Anda di halaman 1dari 2

AHP2508 PENGURUSAN HASILAN TERNAKAN

PANDUAN TUGASAN

Tugasan 1: Seminar

Pendahuluan

Tugasan ini bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan
hasilan ternakan dari pelbagai sumber secara komprehensif dan seterusnya mampu mengolah dan
membentangkannya dengan baik. Aspek pengurusan masa dan kerjasama berkumpulan yang baik
sangat penting untuk mempastikan tugasan ini dapat disediakan dengan baik.

Hasil Pembelajaran

Diakhir tugasan ini pelajar akan dapat,


 Membentangkan tajuk tugasan yang diberikan dengan baik.
 Menerangkan dengan baik dan berfakta tajuk tugasan yang diberikan.
 Menguruskan masa dan bekerjasama secara berkumpulan dengan baik.

Arahan & Peraturan

 Tugasan ini perlu dilakukan secara berkumpulan.


 Setiap kumpulan perlu memilih salah satu dari tajuk yang disenaraikan di bawah. Setiap tajuk
hanya boleh dipilih oleh satu (1) kumpulan sahaja.
 Setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
 Setiap ahli kumpulan mesti terlibat dalam penyediaan dan pembentangan tajuk tersebut.
 Pembentangan perlu dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit (tidak termasuk sesi soal-
jawab).
 Selepas pembentangan, slaid pembentangan tersebut mesti di hantar ke Google Drive kursus ini
dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh pembentangan.
 Fail slaid tugasan mesti dinamakan seperti berikut:
AHP2508 T1 <Nama Kumpulan> <Kod Tajuk> <Tajuk Tugasan>. Contoh: AHP2508 T1 KP12 TS11
Pengurusan hasilan telur.

Tajuk Tugasan

Kod Tajuk
TS01 Good Manufacturing Practice (GMP)
TS02 Syarat dan peraturan Halal Malaysia
TS03 Prinsip pengawetan dan penyimpanan daging
TS04 Kaedah penyimpanan dan penghantaran susu
TS05 Penggredan daging berdasarkan piawaian USDA
TS06 Pemprosesan produk asas daging
TS07 Pemprosesan produk asas tenusu
TS08 Pemprosesan produk asas telur
TS09 Pemprosesan produk asas bulu
TS10 Pemprosesan produk asas hasilan akuakultur
TS11 Pembungkusan dan pemasaran produk dari hasilan ternakan
TS12 Produk dari hasil sampingan ternakan
TS13 Kaedah guna semula hasil buangan ternakan

Pemarkahan

No Kategori Markah
A Konsultasi:
 Konsultasi 1: skop dan draf kandungan 10
 Konsultasi 2: fakta, huraian dan penyampaian
B Maklumat:
 Maklumat menepati skop tajuk
50
 Maklumat adalah betul
 Maklumat dijelaskan dengan baik
C Persembahan maklumat:
 Mudah di baca dan dilihat
 Ringkas dan padat 20
 Kepelbagaian bentuk - teks, jadual, gambar & gambarajah
 Menarik perhatian – disertakan warna, corak, animasi
D Penyampaian:
 Penampilan diri – kemas, professional
 Kualiti suara – jelas, pelbagai tona
20
 Bahasa badan – kontak dengan audien, gerakan yang sesuai
 Penguasaan ilmu – menerangkan, bukan membaca, berfakta
 Kualiti penerangan – yakin, menguasai, lancar
Jumlah 100

Anda mungkin juga menyukai