Orang yang tidak layak mungkin dibenarkan masuk dengan diatur oleh
Pegawai Yang Mengawal. Semasa berada dalam Zon Voltan Tinggi,
orang yang tersebut mestilah sentiasa berada di bawah pengawasan
terus Orang Berkebenaran

3.1.2 Mencapai Radas Voltan Tinggi

a) Semua Radas Voltan Tinggi mestilah dianggap hidup sehingga ianya


telah diasingkan, dibuktikan mati, dibumikan dan tertakluk kepada
SKMK/SKMKK

b) Sawar/penghadang (termasuk pelit pada tangga laluan masuk) yang


menghalang masuk ke ruang-ruang, sel-sel, peti-peti yang mengandungi
pengalir Voltan Tinggi yang terdedah, hendaklah dikunci dan tidak
dibenarkan membukanya melainkan oleh Orang Berkebenaran

c) Semua pengatup “spout” yang tidak diperlukan untuk kerja atau kendalian
segera, jika tidak dibuat dalam keadaan tidak boleh dicapai, mestilah
dikunci

12

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.1.3 Laluan Masuk ke Ruang Bawah Tanah

• Tidak dibenarkan sesiapa masuk ke dalam mana-mana ruang bawah


tanah tanpa keizinan Orang Berkebenaran
• Merokok dan api yang terdedah tidak dibenarkan apabila berada dalam
ruang bawah tanah
• Bila wasap merbahaya berkemungkinan wujud langkah-langkah
pengcegahan mesti diambil termasuk ujian gas
• Sistem udara yang baik perlu wujud dan alat bantuan pernafasan perlu
disediakan apabila bekerja didalam ruang bawah tanah
• Dimana seorang atau lebih pekerja perlu berada didalam ruang bawah
tanah yang mempunyai laluan masuk yang terhad maka perlu seorang
pekerja tambahan perlu ditugaskan diluar ruang dan berkomunikasi
dengan mereka yang berada di dalam ruang bawah tanah

3.1.4 Kontraktor Dalam Zon Voltan Tinggi

• Semua kerja oleh Kontraktor dan/atau pekerjanya dalam Zon Voltan


Tinggi hendaklah dijalankan dibawah SKMK/SKMKK.
• Bagi kes-kes dimana Zon Voltan Tinggi berada didalam Pencawang atau
Stesen Suis maka Zon Voltan Tinggi hendaklah dibawah jagaan secara
langsung oleh orang yang layak saperti di perengan (b) atau (c) dari
Aturan 3.1.1. Semua kontraktor dan pekerjanya mestilah mematuhi
segala Aturan Keselamatan Elektrik berkaitan kerjanya

13

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.2 Tingkah Laku Dalam Zon Voltan Tinggi

3.2.1 Penggunaan Tangga Mudahalih dan Objek-objek


Panjang Dalam Zon Voltan Tinggi

a) Kegunaan tangga yang luluskan dan panjangnya tidak melebihi daripada


keperluan kerja

b) Perlu dapat kelulusan dari Orang yang Berkebenaran

c) Cara membawa perlu diawasi oleh penyeliaan terus orang yang menjaga
kerja.Perlu membawanya pada kedudukan mendatar dan sebolelnya
hampir ke tanah

3.2.2 Memanjat Dalam Zon Voltan Tinggi

Kecuali apabila menggunakan tangga mengikut Aturan 3.2.1(b) tidak


seorang dibenarkan memanjat sebarang struktur melainkan
cara memanjat itu adalah selamat dan diperhatikan oleh orang
yang kedua di kawasan TERHAMPIR. Dalam setiap kes saperti ini
salah saorang daripada mereka mesti Orang Berkecekapan.

14

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.2.3 Kenderaan dan Peralatan Berat Dalam Zon Voltan Tinggi

Kenderaan jika perlu bergerak,memuat atau memunggah diZon


Voltan Tinggi perlu mendapatkan kelulusan Orang Berkebenaran.

Orang Berkebenaran mesti menentukan kelegaan keselamatan


jika kenderaan dan peralatan berat saperti jengkorek,kren,
jentuai padi,peranca siapbina dan peralatan sapertinya ingin
bekerja berhampiran dengan talian atau pepasangan hidup
dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

i) Pergerakan peralatan tersebut


ii) Risiko pergerakan peralatan yang tidak dijangkakan
iii) Kestabilan peralatan tersebut semasa pergerakan
dan penggunaannya.
Orang Berkebenaran perlu memasang penghadang
keselamatan.Tidak dibenarkan masuk bagi orang yang tidak
berkenaan.

Peralatan atau kenderaan tersebut perlu dibumikan.Dimana


pembumian adalah sukar untuk dikekalkan ketika pengerakan
peralatan atau kenderaan tersebut maka pengawasan
dibawah penyeliaan terus mesti dijalankan.

15

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.3 Pengawasan Am Yang Mesti Diambil Sebelum Bekerja


Pada Radas Voltan Tinggi

3.3.1 Tidak seorang pun dibenarkan menjalankan sebarang


jenis kerja pada mana-mana bahagian radas
Voltan Tinggi kecuali bahagian-bahagian tersebut:

a) Mati
b) Diasing serta semua langkah-langkah praktik diambil
untuk mengunci daripada pengalir hidup termasuk
bekalan Voltan Rendah, alatubah bantu dan perkakas
pembumian neutral sepunya daripada yang mungkin
boleh dihidupkan
c) Dibuktikan mati dimana praktikal dan disambung ke bumi pada
mana tempat-tempat pengasingan bekalan di radas-radas
termasuk tempat pengasingan daripada perkakas pembumian
neutral sepunya dimana boleh dipasang, atau di antara tempat-
tempat kerja sebenar dan Notis Awas dipasang
d) Dihadang secara fizikal jika perlu untuk menghindar bahaya
dan Notis bahaya dipasang.
e) Memberi kebenaran bekerja dengan mengeluarkan
SKMK/SKMKK berkenaan

16

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.3.1 Kesimpulannya bahagian-bahagian tersebut mestilah:

• Mati
• Diasingkan dan dikunci pengalir hidup
• Dibuktikan mati, pembumian, Notis Awas
• Hadang, Notis Bahaya
• Keluarkan SKMK/SKMKK

3.3.2 Orang Berkebenaran yang mengeluarkan SKMK


memastikan keperluan Aturan Keselamatan Elektrik
kerja dipatuhi.
Orang Berkebenaran yang mengeluarkan SKMK mestilah
mendapat pengesahan terhadap langkah-langkah keselamatan
yang telah dilakukan di tempat yang jauh daripada lokasinya
secara terus daripada Pegawai Yang Mengawal

3.4 Penyuisan Voltan Tinggi

3.4.1 Kendalian Perkakasuis

a) Penyuisan Voltan Tinggi hanya boleh dijalankan oleh Orang


Berkebenaran atau Orang Berkecekapan yang dibenarkan khusus untuk
penyuisan, melainkan membuka dan menutup perkakasuis Voltan Tinggi
berjadual yang dipersetujui untuk kawalan perkakas bantu atau
membuka dalam kes kecemasan

17

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

b) Penyuisan Voltan Tinggi tidak boleh dijalankan tanpa keizinan


dari Pegawai Yang Mengawal berkenaan melainkan dalam
kes kecemasan atau penyuisan untuk tujuan pengujian di
bawah Aturan 3.4.2

c) Sebelum sebarang penyuisan dijalankan pada mana- mana sistem


yang mungkin melibatkan sistem-sistem lain, Pegawai Yang Mengawal
yang membenarkan penyuisan hendaklah berhubung dengan Pegawai
atau Pegawai-Pegawai Yang Mengawal sistem-sistemyang terlibat.

d) Penyuisan di atas arahan Pegawai Yang Mengawal atau dengan


keizinannya hendaklah dijalankan tanpa lengah

e) Semua penyuisan hendaklah dilaporkan kepada Pegawai


Yang Mengawal dengan secepat mungkin

f) Sebelum menjalankan sebarang arahan Penyuisan Voltan


Tinggi, penerima mesti mempertimbangkan implikasinya
serta memohon penjelasan lanjut atas butir-butir
kemungkinan atau kesan yang diragukan

g) Menentukan hidup atau mati dengan perjanjian awal yang


difahami selepas jarak masa yang dipersetujui atau
dengan syarat tidak dibenarkan

18

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

h) Apabila perkakasuis menunjukkan keadaan tidak normal


perkakasuis tersebut tidak boleh dikendalikan dan
Pegawai Yang Mengawal hendaklah diberitahu.

3.4.2 Penyuisan Untuk Tujuan Pengujian

a) Apabila sebahagian radas telah diasingkan untuk tujuan


pengujian dan keizinan dari Pegawai Yang Mengawal
diperolehi Orang Berkebenaran boleh memberi keizinan
am bagi tujuan kerja tertentu dibahagian radas yang
telah diasingkan dan juga menyambung bekalan ujian

b) Orang Berkebenaran adalah bertanggungjawab atas


pengujian yang dijalankan dengan langkah-langkah
keselamatan yang mencukupi mengikut Aturan dengan
tegas.

c) Dimana pengujian melibatkan pengunaan Voltan


Tinggi Orang Berkebenaran atau Orang Berkecekapan
yang menjaga mestilah memastikan kawasan tersebut
dihadang dan letak orang yang mencukupi untuk
menjaga dari orang memasuki kawasan tersebut
dengan tidak sengaja.

19

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.4.3 Radas Yang Boleh Dihidupkan Lebih Dari Satu Sistem


Kawalan

Sebelum sebarang penyuisan atau pembumian dijalankan atau


SKMK/SKMKK dikeluarkan untuk kerja pada radas yang boleh
dihidupkan dari sistem kawalan lebih dari satu :

i) Pengawai Yang Mengawal adalah bertanggungjawab


untuk berhubung dengan Pegawai Pegawai Mengawal
yang lain

ii) Butiran tindakan penyuisan perlu direkodkan di semua


pusat berkenaan

3.4.4 Mematikan dan Mengasingkan

a) Radas hendaklah dimatikan dengan membuka semua pemutus litar, suis


minyak, pengasing, penyambung atau perkakas fius yang berkaitan.

b) Pengasing hendaklah dibuat dengan membuka


pengasing, suis minyak atau penyambung atau menurun
atau menarik keluar pemutus litar atau mengeluarkan
fius-fius.
Pengasing dimana pembukaan di udara tidak kelihatan, pembukaan suis
minyak atau pemutus litar, bersama dengan tindakan positif untuk
memastikan mekanisma penutupan tidak dapat dikendalikan, boleh
diterima sebagai ganti.

20

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Dalam semua keadaan dimana kemudahan penguncian disediakan pada


alat-alat pengasingan, ianya hendaklah dikunci serta merta selepas
pengasingan kecuali di mana tidak praktikal kerana keperluan proses
pengujian.

c) Tempat-tempat sambungan neutral yang boleh mengalami


kenaikan voltan hendaklah dibuka seperti perenggan (a) di
atas.Pembukaan ini tidak perlu jika perkakas neutral bersambung kepada
satu alatubah sahaja yang mana kerja dijalankan.

d) Kemungkinan bekalan suabalik dari bahagian Voltan Rendah alatubah


kuasa, alatubah voltan atau alatubah bantu hendaklah dikeluarkan
dengan cara pengasingan seperti perenggan (a) dan/atau (b) di atas

3.4.5 Perutusan Telefon

Maklumat, arahan atau perakuan persediaan boleh disalurkan


melalui alat telekomunikasi. Orang yang mengeluarkan arahan/pesanan
adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan arahan
tersebut dan dicatitkan secara bertulis dimana setiap ayat perlu diulang
dengan penuh oleh penerima dan disahkan oleh pengeluar arahan
tersebut

21

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.4.6 Merekodkan Penyuisan

Dimana lembaran log disediakan, satu rekod bagi semua Penyuisan


Voltan Tinggi hendaklah diisi. Pegawai Yang Mengawal hendaklah
merekod (atau pastikan direkod) dalam lembaran lognya, masa dan butir-
butir semua Penyuisan Voltan Tinggi kecuali penyuisan berjadual yang
dipersetujui.

3.4.7 Notis Awas dan Notis Bahaya

a) Notis Awas hendaklah dipasangkan pada semua


perkakasuis atau radas yang mengawal radas yang telah
dimatikan dimana kerja akan dijalankan.
b) Notis Bahaya hendaklah dipasang dimana berkenaan,
pada atau sebelah radas hidup pada had zon dimana
kerja mungkin dijalankan.
c) Notis Awas, Notis Bahaya, sawar dan penghadang
hendaklah dipasang atau dialih hanya di bawah penyeliaan
Orang Berkebenaran.

22

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Contoh Notis Awas dan Notis Bahaya dipasang.

23

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.5 Pembumian

3.5.1 Kendalian

Pembumian Utama Litar hanya boleh dipasang atau dikeluarkan oleh


Orang Berkebenaran atau dengan keizinan Pegawai Yang Mengawal
atau Orang Berkecekapan bertindak di bawah penyeliaan terus Orang
Berkebenaran.
Pembumian Tambahan hanya boleh dipasang atau dikeluarkan oleh
Orang Berkecekapan yang bekerja di bawah SKMK/SKMKK.
Pemasangan Dawai Pembumian dengan Rod yang diluluskan hanya
boleh dipasang atau dikeluarkan oleh Pasukan Kerja yang mengandungi
tidak kurang dari dua orang.

3.5.2 Perkakas

a) Apabila Radas Voltan Tinggi perlu dibicas dan dibumikan, ia


hendaklah dilakukan dengan menggunakan pemutus litar, suis
pembumian, perkakas khas yang diperuntukkan atau dengan
lain-lain cara yang diluluskan.
b) Dawai pembumian dan pengepit berkaitan yang digunakan sebagai
cantuman pembumian hendaklah dari jenis yang diluluskan
dan mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk kegunaan di
tempat pemasangan.
c) Dawai pembumian hendaklah disenggarakan dengan teratur
dan sentiasa diperiksa sebelum dan selepas digunakan

24

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.5.3 Prosidur

a) Sebelum memasang Pembumian Utama Litar, langkah-langkah yang


mencukupi hendaklah diambil untuk mengenal pasti litar berkenaan,
memastikan litar itu telah dimatikan dan di mana praktikal diuji dengan
penunjuk voltan dari jenis yang diluluskan. Penunjuk tersebut diuji
sebelum dan sesudah penentuan.
b) Apabila pemutus litar digunakan untuk membuat sambungan
pembumian, kemudian pelantik hendaklah dijadikan dalam keadaan
tidak boleh dikendalikan sebelum penutupan melainkan ianya tidak
praktikal. Selepas penutupan, langkah- langkah hendaklah diambil
untuk mengunci apa jua kemudahan pelantikan atau pembukaan
pemutus litar.
c) Prosidur untuk diikuti apabila menggunakan dawai pembumian ialah:
i) Dawai pembumian hendaklah disambung ke sistem pembumian
dengan kemas sebelum dipasang ke fasa. Dawai pembumian
hendaklah dipasang ke fasa dengan menggunakan rod atau perkakas
lain yang diluluskan dan perhatian mesti diambil untuk memastikan
sentuhan yang baik.
ii) Semua fasa hendaklah dibumikan walaupun kerja hanya dilakukan
keatas satu fasa sahaja.
iii) Apabila dawai pembumian akan di keluarkan, dawai pembumian
hendaklah dibuka sambungan dari fasa dahulu dan diikuti oleh
sambungan sistem pembumian kemudiannya

25

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.5.4 Merekod

a) Setiap kendalian hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Yang


Mengawal dengan secepat mungkin setelah selesai dan lokasi pada
setiap Pembumian Utama Litar hendaklah rekodkan di
dalam SKMK/SKMKK
b) Dimana lembaran log disediakan satu rekod untuk semua
sambungan dan pembukaan Pembumian Utama Litar
hendaklah direkod. Masa serta butir-butir sambungan
dan pembukaan Pembumian Utama Litar hendaklah direkodkan
oleh Pegawai Yang Mengawal atau memastikan direkod di
dalam lembaran lognya.

3.8 Kerja Pada Perkakas Perisailogam Voltan Tinggi

3.8.1 Spout Basbar DiPapansuis Panca Panel

Apabila kerja akan dijalankan pada spout basbar,


kendalian berikut hendaklah dijalankan

a) Bahagian basbar dimana kerja akan dijalankan hendaklah diasingkan


daripada semua punca bekalan dari mana ia boleh dihidupkan Dimana
lembaran log disediakan satu rekod untuk semua
b) Semua susunan pengasingan hendaklah dikunci supaya tidak boleh
dikendalikan dan penutup spout hidup dikunci tutup.

26

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Dimana terdapat suis berkembar di dalam satu tangki atau pemilih basbar
berbeban dipasang, dan ia tidak boleh diasingkan daripada semua punca
bekalan, semua suis yang boleh disambungkan kepada basbar dimana
kerja akan dijalankan mekanismanya hendaklah dikunci dalam keadaan
dijadikan dalam keadaan tidak boleh dikendalikan
c) Dimana praktikal basbar hendaklah diperiksa dengan menggunakan
penunjuk voltan yang diluluskan untuk memastikan ianya tidak hidup,
penunjuk voltan tersebut perlu diuji sebelum dan selepas digunakan.
Pemeriksaan dengan penunjuk voltan tersebut hendaklah dilakukan
pada panel dimana Pembumian Utama Litar akan dipasang
d) Jenis Pembumian Utama Litar yang diluluskan hendaklah
dipasang melainkan pada panel dimana kerja akan dijalankan pada
seksyen basbar yang telah diasingkan. Bagi tujuan tersebut adalah
dilarang memasukkan tangan atau sebarang alat ke dalam sesentuh
spout.
e) Notis Awas hendaklah dipasang pada semua tempat
dimana basbar boleh dihidupkan
f) Notis Bahaya hendaklah dipasang (dimana berkenaan) pada atau
sebelah radas hidup pada had zon dimana kerja akan dijalankan.
g) Selepas itu, kerja pada spout hendaklah dijalankan di bawah penyeliaan
sendiri oleh Orang Berkebenaran dan beliau hendaklah membuktikan
setiap spout mati dengan menggunakan penunjuk voltan yang
diluluskan sebelum kerja itu dijalankan. Penunjuk voltan itu perlu diuji
sebelum dan selepas pengujian

27

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.8.2 Spout Pembekal,Spout Alatubah Voltan dan Spout


Basbar Panel Tunggal

Apabila kerja akan dijalankan pada spout pembekal,


spout alatubah voltan dan Spout basbar panel tunggal ,
kendalian berikut hendaklah dilakukan:
a) Spout dimana kerja akan dijalankan hendaklah diasingkan daripada
punca bekalan dari mana ia boleh dihidupkan.
b) Susunan pengasingan dan penutup spout hendaklah
dikunci supaya ia tidak boleh dikendalikan
c) Dimana praktikal semua sesentuh spout hendaklah diperiksa
dengan menggunakan penunjuk voltan yang diluluskan untuk
menentukan ianya tidak hidup, penunjuk voltan tersebut diuji
sebelum dan selepas pemeriksaan.
d) Litar tersebut hendaklah dibumikan dengan perkakas
pembumian yang diluluskan pada tempat kerja dan dimana
praktikal pada semua tempat pengasingan daripada punca-
punca bekalan. Bagi tujuan tersebut adalah dilarang
memasukkan tangan atau sebarang alat kedalam sesentuh
spout.
e) Notis Awas hendaklah dipasang pada semua tempat
dimana litar boleh dihidupkan.
f) Notis bahaya hendaklah dipasang dimana boleh.

28

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

g) Kerja pada spout hendaklah dijalankan dibawah penyeliaan


sendiri oleh Orang Berkebenaran, dimana beliau tidak perlu
mengikut keperluan Aturan 3.6.3 (b) hendaklah mengeluarkan
Pembumian Utama Litar pada tempat kerja dan membuktikan
setiap spout mati dengan menggunakan penunjuk voltan yang
diluluskan sebelum kerja itu dijalankan. Penunjuk voltan itu
perlu diuji sebelum dan selepas digunakan

3.8.3 Radas “Boleh Tarik Keluar”

Apabila radas “Boleh Tarik Keluar” telah dibuka sambungan


daripada semua punca bekalan dan ditarik keluar dari
kedudukan hidup biasa, pengalirnya hendaklah dibicas
tetapi tidak perlu sentiasa disambung ke bumi

3.9 Kerja Pada Kabel Voltan Tinggi

3.9.1 Tidak sesiapa dibenarkan menyentuh penebat yang menyalut atau yang
menyokong sebarang pengalir tertalkuk kepada Voltan Tinggi kecuali
pengalir itu telah mati dan dibumikan

3.9.2 Sebelum mengeluarkan SKMK/SKMKK untuk bekerja pada kabel Voltan


Tinggi Orang Berkebenaran hendaklah mengenal pasti dengan cara yang
diluluskan bagi kabel dimana kerja akan dijalankan dan hendaklah dipaku
dengan cara yang diluluskan

29

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

Pepaku kabel hendaklah dicantum dengan berkesan kepada salut kabel


(cable sheath) dengan menggunakan pengalir saperti Aturan 2.14
Pengujian dan pemakuan mesti dilakukan oleh Orang Berkebenaran
dengan kehadiran penerima SKMK/SKMKK dan hendaklah disaksikan
olehnya

3.9.3 Dimana kerja akan dijalankan pada litar kabel berhampiran dengan litar
hidup yang lain dan pada litar kabel dengan salud logam yang
berpenebat sepenunya, pengawasan khas hendaklah diambil untuk
menghindarkan bahaya dari voltan aruhan

3.10 Kerja Dalam Pencawang dan Stesen Suis Mengandungi


Pengalir Hidup Voltan Tinggi

3.10.1 Kelegaan Keselamatan Ke Pengalir Hidup

a) Bila kerja yang akan dijalankan di sekitar sebarang pengalir Voltan Tinggi
yang terdedah yang mana hidup atau boleh dihidup, bahagian yang telah
dimatikan untuk kerja yang akan dijalankan hendaklah ditentukan sejauh
mana yang boleh dengan sususan tali yang diluluskan.
Kelegaan minima dari pengalir yang terdedah ke paras bumi atau
platform atau hala laluan yang mungkin perlu digunakan hendaklah :-

30

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

KELEGAAN MINIMA DARI PENGALIR YANG TERDEDAH KE


PARAS BUMI ATAU PLATFORM ATAU HALA LAUAN

Kelegaan Keselamatan

Kadar Voltan Sistem


Metrik Imperial

2590mm 8’ 6“
Tidak Melebihi 11KV

Melebihi 11KV tetapi Tidak Melebihi


2740mm 9’ 0“
33KV

3510mm 11’ 6“
Melebihi 33KV tetapi Tidak Melebihi
132KV

4570mm 15’ 0“
Melebihi 132KV tetapi Tidak Melebihi
275KV

Kawasan yang akan ditentukan di paras bumi hanyalah kawasan dimana


kerja akan dijalankan.

31

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.11 Kerja Pada Radas Voltan Tinggi Yang Mengandungi


atau dikendalikanoleh Udara Mampat

3.11.1 Tambahan padakeperluan am dibawah Aturan 3.3.1 pengawasan


berikut hendaklah diambil sebelum sebarang kerja dilakukan,
melainkan kerja penyelarasan kendalian yang mungkin dijalankan
pada Radas Voltan Tinggi yang dikendalikan oleh atau mengandungi
udara mampat.

a) Injap-injap yang mengawal bekalan udara ke perkakas berkenaan


hendaklah ditutup dan udara itu dilepaskan dari ruang simpanan dan paip-
paip berkaitan dimana ianya hendaklah ditinggalkan terbuka pada
udarakasar
b) Injap-injap hendaklah dikunci di dalam kedudukannya
c) Notis Awas hendaklah disangkutkan pada injap-injap yang berkenaan

3.12 Perkakas Perlindungan Kebakaran

Semua pekerja perlu memahami perkakas pemadam api dan


cara-cara untuk mengendaliaknnya

3.12.1 Tindakan Selepas Sistem Kebakaran Berfungsi

Selepas kebakaran atau letupan, atau selepas kendalian pemadam


api di dalam kawasan tertutup peredaran udara di kawasan tersebut
mesti ditentukan sebelum sesiapa memasuki kawasan tersebut atau
alat pernafasan yang sesuai di pakai

32

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.12 Kerja Diatas Menara, Tiang Atau Struktur Menyokong Talian Atas
Voltan Tinggi Selain Daripada Kerja Talian Hidup

3.13.1 Am

a) Tiada seorang pun, kecuali apabila menukar fius Voltan Rendah,


boleh bekerja di atas sebarang penyokong talian atas kecuali
sebagai seorang ahli Pasukan Kerja, mengandungi sekurang-
kurangnya dua orang.
b) Semasa bekerja di atas penyokong talian atas semua pekerja
hendaklah memakai tali pinggang keselamatan dan/atau abah-
abah keselamatan dengan betul dan kecuali apabila menukar fius
Voltan Rendah hendaklah dilihat oleh seorang yang lain
c) Sebarang kerosakan atau kekurangan didapati pada pepasangan
bagi pengenalan penyokong talian atas atau litar hendaklah dilaporkan
dan diperbaiki selanjutnya
d) Semasa hujan ribut hampir tiba atau keadaan kerja tidak selamat
disebabkan oleh angin kencang, semua kerja pada talian atas
hendaklah diberhentikan dengan serta merta
Orang perseorangan tidak dibenarkanmeronda talian atas merentas
desa di dalam gelap atau apabila pandangan kurang jelas atau dalam
keadaan yang merbahaya disebabkan oleh cuaca buruk
Sekiranya talian atas perlu dironda ketika waktu gelap, perkakas
lampu yang sesuai hendaklah digunakan dan Perkakas
Perlindungan Diri perlu dipakai

33

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.13.2 Kerja Diatas Menara, Tiang Atau Struktur Dimana Semua


Litar Hidup
Tidak seorang pun boleh memanjat melepasi alat penghadang
panjat menara, tiang atau struktur dimana semua litar dalam
keadaan hidup kecuali di bawah pemerhatian oleh orang lain
di paras bumi dan selanjutnya mengikut arahan berikut
a) Apabila bekerja di bawah pengalir hidup, pemanjat DILARANG
bergerak melebihi suatu kedudukan dimana berkemungkinan
MEMBAWA ANGGOTA BADAN ATAU SEBARANG ALAT
KERJANYA didalam kelegaan daripada sebarang pengalir hidup

Kelegaan Kerja
Kadar Voltan Sistem

Metrik Imperial

914mm 3’ 0“
Tidak Melebihi 11KV

Melebihi 11KV tetapi Tidak Melebihi


1220mm 4’ 0“
33KV

2440mm 8’ 0“
Melebihi 33KV tetapi Tidak Melebihi
132KV

3050mm 10’ 0“
Melebihi 132KV tetapi Tidak Melebihi
275KV

34

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

3.14 Arahan Lanjut Untuk Pengujian

3.14.1 Kebenaran Bagi Orang Yang Berkenaan

Dalam semua kes dimana pengetahuan teknik atau pengalaman


yang mencukupi diperlukan untuk menghindar bahaya, pengujian
hanya boleh dijalankan oleh atau di bawah penyeliaan terus dari
Orang Berkebenaran.TIDAK SEORANG PUN BOLEH MENJALANKAN
KERJA TERSEBUT TANPA DITEMANI

3.14.2 Pengujian

Pengawasan berikut perlu diambil apabila radas diuji telah dimatikan


mengikut Aturan 3.3.1 atau dimana telah mati disebabkan ia belum,
atau tidak boleh disambungkan ke sistem Voltan Tinggi

a) Apabila sebarang radas akan tertakluk kepada voltan ujian maka


Orang Berkebenaran hendaklah memastikan radas tersebut telah
dihadang secukupnya untuk menghindar bahaya dan Notis
Pengujian Sedang Dijalankan disangkut pada tempat-tempat
yang kertara sepanjang masa.Pengalir-pengalir sementara yang
digunakan untuk pengujian hendaklah jelas kelihatan
b) Semua sambungan pengujian tidak boleh dipasang didalam sel
atau pangsa yang mengandungi logam terdedah yang hidup
pada Voltan Tinggi

35

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )


ATURAN KESELAMATAN ELKTRIK

c) Apabila pengujian akan dijalankan disekitar sebarang pengalir


Voltan Tinggi terdedah di mana atau boleh dihidupkan, radas yang akan
dijui hendaklah dikenal pasti dan kawasan pengujian tersebut
ditentukan sejauh mana yang boleh dengan menggunakan pengadang
atau sususan tali
Susunan tali akan terdiri dari dua tali yang dijarakkan secara
menegak, berserta Notis Pengujian SEdang Dijalankan. Kelegaan
minima dari pengalir terdedah keparas bumi atau platform atau
hala laluan perlu dipatuhi.
Kawasan yang akan ditentukan diparas bumi hanyalah kawasan
dimana pengujian akan dijalankan
d) Jika kerja tidak boleh dijalankan tanpa meninggalkan paras bumi
atau platform atau hala laluan, kelegaan minima diatas hendaklah
diperolehi dari pengalir Voltan Tinggi hidup yang terhampir ke
tempat dimana kerja dijalankan
e) Jika kerja sedemikian dimana kelegaan di atas tidak mencukupi
untuk menghindar bahaya, susunan lain yang sesuai hendaklah
dibuat untuk memperolehi keselamatan yang diperlukan.

KESIMPULAN

Untuk menjalankan kerja pada Radas Voltan Tinggi anda adalah dikehendaki
mengetahui dengan mendalam semua Akta dan Peraturan Elektrik.

36

ILSAS-Latihan Pembahagian ( Kendalian Pencawang )

Anda mungkin juga menyukai