Anda di halaman 1dari 5

Pernyataan masalah

Mahatma Gandhi merupakan tokoh nasionalisme yang penting dalam perjuangan untuk kebebasan
negara daripada penjajah British. Bincangkan.

Persoalaan-persoalaan kecil

A) Jelaskan latar belakang Mahatma Gandhi


B) Huraikan strategi yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untuk menentang penjajah
C) Terangkan kesan kemimpinan dan pergerakan Mahatma Gandhi terhadap negara India
D) Jelaskan tindakan Mahatma Gandhi yang dapat dicontohi bagi mengekalkan kemerdekaan negara
kita

Objektif Kajian

Pengetahuan yang telah saya dapat adalah latar belakang Mahatma Gandhi, strategi yang
telah digunakan oleh Mahatma Gandhi, kesan kepimpinan dan pergerakan Mahatma Gandhi terhadap
negara India, dan juga tindakan Mahatma Gandhi yang dapat dicontohi bagi mengekalkan
kemerdekaan negara kita
Kemahiran yang saya dapati adalah meneroka bukti. saya telah melayari Internet dan juga
menyelak buku bagi meneroka bukti and kronologi sesuatu peristiwa berlaku. Selain itu, saya telah
mendapat kemahiran kronologi. saya telah berjaya menyusun dan mengetahui dengan sebenarnya
kronologi penentangan Mahatma Gandhi melalui buku-buku dan bahan-bahan lain. Seterusnya, saya
juga telah mengguna kemahiran imaginasi bagi menggambarkan peristiwa penentangan Mahatma
Gandhi. saya juga telah mendapatkan kemahiran rasionalisasi dengan membuat pertimbangan sebab
penduduk India menentang British.
Nilai yang saya dapatkan adalah nilai patriotisme. Hal ini dikatakan demikian kerana saya
telah menyedari pertempuran yang perlu dilalui oleh tokoh-tokoh nasionalisme negara luar bagi
mendapatkan kemerdekaan negara. saya telah lebih menghormati dan menghargai jasa tokoh-tokoh
nasionalisme yang memberikan kemerdekaan negara kita. Selain itu, nilai yang saya dapati adalah
nilai keberanian. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh nasionalisme berani semasa menyuarakan
pendapat diri dan juga menganjurkan pergerakan menentang kerajaan tanpa memikir tentang
bahayanya perlakuan mereka terhadap diri sendiri. Seterusnya, saya juga mendapati adalah nilai
kerajinan. Hal ini dikatakan kerana saya telah menyedari tokoh-tokoh telah berjuang bagi
mendapatkan kemerdekaan dan juga menggulingkan penjajah walaupun dianggapan radikal atau
dilihat sebagai satu tugas yang mustahil

Internet
A) Saya menggunakan laman sawangan https://www.slideshare.net/abufarhi/mahatma-gandhi-
11991526 untuk mencari maklumat tentang Mahatma Gandhi. Contohnya, pengenalan dan
sumbangannya.
Buku rujukan
B) Saya merujuk buku “The Story of My Experiments with Truth”, iaitu autobiography Mahatma
Gandhi untuk mendapatkan maklumat tentang gerakan nasionalisme Mahatma Gandhi
Audio Visual
C) Saya menonton tayangan video dari youtube https://www.youtube.com/watch?v=y0uNJRQgNMM
untuk belajar tentang kesan gerakan nasionalisme Mahatma Gandhi
Laporan

Mahatma Gandhi merupakan tokoh nasionalisme yang penting dalam perjuangan untuk kebebasan
negara daripada penjajah British. Bincangkan.

Merujuk kepada https://www.slideshare.net/abufarhi/mahatma-gandhi-11991526 dan


pautan lain-lain, Mahatma Gandhi dilahirkan di Porbandar, sebuah daerah di Semenanjung Kathiawar,
di negeri Gujarat masa kini. Beliau dilahir pada October 2 1869. Beliau diperbesarkan di rumah yang
berkawasan di tepi laut. Ibunya bernama Putlibai, isteri keempat ayahnya Karamchand Gandhi,
Mahatma Gandhi diberikan nama Mohandas Karamchand Gandhi dan merupakan anak keempat
bongsu. Mahatma Gandhi diperbesarkan atas prinsip tanpa kekerasan kerana golongannya menjalin
hubungan yang erat dengan pengikut-pengikut Jain yang berpegang teguh kepada prinsip ahimsa iaitu
prinsip tanpa kekerasan. Beliau bersekolah Inggeris dan belajar di Alfred High School

Ketika Mahatma Gandhi berumur 13 tahun, beliau dipaksa dan ditetapkan oleh ibu-bapa dan
sanak saudara untuk berkahwin dengan Kasturbai yang juga berusia 13 tahun. Namun, Mahatma
Gandhi menentang perkahwinan anak-anak dan menulis tentang keburukan dan kekejaman amalan
perkahwinan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, Mahatma Gandhi mewujudkan hubungan yang baik
dengan Kasturba.

Selepas, kelahiran anak sulungnya, Gandhi menyambung pelajarannya di England, London


dan belajar undang-undang di Universiti College London, Inner Temple dan berjaya mendapatkan
ijazah undang-undang. Di London, beliau juga menjadi Setiausaha ‘Vegetarian Society’ di London.
Ketika di London, beliau diperkenalkan kepada idea-idea liberalisme ajaran agama Kristian and Islam
serta falsafah-falsafah Leo Tolstoy. Pada tahun 1891, Beliau kembali ke India dan bekerja sebagai
peguam. Namun akibat keadaan profesion peguam yang melakukan amalan tidak bermoral seperti
sogokan dan rasuah, undang-undang diabaikan dan Mahatma Gandhi tidak berjaya mendapat kerja
Pada tahun 1893, Beliau mendapat tawaran kerja di Natal, Afrika Selatan. Beliau bertempat di Afrika
Selatan selama 20 tahun. Semasa di Afrika Selatan, beliau telah membentuk idea dan persepsi sendiri
dengan pengalamannya tentang diskriminasi serta persahabatannya dengan beberapa tokoh Islam,
Kristian dan Yahudi. Beliau yakin ciri peradaban Barat memudaratkan serta penuh dengan korupsi dan
kekerasan. Dengan itu, Mahatma Gandhi berpulang ke India dan mula menjadi popular sebagai
pemimpin golongan tertindas.

Merujuk kepada http://lizngkupatrick89.blogspot.com/2013/04/mahatma-gandhi-1_28.html


dan pautan-pautan lain, Mahatma Gandhi telah menggunakan banyak strategi untuk menentang
British di India. Pertama sekali, Mahatma Gandhi menggunakan kaedah Satyagraha yang tidak bersifat
keganasan sebaliknya memaksa mereka untuk mengubah keputusan. Beliau percayai akan
menghormati pihak yang ditentang dan mengatakan bahawa Satyagraha tidak diperolehi daripada
keganasan fizikal tetapi menggunakan kuasa kasih saying yang positif dan kerjasama antara minda,
dan masyarakat. Contohnya, Akibat penindasan terhadap petani oleh pemilik tanah Barat di
Champaran, Mahatma Gandhi menentang kerajaan British dengan tidak meninggal tempat tersebut
walaupun diarahkan, akhirnya para petani bebas daripada cengkaman pemilik tanah barat.
Seterusnya, Gandhi telah merancang strategi menentang British untuk membuatkan kerajaan British
sedar dengan kuasa rakyat India. Mahatma Gandhi menggunakan isu cukai garam yang tinggi dan
menganjurkan Perarakan Garam untuk membuat bantahan terhadap kenaikan cukai garam. Semasa
perarakan, Gandhi telah didatangi ribuan rakyat India yang datang untuk mendengar syarahan beliau.
Pada keesokan harinya, Gandhi dan pengikutnya telah berarak hampir di Pusat Garam India untuk
menunjukkan bahawa rakyat India mampu berdiri sendiri tanpa British, Gandhi telah menghasilkan
garamnya yang tersendiri. Kerajaan British memenjarakan Gandhi dan 50 000 rakyat India yang turut
serta dalam perarakan tersebut. Selepas rundingan, British setuju membebaskan rakyat India yang
dipenjarakan sekiranya Gandhi berhenti daripada membuat bantahan dan Gandhi terpaksa untuk
bersetuju. Selain itu, Mahatma Gandhi telah menggunakan strategi memimpin Kongres Kebangsaan
India untuk menentang British. Mahatma Gandhi mengubah polisi parti untuk memberikan
perkhidmatan dan keutamaan kepada semua tidak mengira sama ada kelas bawahan atau kelas
atasan. Kongres ini berpakat dengan Liga Muslim untuk memperjuangkan perkara seperti hak kaum
muslim dan hindu di India dan mendapatkan kemerdekaan. Kongres tersebut mendapatkan sokongan
yang banyak daripada rakyat dan berjaya mengancam British. Selain daripada itu, Mahatma Gandhi
juga banyak mementingkan pendidikan bahasa dan memperjuangkan kebebasan supaya penguasaan
pendidikan barat seimbang dengan pendidikan India. Beliau menuntut British untuk menggunakan
Bahasa ibunda dalam pentadbiran.

Pergerakan Mahatma Gandhi telah menyebabkan banyak kesan terhadap negara India.
Dengan membawa Satyagraha ke India, beliau mendapat sokongan daripada golongan hindu dan
muslim untuk menentang British dan Mahatma Gandhi menjadi pemimpin yang terkenal dalam
negara. British memenjarakan Mahatma Gandhi akibat beberapa pergerakannya sebagai tindak balas.
Walaubagaimanapun, pergerakan nasionalisme diteruskan oleh rakyat sampai INC telah memasuki
pilihan raya yang akan diadakan pada 1937 dan dapat 716 kerusi daripada 1161 yang
dipertandingkan. INC telah berjaya untuk menubuhkan kerajaan penuh dan British terpaksa berundur.
Akibat kejadian tersebut, Mahatma Gandhi dilepaskan penjara dan kemerdekaan India dicapai pada
15 Ogos 1947. Pergerakan Nasionalisme yang diketuai oleh Mahatma Gandhi menjadi simbol yang
besar dalam politik India, ia juga memberi kesan dan pengaruh kepada tokoh nasionalisme lain yang
menggunakan pergerakan tanpa keganasan

Tindakan Mahatma Gandhi yang dapat dicontohi bagi mengekalkan kemerdekaan negara kita
adalah memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat kita. Oleh itu, kita dapat menyatukan
rakyat negara. Pergerakan nasionalisme dapat diadakan dengan sokongan rakyat. Contohnya,
pergerakan untuk mencegah rasuah. Kesan itu, negara tidak mudah dijajah oleh kuasa asing.
Seterusnya, kita perlu gigih dalam memperjuangkan hak rakyat. Kita perlu berusaha untuk kebaikan
rakyat negara. Oleh itu, kita perlulah memperjuang jika ada sebarang ketidakadilan. Contohnya
seperti Mahatma Gandhi yang tidak berputus asa walaupun pergerakannya gagal beberapa kali dan
beliau dipenjarakan. Kesan itu, keharmonian negara terjamin. Selain itu, kita perlulah bijaksana dalam
menyusun strategi untuk menentang kuasa asing yang cuba untuk mempengaruhi negara kita. Oleh
itu, kita perlu menjamin kemajuan negara supaya tidak kebelakangan dan memberi peluang kepada
kuasa asing untuk mencampur tangan. Pentadbiran juga perlu dijalankan dengan baik untuk
mengelakkan kesilapan yang merosakkan imej negara berlaku serta menjalin hubungan diplomatik
dengan negara lain. Contohnya, Mahatma Gandhi memimpin INC berpakat dengan Liga Muslim.
Kesan itu, kemerdekaan negara kita dijamin

Kesimpulannya, Mahatma Gandhi merupakan salah seorang tokoh nasionalisme yang


penting dalam memperjuangkan nasib bangsa India dan telah membantu India mencapai
kemerdekaan pada tahun 1947. Beliau telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara India. Oleh itu,
kita patutlah belajar daripada tindakannya untuk memajukan negara serta mengekalkan
kemerdekaan negara kita untuk mewujudkan masa depan yang baik demi generasi yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai