Anda di halaman 1dari 15

1 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

DASAR LUAR : HUBUNGAN DIPLOMATIK

Maksud Dasar Luar: Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain.
Definisi hubungan diplomatik : hubungan dengan perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-
negara di dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

ANALISIS SOALAN STPM 2013-2019

BIL TAHUN SOALAN


1 STPM 2013 S18- Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di
peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting kepada pembangunan
dan kesejahteraan negara ini. Bincangkan. (5 + 0)

STPM 2014 TIADA

2 STPM 2015 S20- Melalui amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar, Malaysia
mendapat banyak manfaat dalam bidang ekonomi. Huraikan. ( 5+0)

STPM 2016 TIADA

3 STPM 2017 S18-Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar
semenjak awal kemerdekaan. Bincangkan sebab Malaysia berbuat
demikian. (5+0)

4 STPM 2018 S18- Malaysia memperoleh pelbagai manfaat hasil hubungan diplomatik
dengan negara jiran dan serantau. Huraikan. (5+0)

5 STPM 2019 S19- Dalam mengadakan hubungan luar, Malaysia berpegang kepada
pendirian bebas, berkecuali dan berprinsip. Pendirian ini masih penting
hingga kini. Jelaskan. ( 5+ 0)

1
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
2 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

STPM 2013/2018

TAHAP
FAKTOR PENENTU KEPENTINGAN
PERKEMBANGAN
DASAR LUAR DASAR LUAR
DASAR LUAR

Kepentingan Nasional Menjaga Kedaulatan negara 1.Tunku Abdul Rahman

Kedudukan geografi
Sumber tenaga buruh
2.Tun Abdul Razak
Bekas Jajahan British
Meningkatkan kemajuan
ekonomi negara
3.Tun Hussein Onn
Dasar Berkecuali
Berkongsi kepakaran dan
teknologi
Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu 4.Tun Dr Mahathir
Mohamad
Mewujudkan keamanan
sejagat
Islam
5.Tun Abdullah Ahmad
Menjaga alam sekitar sejagat Badawi
Dasar Berkecuali

6. Dato Seri Najib Tun


Wawasan pemimpin Imej negara meningkat Razak

FOKUS 2020

Tidak campur
Berbaik-baik Hidup bersama
tangan dalam
dengan negara secara aman Keadilan sejagat
hal ehwal
lain dan harmoni
negara lain

PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

2
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
3 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

1
Dasar tertutup
dan bergantung
kepada Barat

5 2
Dasar
Dasar yang lebih berkecuali dan
pragmatik dan bersahabat
diplomatik dengan negara
Tahap Islam
Perkembangan
dasar luar
Malaysia

4 3
Dasar yang Mementingkan
lebih berani dan hubungan
serantau dan
membentuk berfokus kepada
kepimpinan hubungan ekonomi

Hubungan FOKUS 2020


dagangan

Perkongsian
Pembangunan data,
wilayah maklumat
Bentuk dan risikan
hubungan
Malaysia
dengan
negara luar

Hubungan Hubungan
politik Pendidikan

3
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
4 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

Soalan 1:
Malaysia memutuskan untuk menjalinkan hubungan dengan semua negara tanpa mengira
ideologi. Perincikan bentuk-bentuk hubungan yang dijalinkan Malaysia dengan negara lain.

Skema: (5 + 0) FOKUS 2020

Pendahuluan:
Hubungan yang dibentuk Malaysia dengan negara lain telah membawa keuntungan bukan sahaja kepada
Malaysia, malah kepada negara berkenaan. Hubungan yang dibentuk melalui hubungan diplomatic
membawa kepada bentuk hubungan lain

Bil Idea/ Isi Huraian


1 Mengadakan  Ekonomi Malaysia bersifat terbuka. Dengan wujudnya hubungan
hubungan dagangan dagangan dengan banyak negara, eksport negara meningkat dan
situasi ini mengukuhkan ekonomi negara.
 Untuk meningkatkan lagi hubungan dagangan, Malaysia mengadakan
perjanjian dagangan dua hala dengan beberapa buah negara seperti
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Jepun dan Pakistan.
 Perjanjian dagangan ini telah meningkatkan eksport Malaysia
kerana negara berkenaan bersedia membuka pasaran kepada
Malaysia
2 Mengadakan  Malaysia juga menjalinkan hubungan dengan mengadakan
perkongsian perkongsian pembangunan wilayah.
pembangunan
wilayah.  Pembentukan segi tiga pertumbuhan telah mewujudkan
Memorandum Persefahaman Serantau. Persefahaman ini melibatkan
Malaysia dengan negara jiran di sebelah utara dan selatan.
 Di sebelah kawasan selatan, melibatkan Singapura, Indonesia (Batam)
dan Malaysia (Johor).
 Manakala di sebelah kawasan utara, melibatkan selatan Thailand,
Semenanjung Malaysia dan Sumatera Utara.
3 Perkongsian data,  Perkongsian data, maklumat dan risikan juga merupakan bentuk
maklumat dan risikan hubungan yang dijalin Malaysia dengan negara lain.
 Dalam memerangi keganasan merentasi sempadan, Malaysia
menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan mengadakan
perkongsian maklumat dan risikan.
 Jalinan ini melibatkan negara Indonesia, Australia dan Singapura.
Beberapa siri tangkapan dan pendakwaan berjaya dilakukan dengan
pertukaran maklumat berkenaan.
 Pertukaran maklumat ini penting memandangkan semakin
meningkatnya jenayah merentasi sempadan antara negara.
4 Hubungan pendidikan  Hubungan yang paling bermakna untuk perkembangan dan kemajuan
negara melibatkan hubungan pendidikan.
 Hubungan Malaysia dibina dengan banyak negara bagi mendapatkan
peluang pendidikan untuk rakyatnya.
 Bidang berkenaan tidak dapat ditawarkan secara meluas dalam
negara kerana kekurangan pakar. Malaysia mempunyai hubungan
erat dengan Britain, Amerika Syarikat, Rusia dan beberapa negara
bagi tujuan ini.

4
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
5 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

5 Hubungan politik/  Malaysia juga menjalinkan hubungan politik dengan banyak negara.
Bantuan Hubungan diplomatik yang terbentuk membolehkan Malaysia
Kemanusiaan menyalurkan bantuan dan meringankan beban negara lain yang
ditimpa bencana. Bantuan Malaysia amat disanjungi oleh negara
berkenaan.
 Malaysia menghulurkan bantuan material dan pakar semasa
bencana tsunami di Acheh dan Jepun, bencana ribut di Myanmar serta
banjir di Filipina dan Bangladesh. Malaysia juga menyalurkan bantuan
yang besar kepada rakyat Bosnia Herzegovina semasa Perang Balkan.
 Saluran bantuan ini telah mewujudkan hubungan yang erat antara
rakyat dengan kerajaan dua negara

Secara kesimpulannya  Malaysia menjalin hubungan dengan pelbagai negara tanpa mengira
ideologi. Hubungan yang dijalinkan, khususnya hubungan politik telah
memberi peluang kepada Malaysia untuk menjalinkan hubungan
dagangan

5
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
6 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

Soalan:
Dasar Luar Malaysia adalah untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa.
Huraikan prinsip yang diambil oleh negara dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara daripada
diceroboh oleh kuasa luar.
FOKUS 2020
Pendahuluan
 Dasar luar negara sentiasa menekankan kepentingan nasional

Isi-isi Penting

1. Pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain


 menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara
 menolak sekeras-kerasnya perdebatan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan
 mudah mendapat kerjasama dan mendapat bantuan daripada negara luar
 menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara walaupun berlainan ideologi

2. Menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan


 Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau
meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan
paksaan
 Rundingan merupakan cara terbaik menyelesaikan masalah
 Elakkan pertumpahan darah dan peperangan yang merugikan kedua-dua belah pihak
 mencapai kata sepakat dan mencari penyelesaian dengan menguntungkan kedua-dua belah
pihak

3. Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni.


 semua rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami
apa yang diperlukan
 mengutamakan perpaduan dan kesejahteraan hidup rakyat
 sentiasa mengambil perhatian hubungan baik dengan negara jiran
 memahami masalah negara jiran dan saling tidak mencampuri urusan dalaman negara lain

4. Tidak campur tangan dalam masalah negara lain


 Malaysia mengamalkan pendirian tidak campur tangan dalam isu politik
 contohnya, pencerobohan Vietnam di Kemboja
 berpendapat rakyat Kemboja diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri
 tidak bersetuju dengan campur tangan kuasa luar yang mempunyai agenda tersendiri

5. Menyokong perjuangan negara-negara Islam


 menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)
 prihatin dengan nasib rakyat Palestin
 menghantar bantuan kemanusiaan
 bekerjasama meningkatkan pembangunan negara-negara OIC

6
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
7 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

Soalan:
Hubungan Malaysia dengan negara luar telah berlaku sejak zaman pramerdeka. Hubungan luar ini
mempunyai kepentingan-kepentingan yang tersendiri kepada negara dan pelbagai faktor telah diambil
kira sebagai asas pembentukannya.

BIL IDEA HURAIAN


A.Kepentingan-kepentingan menjalinkan hubungan diplomatik. (STPM 2013)
1 Menjaga/mengekalkan  Malaysia merupakan negara kecil yang tidak mempunyai kekuatan
kedaulatan negara tentera memerlukan hubungan baik dengan negara luar bagi
mengelakkan daripada ancaman dan mendapatkan jaminan
keselamatan dari negara lain.
 Malaysia bersama anggota ASEAN yang lain mengamalkan dasar
berkecuali (ZOPFAN) supaya kuasa besar tidak menceroboh
negara.
 Negara-negara Komanwel pernah membantu Malaysia semasa
menghadapi ancaman komunis dan konfrontasi dengan Indonesia.
 Selain daripada itu, sebarang pertukaran data alat-alat risikan
dapat dikongsi dengan negara lain.
2 Meningkatkan kemajuan  Negara kita merupakan negara yang membangun, kaya dengan
ekonomi negara. bahan mentah.
 Memerlukan hubungan dengan negara luar supaya dapat
memasarkan barangan.
 Awal merdeka, mengeksport getah dan bijih timah ke Britain dan
Amerika.
 Hubungan Malaysia dengan negara China, Amerika dan Jepun
bertujuan mendapatkan pelaburan dan pasaran mereka.
 Malaysia dapat menjalankan projek perindustrian bersama negara
ASEAN yang lain contohnya Projek Urea di Bintulu, Sarawak.
 Mengadakan kerjasama ekonomi dua hala.
 Mengadakan perjanjian ekonomi untuk meningkatkan eskport dan
produktiviti seperti AFTA, FTA, EAEC dan ASEAN.
 Menambahkan sumber tenaga buruh dari luar negara.
 Meningkatkan kemasukan pelabur asing dan meluaskan pasaran.

3 Menjaga alam sekitar  Penjagaan alam sekitar bukan merupakan tanggungjawab sebuah
sejagat negara tetapi melibatkan semua negara di dunia.
 Malaysia dapat bersama-sama negara di dunia menangani
masalah alam sekitar yang kian meruncing.
 Malaysia menghadiri Persidangan-persidangan antarabangsa
dalam menghadapi ancaman alam sekitar.
 Persidangan Kyoto, persidangan mengawal perlepasan gas-gas
pencemar seperti CFC yang menyebabkan berlakunya kesan
Rumah Hijau.
 Persidangan Montreal, perjanjian antarabangsa untuk melindungi
berlakunya penipisan lapisan ozon dunia.
 Malaysia juga kerap membantu Indonesia, mengatasi masalah
jerebu.

4 Berkongsi kepakaran dan  Perkongsian ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang
teknologi perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian.
 Sebagai contoh, Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan
Jepun dan Korea Selatan sebagai negara contoh untuk mencapai
kejayaan. Melalui hubungan positif ini, rakyat negara Malaysia
berpeluang mempelajari teknologi Jepun dan Korea Selatan untuk
mencapai taraf kemajuan yang tinggi menjelang tahun 2020.
 Melalui Rancangan Colombo, Malaysia dapat membina pusat
latihan, penempatan pakar bagi membuat penyelidikan.

7
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
8 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

5 Mewujudkan keamanan  Hubungan dengan luar negara membolehkan negara Malaysia


sejagat. bekerjasama untuk menjaga keamanan bersama.
 Dapat menggunakan saluran yang sesuai untuk memberikan
pendapat tentang cara untuk mengekalkan keamanan negara.
 Mengadakan kerjasama dengan negara Asia Tenggara untuk
mengekalkan kawasan Asia Tenggara sebagai kawasan ZOPFAN.
 Kerjasama dengan PBB untuk menjadikan dunia ini aman tanpa
konflik perkauman dan ideologi.

B Faktor-Faktor Penentu Dasar Luar

7 Faktor Persekitaran  Kedudukan geografi menentukan dasar luar negara.


Geostrategik  Malaysia terletak di kedudukan yang paling strategik di dunia.
 Kedudukannya di persimpangan laut di antara Lautan Pasifik
dengan Lautan Hindi merupakan satu laluan perdagangan utama
FOKUS 2020 bagi rantau Asia Tenggara.
 Kebanyakan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur
Tengah serta India melaui lautan perairan selat Melaka di
Malaysia.
 Kedudukan yang sesuai di negara kita menarik kuasa asing untuk
datang berdagang dan mengadakan hubungan persahabatan.
 Bagi mengelakkan berlakunya situasi yang boleh merugikan
negara, hubungan yang erat dan persefahaman tinggi perlu
diwujudkan.

8 Faktor Ekonomi Negara  Malaysia mempunyai sumber ekonomi yang kukuh yang
berasaskan bahan utama seperti getah, kelapa sawit dan barangan
pembuatan seperti elektronik dan kejuruteraan.
 Malaysia memerlukan barangan untuk keperluan rakyatnya atau
ingin memasarkan barangan dan hasil negara ke luar negara.
 Malaysia mempunyai rakan-rakan dagangan serantau dan
antarabangsa untuk kepentingan ekonomi bersama.
 Tanpa ikatan dengan negara-negara lain, Malaysia agak sukar
untuk memperkembangkan ekonomi negara kerana tidak mampu
untuk berdiri sendiri.

9 Struktur Politik dan  Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang


Keselamatan Negara mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat.
 Malaysia menentang keras kuasa besar menggugat atau
mengancam kestabilan dan keselamatan serantau.
 Sebagai contoh, Malaysia memperjuangkan dasar yang tidak adil
dalam sesebuah negara seperti dasar Apartheid di Afrika Selatan.
 Malaysia memberi kerjasama dengan menyertai pelbagai forum di
peringkat antarabangsa untuk menghindarkan ancaman
keganasan, komunis dan dadah.

10 Faktor Demografi sosial  Keadaan demografi negara yang menpunyai penduduk yang
pelbagai kaum menyebabkan Malaysia menghormati hak asasi
manusia dan menentang dasar diskriminasi seperti Dasar
Apartheid di Afrika Selatan.
 Mengadakan hubungan dengan negara-negara Islam kerana
majoriti penduduk di negara ini beragama Islam.
 Malaysia mengamalkan prinsip perpaduan di peringkat domestik.
 Malaysia mengesyorkan agar prinsip perpaduan diamalkan di
peringkat antarabangsa.

8
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
9 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

11 Faktor Kepimpinan  Setiap pemimpin akan membentuk dan membawa era yang
berbeza dalam melaksanakan dasar luar.
 Sebagai contoh, setiap Perdana Menteri Malaysia berwawasan
untuk mengeratkan persahabatan bermula era Tunku Abdul
Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn dan Tun Dr. Mahathir
Mohamad.
 Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar pemerintahan
dalah bersifat pro-Barat dan antikomunis. Hal ini kerana semasa
era pra kemerdekaan negara mendapat bantuan British dari segi
pentadbiran dan pertahanan dan menentang ancaman komunis.
 Bermula tahun 1970, di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, negara
mengamalkan dasar berkecuali iaitu mengadakan hubungan
dengan negara luar tanpa mengira ideologi memandangkan pada
masa tersebut berlakunya era Perang Dingin.

12 Faktor Sejarah  Negara kita telah mengalami pengalaman pahit apabila dijajah
pada suatu ketika dahulu.
 Pengalaman tersebut membantu negara untuk merangka jenis
perhubungan dengan negara luar.
 Pada mulanya, negara kita tidak mengadakan hubungan dengan
negara komunis seperti Rusia dan China kerana pada masa itu,
negara menghadapi ancaman komunis.
 Selepas tahun 1970-an, barulah negara kita mengadakan
hubungan persahabatan dengan negara dari Blok Timur.

13 Menyokong Piagam  Malaysia menyokong kewibawaan pertubuhan antarabangsa


Pertubuhan Bangsa- Seperti ASEAN, PBB, OIC Dan NAM
bangsa Bersatu.  Malaysia sentiasa memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
pertubuhan dan memupuk kerjasama antara ahli Malaysia
memperjuangkan prinsip kebebasan manusia dan perjuangan ke
arah penghapusan penindasan politik dan ekonomi serta segala
bentuk penjajahan di dunia.
 Malaysai menghormati peraturan dan etika yang digariskan dalam
sistem perundangan antarabangsa demi keamanan dan
kemakmuran dunia.

SKEMA : 2+3/3+2

9
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
10 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

Soalan :
Malaysia telah melepasi beberapa tahap dalam pembinaan dasar luarnya sebelum mencapai
tahap kematangan dan pragmatik . Ulaskan perkembangan tersebut.

Pengenalan

Dasar luar yang dibentuk membantu kedudukan negara baik dalam aspek keselamatan, mahupun aspek
ekonomi. Dasar luar Malaysia terbina dengan cemerlangnya oleh pemimpin-pemimpin negara. Kekuatan
dasar luar ialah kekuatan kepada negara dalam menghadapi cabaran luar.

1. Permulaan dasar tertutup dan bergantung kepada Barat

 Malaysia melalui proses pembinaan dasar luar yang berubah dan pragmatik. Bermula dengan
dasar yang tertutup dan banyak bergantung kepada Barat dalam banyak hal sama ada dari segi
keselamatan mahupun bantuan ekonomi dan teknikal

 Situasi ini disebabkan negara baru mendapat kemerdekaan dan masih diancam komunis dan
juga konfrontasi dengan Indonesia

2. Dasar berkecuali dan bersahabat dengan negara Islam

 Selepas melepasi tahap pertama, Malaysia bergerak dari dasar yang berpihak kepada dasar lebih
terbuka dan berkecuali

 Dengan menyokong kuat Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Malaysia beralih kepada dasar
yang lebih terbuka dengan mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideology

 Frasa hubungan dengan China dan dengan negara komunis yang lain bermula

 Meningkatkan hubungan dengan negara Islam dan mendukung kuat Pertubuhan Persidangan
Negara Islam (OIC) dengan menjadi Setiausaha Agung pertama

3. Mementingkan hubungan serantau dan setaraf dan berfokus kepada hubungan ekonomi

 Fasa seterusnya dasar luar Malaysia diarah kepada mengeratkan hubungan serantau dengan
menjadi penggerak utama kepada pertubuhan serantau ASEAN bagi memacu ekonomi

 Memandangkan usaha meningkatkan ekonomi melalui hubungan dengan negara maju agak
terbatas, Malaysia menekankan hubungan sesama negara membangun dan negara Islam

 Kekuatan dibina bagi membetulkan ketidakadilan dunia baik dari sudut ekonomi, perdagangan
dan penguasaan kuasa besar

4. Dasar yang lebih berani dan membentuk kepimpinan

 Malaysia mula menunjukkan ketegasan dalam menentang keganasan antarabangsa dan menolak
keganasan yang dikaitkan dengan agama, bangsa dan warna kulit

 Mempengerusikan OIC dan NAM, memperjuangkan pendekatan multilateral dan bersuara


lantang membetul kepincangan PBB. Pendemokrasian PBB menjadi agenda dalam membetulkan
ketidakadilan dunia

 Mendukung kedudukan sebagai negara Islam contoh, progresif serta mendukung kesederhanaan
dalam tindakan

10
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
11 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

5. Dasar yang lebih pragmatik dan diplomatik

 Mengadakan hubungan strategik dengan banyak negara. Memacu pertumbuhan ekonomi ke arah
negara berpendapatan tinggi. Menandatangani pelbagai perjanjian ke arah mencapai hasrat
tersebut

 Komited dengan usaha mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dunia. Mempelopori Gerakan
kesederhanaan Global (GMM) yang berusaha mengubah pendekatan masyarakat global
menghadapi keganasan. Menegak keadilan dengan menubuhkan tribunal (KLWCC) mengadili
penjenayah perang

 Berusaha (berupaya) menyelesaikan konflik negara lain khususnya di selatan Filipina. Dasar
yang pragmatik dan diplomatik ini mendapat pengiktirafan dunia

Kesimpulan

Susur galur dasar luar yang dibentuk oleh pemimpin negara membantu meningkatkan kecemerlangan
negara khususnya pada pandangan masyarakat luar.

Format jawapan: (5 + 0)

11
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
12 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

Soalan

Hubungan diplomatik Malaysia dan China telah menjangkau 40 tahun. Daripada hubungan dagangan dan
diplomatik antarabangsa kepada hubungan strategik antarabangsa kini. Jelaskan rasional hubungan
peningkatan hubungan ini kepada negara Malaysia.

Pengenalan

Keupayaan meningkatkan hubungan dengan negara lain dalam pelbagai aspek sehingga mencapai tahap
hubungan yang strategik merupakan bentuk hubungan dimensi baru dalam dasar luar sesebuah
negara.Malaysia turut mengatur hubungan yang strategik dengan pelbagai negara khususnya negara
kuasa besar.

Rasional Hubungan Malaysia dengan China

1. Kemelesetan ekonomi global

 Ekonomi Amerika Syarikat masih belum pulih sepenuhnya. Pertumbuhan ekonomi Jepun jatuh
ke tahap paling rendah dalam satu dekad. Krisis kewangan Kesatuan Eropah menggugat pakatan
ekonomi tunggal tersebut
 Kemelesetan ekonomi global ini menjatuhkan keupayaan eksport negara dan secara tidak
langsung mempengaruhi perkembangan keluaran dalam Negara
 Dalam pada itu, ekonomi China terus bertahan dan bakal mengambil alih peranan Amerika
Syarikat. Oleh itu, meningkatkan hubungan dagang dengan China akan meningkatkan daya
eksport negara

2. Pasaran China yang besar

 Dengan jumlah penduduk terbesar dunia, pasaran China amat besar untuk dikongsi oleh
Malaysia
 Pada tahun 2012, dilihat dari segi nilai dagangan China mengatasi Amerika Syarikat. Dagangan
Amerika Syarikat mencatatkan nilai US$3.82 trilion, manakala eksport dan import China bernilai
US$3.87 trilion. Lebihan dagangan China sebanyak US$231.1 bilion
 Banyak negara beralih kepada China sebagai rakan dagangan. Oleh itu, peningkatan hubungan
Malaysia dengan China menepati rasa dan situasi

3. Mengalih konflik Kepulauan Spratly

 Ketegangan dengan China dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel


dapat diredakan melalui hubungan yang lebih erat

 Banyak peluang pelaburan dapat diterokai bersama antara dua negara. Dengan dapat meneroka
bidang yang boleh dikongsi bersama, tindakan mengetatkan peraturan ke atas barangan
eksport.Malaysia seperti ke atas eksport sarang burung walit dapat dielakkan
 Malaysia tidak seharusnya menjadi mangsa kepada tindakan ekonomi China sebagaimana Jepun
dan Filipina ekoran ketegangan berhubung perebutan pulau yang dipertikai

4. Kesediaan China

 China dalam menghadapi provokasi kuasa oleh Amerika Syarikat yang cuba menempatkan
kembali pengaruhnya di rantau ini memerlukan sahabat. Situasi ini sepatutnya disambut oleh
Malaysia
 Pendekatan Malaysia dalam meningkatkan hubungan dengan China lebih kepada urusan
dagangan, pelaburan dan social
 Hubungan ini tidak menjadi Malaysia 'dilihat' menyebelahi China atau menyokong kedudukan
China dalam menghadapi Amerika Syarikat

12
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
13 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

5. Wujud cabaran dalam hubungan dua hala

 Dalam memajukan industri pelancongan, pasaran pelancong dari China amat penting kepada
Malaysia dan banyak Negara
 Kemasukan pelancong China turut diambil kesempatan oleh sindiket pemerdagangan orang.
Suatu 'kos' yang terpaksa ditanggung oleh Negara
 Dengan meningkatnya hubungan dengan China, banyak kerjasama dapat dibentuk. Sebagai
contoh, pembentukan kumpulan kerja antara Malaysia dengan China telah menggerakkan
kerjasama dalam menangani jenayah rentas sempadan, pemerdagangan orang, penyeludupan
dan sebagainya

6. Hubungan sosial yang terjalin

 China bersedia membuka universiti pertama di Malaysia menggunakan pengantar Bahasa


Inggeris. Satu kemajuan kepada negara dalam penyediaan peluang pendidikan bertaraf
antarabangsa
 Selain keterbukaan China menerima pelajar Malaysia dan dua buah universitinya menawarkan
kursus bahasa Melayu, pembukaan universiti China di Malaysia membuka lembaran baru dalam
hubungan dua Negara
 Pertukaran budaya antara dua negara meningkatkan industri pelancongan termasuk
pelancongan kesihatan

13
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
14 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

Soalan:
Negara-negara yang berjiran wajar berbaik-baik antara satu sama lain dalam pelbagai lapangan demi
kepentingan bersama. Bincangkan.

Pendahuluan
Negara-negara telangga atau yang berjiran semestinya berbaik-baik antara satu sama lain demi
kepentingan bersama. Ini bukan sahaja melibatkan negara-negara yangberfahaman sama tetapi juga bagi
negara-negara yang berlainan haluan, sama ada berpemerintahan demokrasi,sosialis mahupun komunis.

Isi-isi penting
1. Hubungan erat dengan negara jiran penting bagi negara-negara yang baru mencapai
kemerdekaan atau pulih daripada keruntuhan sosial
 Negara demikian, kebanyakannya terdiri daripadanegara yang sedang membangun yang
ketinggalan dalam semua bidang
 Dengan demikian, kuranglah masalah diplomaticdengan negara jiran
 Sebaliknya kerajaan dapat mcnumpukan perhatiansepenuhnya dalam pemulihan negara
 Rancangan-rancangan pembangunan negara dapatdilaksanakan dalam keadaan yang aman dan
damai dan dengan lebih pantas
 Dengan demikian, negara berkenaan dapat menjagakepenlingan dan keutuhan politik,
pertahanan ekonomi dan sosiobudaya negara sepenuhnya

2 Kerjasama politik sesama negara jiran sangat penting


 Jika tiada kerjasama politik yang erat, pelbagai perkara yang tidak diingini akan berlaku
 Prasangka dan permusuhan akan wujud
 Apabila hal ini berlaku, masing-masing berasa sangat akan tujuan dan niat negara jiran mereka
yang sebenarnya
 Kerap kali hal ini membawa kepada pertelingkahan bersenjata
 Dengan itu, banyak rancangan pembangunan akan terbantut kerana lebih banyak lagi wang dan
sumber
 ekonomi terpaksa disalurkan ke dalam bidang pertahanan
 Misalnya, hubungan China dan Jepun yang tegang kerana perebutan pulau menyebabkan kedua-
dua negara terpaksa belanja besar dalam bidangketenteraan

3 Hubungan baik negara jiran menjamin kehidupan rakyat yang aman dan sejahtcra
 Jika negara jiran berkonflik, rakyat kedua-dua Negara akan menjadi mangsa
 Misalnya konflik China dengan Jepun menyebabkan pelabur China di Jepun dan pelabur Jepun di
China mengalami kerugian besar
 Rakyat China memulaukan kereta Jepun
 Maka Rakyat China yang terlibat dalam jualan kereta Jepun turut menjadi mangsa
 Konflik yang serius menjadikan keadaan kehidupan rakyat sengsara
 Ada yang mati akibat rusuhan
 Pelabur akan tersepit di tengah-tengah diplomatik ini

4 Hubungan erat sesama negara jiran menjamin ekonomi negara
 Kebanyakan negara jiran bergantung antara satu sama lain
 Misalnya dalam bidang ekonomi seperti perdagangan dan perniagaan
 Pelbagai peluang ekonomi akan terbuka
 Peluang pekerjaan dan perniagaan bertambah
 Perdagangan yang erat dapat dijalankan kerana jarak yang dekat
 Misalnya di Asia, wujudnya AFTA memboleh barangan kita bebas memasuki pasaran Asia
Tenggara dengan bebas tanpa sekatan
 Maka ini meransang kemajuan ekonomi dalam semua sektor

14
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)
15 HUBUNGAN DIPLOMATIK – Semester 3, 2020 salmiah ramli (rasahati)

 Dari sektor pertanian, industri kecil dan sehinggalah industri automobil negara

5 Persefahaman sejagat juga dapat dipupuk


 Dengan hubungan yang erat, rakyat dari pelbagai negara dapat menyeberang dan mengunjungi
 tidak banyak mengalami kesulitan
 Keperluan visa atau peraturan imigresen dilonggarkan
 Kebudayaan dari sesuatu negara dapat diperkenalkan kepada negara jiran.
 Dengan itu, timbullah perasaan hormat menghormati terhadap cita-cita dan perasaan negara
jiran
 Maka pertembungan budaya akan mewujudkan persefahaman yang erat
 Kerjasama erat sesama negara jiran kesejahteraan sosial semua negara yang terlibat
 Kerjasama membanteras jenayah lebih berkesan
 Penjenayah dalam sesebuah negara susah menyeludup ke negara jiran untuk menyembunyikan
diri
 Sindiket jenayah antarabangsa juga dilumpuhkan
 Sebagai contoh, kerjasama polis Singapura, Malaysia dan Indonesia berjaya melumpuhkan
pengedaran dadah, wang haram, pelacuran dan keganasan antarabangsa

Penutup
Dengan perkataan lain, negara-negara mestilah berbaik-baik antara satu sama lain
kepentingan bersama. Namun, terdapat perkara yang tidak wajar diamalkan seperti mencampuri urusan
dalaman politik negara lain.

Skema : ( 5 + 0)

15
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

Anda mungkin juga menyukai