Anda di halaman 1dari 62

BAB 3

Etika dan Peradaban dalam


Masyarakat Kepelbagaian
Dr. Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM noorain277@um.edu.my 03-79675409

https://depositphotos.com/vector-images/chinese-malay-indian.html
Hasil Pembelajaran
Menjelaskan proses
pembentukan etika dan
peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian.

Menganalisis impak etika dan


peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Kandungan
 Pembentukan Etika dan Peradaban dalam
Masyarakat Kepelbagaian

 Komponen Etika dan Peradaban

 Selat Melaka sebagai Gelanggang


Kepelbagaian

 Warisan dan Pendigitalan Sejagat


Pengenalan
• Pembentukan etika dan peradaban berhubungkait dengan
fenomena migrasi dan kepelbagaian dalam masyarakat.

• Di era prakolonial, berlaku migrasi di Alam Melayu yang


mempertemukan pelbagai peradaban yang masing-masing
membawa sistem etika tersendiri.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Pertemuan pelbagai peradaban
menyebabkan berlaku
pertindanan unsur etika dan
peradaban timur serta barat.

• Kesemua ini tersulam melalui


asimilasi, akomodasi,
akulturasi dan amalgamasi
yang mempengaruhi lapisan
masyarakat.

MASYARAKAT
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
Pembentukan
Etika dan
Peradaban
dalam
Masyarakat
Kepelbagaian

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Hubungkait etika dan peradaban
adalah jelas apabila etika
merupakan ciri penentu tahap
pencapaian peradaban
sesebuah masyarakat atau bangsa.

• Bagi menentukan sesebuah


masyarakat itu mencapai tahap
berperadaban, ia perlu memenuhi
lapan ciri.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Peningkatan kualiti
Sistem kepercayaan
kehidupan dan
dan agama
peningkatan jangka
hayat.
Penempatan
masyarakat Bahasa serumpun
dengan satu sistem
tulisan yang tersendiri
Sistem organisasi dan
Peradaban

institusi sosial yang


teratur. Daya reka cipta dalam
Ciri-ciri

penciptaan teknologi dan


pembinaan
Sistem
perundangan yang Kelahiran dan
teratur dan sistem
perkembangan daya
nilai serta moral. kreativiti
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
Sistem Kepercayaan dan Agama
• Ajaran agama dan rohani mendorong manusia untuk menghayati
nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci.
• Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama berusaha untuk
membangunkan kehidupan mereka menuju kepada
kesempurnaan kemanusiaan dan melahirkan ketinggian budaya.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Penempatan Masyarakat
• Kelahiran masyarakat yang berperadaban didorong oleh kedudukan
petempatan yang strategik – berdekatan dengan sumber-
sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan.
Sistem Organisasi dan
Institusi Sosial yang Teratur

Raja/Sultan
• Memastikan
kelangsungan dan
kemajuan peradaban.
Pembesar

• Pembentukan sistem yang


teratur ini dapat menyusun Rakyat
masyarakat yang
semakin kompleks.
Hamba

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Sistem Perundangan yang Teratur
dan Sistem Nilai serta Moral
• Sistem perundangan yang teratur serta sistem
nilai dan moral yang teguh menjadi pegangan
hidup setiap lapisan masyarakat dan mengatur
perlakuan serta tindak tanduk masyarakat.

• Dalam zaman keagungan kesultanan Melayu


Melaka, lahir dua buah undang-undang yang
menjadi pedoman atau panduan bagi
mengendalikan masyarakat Melaka yang
semakin bersifat majmuk.

i. Hukum Kanun Melaka


ii. Undang-undang Laut Melaka

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Peningkatan Kualiti Kehidupan
dan Peningkatan Jangka Hayat
• Masyarakat yang berperadaban
mempunyai golongan bijak pandai di
dalamnya yang mampu untuk
memajukan bidang sains, teknologi, sosial
dan sebagainya.

• Kebijaksanaan dalam membina dan


memajukan sains dan teknologi,
penyelidikan, perubatan, gaya hidup
yang lebih baik dan kestabilan fizikal,
mental, rohani dan emosi akan
meningkatkan kualiti hidup dan jangka
hayat masyarakat.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Peningkatan Kualiti Kehidupan
dan Peningkatan Jangka Hayat
• Masyarakat yang berperadaban mempunyai
golongan bijak pandai di dalamnya yang mampu
untuk memajukan bidang sains, teknologi, sosial
dan sebagainya.

• Kebijaksanaan dalam membina dan memajukan


sains dan teknologi, penyelidikan, perubatan,
gaya hidup yang lebih baik dan kestabilan fizikal,
mental, rohani dan emosi akan meningkatkan
kualiti hidup dan jangka hayat masyarakat.

• Keseimbangan diri individu dari segala sudut dan


berpegang teguh kepada etika dan nilai
peradaban yang tinggi menjamin kepada
kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan
negara.
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
Bahasa Serumpun Dengan Satu
Sistem Tulisan yang Tersendiri
• Alat utama komunikasi manusia adalah bahasa yang difahami
sebagai perantara.
• Sistem tulisan yang seragam turut menjadi alat komunikasi
bagi menyampaikan sesuatu perkara sama ada di peringkat
individu mahupun peringkat negara.
• Melalui bahasa & tulisan, ilmu pengetahuan dapat disalurkan.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Daya Reka Cipta Dalam
Penciptaan Teknologi
dan Pembinaan
• Perkembangan ilmu pengetahuan
mendorong kepada kemajuan
pemikiran manusia serta
penghasilan ciptaan-ciptaan
baru yang memudahkan kehidupan
manusia.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Kelahiran dan
Perkembangan Daya
Kreativiti
• Daya kreativiti dalam
pelbagai bidang seperti
kesenian, kebudayaan
dan sebagainya
mengindahkan lagi
sesebuah peradaban.

• Penghasilan karya seni


menggembirakan dan
mendamaikan jiwa
manusia.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Penulisan karya agung / seni dalam pelbagai peradaban menjadi
rujukan kehidupan manusia zaman silam dan juga
panduan teladan manusia zaman kini.
• Karya-karya etika dan nilai hidup banyak dihasilkan oleh
golongan cerdik pandai ini dan dijadikan panduan hidup
masyarakat.
Komponen
Etika
dan
Peradaban

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Komponen Etika & Peradaban

Persekitaran Geo-Fizikal

Masyarakat dan Demografi

Ekonomi dan Pasaran

Falsafah dan Pemikiran

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Persekitaran Geo-Fizikal
• Geo-fizikal mempengaruhi ciri-ciri peradaban sesebuah
masyarakat.

• Dari segi geo-fizikal, Tanah


Melayu merupakan sebuah
semenanjung yang dikelilingi
Laut China Selatan dan
Selat Melaka sebagai
laluan tempat pertemuan
dan pergaulan dua
peradaban besar dunia iaitu
China dan India, melalui
kegiatan perdagangan.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu di pesisir pantai dengan
pelabuhan yang strategik serta pengurusan yang baik
menjadi pemangkin kepada kelancaran urusan dan perhubungan
yang baik antara pelbagai kerajaan besar dari peradaban Cina,
India, Timur Tengah dan Barat.

• Sumber/hasil galian dan produk pertanian dari Alam


Melayu menjadi asas dagangan dengan peradaban lain.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Hubungan dengan peradaban-peradaban asing telah melahirkan
peraturan dan nilai hidup yang boleh dikongsi bersama - etika
perniagaan, pengurusan, berkomunikasi, hormat menghormati dan
bertolak ansur.

• Ringkasnya, peradaban Melayu begitu istimewa lantaran kaya


dengan elemen-elemen peradaban asing di dalamnya -
percampuran budaya, sistem pemerintahan, kepercayaan, bahasa,
seni dan sebagainya

• Dalam konteks kini, peradaban Malaysia adalah penyulaman


peradaban majmuk dunia melalui difusi budaya.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Masyarakat dan Demografi

• Menurut Koentjaraningrat,
masyarakat adalah suatu
kelompok manusia yang
hidup dan bekerjasama
hingga mereka dapat
mengorientasikan diri dan
berfikir mengenai dirinya
sebagai kesatuan sosial yang
mempunyai batas tertentu.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Berkelompok Berinteraksi
Ciri-ciri Masyarakat

Berbudaya Mempunyai Kepimpinan

Mempunyai Aturan Sosial


Mengalami Perubahan (susun lapis, kelas,
status &kasta)

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Definisi Masyarakat dalam
Konteks Malaysia
• Pada abad ke-18, berlaku
perubahan dalam struktur
masyarakat di Malaysia
disebabkan oleh migrasi dari luar.

• Migrasi yang berlaku telah


mewujudkan masyarakat majmuk
di Tanah Melayu.

 Masyarakat majmuk terdiri


daripada pelbagai bangsa yang
membentuk satu kependudukan
dan hidup sebagai komuniti-
komuniti yang berasingan.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Menurut J. S. Furnivall:

 Masyarakat majmuk adalah bercampur antara satu sama


lain tetapi tidak bersatu.

 Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dengan


sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang
kepada kebudayaan, agama, bahasa dan pemikiran
sendiri.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Dalam konteks Malaysia
hari ini, adakah
masyarakat Malaysia
masih lagi dikenali
sebagai masyarakat
majmuk/plural?

Jika ya/tidak,
nyatakan mengapa?

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Dalam konteks Malaysia hari
ini, masyarakat Malaysia ialah
masyarakat multietnik yang
hidup dalam peradaban
majmuk.

Noor Ain Mat Noor


Garis Waktu Pembentukan
Masyarakat Malaysia

Sebelum Penjajahan Selepas Kemerdekaan


(Zaman Kesulltanan Melayu Melaka) -Multietnik/Kepelbagaian-
-Pluraliti-

Semasa Zaman Penjajahan British


- Masyarakat Plural / Majmuk-

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Dari Kemajmukan ke Kepelbagaian

Budaya Majmuk
di Tanah Melayu merupakan hasil
pertemuan dan pertembungan budaya
besar dunia yang melahirkan fenomena
sosial di Alam Melayu.

Peradaban Majmuk bercirikan Masyarakat Majmuk bercirikan


semula jadi & fleksibel. pemaksaan dan perbezaan.

31
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
• Evolusi masyarakat yang berlaku suatu ketika dahulu mengambil
masa yang panjang dan ini telah membawa kepada terbentuknya
sebuah masyarakat yang unik iaitu masyarakat majmuk.

• Unsur-unsur budaya dalam masyarakat majmuk ini telah membawa


kepada terbentuknya budaya majmuk iaitu terdapat unsur-unsur
budaya yang mempunyai percampuran dengan budaya kaum lain
tetapi menjadi sebahagian daripada budaya yang dikongsi.

• Namun, perkara yang lebih utama untuk dilihat adalah bagaimana


masyarakat ini kekal dengan bentuknya menjelang abad ke-19.

tidak
 Bentuk masyarakat majmuk tersebut tidak berubah dan
berlaku penyerapan kaum asing dengan masyarakat
tempatan sebagaimana yang berlaku pada zaman
kesultanan Melayu Melaka.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Konsep Memahami Proses
Hubungan Etnik di Malaysia
Integrasi Rendah Integrasi Tinggi

Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi

https://stock.adobe.com/images/vector-malaysia-state-flag-formed-by-crowd-of-cartoon-people/192953409
Segregasi
Budaya
• Individu atau kumpulan
Ras
sosial tertentu dipisahkan
atau diasingkan Agama
dengan individu atau
kumpulan sosial lain. Kelas sosial
*Pemisahan dari aspek
Dasar

Adat resam

Tempat tinggal

Sistem persekolahan

Pengangkutan

Kemudahan awam
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
Akomodasi

• Proses yang menyebabkan setiap


kumpulan etnik sedar serta
menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain.

• Setiap kumpulan etnik


menyesuaikan diri dalam
keadaan pelbagai budaya
supaya dapat hidup secara harmoni
dan saling menghormati.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Akulturasi
• Proses penerimaan/peminjaman unsur kebudayaan lain.

• Unsur dari budaya lain diterima dan diolah dalam budaya sendiri.

• Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identiti asal


masyarakat yang menerima budaya tersebut.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
Asimilasi
• Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik
berlainan budaya.

• Berlaku apabila kumpulan minoriti ataukumpulan etnik yang


baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan
majoriti untuk mengurangkan batas etniknya.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Baba Nyonya

Sumber: https://www.bukuprima.com.my/info-Artikel/813/Peranakan-Baba-dan-Nyonya
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
Chitty

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Amalgamasi
• Dikategorikan dalam asimilasi biologi  satu tahap asimilasi yang
paling tinggi.

• Merupakan proses percantuman melalui biologi (perkahwinan


campur).

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Ekonomi dan Pasaran
• Perubahan zaman telah mempengaruhi
corak ekonomi masyarakat dan ini jelas
dilihat pada zaman kerajaan Melayu
sebelum berlakunya penjajahan barat
hingga kini.

• Di era prakolonial, masyarakat


Melayu mengamalkan kegiatan
ekonomi sara diri.
• Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
kegiatan perdagangan menjadi
kegiatan terpenting dalam masyarakat
disebabkan keadaan kehidupan yang
masih mundur dan tradisional.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Di kolonial, British dilihat terus menguasai kegiatan
era
ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu dengan pembukaan
lombong bijih timah dan ladang getah serta kemasukan
tenaga buruh secara besar-besaran dari China dan India.

• Di pasca kolonial, kerajaan menjalankan strategi


era
penyusunan semula masyarakat untuk menyelesaikan
kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi
dalam kalangan kaum dan agar jurang perbezaan antara
masyarakat dapat dihapuskan.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Untuk itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB)
melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK2).

 Matlamat - mewujudkan perpaduan negara dengan


mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan,
penempatan dan sebagainya.

 Prinsip DEB - ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk


mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


“Rancangan ini (RMK2) ialah satu
panduan berasaskan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) kerajaan. Ia
mengandungi dua matlamat untuk
membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum dan menyusun semula
masyarakat Malaysia dengan tujuan
mengurangkan dan lama-kelamaan
menghapuskan sama sekali
pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi”.
-Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, 25 Jun 1971-

Noor Ain bt Mat Noor


Objektif DEB
• Pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum.

• Penyusunan semula masyarakat tanpa


mengikut fungsi ekonomi

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Usaha dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan
beberapa projek pembangunan telah dirangka.
 Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur.
 Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
 Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah
daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
 Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan
bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
 Memodenkan kehidupan di luar bandar.
 Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

 Mewujudkan suasana pekerjaan yang mencerminkan


komposisi kaum di Malaysia.
 Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan
infrastruktur dan lain-lain.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Ringkasan Kronologi
Perkembangan Ekonomi

Era Kolonial
Era Prakolonial Pasca Kolonial
Fungsi ekonomi
mengikut kaum - Strategi penyusunan
Ekonomi Sara diri
Melayu (pertanian), masyarakat tanpa
(Melayu)
Cina (perlombongan), menurut fungsi ekonomi.
India (perladangan)

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Falsafah dan Pemikiran
• Falsafah ialahringkasan dari
pemikiran manusia yang berusaha
untuk memahami hakikat alam
sekelilingnya dan menyampaikan
kepada masyarakat mengenai
kedudukan dan
tanggungjawab manusia di alam
ini dengan hakikat yang sebenar.
• Tujuan mempelajari falsafah -
mengelakkan diri dari kejahilan,
berdiri di atas kebenaran dan
menyingkap tabir kebatilan yang
menutup kelemahan fikiran.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Hikmah yang terkandung dalam ilmu pengetahuan benar
mendorong manusia untuk sentiasa melakukan perkara-
perkara baik kerana menyedari manfaat yang diperolehi kesan
daripada perbuatan baik tersebut.

• Namun, dalam pemilihan aliran pemikiran yang datang daripada


pelbagai peradaban, memerlukan individu mempunyai jati diri
yang berasaskan pemikiran tempatan yang diwarisi daripada etnik
dan pegangan agama yang kukuh sebagai panduan dalam
menapis atau menolak pemikiran yang tidak sesuai dengan
kehidupan masyarakat di Malaysia.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Selat Melaka
sebagai
Gelanggang
Kepelbagaian
• Proses interaksi kepelbagaian
peradaban dan etnik bermula di
Selat Melaka dengan proses
pembudayaan yang
mengintegrasikan
masyarakat berbilang ras
atau etnik melalui aktiviti
perdagangan dan
perkahwinan.
• Pada era prakolonial iaitu
sebelum berlakunya penjajahan,
interaksi sosial dengan
komuniti bukan Melayu
telah terpupuk menerusi
peranan Melaka sebagai
pelabuhan entrepot
antarabangsa.
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
• Kedatangan masyarakat luar seperti dari Arab, Parsi, China, India dan
sebagainya telah meningkat ekoran kedudukan Melaka yang
strategik di Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan
di antara Timur dan Barat.
• Kerjasama, layanan yang baik dan perlindungan
keselamatan daripada pihak Sultan dan Syahbandar telah menarik
minat pedagang asing untuk terus berdagang di Melaka.
• Pergaulan kaum asing dengan masyarakat tempatan pada zaman
Kesultanan Melayu Melayu menunjukkan berlakunya interaksi yang
tinggi.
 Keadaan ini disebabkan jumlah mereka yang kecil tidak
membolehkan mereka untuk berdikari dan perlu bergantung
dengan masyarakat tempatan bagi memenuhi keperluan
hidup.

 Anggaran seramai 300 - 400


orang Cina di Melaka selepas
kejatuhan Melaka ke tangan
Belanda.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Kaum yang paling ramai ke Melaka ialah
orang India dan Arab.

 Mereka bercampur bebas dengan


orang istana Melaka dan ada yang
berkahwin dengan orang istana.
 Peniaga dan pedagang India Muslim
berasimilasi dengan masyarakat
Melayu.

 Kebanyakannya berkahwin dengan


wanita Melayu dan anak-anak
mereka dikenali sebagai Jawi
Peranakan.
o Menggunakan Bahasa Melayu.
o Memperlihatkan diri dengan ciri-ciri
kemelayuan.
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
• Suasana yang berlaku dalam tempoh ini menunjukkan kewujudan
interaksi yang tinggi hingga membolehkan mereka
berasimilasi dengan masyarakat dominan.
• Interaksi dan jalinan hubungan yang berterusan di antara pelbagai
kaum yang membawa bersama unsur-unsur warisan seperti nilai-nilai
budaya dan etika masing-masing telah menjurus kepada
terbentuknya unsur-unsur baru ketamadunan.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Warisan
dan
Pendigitalan
Sejagat

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat
adalah satu cabaran besar kepada seluruh peradaban manusia
dalam mempengaruhi nilai dan etika masyarakat
kepelbagaian.
• Impak media digital ke atas
etika dan peradaban dapat
dilihat melalui peningkatan
jaringan komunikasi,
mendekatkan manusia
dari seluruh dunia,
meningkatkan taraf hidup
dan membuka ruang
kepada perkongsian ilmu
tanpa sempadan.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Dalam konteks Malaysia, media elektronik atau media cetak
memainkan peranan penting, secara langsung atau tidak langsung
dalam proses membina kesepaduan antara etnik.

 Menghubungkan anggota
masyararakat
 Menyampaikan maklumat atau
pengetahuan yang tepat
 Menghapuskan prejudis
 Mengenengahkan hasrat negara
untuk membentuk masyarakat
yang saling memahami, bertolak
ansur

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


• Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi dan
komunikasi dan menyerap masuk dalam kehidupan peradaban
bukan Barat melalui bentuk penjajahan pemikiran dan
budaya.
• Bagi memastikan kelangsungan
peradaban, masyarakat haruslah
menyesuaikan diri dengan
pemodenan dan dalam masa
sama mengekalkan
kesinambungan warisan
ketamadunan.
• Oleh itu,pertimbangan
antara yangsalah dan
benar, buruk dan baik perlu
dimiliki oleh setiap lapisan
masyarakat.
Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM
Kesimpulan
• Etika dan peradaban di Malaysia terbentuk hasil daripada
pertembungan dan interaksi masyarakat kepelbagaian.
• Ilmu tentang etika dan peradaban hari ini adalah penting kerana
boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaan sesuatu
masyarakat.
• Generasi muda perlu memahami dan menghayati bahawa
pengajaran daripada kitaran sejarah masyarakat patut dijadikan
iktibar agar mereka tidak leka dengan keamanan dan kemewahan
yang dikecapi.
• Ilmu mengenai etika dan peradaban perlu diterapkan kerana
dengan mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan etika dan
peradaban juga membuka ruang kepada seluruh manusia untuk
berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM


Sekian, terima kasih

Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA)


Centre for Internship Training and Academic enrichment (CITrA)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Noor Ain Mat Noor, CITrA, UM

Anda mungkin juga menyukai