Anda di halaman 1dari 3

Modul Mentor Mentee

Tajuk : Kemahiran Asertif / Tegas Diri

Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:

1. memahami maksud asertif


2. mengenalpasti ciri-ciri asertif
3. meningkatkan tingkah laku asertif

Masa : 30 minit

Bahan : Rujukan Guru (Lampiran)

Langkah :

1. Mentor menerangkan definisi asertif, agresif dan pasif.


2. Mentor menerangkan perbezaan asertif, agresif dan pasif dalam bentuk
dialog.
3. Mentor membuat rumusan tentang kepentingan bersikap asertif/ tegas diri.

Falsafah :

1. Tegas diri membantu meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan rasa


hormat-menghormati
LAMPIRAN

DEFINISI DAN CONTOH DIALOG

PASIF

1. Menghormati hak orang lain dan mengabaikan hak sendiri


2. tidak menyatakan keperluan, perasaan atau pendapat sendiri
3. tidak jujur terhadap emosi dan perasaan sendiri menyebabkan perasaan selalu terpendam.

AGRESIF

1. mempertahankan hak sendiri dan mengabaikan hak orang lain


2. mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain
3. tidak mahu mendengar pendapat orang lain
4. membuat keputusan tanpa memikirkan hak orang lain
5. suka memusuhi orang lain

ASERTIF

1. mempertahankan hak sendiri di samping menghormati hak orang lain


2. melahirkan kehendak idea dan perasaan
3. berinteraksi dengan yakin.

Situasi : Ponteng kelas.

Dialog Pasif

Musa : Subjek Matematik Tambahan tu ... habislah. Cikgunya pun lembab. Jom kita
lepak.
Chua : Boleh ke kita buat macam tu?
Mohan: Boleh. Musa, kat mana port engkau.
Musa : Ala ... kau ikut je lah aku.
Chua : Nanti kantoi habis kita.
Mohan: Apalah kau ni, penakut.
Chua : Oklah, aku ikut.
Musa : Macam itulah member.
Dialog Agresif

Musa : Kita berdua jangan jadi bangang nak belajar matematik bodohtu. Jom kita
blah. Chua : Apalah kau ni. Takkan tiap-tiap hari kau nak ponteng.
Mohan: Kau Musa, cakap tu biar betul.
Musa : Kau berdua ni memang penakut. Nak tunggu.. jadi perempuanlah. Nak
tunjuk baik konon.
Chua : Kau jangan banyak cakap Musa... nanti kena penumbuk
aku. Mohan: Kau ponteng sorang jelah. Jangan nak libatkan kami.

Dialog Asertif

Musa : Jomlah, berapa kali aku nak ajak kau orang berdua ni. Sekejap lagi cikgu masuk.
Nanti susahlah kita.
Chua : Kau nak ke mana Musa? Kita kan nak belajar.
Mohan: Aku setuju dengan kau, Chua. Aku bukan tak sukakan kau Musa, tapi ponteng
tu tak berfaedah. Kau ada masalah dengan cikgu tu ke Musa?
Musa : Aku boring la. Dahlah slow tak faham langsung. Menyusahkan
betul matematik ni.
Chua : Kau ni tak sukakan matematik atau tak sukakan cikgu tu? Apa pun kita boleh
bincang, Musa. Marilah kita masuk kelas. Petang nanti kita pergilah lepak
kat mana-mana, ok.

Anda mungkin juga menyukai