Anda di halaman 1dari 8

JAWAPAN SKEMA TRIAL EKONOMI AE015 SESI 2022/2023

BAHAGIAN A
1(a)i. Terangkan dua (2) ciri barang awam dan barang persendirian dengan memberikan
contoh yang sesuai. [4 markah]
Barang awam ½ m
Tiada persaingan – apabila barang itu disediakan kepada seseorang, maka orang
lain juga boleh menggunakannya. ½ m
Tiada pengecualian – seseorang tidak boleh dihalang untuk menggunakan barang
awam walaupun tidak membayar (cukai). ½ m
Contoh: barang pertahanan / rumah api ½ m
Barang persendirian½ m
Bersifat bersaing – apabila barang itu ditawarkan kepada seseorang, maka orang
lain tidak boleh menggunakannya. ½ m
Tertakluk pada prinsip pengecualian – seseorang boleh dihalang untuk
menggunakan barang itu jika dia tidak membuat bayaran. ½ m
Contoh:kereta / rumah / makanan persendirian. ½ m

1(a) ii Takrifkan keluk kemungkinan pengeluaran dan berikan dua (2) andaian yang
diperlukan untuk membentuk keluk tersebut. [4 markah]

Keluk yang menunjukkan had pengeluaran maksimum kombinasi dua barang yang boleh
dikeluarkan (1m) dengan menggunakan sumber ekonomi/faktor-faktor pengeluaran yang
sedia ada pada tingkat teknologi yang tertentu (1m).
1. Sumber ekonomi / faktor-faktor pengeluaran adalah tetap. (1m)
2. Tingkat teknologi adalah tetap. (1m)
3. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh.
4. Hanya DUA (2) jenis barang sahaja dikeluarkan.

1(b) Jelaskan maksud hukum utiliti sut berkurangan. [2 markah]

Hukum utiliti sut berkurangan menyatakan apabila penggunaan suatu barang ditambah secara
berterusan (1m), maka tambahan kepuasan yang dinikmati dari tambahan penggunaan seunit
barang itu akan semakin berkurangan (1m).
2 (a) Jelaskan maksud hukum pulangan berkurangan. [2 markah]

Hukum pulangan berkurangan menyatakan apabila input berubah (buruh) ditambah


secara berterusan ke atas input tetap (tanah) (½m), jumlah keluaran pada mulanya
bertambah dengan kadar meningkat (½m) kemudian jumlah keluaran bertambah
dengan kadar berkurangan (½m) seterusnya jumlah keluaran menurun (½m).

(b) Terangkan maksud kos purata. [1 markah]

Kos purata ialah jumlah kos bagi setiap unit output.(1m)

(a) Berbantukan rajah, huraikan hubungan kait antara keluk keluaran purata (AP)
dan keluk keluaran sut (MP) dalam proses pengeluaran. [5 markah]

* Rajah (2m), hubungan setiap 1m

3 (a) Nyatakan empat (4) ciri pasaran persaingan sempurna. [4 markah]

• Bilangan penjual dan pembeli yang ramai (1m)


• Barangan homogen (pengganti sempurna) (1m)
• Pengambil harga
• Pengetahuan sempurna tentang pasaran (1m)
• Kebebasan masuk dan keluar pasaran(1m)

*pilih mana-mana 4 sahaja


(b) Mengapa firma monopoli tidak mempunyai kecekapan peruntukkan dan
pengeluaran? [4 markah]

Firma monopoli tidak mempunyai kecekapan peruntukkan (1m) kerana harga


monopoli sentiasa lebih tinggi daripada kos sut (1m).
Firma monopoli tidak mempunyai kecekapan pengeluaran (1m) kerana firma
pada tingkat output keseimbangan kos purata sedang menurun (1m).

(c) Terangkan dua (2) langkah bagaimana kerajaan boleh mengawal kuasa
monopoli. [4 markah]

Langkah pertama kerajaan mengawal kuasa monopoli ialah menetapkan Harga


Sama Dengan Kos Purata (P = AC) (1m). Firma hanya menikmati untung
normal sahaja. (1m)
Langkah kedua kerajaan mengawal kuasa monopoli ialah menetapkan Harga
Sama Dengan Kos Sut (P = MC) (1m). Firma masih menikmati untung lebih
normal (1m).
BAHAGIAN B
1(a) Berbantukan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP), terangkan konsep kekurangan,
pilihan dan kos lepas. [7 markah]

Konsep kekurangan wujud disebabkan sumber-sumber ekonomi adalah terhad


manakala kehendak yang tidak terbatas (1m). Jika firma memilih untuk mengeluarkan
1 unit barang X, maka sebanyak 10 unit barang Y terpaksa dikurangkan (90 – 100 unit).
(1m)
Konsep pilihan menunjukkan pergerakan kombinasi pilihan barang di sepanjang KKP
yang merupakan pilihan kecekapan (1m). Cth: pilihan pada kombinasi titik A (100 unit
barang Y & 0 unit barang X), iaitu firma hanya mengeluarkan barang Y sahaja. (1m)
Konsep kos lepas menunjukkan untuk menambahkan sesuatu barang, ekonomi terpaksa
lepaskan sejumlah barang kedua terbaik (1m). Cth: pilihan untuk menambahkan
bilangan barang X dari 2 ke 3 unit (pilihan C ke D), maka kos lepasnya ialah 20 unit
barang Y (55-75 unit kereta). (1m)
Rajah2m, penerangan maksimum 5m
1(b) Diberikan utiliti sut barang X adalah 25 util dan utiliti sut barang Y adalah 30 util. Jika
harga barang X dan barang Y masing-masing adalah RM5.00 seunit dan RM6.00 seunit,
tentukan sama ada pengguna ini dapat memaksimumkan kepuasan apabila semua
pendapatan telah dibelanjakan. [3 markah]
MUX/PX = 25/5 = 5
MUY/PY = 30/6 = 5 (1m)
Maka pengguna tersebut berada dalam keseimbangan kerana MUX/PX = MUY/PY
(syarat 1) dan (1m)
tertakluk beliau membelanjakan kesemua pendapatan beliau ke atas kedua-dua
barangan iaitu I = PxX + PyY. (syarat 2) (1m)

2 (a) (i) hitung jumlah keluaran (TP) dan keluaran purata (AP) pada setiap tingkat buruh. [6
markah]
Buruh (orang) Keluaran sut (unit) Jumlah keluaran (unit) Keluaran purata (unit)
1 9 9 9
2 14 23 11.50
3 13 36 12
4 12 48 12
5 10 58 11.60
6 7 65 10.83
7 0 65 (3m) 9.29 (3m)
2 (a) (ii) lakarkan rajah yang menunjukkan keluk jumlah keluaran (TP) firma tersebut.
[2 markah]
TP (unit)

TP

Q buruh
7

2(b) Berbantukan rajah, terangkan bagaimana keluk kos purata jangka panjang dipengaruhi
oleh ekonomi bidangan luaran. [4 markah]

kos (RM)

LAC0

LAC1

Keluaran (unit)
0 Q

Rajah(2m)
Huraian Rajah LAC
 Akibat ekonomi bidangan luaran (seperti ekonomi infrastruktur) ATAU  Kos purata
jangka panjang pada setiap tingkat keluaran semakin menurun. (1m)
 Ini ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC0 ke LAC1 (merujuk pada rajah)(1m)
3(a) (i) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan firma ini. [2 markah]
Harga keseimbangan = RM100/unit (1m)
Kuantiti keseimbangan = 80 unit (1m)

(ii) hitung keuntungan firma ini pada tingkat keseimbangan. [3 markah]


TR = RM100 x 80 = RM8,000; (1m)
TC = RM60 x 80 = RM4,800; (1m)
Keuntungan = TR – TC = RM3,200 (1m)
ATAU Untung = (AR – AC) x Q = (RM100 – RM60) x 80 = RM3,200

(iii) adakah firma ini akan mendapat jenis keuntungan yang sama dalam jangka panjang?
Jelaskan. [2 markah]

Tidak (1m) , - kerana kemasukan firma baru (atau kebebasan keluar masuk firma ke pasaran)
akan menyebabkan untung menyusut kepada untung normal sahaja dalam jangka panjang.
(sebab soalan “jelaskan”) (1m)

(iv) jika kos berubah purata pada output keseimbangan adalah RM50, hitung jumlah kos tetap
firma ini. [3 markah]
TC = RM4,800,
TVC = RM50 x 80 = RM4,000; (1m)
TFC = TC – TVC = RM800 (2m)

3 (b)Berbantukan rajah, jelaskan keseimbangan firma persaingan bermonopoli yang


mengalami untung kurang normal tetapi mampu meneruskan operasi dalam jangka pendek.
[10 markah]

C/P/R (RM)

MC
A
P0 AC
P1 B

E
AR
Keluaran (unit)
0 Q0 MR

RAJAH 3M
Keseimbangan berlaku bila MC = MR (1m)
• Pada titik E, dengan harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0. (2m)
• TR = 0P0AQ0 (1m)
• TC = 0P1BQ0 (1m)
• Firma mengalami untung kurang normal sebanyak P1P0AB kerana TR < TC atau AR < AC
atau P < AC. (2m)
4(a) apakah jenis pasaran firma ini? [1 markah]
Pasaran persaingan tak sempurna (1m)

4(b) hitung jumlah kos berubah, jumlah kos tetap dan jumlah kos pada tingkat keseimbangan
firma. [3 markah]
Pada MR=MC,
TVC = AVC X Q = 50 X 50 = RM2,500, (1m)
TFC = (AC – AVC) X Q = (90 – 50) X 50 = RM2,000; (1m)
TC = TFC + TVC = RM4,500 (1m)

4 (c) hitung jumlah hasil dan jumlah keuntungan firma ini dalam jangka pendek pada tingkat
keseimbangan firma. [3 markah]
Pada MR=MC,
TR = P X Q = 110 X 50 = RM5,500, (1m)
TC = RM4,500
Untung = TR – TC = 5500 – 4500 = RM1,000; (2m)

4(d) apakah tindakan firma ini dalam jangka panjang? [1 markah]


Dalam jangka panjang, firma ini akan meneruskan operasi. (1m)

Anda mungkin juga menyukai