Anda di halaman 1dari 4

Keberkesanan Projek Jiwa Murni Oleh TLDM

Projek Jiwa Murni merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan warga
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dilaksanakan secara aktif di seluruh negara
di setiap markas formasi. Ia diperkenalkan olen ATM pada awal 1970an Ketika era
menentang pengganas komunis. Projek Jiwa Murni ini dikenali juga sebagai
Corporate Social Responsibility" (CSR) yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti
bantuan bencana dan musibah, aktiviti kemasyarakatan, dan aktiviti sukarelawan
yang secara tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan antara tentera dan
masyarakat setempat. TLDM sering terlibat dalam pelbagai inisiatif jiwa murni
termasuk misi bantuan kemanusiaan, program pembangunan komuniti, dan projek-
projek lain yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Kejayaan
projek ini boleh dinilai melalui dampak positif yang diberikan kepada komuniti
sasaran dan pemantauan prestasi projek secara keseluruhan. Projek Jiwa Murni ini
merupakan teras keempat yang tertulis di dalam Pelan Strategik Mindef untuk tahun
2021 sehingga 2025. Projek ini juga merupakan aktiviti tahunan wajib di dalam
kalendar TLDM dan telah mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk
pelaksanaannya secara lancar. Jadi, apakah keberkesanan Projek Jiwa Murni oleh
TLDM ini secara keseuruhannya?

Terdapat banyak keberkesanan projek jwa murni ini antaranya ialah Projek
Jiwa Murni ini berkesan mencapai visi utamanya iaitu merapatkan hubungan
antara Angkatan Tentera Malaysia dan Masyarakat. Hal ini demikian kerana,
semua aktiviti-aktiviti projek jiwa murni berkait rapat dan sentiasa melibatkan
masyarakat setempat. Anggota ATM dan masyarakat akan bersama sama
berganding bahu untuk membantu antara satu sama lain demi menjayakan setiap
projek yang dirancang. Sebagai contoh, aktiviti bantuan musibah banjir. Seperti yang
kita tahu, bencana banjir di Malaysia merupakan bencana biasa dan sering berlaku
hampir setiap tahun semasa musim tengkujuh. Jadi, anggota ATM sentiasa bersedia
untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara dengan pastinya penglibatan
masyarakat dan badan badan kerajaan yang lain. Antara aktiviti yang akan
dijalankan setiap tahun pada musim banjir adalah seperti pembersihan pasca banjir,
bantuan mengecat semula rumah atau sekolah, pembaikan semula sistem elektrik
atau pempaipan yang rosak dan banyak lagi. Projek seperti ini sememangnya
mampu merapatkan hubungan antara ahli ATM dan masyarakat.

Seterusnya, projek jiwa murni juga berkesan dalam menjimatkan kos


perlaksanaan sesuatu aktiviti atau tindakan. Hampir 50% kos dapat dijimatkan
dengan perlaksanaan projek jiwa murni. Hal ini kerana, aktiviti atau bantuan yang
dijalankan akan dilaksanakan menggunakan kepakaran-kepakaran yang wujud pada
anggota- anggota ATM. Sebagai contah, anggota-anggota berkepakaran teknikal,
mampu membuat kerja kerja seperti pertungkangan kayu, kimpalan besi, dan
pendawaian elektrik. Selain daripada kepakaran, tenaga kerja serta peralatan juga
akan mengunaakan peralatan sedia ada yang terdapat di dalam pasukan ATM.
Sebagai contoh, peralatan seperti tangga, welding set, cat dan lain-lain boleh
dipinjam dan digunakan untuk sesuatu projek. Dengan ini, sudah pasti dengan
wujudnya projek jiwa murni, ia berkesan untuk menjimatkan kos perlaksanaan
sesuatu projek atau bantuan berbanding jika ia dilaksanakan oleh pihak lain.

Selain daripada itu, projek jiwa murni membantu dalam meningkatkan kualiti
hidup didalam masyarakat. Kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui
sumbangan dan bantuan kepada individu atau komuniti yang memerlukan. Projek
jiwa murni bukan sahaja membantu masyarakat yang menghadapi situasi musibah
atau bencana, malah banyak usaha dilakukan untuk membantu masyarakat yang
hidup dipedalaman dan terpinggir. Projek ini juga mampu menyokong semangat
kerajaan unutk meneruskan kelangsungan agenda pembangunann luar bandar.
Dengan projek jiwa murni ini dijalankan di Kawasan-kawasan pedalaman, ia juga
mampu menjadi ruang terbaik untuk mempromosikan peluang kerjaya dalam ATM.
Hal ini demikian kerana, tinggi potensi untuk belia yang tinggal di pedalaman
mempunyai kurang akses kepada maklumat-maklumat terkini. Dengan menyertai
peluang kerjaya sebagai ATM, mereka bukan sahaja dapat membantu berbakti
kepada negara bangsa, malah mereka juga secara tidak langsung membantu
mrningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga. Jadi, sudah terang lagi bersuluh,
projek jiwa murni mampu meningkatkan kualiti hidup dalam masyarakat.

Tambahan pula, projek jiwa murni mampu memberi kesedaran sosial kepada
masyarakat dan anggota ATM sendiri. Dengan wujudnya ceramah ceramah
kesedaran melalui projek jiwa murni, masyarakat pastinya dapat meningkatkan
kesedaran terhadap topik topik sosial seperti kesihatan, keharmonian hidup
berbilang bangsa, kesedaran terhadap jenayah dan banyak lagi. Dengan ini,
pelbagai masalah masalah kesihatan dan jenayah mampu dikurangkan di Malaysia.
Melalui ceramah ceramah begini, ia juga mampu memperoleh dana sumbangan
daripada masyarakat yang akan digunakan untuk membantu masyarakat kembali di
masa hadapan. Selain itu, projek jiwa murni juga mampu memberi kesedaran
kepada anggota kerana anggota sendiri akan menghadapi situasi membantu
masyarakat yang mungkin rumah ditenggelami air banjir, kematian anak, atau
kemalangan jalan raya. Dengan ini anggota akan berasa lebih mensyukuri nikmat
yang diberi tuhan kepada mereka dan lebih bersemangat untuk membantu
masyarakat.

Akhir sekali, projek jiwa murni berkesan memberi pengalaman dan


pendidikan kepada anggota. Bagi sukarelawan dan peserta, projek ini memberi
pengalaman yang memuaskan dan memperluaskan pandangan mereka tentang
kehidupan dan keperluan orang lain. Anggota-anggota yang terlibat boleh
meningkatkan kepakaran mereka dalam sesuatu bidang. Dalam satu-satu aktiviti,
mereka boleh sama sama menuntut ilmu unuk satu kepakaran daripadan sesorang
yang lebih memahami sesuatu bidang di dalam ATM. Sebagai contoh, kepakarang
dalam bidang pertukangan kayu. Kepakaran ini dapat ditingkatkan didalam projek
seperti pembinaan semula kerusi dan meja sekolah. Semestinya, Pendidikan dan
pengalaman yang diperoleh daripada semua projek yang dijalankan dapat memberi
impak yang positif dalam setiap diri anggota-anggota ATM yang terlibat.

Kesimpulannya, projek jiwa murni ini sememangnya mampu memberi kesan


yang baik terhadap anggota-anggota ATM dan juga masyarakat. Diharapkan projek
jiwa murni akan sentiasa diteruskan kerana banyak manfaat yang diberi kepada
semua dan mampu dilaksanakan secara telus. Pengurusan projek yang baik,
berserta penyampaian laporan yang jelas mengenai penggunaan dana dan capaian,
penting untuk menjaga kepercayaan dan sokongan daripada pihak yang terlibat.
Keberkesanan projek jiwa murni bergantung kepada pelaksanaan yang teliti,
penyelarasan dengan keperluan komuniti, dan penilaian kesan yang tepat. Ia boleh
meningkatkan kesedaran, menyokong keperluan asas, memberi pendidikan, dan
menyumbang kepada kemajuan sosial masyarakat yang dilibatkan. Keberkesanan
juga bergantung kepada penyelarasan matlamat jangka panjang dengan usaha yang
dijalankan serta penyelenggaraan projek secara berterusan.

Rujukan:

Shamsuri, A. S. (2023, October 30). TLDM laksana pelbagai aktiviti CIMIC


sepanjang 2023. https://www.kosmo.com.my/2023/10/30/tldm-laksana-
pelbagai-aktiviti-cimic-sepanjang-2023/

Ismail, L. (2021, March 11). PROJEK JIWA MURNI RAPATKAN HUBUNGAN ATM,
MASYARAKAT. Prihatin, Cakna dan Berwawasan. February 1, 2024,
https://lokmanismail.blogspot.com/2021/03/dej.html

Ahmad, O. (2024, June 6). ATM sedia dikerah bantu mangsa banjir. BH Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1196788/atm-sedia-
dikerah-bantu-mangsa-banjir

Kawi, M. R. (2015, September 16). Program Jiwa Murni erat hubungan. BH Online.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/09/82174/program-jiwa-murni-
erat-hubungan

Anda mungkin juga menyukai