Anda di halaman 1dari 6

PA Sem 3 (900/3) Channel PA 900 STPM @CNM

ASEAN

Bil Sub Topik Huraian

1 Pengertian ASEAN ● Pengertian ASEAN yang merupakan sebuah akronim


dari Association of Southeast Asian Nations adalah
Perhimpunan Negara-negara yang Berada di kawasan
Asia Tenggara.
● Organisasi ASEAN yang pada awalnya hanya
berjumlah lima negara saja sekarang sudah tumbuh
berkembang menjadi 10 negara antara lain Indonesia,
Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei
Darussalam, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kamboja
dimana lima negara pertama adalah pendirinya.
● ASEAN merupakan sebuah organisasi internasional
kewilayahan yang begitu besar, jika dijumlahkan
secara keseluruhan luas wilayahnya mencapai 1,7 juta
mil persegi atau sekitar 4,5 juta kilometer persegi
dengan jumlah populasi yang ada didalamnya sekitar
setengah milyar orang.
● ASEAN dibentuk dengan maksud dan tujuan
kepentingan negara-negara di dalamnya seperti
ekonomi, sosial, budaya, dll

2 Sejarah ASEAN ● ASEAN yang merupakan sebuah perhimpunan


negara-negara yang berada di kawasan Asia Tenggara
ini didirikan pada tanggal 8 Agustus 1967 di Kota
Bangkok, Thailand yang dikenal dengan Deklarasi
Bangkok.
● Deklarasi ini dihadiri oleh lima negara yang disebut
juga dengan negara pendiri ASEAN, iaitu Indonesia,
Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina.
● Wakil-wakil dari ke-5 negara tersebut antara lain Adam
Malik (indonesia), Tun Abdul Razak (Malaysia), S.
Rajaratnam (Singapura), Thanat Khoman (Thailand),
dan Narciso Ramos (Filipina).

3 Tujuan ASEAN 1. Inilah tujuan ASEAN yang tercantum di dalam


Deklarasi Bangkok

● Untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi,


kemajuan sosial dan pengembangan budaya dalam
kawasan (ASEAN) melalui usaha-usaha bersama
didalam semangat kesetaraan dan kebersamaan
PA Sem 3 (900/3) Channel PA 900 STPM @CNM

dalam memperkuat pondasi untuk kesejahteraan dan


perdamaian negara-negara dikawasan Asia Tenggara.

● Untuk mempromosikan perdamaian dan keamanan


dalam kawasan dengan menghormati keadilan dan
supremasi hukum dalam hubungan di antara
negara-negara dalam satu kawasan dan kepatuhan
terhadap piagam PBB.

● Untuk mempromosikan kolaborasi secara aktif dan


saling membantu dalam hal-hal yang menjadi
kepentingan bersama seperti ekonomi, sosial, budaya,
teknik, ilmu pengetahuan dan juga dalam
bidang-bidang administrasi.

● Untuk memberikan bantuan satu sama lain dalam


hal kemudahan latihan dan penelitian dalam bidang
pendidikan, pekerjaan/profesi, teknik dan administrasi.

● Untuk berkolaborasi lebih efektif dalam


pemanfaatan dengan lebih baik dalam bidang
pertanian dan industri, memperluas perdagangan,
termasuk mempelajari masalah-masalah dalam
perdagangan komuniti globall, pengembangan sistem
transportasi dan kemudahan komunikasi dan
meningkatkan taraf hidup untuk orang-orang atau
masyarakat yang berada di dalam kawasan ASEAN.

● Untuk mempromosikan sistem pendidikan di Asia


Tenggara.

● Untuk menjaga kerjasama yang erat dan saling


menguntungkan dengan organisasi-organisasi
internasional dan regional yang sudah ada
sebelumnya yang memiliki kesamaan visi dan tujuan,
dan mengeksploitasi semua jalan untuk kerjasama
yang lebih erat di antara mereka (organisasi-organisasi
tersebut).

Itu adalah tujuh tujuan didirikannya ASEAN yang masuk dalam


Deklarasi Bangkok yang disepakati pada tanggal 8 Ogos 1967
di Kota Thailand, Bangkok.
PA Sem 3 (900/3) Channel PA 900 STPM @CNM

4 Logo ASEAN Logo ASEAN


• Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan.
• Warna merah bermaksud semangat dan dinamisme.
• Warna putih menunjukkan ketulenan.
• Warna kuning melambangkan kemakmuran
• Sepuluh

5 Prinsip Hubungan
Serantau ASEAN

6 Matlamat Penubuhan 1. Mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan


ASEAN sosial dan kebudayaan Serantau demi
memperkukuhkan asas bagi satu masyarakat Asia
Tenggara yang makmur dan aman
2. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
dengan mematuhi dan menghormati keadilan serta
undang-undang negara anggota dan mematuhi
prinsip Piagam PBB
3. Menggalakkan kerjasama dan saling membantu
dalam bidang ekonomi, kebudayaan, latihan,
teknikal, saintifik dan pentadbiran
4. Meningkatkan taraf hidup penduduk negara anggota
melalui kerjasama dalam bidang pertanian,
perusahaan, perdagangan, kemudahan
pengangkutan dan perhubungan
5. Menggalakkan dan memelihara hubungan yang
rapat antara negara anggota dan badan
antarabangsa yang mempunyai matlamat dan
cita-cita yang sama
PA Sem 3 (900/3) Channel PA 900 STPM @CNM

7 Piagam ASEAN 1. Mengekalkan dan meningkatkan keamanan dan


keselamatan dan memastikan ASEAN sebagai
rantau bebas senjata nuklear
2. Membentuk pasaran dan tapak pengeluaran tunggal
yang kompetitif serta mengintegrasikan ekonomi,
pengaliran bebas barang, perkhidmatan, kebebasan
pergerakan buruh serta modal.
3. Mengukuhkan demokrasi dan mempromosikan hak
asasi manusia
4. Menghormati kemerdekaan, kedaulatandan integrasi
kawasan serta identiti nasional semua negara
anggota
5. Menolak sebarang bentuk tindakan agresif atau
ancaman dalam sebarang bentuk yang bercanggah
dengan undang-undang antarabangsa dan
menggunakan penyelesaian diplomasi untuk
sebarang percanggahan
6. Tidak campur tangan dalam masalah negara
anggota
7. Mengurangkan masalah kemiskinan serta jurang
pembangunan antara negara anggota
8. Mempromosikan pembangunan mapan untuk
menlindungi alam sekitar, sumber asli dan warisan
kebudayaan
9. Membangunkan pembangunan modal insan
menerusi kerjasama dalam pendidikan
10. Mempromosikan ASEAN sebagai satu identiti
menerusi kesedaran kebudayaan.

8 Bentuk Kerjasama 1. Politik dan Keselamatan


ASEAN ● Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
● Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
(SEANFWZ)
● Forum Serantau ASEAn (ARF)

2. Ekonomi
● Kawasan Perdagangan Bebas (AFTA)
● Projek Perindustrian ASEAN
● Memorandum Persefahaman Pembangunan
Serantau (Segitiga Pertumbuhan)
● Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)
● Sidang kemuncak Asia Timur
● ASEAN + 3
● Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (CEPT)

3. Sosial dan Kebudayaan


● Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia
● Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan
ASEAN (SEAMEO)
PA Sem 3 (900/3) Channel PA 900 STPM @CNM

9 Kerjasama Politik A. Zon Aman Bebas dan Berkecuali


ASEAN 1. ZOPFAN merupakan cetusan idea Malaysia melalui
deklarasi Kuala Lumpur 1971
2. Objektif ZOPFAN
● Menjamin keamanan dan kestabilan politik
serantau
● Menyelesaikan sebarang pertikaian secara
perundingan/aman
● Mengelakkan campur tangan kuasa besar
ke atas negara ASEAN dan mengelak
daripada melibatkan diri dalam pertikaian
antara kuasa besar.

B. Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara


(SEANWFZ)
1. SEANWFZ diterima dalam persidangan Menteri Luar
ASEAN di Singapura 1987
2. Objektif SEANWFZ
● Membebaskan ASEAN daripada percaturan
politik kuasa besar
● Mengelak sebarang perlumbaan senjata
nuklear di rantau ini
● Menjamin keselamatan perairan serantau

10 Keperluan Kerjasama 1. Dasar Kerajaan dan institusi antarabangsa


Politik dan keselamatan 2. Ancaman Geostrategik
3. Persaingan Kuasa Besar
4. Persaingan ekonomi dan perdagangan
5. Ancaman dalam dan luar
6. Tuntutan Bertindih

11 Kerjasama Ekonomi 1. Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)


ASEAN ● Diwujudkan sejak 1970-an bagi
menggalakkan perdagangan intra-ASEAN
tetapi kurang berjaya kerana setiap negara
mengutamakan usaha melindungi pasaran
domestik negara masing-masing

2. Projek Perindustrian
● Baja Urea di Indonesia
● Baja urea di Malaysia
● Fabrikasi tembaga di Filipina
● Vaksin Hepatitis B di Singapura
● Perlombongan garam abu soda di Thailand

3. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)


● Di Aplikasi melalui termeterainya perjanjian
Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan
(CEPT) 1992 dan diterima pakai untuk
PA Sem 3 (900/3) Channel PA 900 STPM @CNM

dilaksana di setiap negara anggota mulai


tahun 2003
● Melalui skim ini, barangan yang dijual mesti
mengandungi 60 peratus komponen
barangan tempatan disamping pembukaan
lebih luas sektor perkhidmatan
● Halangan tarif dihapuskan sepenugnya pada
tahun 2010 bagi enam negara ASEAN awal,
dan diikuti oleh negara Kamboja, Laos,
Myanmar dan Vietnam pada tahun 2015
● Halangan tarif dan bukan tarif antara negara
anggota dimansuhkan untuk mewujudkan
kebebasan dalam perdagangan sesama
anggota
● Prinsip perdagangan bebas ini menjadikan
barangan tempatan setiap negara anggota
bersaing dengan produk yang sama dari
negara anggota lain
● Tujuan meningkatkan daya saing ASEAN
sebagai pusat perkilangan untuk pasaran
antarabangsa
● Dengan kawasan yang merangkumi jumlah
penduduk yang besar meningkatkan daya
tarikan kepada pelabur asing

12 Langkah Mengukuhkan 1. Memupuk rasa kekitaan dalam kalangan pemimpin


ASEAN dan rakyat negara anggota
2. Mengurangkan jurang pembangunan antara negara
anggota
3. Menerapkan kesamarataan nilai mengenai isu
demokrasi, hak asasi dan kesejahteraan rakyat
4. Memperkukuhkan institusi ASEAN
5. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
mengenai ASEAN melalui pelbagai aktiviti berkaitan
di negara anggota
6. Tabung Pembangunan ASEAN oleh Menteri Luar
ASEAN bagi merapatkan lagi jurang perbezaan
ekonomi negara anggota. Pelan integrasi itu sebagai
sumber kewangan bersama bagi membiayai pelan
enam tahun Integrasi ke arah pasaran tunggal
menjelang 2020.

Anda mungkin juga menyukai