Anda di halaman 1dari 5

JKUASA PENGELOLA REUNION 6.

0 EX-SMDARY BOTA 69/74

Teks Ucapan Pengerusi ReUnion Kali Ke-6 Bth 17.2.24

1.0 UCAPAN PEMBUKAAN

 Bissmillah hir rahman nir Rahim


 Assalamualikum w.b.t
 Terima kasih Saudara Pengacara Majlis Tuan Hj Ikram bin
Zulkafali.

2.0 SOLUTASI:
 Y.Bhg Penasihat JK Reunion EX-SMDARY BOTA 69/74
Tuan Hj Kamaruddin bin Muhamad Yasin
 Yang Berusaha Timbalan Pengerusi JK Reunion EX-SMDARY
BOTA 69/74 Puan Hjh Samahah bt Abu Hassan
 Yang Berusaha Setiausaha JK Reunion EX-SMDARY BOTA
69/74 merangkap Penyelaras Program Reunion 6.0 EX-
SMDARY BOTA 69/74 Tn Hj Syed Abdul Rahim bin Syed
Mudan
 Yang Di Hormati Bekas Guru-guru EX-SMDARY BOTA 69/74
 Barisan Jkuasa Kerja Majlis Reunion 6.0 EX-SMDARY BOTA
69/74
 Tuan-tuan dan Puan-puan yang seangkatan dengan saya disini
pada tahun 1969 – 1974

3.0 ISI UCAPAN PERMULAAN:

3.1 Panjat Kesyukuran:

 Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi pada hari ini 17hb.


Feb 2024 hari yang penuh bersejarah, sekali lagi kita
dapat berkumpul seramai 98 orang terdiri dari bekas
guru, bekas pelajar bersama pasangan dan tetamu di
dalam Majlis Perjumpaan Reunion 6.0 Alumni EX-
SMDARY 69/74.

1
3.2 Tujuan Hadir:

Hadirin Yang DiHormati Sekalian

Setelah sekian lama kita meninggalkan alam persekolahan,


mungkin hari ini kali pertama ada di antara kita yang baru
pertama kali berjumpa atau bersua semula dengan rakan-rakan
disini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas dan
tanggungjawab. Apa salahnya dalam kesibukkan kita
meluangkan sedikit masa untuk menghadiri dan memeriahkan
lagi perjumpaan seperti ini dimasa-masa akan datang. Selaras
dengan tujuan (ReUnion) perjumpaan ini diadakan adalah
untuk menyambung kembali Silaturrahim antara kita.

4.0 ISI UCAPAN PERTENGAHAN:

4.1 Sejarah Aktivi Lepas:

Untuk makluman semua alumni,

 Perjumpaan yang pertama / Reunion 1.0 telah diadakan


pada 28 – 29 hb. November 2015 yang lalu bertempat di
Hotel Marina Cove, Jln Teluk Batik, Lumut, Perak dengan
jumlah kehadiran peserta 124 orang
 Majlis Renion 2.0 dilaksanakan pada 2016 di Yeop Bay
Resort, Teluk Senangin, Lumut, Perak dengan jumlah
kehadiran 112 orang
 Reunion 3.0 diadakan di De Palma Resort, Kuala Selangor
pada tahun 2017 dengan jumlah kehadiran peserta 118
orang
 Reunion 4.0 diadakan di Hotel Orientstar, Lumut, Perak
pada tahun 2018 dengan jumlah kehadiran 112 orang
 Reunion 5.0 diadakan di Hotel Yeop Bay, Teluk Senangin,
Lumut, Perak pada tanggal 19 – 20 Feb 2022 Sempena
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke 5 2022 dengan
jumlah kehadiran 108 orang
2
4.2 Cadangan:
Tuan-tuan / puan-puan Yang Dihormati Sekalian
Berdasarkan stastik bilangan / jumlah kehadiran peserta dan
sambutan yang kian menurun kerana tahap kesihatan sudah
semakin menurun dan tenaga pun sudah terbatas maka pihak
jawatankuasa induk ingin mencadangkan iaitu majlis ramah
mesra ini diadakan setahun sekali. Dicadangkan program RU
atau perjumpaan ramah mesra ini diadakan setiap tahun
selepas hari raya Aidil Fitri atau Adha tertakluk kepada komiti
AJK yang dilantik dan bajet. Majlis Reunion Sempena
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan akan diadakan dua tahun
sekali.

4.3 Penghargaan kepada Bekas Guru:

Hadirin Yang Dikasihi

Kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kami


diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.
Sesungguhnya tanpa guru tak mungkin kami semua dapat
mengenal abjad A, B, C... dan seterusnya melangkah ke arah
kejayaan samada dalam akedemik, perniagaan, surirumah dan
sebagainya. Banyak pengalaman dan kenangan kami semua
semasa menjadi anak didik guru-guru yang pernah mengajar
kami. Pengalaman dan kenangan tersebut amat berguna dan
berharga tidak dapat direka dan di jual beli. Bagi kami tiada
nilaian emas, intan permata atau wang ringgit dapat menebus
atau membayar jasa-jasa guru. Sesungguhnya jasa guru-guru
akan sentiasa dikenang hingga keakhir zaman. Saya minta
pada semua kawan-kawan berikanlah tepukan pada semua
guru-guru yang pernah mendidik kita dahulu (TEPUKKAN).

Kami doakan semuga semua guru-guru sentiasa diberikan


rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. sepanjang masa.
Kepada guru-guru yang telah pergi meninggalkan kita untuk

3
selamanya, marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al
Fatihah semuga rohnya dicucuri rahmatNya setiap masa dan
ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. (Al-Fatihah).

4.4 Pengharapan:

Hadiri Yang Di Hormati Sekalian

Saya ingin menarik perhatian tuan-puan terhadap aktiviti amal


yang dijalankan oleh jkuasa Reunion EX-SMDARY 69/74.

Untuk makluman tuan-puan, setiap ajk Reunion yang terpilih


dan dilantik dalam mesyuarat agung tahunan akan
melaksanakan tanggungjawap bagi menyempurnakan pelbagai
aktiviti amal Kebajikan yang dirancang oleh jawatankuasa induk
melalui Kalendar / Takwin aktiviti tahunan seperti program
ziarah sakit / kematian berserta penyampaian sumbangan,
meraikan majlis jemputan Walimatulurus, melancarkan kutipan
derma kilat dan menyempurnakan aktiviti program bacaan
Yaasin Perdana / tahunan

Saya berharap dan berdoa moga barisan jawatankuasa yang


baru yang telah dilantik dapat menguruskan aktiviti amal ini
secara istiqomah dan menjalankan tanggung jawab dengan
penuh ikhlas

5.0 Ucapan Penutup:

5.1 Ucapan Penghargaan

Sebelum mengundurkan diri, saya Zainal Abidin bin Abdul


Rahim selaku Pengerusi ReUnion 6.0 EX-SMDARY BOTA
1969/74 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
rakan-rakan yang memain peranan demi menjayakan
Perjumpaan Warga Alumni ini.

Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan


terima kasih kerana sepanjang 24 bulan saya menarajui jkuasa
reunion ini, saya diberi kepercayaan dan mendapat sokongan
4
serta kerjasama yang bagitu Ikhlas dan tidak berbelah bagi
daripada semua ajk serta warga alumni.

Tanpa Kerjasama dari tuan-puan tidak mungkin saya dapat


menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan
kepada saya selaku pengerusi Reunion EX-SMDARY BOTA
69/74 Sesi 2022-2024 dari dulu hingga sekarang

5.2 Ucapan Kemaafan

Saya mohon kemaafan seandainya ucapan saya tadi terselit


ungkapan yang tidak menyenangkan atau menyinggung
perasaan tanpa disedari, semuga kita semua di berikan Allah
s.w.t rahmat dan hidayahnya.

5.3 Pengakhiran Ucapan

Saya sudahi ucapan ini dengan Wabilallah hi taufiq Wal


hidayah, wassalamualaikum w.b.t.

Saya serahkan sessi ini kepada Pengerusi Majlis untuk acara


seterusnya. Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai