Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) TAHAP 2

1 PENDAHULUAN

Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan KBS dan cara pelaksanaannya.

2 TAKRIF

KBS adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat


menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini
dilaksanakan secara intensif di satu tempat khusus mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah.

3 OBJEKTIF

3.1. TAHUN 4

3.1.1. Murid dapat mengetahui syarat wajib dan syarat sah solat.
3.1.2. Murid dapat melafazkan niat solat berjemaah.
3.1.3. Murid dapat melakukan cara solat berjemaah dengan sempurna.
3.1.4. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat
berjemaah.
3.1.5. Murid dapat membezakan antara makmum muafiq dan makmum masbuk.
3.1.6. Murid dapat melakukan perlakuan makmum muafik dan makmum masbuk.

3.2. TAHUN 5

3.2.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan cara tayammum dengan


sempurna.
3.2.2. Murid dapat melaungkan azan dan melafazkan iqamat dengan betul.
3.2.3. Murid dapat menjawab azan dan iqamat dengan betul.
3.2.4. Murid dapat membaca dan menghafaz doa selepas azan dan iqamat
dengan betul.
3.2.5. Murid dapat mengetahui cara solat jumaat dengan sempurna.

3.3. TAHUN 6

3.3.1. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat jenazah dengan sempurna.
3.3.2. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Fitri dengan
sempurna.
3.3.3. Murid dapat mengetahui dan melakukan solat sunat Aidil Adha dengan
sempurna.
4 KUMPULAN SASARAN
Semua murid beragama Islam tahun 4 hingga tahun 6

5 PERATURAN PELAKSANAAN

5.1. TAHUN 4
5.1.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 4)

5.2. TAHUN 5
5.2.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 5)

5.3. TAHUN 6
5.3.1. (Rujuk Jadual Pelaksanaan KBS Tahun 6)

6 TAJUK-TAJUK PENGUKUHAN KBS DALAM WAKTU PdPc PENDIDIKAN


ISLAM

6.1.Elemen Bestari Solat dimasukkan dalam PdPc Pendidikan Islam untuk


mengukuhkan kefahaman dan amalan solat dalam kehidupan murid. Pihak
BPI menyediakan garis panduan untuk guru dalam melaksanakan pengajaran
solat dalam waktu Pendidikan Islam.
6.2. Cadangan: “Kempen 5 Minit KBS dalam PdPc Pendidikan Islam”. Guru
Pendidikan Islam memulakan P&P dengan bacaan dalam solat untuk menerap
dan mengukuhkan bacaan dalam solat kepada murid-murid secara berterusan.
6.3. Agihan tajuk seperti berikut :

6.3.1. TAHUN 4
BIL PERKARA
1 Wuduk
2 Lafaz Niat Solat (Berjemaah)
3 Surah al-Fatihah dan Dua Surah Pilihan
Bacaan Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk Di antara Dua
4
Sujud
5 Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir
6 Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi
7 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat
8 Kedudukan Imam
9 Makmum Muafik dan Makmum Masbuk
6.3.2. TAHUN 5
BIL PERKARA
1 Wuduk dan Tayammum
2 Lafaz Niat Solat Berjemaah dan Lafaz Niat Solat Jumaat
3 Surah al-Fatihah dan Dua Surah Pilihan
Bacaan Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk Di antara Dua
4
Sujud
5 Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir
6 Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi
7 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat
8 Kedudukan Imam
9 Makmum Muafik dan Makmum Masbuk
10 Azan dan Iqamat
6.3.3. TAHUN 6

BIL PERKARA
1 Wuduk dan Tayammum
2 Lafaz Niat Solat Berjemaah dan Lafaz Niat Solat Jumaat
3 Surah al-Fatihah dan Dua Surah Pilihan
Bacaan Doa Iftitah, Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk Di antara Dua
4
Sujud
5 Bacaan Tahiyyat Awal dan Akhir
6 Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi
7 Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat
8 Kedudukan Imam
9 Makmum Muafik dan Makmum Masbuk
10 Azan dan Iqamat
11 Solat Jenazah
12 Solat Sunat Aidil Fitri dan Solat Sunat Aidil Adha

7 PENUTUP

Kem Bestari Solat Program j-QAF untuk murid Islam Tahap 2 merupakan
lanjutan daripada pelaksanaan Kem Tahap 1. Kem ini perlu dilaksanakan oleh
pihak sekolah bagi mencapai matlamat program j-QAF. Pelaksanaan elemen
Bestari Solat dalam waktu P&P Pendidikan Islam diharap dapat meningkatkan
lagi kefahaman dan penguasaan murid untuk menunaikan solat dengan
sempurna sebagai satu tuntutan dalam syariat Islam.

Anda mungkin juga menyukai