Anda di halaman 1dari 10

MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK TEMUDUGA PERJAWATAN KAWAL SELIA

DARA DAN LKWJ

A. PENGETAHUAN AM/ DASAR NEGARA

1. Misi, Visi dan 10 teras utama dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar
 Misi KKDW – meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar
secara menyeluruh dan berkesan
 Visi KKDW – menjadi peneraju kemajuan luar bandar
 Dasar Pembangunan Luar Bandar – mempunyai 10 teras utama:
o 1: Ekonomi berdaya saing dan mampan
o 2: Keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi
o 3: Modal insan berkualiti
o 4: Prasarana lengkap dan canggih
o 5: Keunggulan generasi belia luar bandar
o 6: Wanita luar bandar yang progresif
o 7: Kehidupan luar bandar yang sejahtera
o 8: Sistem penyampaian dan tadbir urus berkesan
o 9: Biodiversiti dan alam sekitar mampan
o 10: Perumahan, pembangunan wilayah dan penempatan desa
bersepadu.

2. Malaysia MADANI
 Misi : mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih Makmur dan
maju berteraskan 6 nilai
 Visi : Mencorak masa hadapan Malaysia dengan mengambilkira
segala bentuk perubahan dan bercita-cita mengemudi Malaysia
melalui bahasa, konsep dan budaya tempatan.
 Teras Malaysia MADANI
o Kemampanan – mutu hidup seimbang berasaskan ilmu
pengetahuan dan kearifan tempatan.
o Kesejahteraan – kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian
alam melalui budaya ilmu.

1
o Daya cipta – pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi
menjelmakan daya cipta manusia.
o Hormat – Budi Bahasa, merayakan kemajmukan dan meraikan
perbezaan pandangan.
o Keyakinan – Harapan terhadap perubahan seiring dengan
amanah melakukan perubahan kearah kebaikan.
o Ihsan – belas ihsan akan nasib semua pihak.

3. Ekonomi MADANI Memperkasa Rakyat


 wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan
menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju
ekonomi di rantau Asia Tenggara.
 Tumpuan:
1. Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia
 Agenda serantau
 Malaysia sebagai destinasi pelaburan
 Perniagaan – syarikat pemula, firma tersenarai
 Peneraju ekonomi islam global
 Usahawan mikro dan sektor tidak formal
 Pertumbuhan hijau demi ketahanan iklim
 Penggunaan tanah dan keterjaminan makanan
2. Peningkatan darjat hidup rakyat
 Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna
 Kesaksamaan peluang
 Perlindungan sosial untuk semua
 Reformasi perkhidmatan kesihatan
 Reformasi Pendidikan dan sumber manusia
 Infrastruktur dan kemudahan awam
 Kemudahan asas
 Perumahan mampu milik untuk semua
3. Tatakelola baik bagi mengembalikan keyakinan
 Reformasi parlimen
 Kebebasan media

2
 Revolusi digital

4. Pelan halatuju peralihan tenaga Fasa 1


i. Tujuan: meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu
dalam pembekalan elektrik kepada 70%
ii. Pembebasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050
iii. Inisiatif:
 Inisiatif kecekapan tenaga – mengurangkan intensiti penggunaan
tenaga dan karbon.
 Projek zon tenaga boleh baharu – self reliance & self contained,
taman solar, projek solar terapung di empangan hidroelektrik dan
solar leasing.
 Projek penstoran tenaga
 Projek hidrogen untuk pembekalan elektrik
 Inisiatif pengwujudan permintaan biojisim
 Inisiatif mobiliti masa depan

5. Konsep asas kepada sebuah kemerdekaan


 Bebas daripada belenggu penjajah
 Bebas membuat keputusan

6. Perlembagaan Malaysia
 Dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan
 Panduan kepada Kerajaan untuk mentadbir negara dan
melaksanakan kuasa
 Ada 15 bahagian, 183 perkara
 Peruntukan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan
Tempatan

7. Struktur pemerintahan Kerajaan Persekutuan


 Badan Perundangan – menggubal dan meluluskan undang-
undang. Badan perundangan terdiri daripada Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN).

3
 Badan Eksekutif – membuat dasar Kerajaan dan
melaksanakannya. Terdiri daripada Kabinet/Jemaah Menteri.
 Badan Kehakiman – memastikan perlembagaan dipatuhi dan
ditegakkan mengikut undang-undang. Terdiri daripada mahkamah
atasan dan mahkamah rendah.

8. Kebiasaannya pilihanraya akan diadakan dalam tempoh setiap 5 tahun


apabila Yang DiPertuan Agong membubarkan Parlimen atas cadangan
Perdana Menteri. Tujuan pilihanraya diadakan.
 Memilih wakil rakyat di Parlimen untuk memerintah negara
 Memilih wakil rakyat di DUN untuk memerintah negeri

9. Yang DiPertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara kita. Baginda juga
bertindak sebagai ketua badan perundangan, ketua badan kehakiman,
ketua badan eksekutif dan memerintah berpandukan kepada
Perlembagaan Persekutuan. Pemilihan dan pelantikan YDPA:
 YDPA dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undian
 YDPA yang dipilih akan mengangkat sumpah dan menandatangani
dokumen sumpah jawatan di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua
Hakim Negara
 Majlis Raja-Raja akan isytiharkan YDPA yang dipilih melalui
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Parlimen
 Tempoh menjadi YDPA adalah selama 5 tahun
 YDPA boleh dipecat dengan sokongan 5/9 Raja-Raja dan boleh
meletak jawatan

10. Hasil Kerajaan Malaysia adalah intipati utama dalam penyediaan bajet
tahunan negara. Hasil Kerajaan berpunca daripada:
 Cukai langsung – cukai pendapatan syarikat dan individu, cukai
pendapatan petroleum dan duti setem.
 Cukai tidak langsung – cukai jualan dan perkhidmatan, duti eksais,
duti eksport dan cukai pelancongan.

4
 Hasil bukan cukai – dividen Petronas, dividen Khazanah Nasional,
bayaran khas daripada KWAP serta terimaan lesen dan permit
 Hasil berkaitan petroleum
 Hasil bukan petroleum

11. Perbelanjaan Kerajaan terbahagi kepada 2 komponen:


 Perbelanjaan Mengurus – membiayai perkhidmatan dan bekalan,
emolumen, perolehan aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap
serta perbelanjaan-perbelanjaan lain.
 Perbelanjaan Pembangunan – membiayai pelaksanaan
program/projek pembangunan sama ada secara langsung,
pinjaman atau sebagai simpanan luar jangka sekiranya peruntukan
pembangunan tidak mencukupi untuk membiayai pelaksanaan
projek.

12. Makroekonomi merupakan bidang ekonomi yang mengkaji hubungan


antara pemboleh ubah agregat seperti pendapatan, kuasa beli, harga dan
wang. Dasar-dasar makroekonomi yang diperkenalkan dalam sesebuah
negara akan memberi kesan kepada keseluruhan prestasi ekonomi dalam
tempoh masa tertentu.
 Dasar Kewangan – untuk mempengaruhi penawaran wang dalam
ekonomi. Dasar ini dikawal oleh bank pusat. Ahli ekonomi percaya
perubahan penawaran wang akan mempengaruhi pemboleh ubah
ekonomi yang penting seperti keluaran negara, tenaga buruh,
kadar bunga, inflasi, harga saham dan tukaran wang asing.
 Dasar Fiskal – untuk mengimbangi hasil dan perbelanjaan
Kerajaan. Alat yang digunakan dalam dasar fiskal adalah cukai dan
perbelanjaan Kerajaan. Apabila Kerajaan berbelanja lebih daripada
hasil cukai yang dipungut, ia akan menyebabkan defisit bajet. Jika
hasil Kerajaan melebihi perbelanjaan, maka Kerajaan akan ada
lebihan bajet.

5
 Dasar Pendapatan – untuk mengawal harga dan upah. Kerajaan
akan menetapkan jumlah maksimum bagi harga dan upah yang
boleh ditingkatkan secara spesifik.
 Dasar Penawaran Sampingan – Dasar ini memfokuskan kepada
penawaran agregat dan bertujuan untuk meningkatkan
pengeluaran. Menggunakan sistem cukai sebagai instrumen
utama. Dengan pengurangan cukai individu, pekerja akan lebih
bersemangat untuk bekerja dan akan meningkatkan penawaran
buruh.

13. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atau nama asalnya Pertubuhan


Persidangan Islam ditubuhkan di Rabat, Maghribi (Morocco) pada 25
September 1969. Pada asalnya OIC ditubuhkan bagi membincangkan
strategi ummah berikutan isu pembakaran Masjidil Al-Aqsa di
Baitulmaqdis. OIC juga mengadakan sidang kemuncak untuk
membincangkan isu-isu melibatkan negara-negara anggota. Malaysia
pernah mengadakan sidang kemuncak OIC di Putrajaya pada tahun
2003. Matlamat penubuhan OIC:
 Menggalakkan kesatuan di kalangan negara Islam
 menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi,
sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain
 berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum/etnik dan
diskriminasi serta menentang kolonial dalam semua bentuk
 menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan
maruah, kebebasan dan hak negara
 membina jambatan antara jurang perbezaan antara budaya yang
ada di dunia

B. MAKLUMAT BERKAITAN DARA DAN LKWJ

1. Latar belakang 2 Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) di negeri Pahang


yang telah dibubarkan.

6
 Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara atau DARA telah
ditubuhkan berdasarkan Akta DARA 1972. Terdapat 3 daerah yang
termasuk dalam kawasan operasi DARA iaitu Rompin, Pekan dan
Bera. DARA dibubarkan pada 1 November 2000 berdasarkan Akta
DARA (pembubaran) 1997.
 Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) telah ditubuhkan
berdasarkan Akta LKWJ 1983. Terdapat 3 daerah yang termasuk
dalam kawasan operasi LKWJ iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut.
LKWJ dibubarkan pada 1 Oktober 2000 berdasarkan Akta LKWJ
(pembubaran) 1997.
 Penubuhan kedua-dua LKW ini pada dasarnya adalah untuk
mempercepatkan pembangunan wilayah-wilayah mundur.

ROMPIN

KAWASAN
DARA

BERA PEKAN

MARAN

KAWASAN
LKWJ

TEMERLOH JERANTUT

7
2. Ahli Parlimen di Kawasan DARA dan LKWJ

DARA LKWJ
Daerah/ Ahli Parlimen Daerah/ Ahli Parlimen
Parlimen Parlimen
Rompin P091 YB Dato’ Abdul Maran P086 YB Dato’ Sri Dr. Hj Ismail
Khalib bin Abdullah bin Abd Muttalib

Pekan P085 YB Dato’ Sri Sh Temerloh P088 YB Puan Hajah Salamiah


Mohmed Puzi bin Sh binti Mohd Noor
Ali
P087 Kuala Krau YB Tuan Kamal bin
Ashaari

Bera P090 YB Dato’ Sri Ismail Jerantut P081 YB Ir Ts Hj Khairil Nizam


Sabri bin Yaakob bin Khirudin

3. Salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian


selepas pembubaran 2 LKW ini adalah mengawal selia tanah-tanah yang
ditinggalkan.
 Berdasarkan Seksyen 5 Akta pembubaran LKW, aset-aset tanah
milik LKW hendaklah diletakhak kepada Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan (PTP) selepas pembubarannya.
 Walaupun secara perundangan tanah-tanah ini dimiliki oleh PTP,
pengurusan dan kawal selia perlu dilaksanakan oleh Kementerian
selaku Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) kepada tanah-tanah
tersebut.
 Kementerian adalah KJP kepada tanah-tanah ini kerana kedua-dua
LKW berkenaan adalah agensi di bawah Kementerian semasa
kewujudannya.

4. Kementerian juga melaksanakan perkhidmatan khidmat bandaran di


Pahang Tenggara setelah pembubaran LKW. Kawasan liputan yang

8
terlibat dengan perkhidmatan ini adalah kawasan penempatan yang telah
dibina oleh LKW di daerah Rompin dan Pekan, Pahang.
 3 skop utama perkhidmatan khidmat bandaran adalah
penyelenggaraan landskap, penyelenggaraan kemudahan awam
dan penyelenggaraan sistem pembetungan berpusat.

 Spesifikasi kerja di bawah skop landskap:


1. Menyelenggara landskap melibatkan pokok teduh
2. Menyelenggara landskap melibatkan pokok palma
3. Menyelenggara landskap melibatkan pokok renek

 Spesifikasi kerja di bawah skop kemudahan awam:


1. Menyelenggara dan membuat pembaikan kecil kemudahan
awam
2. Membersihkan kemudahan awam
3. Membayar bil elektrik kemudahan awam
4. Membayar bil air kemudahan awam
5. Menyediakan insuran ke atas kemudahan awam
6. Menyediakan kawalan keselamatan
7. Menyelenggara dan membayar bil elektrik lampu jalan

 Spesifikasi kerja di bawah skop pembetungan berpusat:


1. Memotong rumput kolam oksidasi
2. Menyelenggara kolam oksidasi
3. Menyelenggara paip pembetungan utama
4. Menyelenggara dan membuat pembaikan kecil rumah pam
5. Membayar bil elektrik rumah pam
6. Membuat persampelan air kolam oksidasi.

5. Kementerian turut menyelaras permohonan sewaan dan pajakan tanah.


Proses sewaan dan pajakan tanah :
 Permohonan sewaan dan pajakan dikemukakan oleh pemohon
kepada JKPTG.

9
 JKPTG akan mendapatkan ulasan daripada Kementerian/Jabatan
Pengguna.
 Sekiranya Kementerian/Jabatan Pengguna menyokong:
1. Sewaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa diperingkat
JKPTG. Tempoh sewaan maksima 3 tahun.
2. Pajakan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri. Tempoh
pajakan kebiasaannya 33 tahun atau 66 tahun.
 Berdasarkan kelulusan berkenaan, JKPTG akan mengemukakan
surat tawaran sewaan dan pajakan berserta perjanjian kepada
pemohon yang berjaya.

6. Peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) terhadap tanah milik


Persekutuan
 Memasang papan tanda pemilikan tanah
 Menyediakan peruntukan untuk membangunkan tanah milik
Persekutuan
 Sentiasa memastikan tanah milik Persekutuan dibersihkan
 Memagar tanah milik Persekutuan
 Sentiasa mengawal dan memantau tanah milik Persekutuan

C. ISU-ISU SEMASA

1. Pemansuhan skim pencen penjawat awam


2. Pemerdagangan manusia dan buruh paksa
3. Kestabilan sosiopolitik dunia

10

Anda mungkin juga menyukai