Anda di halaman 1dari 7

TOPIK 12

ISTINJAK (MENGHILANGKAN NAJIS)

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda akan dapat :

1. Menyatakan pengertian, hukum dan dalil istinjak.


2. Menyatakan alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak, syarat-syarat
menggunakan bahan-bahan kesat dan bahan yang dilarang untuk beristinjak.
3. Menjelaskan cara-cara beristinjak.
4. Menerangkan adab dan hikmah beristinjak.

Pengertian Istinjak

Istinjak ialah perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul (kemaluan hadapan) atau
dubur (kemaluan belakang) menggunakan alat-alat tertentu. Najis yang perlu dibersihkan sama
ada najis yang biasa seperti tahi dan air kencing atau yang jarang-jarang seperti air mazi, air
mani dan darah.

Hukum dan Dalil Istinjak

Hukumnya adalah wajib. Jika kita sengaja tidak beristinjak, hukumnya berdosa kerana
dianggap berada dalam kekotoran. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“ Dan Allah SWT menyukai orang-orang yang bersih.”


(Surah at-Taubah, 9:108)
UJI MINDA 12.1

Apakah yang anda faham tentang istinjak?

Alat-alat Istinjak

1. Air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan seperti air hujan, air mata air, air sungai,
air laut, air perigi, air salji dan air embun.
2. Benda-benda yang kesat seperti :

Batu Tisu

Kulit
Kertas
kayu

Daun
Kain
kering

Air merupakan alat yang terbaik untuk beristinjak kerana air dapat menghilangkan rupa, warna,
bau dan rasa najis. Manakala bagi penggunaan benda-benda kesat pula, terdapat beberapa
syarat yang perlu dipatuhi.
Syarat-syarat Menggunakan Benda-benda Kesat

1. Najis dalam keadaan yang belum kering.


2. Tiada najis lain yang melekat di tempat keluar najis.
3. Najis tidak meleleh ke tempat lain seperti paha atau betis.
4. Benda-benda kesat yang digunakan sebagai alat istinjak itu hendaklah suci, bersih,
kering dan dapat menghilangkan najis.
5. Menyapu sekurang-kurangnya dengan tiga kali sapuan di tempat keluar najis sehingga
suci. Jika masih belum suci dan bersih, maka hendaklah ditambah sapuannya.

Bahan Yang Dilarang Untuk Beristinjak

Benda yang bernilai seperti emas, perak dan sutera.

Benda yang dihormati seperti makanan dan tulang.

Benda yang berbahaya seperti kaca, besi dan buluh.

Benda najis atau benda yang terkena najis seperti tahi binatang yang kering.

Kertas atau bahan yang tertulis ayat al-Quran atau Hadis, nama-nama Allah dan Rasul.

UJI MINDA 12.2

Adakah plastik boleh digunakan sebagai alat istinjak?

JANA IDEA 12.1

Ahmad menyertai satu kem perkhemahan di hutan yang tidak mempunyai kemudahan
lengkap, terutamanya tandas. Apakah alat yang dapat Ahmad gunakan untuk
beristinjak pada masa tersebut?
3 Cara Beristinjak

Istinjak boleh dilakukan dengan menggunakan air atau apa-apa yang boleh menggantikannya
daripada bahan kesat atau menggunakan kedua-duanya sekali.

• Bersihkan tempat Menggunakan air • Bersihkan tempat


keluar najis keluar najis
dengan dengan
menggunakan menggunakan
benda-benda • Basuh tempat benda-benda kesat
kesat. keluar najis sehingga diyakini
• Kemudian, basuh dengan air mutlak bersih iaitu hilang
dengan air mutlak sehingga diyakini bau, warna dan
sehingga diyakini bersih iaitu hilang rasa.
bersih iaitu hilang bau, warna dan
bau, warna dan rasa.
rasa.

Menggunakan benda- Menggunakan batu


benda kesat dan air atau benda-benda
(paling afdhal / kesat yang lain
disarankan)

Adab-Adab Beristinjak

1. Tidak menghadap kiblat.


2. Memakai selipar dan menutup kepala.
3. Membaca doa sebelum masuk ke tandas dan melangkah masuk ke dalam tandas dengan
kaki kiri.
4. Tidak membawa masuk ke tandas sesuatu yang dimuliakan seperti ayat al-Quran atau
nama-nama Allah.
5. Tidak membuang air di tempat yang dilarang seperti tempat berteduh, laluan orang
ramai dan dalam air tenang seperti tasik atau kolam renang.
6. Melangkah keluar dengan kaki kanan dan membaca doa.
Hikmah Beristinjak

Mendapat
pahala.

Ibadah sah dan


Memberikan
dapat
keselesaan
dilaksanakan
kepada diri dan
dengan baik
orang lain.
dan sempurna.

Terhindar
daripada Dikasihi Allah
jangkitan dan Rasul.
penyakit.

Badan menjadi
sihat dan
cergas.

JANA IDEA 12.2

Sikap pengotor segelintir masyarakat ketika menggunakan tandas awam seperti tidak
mengepam tandas, membuang gumpalan tisu ke dalam lubang tandas dan sebagainya
akan memberi kesan yang negatif kepada diri dan masyarakat.
Apakah penyakit yang mudah menyerang jika kita tidak mengamalkan kebersihan
ketika membuang air?
RUMUSAN

• Istinjak ialah perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari kemaluan hadapan
atau kemaluan belakang.
• Hukumnya adalah wajib. Jika kita sengaja tidak beristinjak, hukumnya berdosa
kerana dianggap berada dalam kekotoran.
• Air mutlak dan bahan-bahan kesat merupakan alat yang boleh digunakan ketika
beristinjak.
• Cara beristinjak yang paling baik ialah menggabungkan kedua-dua alat ini. Namun
begitu, jika tiada benda-benda kesat, beristinjak dengan menggunakan air adalah
mencukupi.
• Jika air mudah didapati, penggunaan air adalah lebih utama berbanding bahan-
bahan kesat.

RUJUKAN
RUJUKAN

Jami’an, A., Muhamat @ Kawangit, R., & Ismail, A. (2021). Fekah Tahap Asas. Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Kamus, I., & Ab. Hamid, M. A. A. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri,

Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Telaga Biru.

Md Zain, N. (n.d). Pengajian Islam Asas Bimbingan Agama Kepada Mualaf : Ibadah.
JAWAPAN

Uji Minda 12.1

Istinjak ialah perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul (kemaluan hadapan) atau
dubur (kemaluan belakang) menggunakan alat-alat tertentu. Hukumnya adalah wajib. Jika kita
sengaja tidak beristinjak, hukumnya berdosa kerana dianggap berada dalam kekotoran.

Uji Minda 12.2

Alat yang boleh digunakan untuk beristinjak adalah air mutlak dan bahan-bahan kesat sahaja.
Beristinjak menggunakan plastik adalah tidak sah kerana sifatnya yang licin.

Anda mungkin juga menyukai