Anda di halaman 1dari 1

A) batuan igneus ialah batuan yang bersifat keras dan memiliki tekstur yang kasar kerana ianya

terbentuk melalui proses pemejalan dan pembekuan magma di dalam kerak bumi. Manakala
batuan enapan pula bersifat lembut dan mudah terhakis keran ianya terbentuk melalui
proses pemadatan dan penyimenan bahan mendak dan fosil.

B) i. Batuan igneus terbentuk melalui proses pemejalan dan pembekuan magma di dalam kerak
bumi. Jika magma membeku didalam lapisan kerak bumi maka ianya dikenali sebagai igneus
renjahan.

ii. batuan enapan terbentuk secara berlapis lapis melalui proses pemadatan dan penyimenan
seperti lumpur, batu pasir, dan fosil dalam tempoh yang lama. Proses ini berlaku secara
selapis demi selapis yang menyebabkan bahan mendap menjadi mampat.

C) Batuan metamorfosis terbentuk apabila batuan enapan dan batuan igneus mengalami
tekanan dan suhu yang tinggi semasa gerakan tektonik berlaku didalam bumi. Kesan kedua
dua batuan tersebut akan berubah warna, bentuk dan komposisi mineral menjadi batuan
Baharu. Contohnya batu kapur bertukar menjadi batu marmar.

D) Untuk perindustrian termasuk iks. Contohnya untuk industri pembuat simen yang
memerlukan batu kapu sebagai bahan mentahnya untuk membuat simen. Seterusnya
sebagai tempat pelancongan. contohnya di gua batu kapur dengan keindahan pandang darat
seperti stalagtit dan stalagmite yang unik dan menarik bagi menggalakan aktiviti
pelancongan.

Anda mungkin juga menyukai