Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI SAINS SOSIAL

(SMP 3B)
PSIKOLOGI SOSIAL
(APJ 2143 )
TAJUK:

TEORI PSIKOANALISIS

DI SEDIAKAN UNTUK:

CIK NOORSYAIBAH BT SHABUDDIN

DISEDIAKAN OLEH:

1. NURAMIRUL HIDAYAT BIN HJ NAZRY B1410109


2. MUHAMMAD NASRULLAH BIN MUSTAFAR B1410093
3. MOHD SYAFIQ ZULFIKAR BIN MOHAINI B1410081
4. NURFATIN HANANI BINTI IDRUS B1410036
5. SITI NUR NADHIRAH BINTI GHAZALI B1410027
6. NURDIYANA BINTI MOHAMAD PUAD B1410030
7. IZZATUL HAZWANI BINTI HUSNI B1410222
8. NOOR HIDAYAH BINTI AHMAD B1410039
9. NUR KHALILAH BINTI ISHAK B1410043
10.NURLIYANA SYAFIQAH BINTI ADNAN B1410097
11.NUR HIDAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN B1410110
12. NUR AMALINA BINTI ZAINUDIN B1410073
TEORI PSIKOANALISIS
 Teori psikoanalisis memberikan pengaruhnya yang kuat pada
perkembangan bidang psikologi sosial diperingkat awal. Namun demikian
pengaruh tersebut agak berkurangan.
 Ahli-ahli teori psikoanalisis melihat personaliti seseorang sebagai hasil
akhir gerak kuasa-gerak kuasa yang bertindak dalam diri individu.
 Kebanyakkan tingkah laku manusia bergantung pada naluri-naluri yang
terdapat dalam diri individu
Teori ini juga menekankan pentingnya penentu bawah sedar tingkah
laku.
Faktor-faktor bawah sedar ini merupakan faktor-faktor yang diluar
daripada kesedaran individu, dan berperanan mengatur tindakannya.
 Ini tidak bermakna teori psikoanalisis mengetepikan pengalaman sedar,
malahan teori-teori tersebut berpegang bahawa pengalaman sedar mesti
ditafsir berdasarkan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat pada faktor-faktor
bawah-sedar
Biodata Sigmund Freud
• Secara ringkasnya, Sigmund Freud (6 Mei 1856 – 23
September 1939) ialah seorang ahli neurologi Austria
serta pengasas psikoanalisis, satu subbidang psikologi.
• dikenali untuk kajian-kajiannya terhadap nafsu berahi,
penindasan, dan fikiran bawah sedar.
• Freud sering dirujuk sebagai ‘Bapa Psikoanalisis’ dan
kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi yang
popular.
• memperkenalkan tahap kesedaran manusia, iaitu alam
sedar, alam prasedar dan alam bawah sedar. Tambahan
pula, beliau juga menyatakan terdapat 3 komponen
personaliti, iaitu id, ego dan super ego yang sering
mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal
perlakuan manusia.
3 Alam Kesedaran menurut Freud

• Alam sedar

• Alam Pra Sedar

• Alam Bawah Sedar


Alam sedar
• Alam sedar merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan sedar.

• Merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran


dan ingatan.

• Contoh perbuatan atau pemikiran sedar ialah minum, berjalan,


berasa gembira atau sepi.

• Ia beroperasi pada permukaan personaliti seseorang dan hanya


memainkan peranan yang kecil dalam perkembangan personaliti.
Alam Pra Sedar

• Alam pra-sedar mengandungi pengalaman yang berada di bawah


sedar tetapi jika tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-
sungguh, ianya mampu diingat semula boleh menjadi sedar dengan
mengingat semula.

• Contohnya, kita tidak boleh memikirkan apa yang kita lakukan


semalam tetapi apabila ditanya, kita masih boleh mengingat semula
apa yang telah kita lakukan semalam.
Alam Bawah Sedar
• Alam bawah sedar meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia.

• Ia mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan
kewujudannya.

• Keadaan mental ini di luar kesedaran seseorang. Ia meliputi semua perkara


yang di luar kesedaran seseorang seperti semangat dan naluri individu.

• Merangkumi peristiwa-peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan,


melibatkan trauma, penderaan dan kesedihan yang amat sangat.

• Memori ini akan terus berada dalam alam bawah sedar dan mungkin akan
diluahkan oleh individu secara tidak langsung.

• Menurut Freud, alam ini adalah punca motivasi individu. Ia boleh merupakan
keinginan untuk melakukan sesuatu, idea untuk mencipta atau motif untuk
berkarya.
TEORI STRUKTUR
PERSONALITI
(STRUKTUR PSIKIK)

ID EGO SUPEREGO
i. Id
- Struktur personaliti primitif (individu yg belum mengenal dunia
luar) dan paling sukar untuk dicapai.
- Terdiri daripada libido tulin atau tenaga psikik iaitu tidak
rasional dan memiliki ciri-ciri seksual dan kebinatangan.
- Tidak mempunyai sebarang bidang pertemuan dengan alam
sekitarnya walaupun saling berhubungan dengan struktur
personaliti lain dan seterusnya menjadi perantaraan naluri id
dengan dunia luar.
- Tindakan id sentiasa berpandukan prinsip keseronokan dan
berusaha memenuhi kehendak naluri libido sama ada melalui
pengalaman seksual atau melalui mimpi atau fantasi.
- Objek sasaran bagi mencapai kepuasan tidak langsung prinsip
keseronakan adalah bergantung kepada tahap
perkembangan psikoseksual individu.
ii. Ego
- Struktur personaliti yang berbeza tetapi masih
hampir dengan id.
- Dikenali sebagai komponen eksekutif personaliti
dilihat dari segi peranannya menyalurkan tenaga id
mencari saluran keluar seperti yang diizinkan oleh
masyarakat.
- Perkembangan ego bermula kira-kira pada umur
dua tahun apabila kanak-kanak mula berhadapan
dengan persekitarannya.
- Tindakan ego adalah ditentukan prinsip realiti,
bermaksud pencapaian matlamat demi memenuhi
tenaga libido, dikenali sebagai proses sekunder,
dipenuhi dengan cara yang sesuai dengan tuntutan
masyarakat sekitarnya.
iii. Superego
- Muncul di sekitar umur lima tahun.
- Struktur personaliti yang berkembang sebagai kesan
desakan luaran.
- Membabitkan penyerapan piawai moral yang
diamati oleh ego bahawa iaitu berasal daripada
agen yang berkuatkuasa di persekitaran.
- Piawai yang menentukan tingkahlaku sama ada
bersifat positif atau negatif kesemuanya di wakili
dalam superego.
- Superego dan id sentiasa berada dalam keadaan
berkonflik dan adalah menjadi peranan ego untuk
menyelesaikannya.
 Teori personaliti Freud mengemukakan gagasan motivasi yang
ditakrifkan sebagai penggerak biologi bagi menghasilkan tenaga
mental.
 Peranan personaliti adalah untuk mengurangkan tenaga penggerak
melalui aktiviti yang memenuhi halangan superego.
 Freud mengenalpasti naluri terjadi berasaskan kepada dua jenis
penggerak:-

i. Naluri hidup - Melibatkan penggerak ke arah pengekalan


diri termasuk lapar, dahaga dan kepuasan seks.
ii. Naluri mati – Tertumpu ke dalam diri seperti
kecenderungan untuk membunuh diri atau ke arah luar diri
seperti kebencian dan ke aggresifan.
 Sistem psikologi Freud menganggap kebimbangan
memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan
mewujudkan keseimbangan personaliti melalui
penyaluran tenaga libido.

 Kebimbangan dianggap sebagai ketakutan berselerak


yang timbul sebagai jangkaan terhadap keinginan yang
tidak tercapai atau kecelakaan yang tidak diduga.

 Wujudnya ciri-ciri naluri bersifat primitif ini adalah sukar


bagi matlamat asas id untuk diterima sebagai cara bagi
mengurangkan penggerak.
 Freud mengenalpasti terdapat 3 jenis kebimbangan:-

i. Kebimbangan realiti atau kebimbangan objektif


- Ketakutan terhadap bahaya sebenar yang mungkin
berpunca dari alam sekitar dan mempunyai
penyebab yang jelas.

ii. Kebimbangan neurotik


- Ketakutan terhadap hukuman yang berpunca
daripada usaha individu memenuhi hasrat
kenaluriannya.

iii. Kebimbangan moral


- Ketakutan melanggar nilai-nilai murni.
 Bagi menghadapi sebarang kebimbangan, ego membina
mekanisma bela diri.

 Mekanisma bela diri iaitu suatu proses fikiran tidak sedar


yang mengizinkan individu mengelak daripada dibebani
rasa kurang baik dan sebarang peristiwa pendokong
kebimbangan.

 Beberapa mekanisma bela diri dihurai dalam penulisan


psikoanalitik Freud, termasuk penafian, konversi dan
projeksi yang kesemuanya perlu dikenalpasti dan
dikawal bagi menentukan kesihatan psikologi individu.
 Teori Freud turut memberi keutamaan terhadap
perkembangan kanak-kanak.

 Freud yakin gangguan neurotik dialami orang dewasa


adalah berpunca daripada pengalaman silamnya
peringkat kanak-kanak.

 Freud menghuraikan tahap perkembangan psikoseksual,


bahawa setiap tahap memiliki ciri-ciri tersendiri
berasaskan sumber kepuasan asas yang ditentukan
oleh prinsip keseronakan.
Kesimpulan
• Secara umumnya, pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu pemikiran sedar dan pemikiran bawah sedar.

• Pemikiran sedar yang biasanya lebih dikenali oleh manusia iaitu


berkaitan dengan pemikiran yang dapat disedari dan dikawal oleh
individu, sebagai contohnya tindakan seperti berjalan,memakan,
membaca dan lain lain.

• Semua tindakan melalui fikiran boleh dikategorikan kepada


pemikiran sedar berbanding dengan pemikiran bawah sedar
menunjukkan misteri yang ingin diketahui oleh orang ramai.

• Pemikiran bawah sedar ialah pemikiran yang mendefinisikan


pemikiran dalaman seseorang, contohnya apabila berlakunya
sesuatu yang akan mengancam keselamatan seseorang itu, dia
akan melakukan sesuatu tindakan yang akan menyelamatkan
dirinya tanpa melalui pemikiran sedar otak.

Anda mungkin juga menyukai