Anda di halaman 1dari 3

SKRIP HOMEROOM

SCENE : DALAM GOOGLE MEET


*Opening Homeroom Phoenix 3B*

*PAPARAN MAKNA PUASA*


*Masing-masing sedang fokus membuat kerja sekolah*

ADAWIYAH : Korang, tak lama lagi kan kita nak berpuasa. Eeeee, tak
sabarnyaa!! Tapi apa makna berpuasa tu ya??

IQIN : Oh, aku tahu! Dari segi bahasa, puasa bermaksud menahan diri daripada
melakukan sesuatu. Dari segi syarak pula, puasa bermaksud menahan diri pada
waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga
terbenam matahari.

ADAWIYAH : Oh, macam tu ke.. baru saya tahu heheheh..

IQIN : Bukan tu je Ada, puasa juga boleh difahami sebagai mencegah diri
daripada memenuhi dan melayan tuntutan syahwat perut seperti memasukkan
sesuatu ke dalam rongga badan pada waktu yang tertentu iaitu dari fajar
sehingga terbenam matahari.

ADAWIYAH : Oh, saya dah faham! Terima kasih, Iqin dan Khalissa.

*PAPARAN APA ITU RAMADAN?*


AFIF : Eh guys, aku tertanyalah.. Bulan Ramadan tu apa pula ek?
AIN : Oh, secara umumnya, Ramadan tu adalah bulan ke-9 dalam kalender
Islam. Dan macam yang kita tahu, kita akan menjalankan kewajiban sebagai
umat Islam iaitu, berpuasa.

AFIF : Oh, macam tu.. terima kasih Nureen!

*PAPARAN KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN*


NIS : Okay, kita dah tahu apa itu puasa, apa itu Ramadan.. sekarang ni aku nak
tahulah, apa keistimewaan bulan Ramadan ni ehh?

FARIS : Serieslah Nis, benda macam ni pun tak tahu.. Takpe-takpe meh sini
aku terangkan. Antara salah satu keistimewaan bulan Ramadan ialah adanya
malam Lailatul Qadar, bulan turunnya Al-Quran dan bulan dimana doa
dikabulkan.

ISYA : Bukan tu je tau, bulan Ramadan ni semua amalan perbuatan kita akan
dilipat gandakan nilainya. Bulan ini juga penuh dengan keberkatan malah pintu
kebaikan juga dibuka. Tak dilupakan juga, bulan ini merupakan bulan
pengampunan dosa dan bulan yang terbaik untuk bersedekah.

NIS : Oh, banyak juga eh keistimewaan bulan Ramadan ni.. terima kasih faris
dan isya!!

*PAPARAN AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA


BULAN RAMADAN*
WAN : Korang, apa je eh amalan yang boleh kita lakukan sepanjang kita
berpuasa ni? Aku nak buat banyak pahala ni..

AFIF : Banyak je amalan yang kita boleh buat tapi apa yang aku tahu kita boleh
memperbanyakkan sedekah, segera berbuka puasa apabila masuk waktu,
melewat-lewatkan bersahur dan perbanyakkan membaca Al-Quran.
WAN : Oh, bolehlah aku amalkan nanti.

AFIF : Janganlah buat masa bulan Ramadan je, jadikan amalan tu sebagai rutin
kita walaupun bukan di bulan Ramadan.

WAN : Baik, Afif!

*PAPARAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA*

KHALISSA : Korang, betul ke kalau kita telan air liur nanti puasa kita boleh
batal?

FARIS : Eh, takdelah. Telan air liur secara umumnya tidak membatalkan puasa.
Sekiranya seseorang itu menghimpunkan air liur di dalam mulut lalu dia
menelannya, maka sebahagian ulama menyatakan ia dimakruhkan. Manakala
sekiranya seseorang itu telah mengeluarkan air liur dari mulutnya kemudian dia
menelannya semula, maka ini membatalkan puasa.

KHALISSA : Oh... kalau macam tu, apa je perkara yang membatalkan puasa?

ADAWIYAH : Banyak je perkara yang membatalkan puasa, antaranya ialah


makan dan minum walaupun sedikit, muntah dengan sengaja, melakukan
persetubuhan walaupun tidak mengeluarkan air mani, beronani, kehadiran darah
haid dan nifas, gila dan murtad.

KHALISSA : Oh, banyak ilmu aku dapat hari ini, terima kasih Ada dan rakan-
rakan.
*TAMAT*

Anda mungkin juga menyukai