Anda di halaman 1dari 4

Sembuh bersama

Surah Dhuha Rujukan Asas :


Tafsir Imam Fakhruddin Ar-Razi - Kitab Mafatihul Ghaib
Tafsir Al-Nabusi - perspektif psikologi
Hafizul Faiz

Latar belakang Surah


Kedudukan Surah Antara surah yang diturunkan untuk
bersifat wahyu tauqifi menenangkan Baginda ketika Baginda keliru dan
terletak selepas Surah Al-Lail dalam emotional struggle, terutamanya dalam
selepasnya ialah Surah Insyirah menunaikan tugasan yang sangat berat ini ialah
Surah Dhuha

Maksud Nama Surah


Dalam Tafsir Imam Fakhruddin Al-Razi pula ditulis, dinamakan dengan Dhuha, satu waktu yang
mana ianya berlaku hanya sekali sahaja dalam sehari, ianya tidak berulang di petang ataupun di
malam hari. Hanya sekali itu sahaja. Hanya pada waktu Dhuha sahaja
Dhuha tidak mempunyai ‘lawan’, seperti siang lawannya malam, pagi lawannya petang, matahari
lawannya bulan dan sebagainya.
Dhuha adalah waktu yang sangat ‘sementara’. (Tafsir Imam Fakhruddin Al-Razi)

Struktur Ayat Surah Dhuha


Surah ini dipecahkan kepada 3 bahagian;
spiritual foundation,
emotional validation, pujukan Allah terhadap apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita dan
what to do, apa tindakan-tindakan yang boleh kita lakukan seterusnya dalam menghadapi ujian
kehidupan.

Konsep ‘Kesementaraan’ dalam perkataan Dhuha


‘Kesementaraan’. This is just temporary. Semuanya akan ada pengakhiran. Kita hanya berjalan
sehingga ke garisan terakhir, di mana semuanya akan tamat.
Kita feel down. It’s okay. It’s only temporary.
Kita tak productive hari ini. It’s okay. It’s only temporary.
Seteruk apa pun sakitnya, semua akan berakhir. ‘Sementara’
Kita hanya perlu embrace the mortality. Masa tidak abadi. Masa juga makhluk ciptaan Allah. Surah
ini hanyalah a reminder tentang perkara ini. Kesementaraan.

Di sini diajarkan bahawa apa-apa pun, uruskan emosi terlebih dahulu, barulah action. Kerana
emosi dan spiritual foundation haruslah kuat untuk menempuh apa sahaja dugaan yang akan
datang. So that whatever comes your way, you can face it.
Penjelasan Ayat

Ayat Pertama

Demi waktu dhuha,

Perkataan Dhuha diulang hanya sekali dalam surah ini. Di ayat pertama. Tiada di ayat kedua atau ayat-
ayat seterusnya. Tuhan nak ajar yang waktu yang sementara ini sifatnya indah. Selalunya tidak ada
pengulangannya. Ini kerana tidak ada yang kekal di dunia ini.
Perkataan Dhuha merujuk kepada satu waktu yang sangat indah, kerana ia tidak terlalu panas dan
tidak terlalu sejuk. Ia tergabung di antara kesejukan malam dan kepanasan siang. (Al-Nabusi)

Ayat Kedua

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

(‫)َس جى‬di sini maksudnya kita merenungi diri kita. Kita menikmati kesendirian kita.
Ayat yang lebih kurang pada surah sebelumnya iaitu Surah Al-Lail menerangkan bagaimana malam ini
meliputi siang, di Surah Dhuha pula menerangkan bagaimana untuk kita menikmati malam hari-hari
kita, iaitu dengan menikmati kesunyian malam.
Pentingnya ada me time. Alone time untuk kita sendiri bermuhasabah diri, untuk kita merenung ke
dalam diri. Duduk dan bertenang.

Ayat Ketiga

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia


tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Tuhan berkata, “Aku tidak pernah membencimu sama sekali”, hanya sahaja kita yang buruk sangka
pada Tuhan.
Da’a ( ‫ )َو ّدَع َك‬bermaksud meninggalkan. Dinamakan haji wida’ kerana ianya haji terakhir Baginda SAW
sebelum meninggalkan kita. Ditinggalkan yang bererti tidak tahu bila dia akan kembali semula.

Ayat Keempat

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik


bagimu daripada permulaannya.

Segala-gala yang terlihat akhir (yang kemudian) adalah lebih baik daripada yang telah kamu lalui.
Insya-Allah, yang akan datang itu lebih baik daripada hal-hal yang sulit yang kamu lalui sekarang.
Seperti kejayaan yang ditunda. Orang lain kamu lihat telah berjaya dan kamu bila lagi? Tuhan berkata,
“apa yang kamu lihat tertunda itu akan lebih baik bagi kamu berbanding sekiranya kamu
mendapatkannya ketika itu.” Ini juga bermaksud akhir itu adalah akhirat dan dunia ini adalah
kejayaan yang ditunda, bahawa dunia ini adalah suatu yang ‘sedih’.

Ayat Kelima

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan


kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

Perkataan ( ‫ )َس ْو َف‬merujuk kepada hal-hal yang akan datang. ( ‫ )َل‬di sini pula ialah lam taukid, lam yang
menunjukkan suatu kepastian atau confirmation.
Dalam istilah psikologi, ini dipanggil delay of gratification, jeda yang membuat kita mampu bertahan
dengan memikirkan apa seterusnya, bertahan demi ‘kenikmatan’ yang ditunda, dan pasti, yakni akhirat.
Ayat keenam

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu


la memberikan perlindungan?

Allah mengingatkan Nabi SAW bahawa “bagaimana kamu yakin bahawa kamu sendirian?” Allah
mengingatkan semula ketika Nabi SAW dan kita lupa.
Allah mengingatkan, “siapa yang menjaga kamu ketika kamu anak yatim?”
Peringatan Allah ini adalah untuk memujuk Nabi SAW bahawa sekiranya dulu Allah yang menjaganya,
maka Allah juga yang akan menjaganya sekarang dan pada masa yang akan datang.

Ayat Ketujuh

Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu


Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

Allah menemukan kita dalam keadaan tersasar ( ‫)َض آًّال‬


Kenapa dikatakan sesat? Kerana pada awalnya, mereka adalah orang yang benar, namun mereka tersasar
dari kebenaran. Dan ketika kita lost, siapakah yang menemukan kita kecuali Allah?
Perkataan (‫ )َف َه دى‬maksudnya mengeluarkan dari sesuatu keadaan. (‫ )َهَدى‬yang bermaksud hidayah atau
petunjuk di sini ialah kata kerja, menunjukkan bahawa ketika kita berada dalam titik terendah tadi –
semua takdir akan mula membantu kita untuk perlahan-lahan bangkit.
( ‫ )َف‬adalah huruf yang menunjukkan sesuatu itu datang dalam keadaan berlarutan atau berlanjutan,
menunjukkan bahawa tidak jauh jarak antara ‘keadaan kita yang sesat’ dengan ‘kebenaran’. Sekaligus
bermaksud, Allah akan memberi petunjuk dan kecerahan pada kita ketika kita berada di titik terendah
hidup kita.

Ayat Kelapan

Dan didapati-Nya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Allah menemukan engkau dalam miskin dan serba kekurangan, dan Allah memberikan kekayaan
kepadamu.
Perkataan (‫ )َفَاْغ نى‬di sini bukan sahaja membahawa maksud ‘memberi kekayaan’, tetapi Allah juga
memberikan rasa cukup untuk mensyukuri nikmat, tidak kira sedikit atau banyak.

Ayat Kesembilan

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku


kasar terhadapnya,

Ayat 5 sehingga ayat 8 adalah peringatan. Selepas ayat-ayat ini, datanglah ayat yang menerangkan apa
yang perlu kita buat apa selepasnya.
Dalam ayat kesembilan ini, mula-mula disebut, anak yatim janganlah dimarahi. Hendaklah dibantu.
Kerana ketika itu (zaman kedatangan Islam), taraf anak yatim sangatlah rendah.
Maksud perkataan ( ‫ )ْق َه ْر‬di sini ialah ‘tidak berapa nak melayan’, maka jangan dilakukan ini kepada
anak yatim.

Ayat Kesepuluh

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka


janganlah engkau tengking herdik;

Juga orang yang meminta, yang datang mencari, janganlah marah dan jangan herdik.
Ayat Kesebelas

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-


sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Ketika kamu diberikan nikmat, bersyukurlah.


Tiga ayat terakhir ini adalah plan of action selepas ayat affirmation sebelumnya (ayat 5-7).

Kesimpulan

Jika kita perhatikan ayat surah ini semua berakhir dengan alif kecuali ayat ke-9, 10 dan 11 (3 ayat
terakhir). Ayat pertama sehingga ayat ke-8 semua berakhir dengan huruf alif ini.
Alif ini ketika kita menyebutnya, kita harus ‘melapangkan’ bukaan mulut kita. Begitu juga Allah
menginginkan kelapangan bagi kita.
Alif ini mesti dibaca dengan dua harakat, tidak boleh terlalu laju. Begitulah juga kehidupan kita, jangan
terlalu laju, ambillah masa.
Perhatikan juga ayatnya yang bermula pendek, dan ayat demi ayat seterusnya menjadi lebih panjang
daripada ayat yang sebelumnya. Begini juga cara untuk bercerita dengan orang yang tengah tenggelam
dengan emosinya. Perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Nanti semakin lama akan semakin panjang.
4 ayat pertama adalah untuk membina hubungan dengan Allah. Ada yang mengatakan 3 ayat pertama
Ayat bahagian tengah adalah ‘pujukan’ Allah terhadap hamba-hambaNya.
4 ayat terakhir adalah ‘tindakan’.
Di sini diajarkan bahawa apa-apa pun, uruskan emosi terlebih dahulu, barulah action. Kerana emosi dan
spiritual foundation haruslah kuat untuk menempuh apa sahaja dugaan yang akan datang. So that
whatever comes your way, you can face it.
3 ayat (ayat 5, 6 & 7) menunjukkan bahawa Allah tidak pernah tinggalkan kita.
➢ Kita sengsara, Allah janjikan kebahagiaan.
➢ Kita sendirian, Allah janjikan perlindungan.
➢ Kita tersesat, Allah janjikan petunjuk.
3 ayat kemudiannya (ayat 8, 9 & 10) menunjukkan kita jangan pernah penat untuk membuat kebaikan,
kerana Allah memberikan contoh siapa yang memerlukan untuk kita bantu seperti anak yatim atau
sesiapa yang datang dan meminta bantuan, hendaklah dibantu dan jangan diherdik.
Ayat terakhir, Allah menyuruh kita untuk menyebut dan menzahir nikmat-Nya sebagai tanda syukur.
Bahawa dengan bantuan itu, kita pula membantu yang lain. Kita teruskan cycle bantu membantu ini.

Ibrah

Ringkas Surah Dhuha ini ialah tentang kesementaraan. Hidup kita ini adalah sementara. Nikmat atau sengsara, ia
adalah sementara. Dan kita belajar untuk memaknai kesementaraan ini.
Allah memberikan affirmation, memvalidasi keadaan kita. Allah akan jaga kita, Allah akan bantu kita. Allah said; “Dont
worry, I’m here.”
Mesej dalam Surah Dhuha, ayat 1-10 ialah Tuhan merangkumkan semua masalah, sama ada yang sedang struggle, atau
ada masalah kekayaan, pergelutan emosi dan lain-lain lagi, dan satu sahaja ayat yang menyebut tentang kesulitan.
Mesejnya jelas, lambakan kesulitan hidup tidak akan pernah berhenti, tapi di akhirnya akan ada kebahagiaan.
Di sini kita faham bahawa kita tidak akan pernah keluar dari kesulitan, cycle of struggle, 10 ayat tentang pergelutan
hidup. Dan pada ayat ke-11, Allah mahu kita memaknai. Kerana pada akhirnya, Allah pasti akan memberikan nikmat.
Apa saja pergelutan yang kita hadapi, Surah Dhuha ada untuk kita. Sembuhlah dengan Surah Dhuha.

Anda mungkin juga menyukai