Anda di halaman 1dari 2

Tutorial M10 A (Vinusha, Hidayah & Daren)

Perbincangan

Personaliti manusia dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi
seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain.
Banyak teori telah cuba menerangkan tentang personaliti individu manusia. Antaranya ialah
Sigmund Freud dengan teori psikoanalitik.

Mengikut Freud, minda manusia boleh dibahagikan kepada tiga komponen yang signifikan situ
id, ego dan superego yang bekerjasama dalam membentuk personaliti seseorang individu itu.

ID
● merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan
untuk keinginan manusia (serupa dengan nafsu), dan didorong oleh tenaga libido untuk
memotivasikan tingkah lakunya.
● Id juga dikatakan komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak
lahir.
● Selain itu, id dianggap sebagai satu elemen struktur semulajadi, satu elemen yang
diwarisi dan sedia ada di dalam diri manusia.
● Id merupakan satu gejala bawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang pasif.
● Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi yang mementingkan
kepuasan.
● Contohnya, peningkatan kelaparan atau dahaga harus menghasilkan percubaan segera
untuk makan atau minum.

EGO
● Ego mula wujud sejak bayi berusia 6 bulan dan merupakan bahagian personaliti yang
mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun, serta berfungsi mengawal id
supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat.
● Ego dikatakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dalam kehidupan.
● Ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh
dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut
keadaan.
● Sebagai contoh, anda terjebak dalam mesyuarat yang panjang di tempat kerja. Anda
mendapati diri anda sedang semakin semakin lapar ketika pertemuan menyeret.
Walaupun id mungkin memaksa anda untuk melompat dari kerusi anda dan
tergesa-gesa ke bilik rehat untuk snek, ego membimbing anda untuk duduk diam dan
menunggu mesyuarat berakhir. Sebaliknya bertindak atas dorongan primal dari id, anda
menghabiskan seluruh mesyuarat membayangkan diri anda memakan cheeseburger.
Setelah pertemuan berakhir, anda boleh mencari objek yang anda bayangkan dan
memenuhi tuntutan id secara realistik dan sesuai.
SUPEREGO
● Superego pula merupakan struktur ketiga di dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis.
● Superego lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu.
● Superego juga dikatakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembang secara
beransur-ansur oleh pengaruh persekitaran seperti didikan moral dan agama.
● Ia merupakan cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak patut
dilakukan.
● Mengikut Freud juga, superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral
kepada ego untuk bertindak mengawal id.
● Contohnya, Adam ingin mencuri kamera milik rakannya. Adam mempunyai kesempatan
dan kebolehan melakukannya tanpa ada yang tahu. Namun, Adam mengerti mencuri itu
perbuatan yang salah, jadi dia memutuskan untuk tidak mencuri meskipun dia
mempunyai kesempatan.

Aktiviti

ID EGO SUPEREGO

● Berada pada tahap ● Berada pada tahap ● Berdasarkan naluri/


separa sedar (sub- sedar (conscious suara hati
conscious mind) mind)

● Didorong Oleh ● Dipimpin oleh prinsip ● Hasil sosialisasi


keseronokkan realiti dengan adat tradisi
kebudayaan

● Sumber tenaga libido ● Menggunakan ● Mengawal id dan ego


pemikiran untuk agar individu tidak
membuat kesimpulan melanggar norma
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai