Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 4: PELAPORAN

NAMA : CHE MOHAMMAD SHAHRUL HAZHAR BIN CHE


HASSAN

ANGKA GILIRAN : 2020302340275

NO KAD PENGENALAN : 010305-03-0729

KUMPULAN / UNIT : SEM 1 TAHUN 4 / GAYA HIDUP SIHAT 1

KOD KURSUS : GHSS 3013

NAMA KURSUS : GAYA HIDUP SIHAT

NAMA PENSYARAH : DR NUR AMALINA BINTI SAMSUDIN

TARIKH HANTAR : 30 OKTOBER 2023

Saya CHE MOHAMMAD SHAHRUL HAZHAR BIN CHE HASSAN dengan ini
mengaku telah menerima maklum balas kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan : Tarikh :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 Pengenalan 2
2.0 Kekuatan 3
3.0 Kelemahan 3
4.0 Peluang 4
5.0 Cabaran 5
6.0 Penutup 5
Laporan Colour Run 3KM IPGKTB 2023 (AJK Multimedia)

1.0 PENGENALAN
Pada 22 hari bulan Oktober yang lalu, sebuah acara gaya hidup sihat dijalankan untuk
memenuhi keperluan melengkapkan tugas GHSS3013 kelas elektif Gaya Hidup Sihat. Dalam
pembentukan ahli jawatankuasa (AJK), seramai 7 pelajar diletakkan di bawah AJK
Multimedia. Pada 19 September 2023, perbincangan pertama dilakukan dengan
membahagikan tugas kepada setiap AJK. Laporan dapat dibahagikan kepada 4 bahagian
utama iaitu Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran.

2.0 KEKUATAN
Antara Kekuatan yang dapat dilihat adalah komunikasi yang berkesan. Dalam kumpulan
Whatsapps AJK, setiap arahan diberikan dengan jelas dan setiap masalah juga dibincangkan
dan diselesaikan bersama.. Perkara ini dapat menjadikan setiap suara didengari dan melalui
proses ‘check and balance’. Selain itu, kekuatan lain adalah kerja berpasukan. Kerja
berpasukan merupakan elemen yang penting dalam melakukan projek. Sepanjang proses
persediaan dijalankan, setiap ahli mainkan peranan untuk menyumbang input untuk banner,
menempah, menggantung dan menyimpannya. Nilai tolong-menolong dapat dilihat dengan
jelas apabila ramai yang terlibat sepanjang proses ini berlangsung.

Gambar rajah 2.1 Gambar rajah 2.2


Arahan yang jelas Ahli menyumbang input

2
Gambar rajah 2.3
Memasang banner

Gambar rajah 2.4


Dibantu AJK

3.0 KELEMAHAN
Dalam aspek Kelemahan, AJK terlepas pandang tentang keadaan sekeliling yang akan terjadi
selepas program. Dalam keadaan tempat utama program baru dicat, peserta yang comot
dengan serbuk warna bersandar pada dinding tempat program. Hal ini mencacatkan tempat
program yang baru dicat. Setiap AJK bertungkus-lumus bekerjasama untuk menghilangkan
kesan warna pada dinding dan lantai tempat program. Selain itu, acara penutup program
dijalankan agak lama atas beberapa faktor yang menyebabkan peserta terpaksa menahan
kepanasan di padang. Terdapat beberapa keluhan dibuat tentang majlis penutup yang
dijalankan.

Gambar rajah 3.1 Gambar rajah 3.2


Keadaan dinding tempat program Kerja pembersihan

3
Gambar rajah 3.3
Kerja pembersihan

4.0 PELUANG
Untuk Peluang, setiap induk dapat mempelbagaikan ahli untuk serakan bangsa, opsyen dan
jantina. Hal ini dapat diperbaiki untuk memastikan pelajar mengenali antara satu sama lain
dan buah fikiran dapat diluaskan lagi. Perkara ini juga membolehkan AJK dapat belajar lebih
mendalam tentang skop kerja masing-masing dan ilmu baharu seperti kemahiran fotografi.
Selain itu, persediaan tempat boleh dilakukan lebih awal. Hal ini dapat menjamin kelancaran
program memandangkan AJK diberi lebih masa untuk bersedia dan menyediakan tempat.
Ekoran tarikh pembentangan hasil kajian dalam minggu yang sama, ramai AJK yang tidak
mempunyai masa untuk membuat persediaan tersebut.

Gambar rajah 4.1


Mengambil gambar

4
5.0 CABARAN
Untuk cabaran, antara isu yang besar adalah masa. AJK tidak mempunyai banyak masa untuk
bersedia. Disebabkan kekangan waktu, banyak persediaan dilakukan pada minit-minit akhir.
Selain itu, tarikh dan bilangan peserta juga merupakan isu yang timbul. Tarikh bertukar
disebabkan banyak program dan tarikh menghantar tugasan yang bertindan.
Walaubagaimanapun, program dapat dilakukan dengan jayanya dan mendapat pujian ketua
jabatan Hal Ehwal Murid (HEP).Bilangan peserta pada awalnya juga agak sedikit, namun
usaha publisiti dan galakan AJK kepada komuniti di kampus yang akhirnya menjadikan jumlah
peserta 300.

6.0 PENUTUP
Tuntasnya, Colour Run 3KM IPGKTB 2023 adalah satu pengalaman yang penuh
keseronokan dan peluang untuk belajar, menyatukan pelajar dalam semangat komuniti dan
pemupukan gaya hidup sihat. Diharapkan bahawa acara ini akan terus menjadi satu tradisi
yang memeriahkan dan menyatukan komuniti kami di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun (IPGKTB). Terima kasih kepada semua peserta, ahli jawatankuasa, dan para
pensyarah yang menjadikan Colour Run ini berjaya, serta menjanjikan bahawa tahun-tahun
akan datang akan diberkati dengan lebih keceriaan dan semangat bersama. Teruskan
melarikan diri dengan warna-warna kegembiraan!

Disediakan oleh,

………………………………………………
CHE MOHAMMAD SHAHRUL HAZHAR
010305-03-0729
Ahli jawatankuasa Multimedia,
Colour Run 3KM IPKTB 2023.

Anda mungkin juga menyukai