Anda di halaman 1dari 11

Skema SOALAN PRA PSPM AE015

EKONOMI 1 SESI 2022/2023


KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR.

BAHAGIAN A [30 markah]

Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Jawab semua soalan.

Anda dinasihatkan supaya memperuntukkan masa 30 minit bagi menjawab bahagian


ini.

1. a) Jelaskan perbandingan antara barang awam dan barang persendirian dalam aspek
ciri dan contoh yang sesuai. [4m]
jawapan:

Barang awam : ciri - barang yang tidak mempunyai sifat pengecualian, semua orang
boleh menggunakannya sama ada membayar atau tidak. 1m
Cth: hospital kerajaan 1m
Barang persendirian : ciri - pemilik sahaja boleh menggunakannya, individu lain
tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran pemilik 1m
Cth: kereta persendirian 1m

b) Andaikan pengguna menggunakan barang modal dan barang pakaian. Apakah


tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna untuk mencapai keseimbangan apabila :
jawapan:
petunjuk : barang modal (X), barang pakaian (Y)
i. situasi 1 : pendapatan pengguna meningkat. [2m]
- tindakan pengguna : menambahkan penggunaan barang modal dan barang
pakaian (1m) sehingga mencapai keseimbangan baru iaitu MUx/Px =
MUy/Py dan jumlah pendapatan baru = jumlah perbelanjaan baru(1m)

ii. situasi 2 : harga barang modal meningkat . [2m]


- tindakan pengguna : mengurangkan penggunaan barang modal supaya
MUx meningkat dan menambahkan penggunaan barang pakaian supaya MUy
berkurang (1m) sehingga mencapai keseimbangan baru iaitu MUx/Px1 =
MUy/Py(1m)
c) Berbantukan rajah , jelaskan hubungan keluk jumlah utiliti(TU) dan utiliti sut(MU) bagi
penggunaan satu barang. [2m]

jawapan:

Jumlah utiliti

TU

0 Q1 Kuantiti (unit)
Utiliti Sut

0 Q1 Kuantiti (unit)

MU

Hubungan TU dan MU
i. apabila TU meningkat dan capai maksimum, di mana MU turun masih bernilai positif
ii. TU maksimum di mana MU bernilai sifar
iii. TU menurun dan MU turun bernilai negatif
2. a) Berbantukan rajah , jelaskan hubungan antara keluk kos purata(AC), kos
berubah purata(AVC) dan kos sut(MC). [4m]
jawapan:

Kos (RM)
MC
AC
AVC

0 Qo Q1 Output(unit)

Hubungan AC dan MC
i. semasa AC sedang menurun, MC < AC
ii. MC bersilang dengan AC pada titik minimum AC di mana MC=AC
iii. semasa AC sedang meningkat. MC > AC

Hubungan AVC dan MC


i. semasa AVC sedang menurun, MC < AVC
ii. MC bersilang dengan AVC pada titik minimum AVC di mana MC=AVC
iii. semasa AVC sedang meningkat. MC > AVC

b) Jelaskan tiga(3) faktor yang menyebabkan firma mencapai ekonomi bidangan dalaman.
[6m]
jawapan:

Firma mencapai ekonomi bidangan dalaman apabila memiliki 3 faktor berikut:


a. ekonomi pengkhususan (1m)
- apabila firma berkembang dengan buruh yang lebih ramai dapat melakukan
pengkususan pekerjaan. Ini menyebabkan kecekapan dalam pengeluaran dan kos
purata berkurangan. (1m)

b. ekonomi pengurusan (1m)


- firma menggunakan ahli pengurusan dan pentadbiran yang lebih cekap. Daya
pengeluaran dapat ditingkatkan dan ini mengurangkan kos purata pengeluaran.
(1m)

c. ekonomi pemasaran (1m)


- firma yang besar dapat membeli input secara pukal dan kos pemasaran input
berkurangan . Ini mengurangkan kos purata pengeluaran. (1m)

-ekonomi kewangan
-ekonomi teknikal
-ekonomi penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Fakta -1m
Huraian-1m

3. Huraikan lima(5) aspek perbandingan pasaran monopoli dengan pasaran


persaingan sempurna dalam jangka panjang [10m]
jawapan:

a. aspek harga keseimbangan (1m)


-tingkat harga keseimbangan jangka panjang pasaran monopoli lebih tinggi
berbanding PPS sebab monopoli penentu harga dan PPS penerima harga. (1m)

b. aspek keluaran keseimbangan(1m)


-tingkat keluaran keseimbangan jangka panjang pasaran monopoli lebih kecil
berbanding PPS sebab monopoli keluaran tiada pengganti dan PPS keluaran
pengganti sempurna.(1m)

c. aspek keuntungan(1m)
-dalam jangka panjang firma PPS memperolehi untung normal sahaja
manakala firma monopoli memperolehi untung lebih normal sebab pasaran
PPS tidak wujud halangan keluar masuk firma manakala pasaran monopoli
wujud halangan keluar masuk firma.(1m)

d. aspek kecekapan peruntukan sumber(1m)


-dalam jangka panjang firma PPS mencapai kecekapan peruntukan sumber
kerana mengeluarkan output keseimbangan ketika Ps = LMC manakala
pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber kerana
mengeluarkan output keseimbangan ketika Pm > LMC.(1m)

e. aspek kecekapan pengeluaran(1m)


-dalam jangka panjang firma PPS mencapai kecekapan pengeluaran kerana
mengeluarkan output keseimbangan pada keluk LAC yang minimum manakala
pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana
mengeluarkan output keseimbangan pada keluk LAC yang sedang
menurun.(1m)
Fakta -1m
Huraian-1m

BAHAGIAN B [50 markah]

Bahagian ini mengandungi 4 soalan. Jawab semua soalan.

Anda dinasihatkan supaya memperuntukkan masa 90 minit bagi menjawab bahagian ini.

1. Rajah di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran bagi barang X dan barang Y.

Berdasarkan rajah di atas,


(a) Tentukan
jawapan:
(i) kombinasi pengeluaran yang dapat dikeluarkan . [1m]
- A,B,C,D,P
(ii) kombinasi pengeluaran yang paling cekap. [1m]
- A,B,C,D
(iii) kombinasi pengeluaran yang tidak dapat dikeluarkan. [1m]
- K
(iv) kombinasi pengeluaran yang tidak cekap. [1m]
- P
(v) barang yang dilepaskan apabila pergerakan titik A ke B. [1m]
- barang Y
(vi) barang yang dilepaskan apabila pergerakan titik C ke B. [1m]
- barang X

(b) Kuantiti barang X dan barang Y yang dapat dikeluarkan apabila memilih
kombinasi pengeluaran [4m]
jawapan:
(i) A
- 0 unit barang X dan 6 unit barang Y [1m]
(ii) P
- 1 unit barang X dan 2 unit barang Y [1m]
(iii) K
- 0 unit barang X dan 0 unit barang Y @ tiada pengeluaran dapat
dibuat sebab ketakcukupan sumber ekonomi. [1m]
(iv) D
- 3 unit barang X dan 0 unit barang Y [1m[

2. a) Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara input berubah dengan jumlah


keluaran.

Input berubah Jumlah keluaran


(unit) (unit)
0 0
1 8
2 27
3 36
4 44
5 49
6 52
7 54
8 55
9 55

10 54

i. Hitung keluaran purata dan keluaran sut pada setiap tingkat input
berubah. [6m]
jawapan:

Input berubah Jumlah keluaran Keluaran Keluaran Sut(MP)


Purata(AP)
(unit) (unit) Perubahan TP /
(TP/L) perubahan L
0 0 - -
1 8 8 8
2 27 10.5 13

3 36 12 9
4 44 11 8
5 49 9.8 4
6 52 8.67 3
7 54 7.71 2
8 55 6.88 1
9 55 6.11 0
10 54 5.4 -1

rumus- 1m & rumus- 1m &


Jawapan- 2m jawapan -2m

ii. Pada bilangan buruh yang ke berapakah pulangan sut berkurang bermula?
[1m]
- Bermula pada buruh ke 2 orang @ yang ke2 orang
iii. Jelaskan hubungan antara keluaran purata dengan keluaran sut. [3m]
• AP meningkat.
• MP meningkat, maksimum dan menurun.
• MP > AP.
(1m)

• AP menurun.
• MP menurun dan positif.
• MP < AP.
(1m)

• AP menurun.
• MP menurun dan negatif.
• MP < AP.
(1m)

b) Huraikan lima(5) faktor kewujudan monopoli. [10m]

jawapan:

i. perlindungan undang-undang.

-menyekat firma baru mengeluarkan barangan yang sama melalui sekatan dan
perlindungan undang-undang
Cth: hak cipta/ hak paten.

ii. keperluan saiz modal yang besar.


-Setengah pengeluaran memerlukan saiz modal yang besar untuk memiliki teknologi
canggih, menyebabkan firma lain tidak mampu bersaing bagi keluaran yang sama
Cth: penghasilan kapal terbang

iii. keupayaan teknologi.


-Dengan keupayaan teknologi canggih firma yang mempunyai jumlah pasaran yang
besar akan mempunyai kos per unit yang lebih rendah daripada firma-firma yang
lebih kecil saiznya.
-hanya firma yang besar mampu bersaing.
Cth:bekalan air dan elektrik

iv. pemilikan sumber .


-sebuah firma yang dapat mengawal keseluruhan
penawaran bahan mentah/sumber yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
Cth: petronas memiliki sumber ke atas petroleum.
v. penggabungan firma .
-gabungan firma-firma yang berada dalam sesebuah pasaran melalui pembelian firma-
firma pesaing oleh firma induk.
Cth: penggabungan pengeluar tayar dunlop, simetyre dan silverstone bergabung dalam
operasi mereka menyebabkan tidak wujud persaingan dari firma lain

Fakta -1m
Huraian-1m

3. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti barang X dan jumlah kos bagi sebuah firma
persaingan sempurna.

Output barang X Jumlah kos


(unit) (RM)
0 300.00
1 400.00
2 425.00
3 455.00
4 496.00
5 550.00
6 620.00
7 711.00
8 824.00

jawapan:

(a) Dalam jangka masa manakah firma ini beroperasi? Jelaskan. [2m]
- jangka masa pendek (1m) sebab wujud kos tetap sebanyak rm300 (1m)
(b) Hitung kos berubah purata dan kos tetap purata pada tingkat output ke 5. [3m]
- AVC (ke5) = TVC/Q TVC = TC-TFC
= 250/5
= rm50
- AFC ( ke5) = TFC/Q
= 300/5
= RM60 rumus -1m
jalan kerja -1m
jawapan -1m

(c) Sediakan jadual yang menunjukkan kos purata dan kos sut. [4m]
Output barang X Jumlah kos Kos Purata(AC) Kos Sut(MC)
(unit) (RM) AC=TC/Q Perubahan TC/
perubahan Q
0 300.00 - -
1 400.00 400 100
2 425.00 212.50 25
3 455.00 151.67 30
4 496.00 124 41
5 550.00 110 54
6 620.00 103.33 70
7 711.00 101.57 91
8 824.00 103 113
rumus- 1m & rumus- 1m &
Jawapan- 2m jawapan -2m

(d) Jika harga pasaran ialah RM70.00 per unit,


(i) Tentukan kuantiti output yang dapat memaksimumkan keuntungan. [1m]
- 6 unit ketika MC=MR
(ii) Hitung jumlah hasil pada tingkat output keseimbangan. [1m]
- TR= PxQ
- = 70 x 6
- = rm 420
(ii) Hitung keuntungan atau kerugian firma tersebut. [1m]
-Pada keseimbangan , TR=rm420 dan TC= rm620,
-Untung/rugi = TR-TC
=420-620
= - RM 200 (rugi)

4. Huraikan empat(4) bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan dalam pasaran
bermonopoli. [8m]
jawapan:

i. Pengiklanan- menarik lebih ramai pelanggan/maklumat tentang produk senang


dicapai
ii. Galakan jualan/promosi - aktiviti menambahkan jualan spt;hadiah percuma
iii. Perkhidmatan selepas jualan – insentif perkhidmatan terbaik kepada pengguna
spt:penghantaran percuma
iv. Penjenamaan – jenama produk dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan
pembeli

Pembungkusan – reka bentuk pembungkusan dapat menarik minat dan perhatian


pembeli

Fakta -1m
Huraian-1m

soalan tamat.

Anda mungkin juga menyukai