Anda di halaman 1dari 2

EDUCATIONAL SOCIOLOGY

(SHPP4062-06)

TUGASAN INDIVIDU (REFLEKSI)

Name : Haanii Annatasha Binti Mohd Azmi@Hyacinth

Matrix Number : A20HP0049

Section : 01
Subjek Sosiologi Pendidikan SHPP4062-06 merupakan subjek yang
menghasilkan sebuah program dimana program tersebut perlulah dijalani bersama-sama
dengan pihak luar. Oleh itu, kami, pelajar sains sukan tahun 4 telah memilih untuk
melakukan program tersebut di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor (SSTMI) pada
tarikh 09/01/2024. Program yang dijalankan adalah bersama pelajar tingkatan enam (Pra-
Universiti) dari pagi jam 9 pagi sehinggalah 5 petang. Program yang dijalankan ini adalah
bernama “Sains Sukan UTM bersama SSTMI). Sebelum menjalani program ini, kami telah
membahagi tugas kepada semua pelajar tahun 4 bagi melancarkan lagi program yang akan
berlangsung. Oleh itu, terdapat beberapa aktiviti yang telah kami rancangkan untuk memberi
kepada pelajar-pelajar tersebut. Antaranya adalah program sains sukan yang terdapat dalam
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pada pagi tersebut, kami bertolak daripada UTM dan sampai di destinasi pada
pukul 9 pagi. Masa ketibaan, para pelajar tingkatan enam telah berkumpul terus kerana
mereka baru sahaja habis perhimpunan mingguan. Setelah membuat persiapan tempat, kami
memberi penerangan tentang pelajaran serta subjek sains sukan yang ada di UTM. Sepanjang
program, kami juga memasukkan beberapa aktiviti menarik bagi memahami dengan jalan
lebih mudah dalam sains sukan.
Kami juga mengadakan mengajar urutan sukan di mana kami membuat demo
kepada mereka dan mereka akan melakukan bersama pasangan mereka. Kami mengajar
urutan sukan hanyalah tahap 1. Hal ini kerana, untuk menarik perhatian mereka dan mereka
juga boleh mengaplikasikan urutan sukan tersebut semasa sebelum dan selepas latihan sukan.
Ilmu pengetahuan ini amatlah penting terutamanya bagi atlet-atlet. Ini kerana, bukan sahaja
boleh membantu ketika mereka bersekolah di SSTMI, tetapi ia juga dapat membantu mereka
pada masa depan mereka. Urutan sukan merupakan satu pekerjaan, iaitu sebagai fisioterapi.
Pekerjaan ini bukan sahaja tugasan mereke mengurut, tetapi mereka juga membuat tugasan
lain seperti merawati orang tua yang mengalami sakit badan dan sebagainya.
Akhir sekali, kami membuat perlawanan persahabatan, iaitu bagi pelajar lelaki,
mereka akan bermain bola dan bagi pelajar perempuan, mereka akan bermain frisbee. Kami
membuat perlawanan persahabatan ini kerana untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar
tahun 4 (UTM) dan pelajar tingkatan 6 (SSTMI). Oleh itu, program yang dijalankan ini harap
memberi manfaat kepada mereka dan mengingkatkan serta kesedaran kepada mereka bahawa
ilmu-ilmu dalam Sains Sukan ini adalah penting bagi mereka kerana mereka adalah seorang
atlet yang boleh memahami lebih baik dalam sains sukan berbanding pelajar biasa.

Anda mungkin juga menyukai