Anda di halaman 1dari 1

BAB 14 NOVEL MENITI IMPIAN

Bab 14:Ujian

Mereka mula menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang akan


berlangsung dalam masa sebulan lagi.Kegiatan-kegiatan luar
dihentikan sementara waktu kerana masing-masing menyedari
kepentingan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.Kegagalan
dalam peperiksaan asas bagi pelatih baharu akan menyekat peluang
mereka menduduki peperiksaan peringkat pertengahan sedangkan
tujuan utama mereka belajar di IKM adalah untuk mengenggam sijil
yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK).Nasihat Cikgu Baharum yang merupakan cikgu pertukangan
yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun sebagai tenaga pengajar
IKM sentiasa dipegang oleh Zahar dan rakan-rakan sekelasnya.Tanpa
jemu Cikgu Baharum mencurahkan ilmu pengetahuan dan
pengalamannya semata-mata untuk melihat pelatih-pelatihnya
menghasilkan kejayaan.

Pada hari peperiksaan,Zahar memulakan kerjanya dengan tenang.Dia


yakin dengan kemampuannya walaupun berada di dalam bengkel pada
hari itu berbeza dengan hari-hari sebelum kerana kali ini kemahiran
mereka akan diukur dengan rak yang akan dihasilkan selepas 15 jam
waktu peperiksaan berlalu.Setelah dengan hasil kerjanya,Zahar
menyerahkan keada pengawas peperiksaan bersama-sama rak yang
dihantar oleh rakan-rakannya.Ramli mencuit bahu Zahar sambil
memuji kehalusan buatan raknya.

Dua minggu selepas peperiksaan mereka dibenarkan bercuti semester


selama tiga minggu.Kesempatan ini memang dinanti-nantikan oleh
Zahar bagi mempratikkan kemahirannya di bengkel Pak
Yusuf.Zahar,Ramli,Norimi,Habsah dan Anisah bersama-sama keluar
menanti bas di stesen bas eksprs menuju ke destinasi masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai