Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI


PERSARAAN TIGA ORANG GURU
29 JANUARI 2023

BIL AGENDA TEKS

1 Kata Alu-aluan Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan / Puan Zainah bt


Pengacara Majlis Osman/ Pn Nadzrah binti Md Isa/ dan Puan Nor’Aini binti
Abdul Rahman/dengan diiringi barisan pentadbir SMK Bandar
Muzik Gamelan ON Baru Darulaman ke Dataran Fadzil.

Hadirin diminta bersedia untuk Bersama-sama kita nyanyikan


LAGU RASMI lagu Negaraku/ Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah.
SEKOLAH
Hadirin dipersilakan duduk

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismilahhirahmanirahim,

 Yang Berusaha/ Puan Hajjah Zarini bt Ahmad


/Penolong Kanan Pentadbiran /SMK Bandar Baru
Darulaman
 Yang Berusaha/ En. Mohd Syahar bin Osman/ Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid

1
 Yang Berusaha/ Puan Siti Nor Azura bt Samsu
Penolong Kanan Kokurikulum.
 Yang Berusaha/ Puan Hajah Sharipah bt Umar
Penolong Kanan Petang.

 Yang Diraikan / Puan Zainah bt Osman Bersama


anakanda tercinta Saudari Cik Aisyahtun Syafiqah
 Yang Diraikan Pn Nadzrah binti Md Isa Bersama
suami tercinta iaitu En Lazit bin Ahmad, yang
merupakan seorang pengetua dari SMK Kuala
Nerang
 Yang Diraikan/ Puan Nor’Aini binti Abdul Rahman
Bersama anakanda tercinta Saudara MUHAMMAD
FAKHREEN BIN ISMAIL.

 Barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran/para guru


seterusnya / murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh/ dan salam


sejahtera.

HARUM SEMERBAK SI BUNGA MELUR


JADI HIASAN TAMAN LARANGAN
SEJAMBAK PANTUN MESRA DIHULUR
SETULUS INGATAN MENGIMBAU KENANGAN

Alhamdulillah/, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi


/kerana di atas limpah nikmat dan kurnia-Nya/ dapat kita
bersama-sama berkumpul pada hari ini/,hari yang cukup
bermakna,/ bagi mengabadikan kenangan bersama tiga orang
insan yang banyak menabur jasa dan budi/ di Sekolah
2
Menengah Bandar Baru Darulaman

Terlebih dahulu/, pihak majlis mengalu-alukan kehadiran


warga SMK Bandar Baru Darulaman bersama tetamu yang
hadir/ di atas kebersamaan menjayakan Majlis Lambaian
Kasih, Sanjungan Budi/ sempena persaraan tiga orang guru
kita pada hari ini.

TAK TUMBUH TAK MELATA,

TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA.

Benar kata pepatah melayu, yang patah akan tumbuh/ yang


hilang/ akan berganti/ namun yang hilang tidak akan sama
dengan yang berganti. Walaubagaimanapun/ yang hilang akan
tetap diingati daan terus kekal abadi tersemat di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan/, setiap pertemuan


pasti mengundang perpisahan.

Hadirin sekalian,
3. Bacaan Doa

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan harapan agar majlis kita memperoleh keberkatan/,


marilah sama-sama /kita mendah tangan/ memanjatkan doa ke

3
hadratNya./ Untuk itu majlis mempersilakan/ Al Fadhil ustaz
_______________________ / untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya/ dipersilakan.

4. Bacaan doa Tamat @@@@@@@@AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

Majlis mengucapkan/ terima kasih kepada kepada Al Fadhil


ustaz ________________________________ atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.

5 UCAPAN WAKIL Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya…..


PELAJAR Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya……
Tak lengkaplah Majlis, jika tidak ada yang berbicara

Hadirin yang dikasihi sekalian

Memulakan bingkisan ucapan majlis hari ini/ majlis


mempersilakan En Abd Khoder bin Ahmad/ Pengerusi Majlis
Guru dan Staff sesi 2023/2024 untuk menyampaikan bingkisan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Abd Khoder bin Ahmad


atas ucapan sebentar tadi.

6 Hadirin yang dihormati sekalian


UCAPAN PK 1
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan kasih/ dari Pn Hajjah
Zarini bt Ahmad/ Penolong Kanan Pentadbiran untuk

4
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Zarini bt Ahmad/


Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan sebentar tadi.

8
BIOGRAFI YANG BUNGA DISEMAT BIRU NILA,
MARI DIAMBIL DI TANJUNG BIDARA,
DIRAI
DENGAN HORMAT KAMI PERSILA,
TUAN TAMPIL MENGUNGKAP BICARA.

Hadirin sekalian,
Bak kata perpatah
tak kenal maka tak cinta

Tidak lengkap rasanya majlis/,tanpa mengenal insan empunya


diri/ yang diraikan pada pagi yang indah ini/ Marilah sama-
sama kita memperdengarkan kata-kata simpulan kasih/,
bersulamkan mesra/satukan jiwa dalam bacaan biografi yang
akan disampaikan oleh tiga orang insan yang bergelar sahabat/
iaitu Pn Sharipah Hanom bt Mohamed/, Cik Nurliyana Binti
Mat Zakir/ dan Pn Salina bt Salim.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Pn Sharipah


Hanom bt Mohamed untuk membaca biodata Pn Zainah bt
Osman.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Sharipah Hanom bt


Mohamed atas bacaan biografi sebentar tadi.

5
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Cik Nurliyana
Binti Mat Zakir/ untuk membaca biodata yang dirai/ Pn
Nadzrah bt Mat Isa.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Nurliyana Binti Mat Zakir/


atas bacaan biografi sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Pn Salina bt


Salim untuk menyampaikan biodata yang dirai/ Pn Nor’Aini
binti Abdul Rahman.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Salina bt Salim atas bacaan


biografi sebentar tadi.

9
Ucapan DIRAI SUDAH BIASA KITA DENGARI,
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI,
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nantikan iaitu ucapan kasih


tanda perpisahan dari insan yang kita raikan pada pagi ini/

CIKGU ZAINAH Majlis dengan berbesar hati mempersilakan / Pn Zainah bt


Osman untuk menyampaikan ucapan persaraan dan kata-kata
kenangan terindah buat kita semua.

Dipersilakan.

6
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Zainah bt
Osman di atas ucapan persaraan sebentar tadi.

BANYAK DURI PERKARA DURI


TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
CIKGU NADZRAH

Majlis dengan ini dengan mempersilakan / Pn Nadzrah bt Mat


Isa/untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada kepada Pn Nadzrah bt Mat Isa


di atas ucapan persaraan sebentar tadi.

CIKGU NOR’AINI
DIPETIK PUAN BUAH CEMARA,
JANGAN DIRENTAP PUCUKNYA MATI,
SUNGGUHPUN PUAN AKAN BERSARA,
SUDIKANLAH SETITIP UCAPAN KAMI MENANTI.

Hadirin sekalian,

Majlis diterusan lagi dengan ucapan dan kata-kata kenangan


TAMAT UCAPAN terakhir. Dengan itu majlis menjemput dan mempersilakan Pn
Nor’Aini bt Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan.
YANG DIRAI Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada kepada Pn Nor’Aini bt Abdul


Rahman/ di atas kesudian menyampaiakn ucapan persaraan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Demikian tadi/ ucapan penyampaian dan pengucapan yang


telus membawa mesej yang kudus dan penuh bermakna dari
guru-guru yang diraikan pada hari ini iaitu Cikgu Zainah bt

7
Osman/ Cikgu Nadzrah bt Mat Isa dan Cikgu Nor’Aini bt
Abdul Rahman. Terima kasih cikgu dan terima kasih sahabat.

Jasamu pasti kami abadikan/ Ajarmu pasti kami tidak lupakan/


Teguranmu pasti membina keyakinan/ kerana harganya mahal
untuk diukur dan dinilai.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
10
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini,/kami
tampilkan tiga buah persembahan daripada pelajar/ sebagai
kenangan halwa telinga untuk kita/ khususnya untuk yang
diraikan/

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan Sajak dari


Saudari Sharifah Damia Arissa bt Syed Dahuri Azmira/ yang
bertajuk Bak Air Yang Mengalir)
PERSEMBAHAN
PELAJAR
Diikuti
Nyanyian Duet dari Marsya Amna Sofea binti Mohammad
Ridzuan/ Bersama Muhammad danish bin ahmad bukhari
dengan tajuk *SELURUH CINTA , DATO SRI SITI
NURHALIZA FT. CAKRA KHAN*

Dengan itu/ dipersilakan….

Begitu tadi, persembahan yang memukau dari nyanyian duet


Nyanyian Duet dari Marsya Amna Sofea binti Mohammad
Ridzuan (4 alpha) /Bersama Muhammad danish bin ahmad
bukhari (5 Alpha) dengan tajuk *SELURUH CINTA , DATO
SRI SITI NURHALIZA FT. CAKRA KHAN*

8
Dan bingkisan sajak dari Saudari Sharifah Damia Arissa bt
Syed Dahuri Azmira dari kelas 3 Addin. Tahniah diucapkan

11 Penyampaian Hadiah Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan yang abadi/ tanda
kasih tidak bertepi/ agar ingatan tak luput di hati/ buat insan
yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan/ Pn


Zainah bt Osman /diiringi anakanda tersayang Cik Aisyahtun
Syafiqah bt __________/ untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

MUHAMMAD Terima kasih diucapkan kepada Pn Zainah bt Osman di atas


FAKHREEN BIN kesudian menerima cenderahati dari warga Budiman
ISMAIL

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan/ /


Pn Nadzrah bt Mat Isa /diiringi anakanda tersayang Saudara
En Lazit bin Ahmad/ untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Nadzrah bt Mat Isa di atas


kesudian menerima cenderahati dari warga Budiman

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan/


Puan Nor’Aini bt Abdul Rahman / /diiringi anakanda tersayang
Saudara MUHAMMAD FAKHREEN BIN ISMAIL/ untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

9
Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor’Aini bt Abdul
Rahman / di atas kesudian menerima cenderahati dari warga
Budiman dan Terima kasih juga diucpkan kepada semua
penyampai cenderahati sebentar tadi.

Majlis akan dimulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada :
1.Batch
2.
3.
4.
5.
POTONG KEK Hadirin sekalian

Kini kita akan ke aturcara yang seterusnya iaitu Simbolik


Persaraan yang dirai.
Dengan itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan ketiga-
tiga guru yang dirai Bersama keluarga dan barisan pentadbir
untuk bersama-sama yang dirai untuk menyempurnakan
upacara memotong kek hari lahir dan sempena persaraan.

Dipersilakan

Bergerak ke pentas Perhatian kepada semua rakan guru dan para pelajar.
utama

Tiba waktunya untuk menyusun jemari


membuang segala kerikil bersalut dihati
LAMBAIAN KASIH
maafkan kami andai ada salah silap tanpa disedari
DI PENTAS UTAMA agar saat perpisahan ini indah
berbunga mesra dalam jambangan ingatan………...
10
pada Cikgu Zainah, Cikgu Nadzrah dan Cikgu Noraini
yang akan pergi meninggalkan kami di sini,
jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
sapalah kami andai mesra akrab berpadu,
selamat bersara menjadi guru,
semoga allah sentiasa memberkati dalam setiap langkahmu…
walaupun pahit untuk ditelan, namun perpisahan ini terpaksa
kami relakan.
semoga memori di smk bandar baru darulaman terus terpahat
di sanubari….

TAMAT
hadirin sekalian , majlis kita telah sampai di
penghujungnya.sebelum bersurai majlis mengucapkan ribuan
terima kasih kepada yang diraikan atas kesudian bersama kami
dalam majlis ini.

akhir kata, majlis mengucapkan terima kasih kepada semua


guru, dan murid-murid atas kebersamaan memeriahkan majlis
“Lambaian Kasih, Sanjungan Budi

dari mana asalnya usah diusul,


molek budinya menambat hati,
dua tiga bicara salah tersasul,
jangan disimpan di dalam hati.

sekian ……………..
wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt…

( sesi berselawat dan bersalaman serta penyampaian hadiah


individu)

11
12

Anda mungkin juga menyukai