Anda di halaman 1dari 10

TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA ISYARAT DALAM

KALANGAN SISWA GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

SYAFIK NUR AMIRUL BIN SAMSUDIN

Jabatan Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

sapikeu@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa isyarat siswa guru
pendidikan khas masalah pendengaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan dan kemahiran Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
serta cabaran siswa guru dalam menguasai bahasa isyarat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian
kuantitatif iaitu tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 60 siswa
guru pendidikan khas masalah pendengaran daripada ambilan Jun 2020 hingga 2022 dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) menjadi responden bagi kajian ini. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian Microsoft Excel untuk mengenalpasti kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai. Dapatan kajian menunjukkan purata min keseluruhan bagi tahap pengetahuan BMKT [min =
3.74, SP = 1] dan kemahiran [min = 3.88, SP = 1] berapa pada tahap yang tinggi. Begitu juga dengan
tahap pengetahuan BIM [min = 3.88, SP = 1] dan kemahiran [min = 3.69, SP = 1.1] yang turut berada
pada yang tahap tinggi. Manakala, konstruk cabaran dalam penguasaan bahasa isyarat pula berada
pada tahap yang sederhana dengan min = 3.31 dan sisihan piawai = 1.1. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa siswa guru pendidikan khas masalah pendengaran perlu meningkatkan diri mereka dalam
penguasaan BMKT dan BIM agar dapat menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
berkualiti dan mempraktikkan komunikasi yang lebih berkesan. Oleh demikian, kajian ini penting bagi
mengetengahkan keperluan dan manfaat pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam penguasaan
bahasa isyarat siswa guru pendidikan khas masalah pendengaran.

Kata kunci: BMKT ; BIM ; bahasa isyarat ; bahasa isyarat


ABSTRACT

This study was conducted to examine the level of knowledge and sign language skills of deaf special
education trainee teacher. The purpose of this study is to identify the level of knowledge and skills
Manually Coded Malay (BMKT) and Malaysian Sign Language (BIM) as well as the obstacle faces by
the trainee teacher in learning sign language. This study uses a quantitative research design which is
a survey using a questionnaire as a research instrument. A total of 60 deaf special education trainee
teachers from the intake of June 2020 to 2022 from the Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
(IPGKIK) were the respondents for this study. Research data was analyzed using Microsoft Excel
software to identify frequency, percentage, mean and standard deviation. The results of the study show
that the average overall mean for the level of BMKT knowledge [mean = 3.74, SD = 1] and skills [mean
= 3.88, SD = 1] is at a high level. Likewise with the level of BIM knowledge [mean = 3.88, SD = 1] and
skills [mean = 3.69, SD = 1.1] which are also at a high level. Meanwhile, the challenge construct in sign
language mastery is at a moderate level with mean = 3.31 and standard deviation = 1.1. The results of
this study show that deaf special education trainee teachers need to improve themselves in their
mastery of BMKT and BIM in order to deliver a high quality lesson and also able to communicating with
deaf student. Therefore, this study is important to highlight the need and benefits of high knowledge
and skills in sign language mastery among deaf special education trainee teacher.

Keywords: BMKT; BIM; trainee teacher; sign language

1.0 PENGENALAN
Ketidakupayaan pendengaran yang dialami oleh komuniti Pekak khasnya murid berkeperluan
pendidikan khas (MBPK) masalah pendengaran menyebabkan hampir keseluruhan mereka
menggunakan bahasa isyarat sebagai salah satu medium untuk berkomunikasi. Hal ini kerana
bahasa isyarat ialah bahasa bagi komuniti yang tidak boleh bertutur, tidak boleh mendengar
dan mempunyai masalah dalam bertutur (Wilbur, 2013). Bahasa isyarat merupakan bahasa
komunikasi dengan menggabungjalinkan komunikasi seluruh yang menggunakan
pergerakan tangan, bacaan bibir dan bahasa badan untuk menyampaikan maklumat
(Marippan & Yasin, 2020). Menurut Huenerfauth dan Kacorr (2015), dapatan daripada The
World Federation of Deaf People menganggarkan sekurang-kurangnya 70 juta orang
menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.
Di dalam konteks komuniti Pekak di Malaysia, terdapat dua kategori bahasa isyarat yang
digunakan iaitu Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT). BIM
merupakan lambang identiti orang kurang upaya pendengaran dan juga bahasa utama
mereka (Mohamed Sazali Shaari, 2004). BIM dijadikan bahasa utama bagi orang kurang
upaya pendengaran kerana mempunyai ciri-ciri khas BIM iaitu mempunyai tatabahasa dan
singkatan yang mudah untuk difahami oleh orang kurang upaya pendengaran. Namun,
penggunaan BIM amatlah tidak digalakkan untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kerana struktur BIM tidak menepati struktur tatabahasa Bahasa Melayu
yang betul.
Bagi BMKT pula, ia merupakan bahasa isyarat yang mematuhi sepenuhnya peraturan
tatabahasa dan struktur Bahasa Melayu baku yang betul. Kebiasaannya BMKT ini digunakan
oleh guru-guru pendidikan khas masalah pendengaran semasa PdP. Penggunaan BMKT
semasa PdP amatlah digalakkan kerana ia dapat membantu MBPK masalah pendengaran
untuk membaiki penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan mereka. Tuntasnya, BIM dan
BMKT merupakan bahasa komunikasi yang digunakan komuniti Pekak di Malaysia. Oleh itu,
siswa guru yang mengambil pengkhususan pendidikan khas masalah pendengaran di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas seharusnya mempunyai kemahiran berbahasa
isyarat yang mahir.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Dalam memastikan MBPK masalah pendengaran mendapat akses pendidikan yang setara
dengan murid tipikal, guru pendidikan khas masalah pendengaran seharusnya menguasai
dan mahir dalam bahasa isyarat. Ini bagi membolehkan guru dapat memberikan pendidikan
kepada MBPK masalah pendengaran tanpa sebarang halangan komunikasi. Namun apa yang
terjadi pada masa kini ialah siswa guru yang mengambil bidang pengkhususan pendidikan
khas masalah pendengaran di IPG didapati masih kurang menguasai dan mahir dalam
menggunakan bahasa isyarat yang merupakan bahasa utama komuniti Pekak. Perkara ini
akan menjejaskan kualiti penyampaian pedagogi siswa guru apabila mereka mula mengajar
di sekolah kelak. Perkara ini disokong oleh Ngobeni et al., (2020) yang berpendapat bahawa
kemahiran dan pengetahuan guru yang lemah dalam berbahasa isyarat bakal menjadi
penghalang utama dalam proses PdP. Selain daripada menguasai kaedah pengajaran bagi
MBPK masalah pendengaran, guru juga perlu mahir dan mempelajari bahasa isyarat untuk
memastikan proses pemindahan ilmu dapat berjalan dengan lancar serta objektif
pembelajaran dapat dicapai.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Kajian:
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM) dalam kalangan siswa guru pendidikan khas masalah
pendengaran.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM) dalam kalangan siswa guru pendidikan khas masalah
pendengaran.
iii. Mengenal pasti cabaran siswa guru pendidikan khas masalah pendengaran untuk
menguasai Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

3.2 Persoalan Kajian:


i. Apakah tahap pengetahuan Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) dalam kalangan siswa guru pendidikan khas masalah pendengaran?
ii. Apakah tahap kemahiran Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) dalam kalangan siswa guru pendidikan khas masalah pendengaran?
iii. Apakah cabaran siswa guru pendidikan khas masalah pendengaran untuk menguasai
Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)?

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif bagi mendapatan hasil
dapatan kajian mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa isyarat siswa guru
pendidikan khas masalah pendengaran. Penggunaan reka bentuk kuantitatif dalam
melaksanakan kajian ini membolehkan pengkaji untuk mengecilkan skop permasalahan yang
timbul agar ia lebih mudah difahami dan diselesaikan serta dapatan yang diperolehi adalah
tepat (Govindasamy, P. 2019). Kajian ini menggunakan soal selidik yang berskala lima likert
sebagai instrumen kajian bagi memperolehi data kuantitatif untuk menjawab persoalan kajian
iaitu mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) dan
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) serta cabaran siswa guru untuk menguasai bahasa isyarat.
Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang. Soal selidik kajian ini telah
diadaptasi dan ditadbir kepada responden dengan menggunakan Google Form secara dalam
talian iaitu melalui aplikasi WhatsApp. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis
dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif
iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus, skor min dan sisihan piawai.

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN


Rajah 1

Analisis Taburan Mengikut Jantina


Rajah 1 menunjukkan taburan bagi kekerapan dan peratusan responden kajian yang
terdiri daripada 28.3% lelaki dan 73.7% perempuan.

Jadual 1

Tahap Pengetahuan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) Siswa Guru

BI
ITEM MIN SP
L
B1 Saya mengetahui konsep BMKT 4.31 Sangat tinggi
B2 Saya memahami kesemua prinsip-prinsip BMKT 4.15 Tinggi
B3 Pengajaran menggunakan BMKT membantu
perkembangan bahasa Murid Berkeperluan Pendidikan 4.62 Sangat tinggi
Khas masalah pendengaran
B4 BMKT hanya sekadar kod tangan 2.72 Sederhana
B5 BMKT hanya sekadar bahasa 2.80 Sederhana
B6 BMKT merupakan bahasa isyarat yang mengikut
4.67 Sangat tinggi
sepenuhnya ciri-ciri tatabahasa dalam Bahasa Melayu
B7 BMKT hanya digunakan semasa di dalam bilik darjah
3.05 Tinggi
sahaja
B8 BMKT lebih mudah untuk dikuasai 3.63 Tinggi

Jadual 1 menunjukkan tahap pengetahuan BMKT, dapatan kajian bagi konstruk ini
memperolehi purata nilai skor min keseluruhan yang berada pada tahap tinggi iaitu sebanyak
3.74. Ini jelas menunjukkan responden kajian mempunyai tahap pengetahuan BMKT yang
tinggi iaitu BMKT seharusnya diisyaratkan sepenuhnya mengikut ciri-ciri tatabahasa Bahasa
Melayu. Hal ini dapat dibuktikan daripada item B6 yang mendapat nilai skor min yang tertinggi
iaitu sebanyak 4.67 di mana seramai 65% responden menyatakan “sangat setuju”. Dapatan
ini juga disokong oleh Yasin et al., (2017) yang turut menegaskan bahawa BMKT menepati
sepenuhnya ciri-ciri tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Jadual 2

Tahap Kemahiran Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) Siswa Guru

BI
ITEM MIN SP
L
C1 Saya menguasai BMKT dengan baik 3.58 Tinggi
C2 Saya menggunakan BMKT ketika berkomunikasi 3.48 Tinggi
dengan Orang Pekak
C3 Semasa menggunakan BMKT, saya mengisyaratkan 3.70 Tinggi
sepenuhnya mengikut tatabahasa Bahasa Melayu
C4 Saya dapat memahami isyarat orang lain jika mereka 3.90 Tinggi
menggunakan BMKT
C5 Saya menggunakan BMKT berserta ekspresi muka 4.17 Tinggi
C6 Saya menggunakan BMKT berserta ekspresi gerak 4.20 Tinggi
tubuh badan
C7 Saya mengaplikasikan prinsip BMKT dalam aspek kata 3.72 Tinggi
ganda
C8 Saya mengaplikasikan prinsip BMKT dalam aspek 4.08 Tinggi
imbuhan
C9 Saya mengaplikasikan prinsip BMKT dalam aspek kata 4.08 Tinggi
dasar

Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian mendapati tahap kemahiran BMKT siswa guru
berada pada aras yang tinggi. Hal ini kerana purata nilai skor min keseluruhan yang diperolehi
bagi konstruk ini ialah sebanyak 3.88. Selain itu, item yang memperolehi nilai skor min yang
tertinggi ialah item C6 iaitu dengan min sebanyak 4.20. Hal ini membuktikan bahawa
responden kajian yang terdiri daripada siswa guru pendidikan khas masalah pendengaran
mempunyai tahap kemahiran BMKT yang tinggi apabila mereka mengekspresikan gerak
tubuh badan selari dengan isyarat yang mereka lakukan. Dalam konteks BMKT, melakukan
ekspresi tubuh badan seiring dengan isyarat yang dibuat mampu menyampaikan maklumat
dengan lebih berkesan kepada orang Pekak terutamanya bagi MBPK masalah pendengaran.
Kenyataan ini disokong oleh (Saleem et al., 2022) yang mengatakan bahawa komunikasi
bukan lisan mampu membantu guru-guru yang menggunakan bahasa isyarat semasa PdP
untuk meningkatkan kualiti PdP guru serta dapat menyampaikan maksud yang ingin
disampaikan dengan lebih berkesan antara guru dan murid.

Jadual 3

Tahap Pengetahuan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Siswa Guru

BI
ITEM MIN TAHAP MIN
L
D1 Saya mengetahui konsep dan ciri-ciri BIM 3.72 Tinggi
D2 Saya mengetahui BIM ialah bahasa rasmi orang Pekak 4.47 Sangat tinggi
di Malaysia
D3 BIM mempunyai struktur tatabahasa yang tersendiri 3.90 Tinggi
D4 Saya memahami arahan tatabentuk tapak tangan di 3.75 Tinggi
dalam buku BIM
D5 Saya memahami arahan posisi tangan di dalam buku 3.75 Tinggi
BIM
D6 Saya memahami arahan arah tangan di dalam buku BIM 3.82 Tinggi
D7 Saya mengetahui bahawa BIM seperti bahasa pasar 3.32 Sederhana
D8 Saya mengetahui tiada imbuhan perkataan di dalam BIM 4.27 Sangat tinggi

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian bagi konstruk tahap pengetahuan Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) menunjukkan purata nilai skor min keseluruhan yang diperolehi berada pada
tahap yang tinggi dengan min sebanyak 3.88. Item D2 merupakan item yang memperolehi
nilai skor min tertinggi dengan min 4.47. Perkara ini menjelaskan sebahagian besar responden
kajian mengetahui bahawa BIM merupakan bahasa rasmi orang Pekak di Malaysia. Hal ini
disokong oleh Lim et al. (2006) yang bersetuju bahawa bahasa komunikasi yang sering
digunakan oleh orang Pekak di Malaysia ialah BIM. Mohamed Sazali Shaari (2004) dalam
kajian beliau turut mengulas bahawa BIM adalah bahasa seharian bagi orang Pekak dan juga
adalah lambang identiti kepada mereka.

Jadual 4
Tahap Kemahiran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Siswa Guru

BI
ITEM MIN TAHAP MIN
L
E1 Saya mampu untuk menguasai BIM dengan baik dan 3.62 Tinggi
betul
E2 Saya menggunakan BIM sebagai bahasa isyarat utama 3.37 Sederhana
saya
E3 Saya kerap menggunakan BIM semasa proses 3.42 Tinggi
komunikasi harian
E4 Saya mengutamakan BIM ketika berkomunikasi dengan 3.75 Tinggi
Orang Pekak
E5 Saya dapat memahami isyarat orang lain jika mereka 3.52 Tinggi
menggunakan BIM
E6 Saya menggunakan BIM sebagai bahasa isyarat utama 3.50 Tinggi
ketika saya menjadi Jurubahasa Isyarat
E7 Semasa saya berisyarat menggunakan BIM, saya akan 3.98 Tinggi
melakukan ekspresi muka yang bersesuaian
E8 Semasa saya berisyarat menggunakan BIM, saya pasti 4.02 Tinggi
melakukan gaya badan yang bersesuaian
E9 Orang Pekak lebih mudah faham jikalau saya berisyarat 4.02 Tinggi
dengan menggunakan BIM
Jadual 4 merujuk kepada tahap kemahiran BIM siswa guru dengan purata nilai skor min
keseluruhan adalah tinggi iaitu 3.69. Perkara ini dapat dilihat melalui dapatan kajian pada item
E8 yang mendapat nilai skor min yang tertinggi iaitu 4.02. Hal ini menjelaskan bahawa majoriti
responden mahir dalam menggunakan BIM apabila mereka memasukkan elemen bahasa
badan ketika mengisyaratkan BIM. Ini sekaligus menjadikan gaya bahasa isyarat responden
lebih menarik dan tidak kelihatan kaku ketika berbahasa isyarat. Elemen seperti intonasi
suara, ekspresi muka dan gaya serta bahasa badan mampu mewujudkan daya tarikan ketika
menggunakan bahasa isyarat (Wilbur, 2013).

Jadual 5

Cabaran Siswa guru Dalam Menguasai Bahasa Isyarat

BI
ITEM MIN TAHAP MIN
L
F1 Saya mengalami kekeliruan antara isyarat BMKT dan 3.45 Tinggi
BIM
F2 Saya mempunyai bahan yang terhad untuk mempelajari 3.38 Sederhana
dan merujuk isyarat BMKT yang betul
F3 Saya mempunyai bahan yang terhad untuk mempelajari 3.32 Sederhana
dan merujuk isyarat BIM yang betul
F4 Tahap penguasaan BMKT saya yang lambat 3.15 Sederhana
F5 Tahap penguasaan BIM saya yang lambat 3.20 Sederhana
F6 Kosa kata BMKT di dalam buku tidak dikemaskini 3.55 Tinggi
F7 Saya mempunyai kesukaran untuk membiasakan diri 3.15 Sederhana
dalam berbahasa isyarat
F8 Saya mempunyai kekangan dari segi masa untuk belajar 3.10 Sederhana
bahasa isyarat
F9 Kekurangan bahan rujukan untuk mempelajari bahasa 3.48 Tinggi
isyarat

Dapatan kajian bagi konstruk cabaran siswa guru dalam menguasai bahasa isyarat
menunjukkan purata nilai skor min keseluruhan yang diperolehi berada pada tahap sederhana
iaitu sebanyak 3.31. Item F6 dengan nilai skor min tertinggi sebanyak 3.55 menunjukkan
cabaran utama siswa guru untuk menguasai bahasa isyarat ialah berpunca daripada buku
bahasa isyarat yang tidak dikemaskini. Buku bahasa isyarat seperti buku Bahasa Melayu Kod
Tangan (BMKT) yang tidak dikemaskini menyebabkan bilangan kosa kata dalam buku
tersebut tidak selaras dengan bilangan kosa kata yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka edisi yang terkini. Kenyataan ini selaras dengan kajian Yasin et al. (2017), yang
bersetuju bahawa buku BMKT terkini hanya ada beberapa edisi sahaja tanpa ada
penambahan kosa kata sejak ia ditubuhkan iaitu pada tahun 1985.

Selain itu, sebahagian besar responden kajian tidak bersetuju bahawa kekangan masa
merupakan cabaran mereka untuk mempelajari bahasa isyarat. Pernyataan adalah
berdasarkan kepada dapatan item F8 yang memperolehi nilai skor min yang sederhana iaitu
sebanyak 3.10. Hal ini kerana, terdapat medium lain seperti aplikasi dalam talian yang
mempunyai maklumat tentang bahasa isyarat (Siong et al., 2021). Aplikasi ini membolehkan
siswa guru untuk mempelajari bahasa isyarat di mana sahaja mengikut waktu lapang mereka.

6.0 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan dan kemahiran bahasa isyarat siswa guru
pendidikan khas masalah pendengaran berada pada tahap yang tinggi. Akan tetapi, siswa
guru seharusnya sentiasa mengasah pengetahuan dan kemahiran bahasa isyarat mereka
dari masa ke masa bagi memastikan mereka mampu untuk menyampaikan komunikasi yang
berkesan kepada MBPK masalah pendengaran. Keupayaan siswa guru untuk menggunakan
bahasa isyarat dengan baik dapat menjadikan PdP guru tersebut berkualiti tinggi. Bahkan,
kemahiran bahasa isyarat siswa guru yang tinggi juga mempengaruhi perkembangan bahasa
MBPK masalah pendengaran. Ini kerana, ia membolehkan MBPK masalah pendengaran
untuk mempelajari lebih banyak kosa kata dengan guru mereka. Impaknya, perkembangan
bahasa MBPK masalah pendengaran dapat ditingkatkan dan mampu selari dengan
perkembangan bahasa murid tipikal.

Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran
kepada siswa guru Pendidikan khas masalah pendengaran untuk meningkatkan diri mereka
dalam penguasaan dan kemahiran bahasa isyarat. Selain itu, kajian ini juga mempunyai
implikasi dalam bidang Pendidikan khas masalah pendengaran dengan memberikan
gambaran yang jelas tentang manfaat pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam
penguasaan bahasa isyarat siswa guru pendidikan khas terhadap perkembangan bahasa
MBPK masalah pendengaran.

RUJUKAN

Anita Sapura Shaari. (2019). Kepentingan mempelajari kursus Kod Tangan Bahasa
Melayu dan Kod Tangan Bahasa Ingeris dalam kalangan kelajar. Jurnal Penyelidikan
Tempawan Jilid XXXVI, 42 - 49.

Chong, V. Y. (2018). Development of Malaysian sign language in Malaysia. Journal of


Special Needs Education, 8, 15-24.
Dzulkifli, I., Suhid, A., Mohd Fakhruddin, F., & Ahmad, N. A. (2020). Cabaran komunikasi
dalam pengajaran Pendidikan Islam kepada murid kurang upaya pendengaran. International
Journal of Islamic Thought, 12(1), 13–26. https://doi.org/10.24035/ijit.18.2020.177

Govindasamy, P. (2019). Hubungan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan


khas dengan kesediaan guru dalam mengajar kemahiran hidup (Masakan). Perak: Fakulti
Pembangunan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Lim, L., Woo, S., Chong, A., Schmidt, K., Yip, G. W., & Ho, K. W. (2006). Understanding
deaf culture Malaysian perspectives. Kuala Lumpur: Majudiri Y Foundation for the Deaf.

Marippan, F. M. H., & Yasin, M. H. M. (2020). The level of sign language skill for parents
of hearing impaired children. In International Conference on Special Education In South East
Asia Region 10th Series 2020 (pp. 274-282). Redwhite Press.

Mohamed Sazali Shaari. (2004). Budaya orang kurang upaya pendengaran. Kertas
persidangan keluarga Kurang upaya pendengaran bahagia. Hotel Crown Princess. Kuala
Lumpur. 13 Ogos 2004.

Ngobeni, W. P., Maimane, J. R., & Rankhumise, M. P. (2020). The effect of limited Sign
Language as barrier to teaching and learning among deaf learner in South Africa. South
African Journal of Education, 40(2), 1-7.

Saleem, A., Rana, S., & Bashir, M. (2022). Role of non-verbal communication as a
supplementary tool to verbal communication in ESL classrooms: A Case Study. Propel Journal
of Academic Research, 2(2), 39-52.

Siong, T. J., Nasir, N. R. M., & Salleh, F. H. M. (2021). A mobile learning application for
Malaysian Sign Language education. Journal of Physics: Conference Series (Vol. 1860, No.
1, p. 012004). IOP Publishing.

Wilbur, R. B. (2013). Changing how we think about sign language, geesture, and
agreeement. Sign Language and Linguistics,16(2), 221-258.

Yasin, M. H. M., Tahar, M. M., Bari, S., Manaf, N. F. (2017). The Sign Language learning
in deaf student and Special Education Teacher in integration program of hearing problem.
Journal of ICSAR, 1(2), 166-174.

Anda mungkin juga menyukai