Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN TS25 NORLEHA BINTI RUSLAN

MINGGU 1 = (9/3) (RPH SIVIK DALAM BAHASA MELAYU)

TARIKH / HARI 24 MEI 2022 / SELASA

TINGKATAN / MASA 3KAA TAQWA / 12.35 - 1.45 TGHR

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU


PENDIDIKAN SIVIK (BAHASA MELAYU) - KASIH SAYANG

TEMA / TAJUK TEMA 4 WASPADA SELALU Berhemah di Jalan Raya


M/S 46 & 47
(Berbangga Sebagai Warganegara Malaysia Di Peringkat Global)

STANDARD 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.


KANDUNGAN

STANDARD 3.4.1 Menulis kerangka penulisan dengan menyusun isi secara terancang.
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat :


PEMBELAJARAN 1. Membina kerangka penulisan.
2. Menyusun isi secara terancang.
3. Menyenaraikan warganegara Malaysia yang berjaya di peringkat global. (Pengetahuan)
4. Menunjukkan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia yang boleh
menyumbang di peringkat global. (Sosioemosi)
5. Mengamalkan tindakan yang bijak menghadapi cabaran globalisasi mengikut
acuan tempatan. (Tindakan)

KRITERIA KEJAYAAN Pada akhir pembelajaran murid mencapai objektif pembelajaran sekiranya :
1. Menulis satu perenggan isi dengan kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa
yang gramatis.

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1. Murid meneliti bahan edaran.


PERMULAAN 2. Murid diberi penerangan tentang pentaksiran SP yang dipelajari.

AKTIVITI UTAMA 3. Murid membina ayat-ayat huraian. (PBD)


4. Murid diberi masa untuk menyiapkan latihan.
5. Latihan murid disemak.

AKTIVITI PENUTUP 6. Murid melengkapkan latihan dalam buku tulis.


7. Guru dan murid menilai keberhasilan pembelajaran pada hari ini dengan merujuk
objektif pembelajaran.

REFLEKSI & Murid diperkenalkan dengan formula KFC (Kepentingan (K). Faktor (F), Cara ( C )) dan jadual
TINDAKAN pembinaan ayat gramatis dalam penulisan.
SUSULAN UNTUK
MURID
Pada permulaannya, murid agak keliru dengan jadual tersebut. Setelah diterangkan, murid
dapat menggunakan jadual dengan baik. Karangan yang dihasilkan juga kurang mengandungi
ayat berulang bagi tiga karangan berbeza kehendak soalannya

Murid dipanggil secara rawak untuk membina ayat-ayat dalam setiap perenggan
pendahuluan, isi dan penutup. Bagi murid yang tidak dapat membina ayat, rakan dan guru
membantu untuk memberikan bimbingan sehingga murid itu dapat membina ayatnya sendiri.

Latihan berjadual seperti ini akan dibuat lagi pada masa hadapan dengan tema yang berbeza
pula untuk memantapkan lagi kemahiran menulis ayat yang pelbagai dan gramatis serta
mengelakkan ayat yang berulang-ulang.

NORAZILAH BINTI MASHADI I 1

Anda mungkin juga menyukai