Anda di halaman 1dari 7

2.

0 ASPEK STRUKTUR PASARAN


Suatu firma yang beroperasi dalam pasaran sudah semestinya bermotifkan keuntungan dan
ianya merupakan asas kepada perbincangan tentang struktur pasaran. Pasaran menerangkan
tentang aktiviti yang berlaku di antara penjual atau firma yang mengeluarkan barangan
dengan pembeli yang membeli sesuatu barangan tersebut. Tindak balas terhadap aktiviti yang
berlaku di antara kedua-dua pihak yang terlibat tersebut akan mempengaruhi tingkat harga
barangan dari semasa ke semasa. Firma boleh didefinasikan sebagai sebuah unit yang
membuat keputusan berkaitan dengan penggunaan faktor-faktor pengeluaran dalam proses
mengeluarkan output seperti barangan dan perkhidmatan.
Struktur pasaran adalah suatu ciri-ciri yang paling penting dalam perniagaan yang
melibatkan bilangan firma, saiz mereka sendiri, tahap perbezaan atau persamaan barang itu,
mudah masuk ke dalam pasaran atau keluar dan ketersediaan maklumat tertentu dalam
sesuatu perniagaan. Keupayaan untuk mempengaruhi pembentukan dan tahap harga
bergantung terhadap sesuatu pemasaran barangan atau perkhidmatan adalah bergantung
kepada struktur pasaran. Dalam ekonomi moden sekarang, telah wujud beberapa bentuk
pasaran yang beroperasi iaitu pasaran persaingan sempurna, pasaran monopoli, pasaran
persaingan monopolistik dan pasaran oligopoli. Bentuk-bentuk pasaran tersebut dapat
dibezakan berdasarkan kepada ciri-ciri firma, jenis barangan yang ditawarkan di pasaran,
kemampuan untuk masuk dan keluar daripada pasaran dan maklumat tentang jenis barangan
yang ditawarkan.
2.1 Jenis Struktur Pasaran
2.1.1 Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)
Pasaran persaingan sempurna berlaku apabila terdapat beberapa firma kecil
dalam sesebuah industri yang beroperasi mengeluarkan barangan atau
perkhidmatan yang homogeneous. Contoh di sini adalah apabila beberapa orang
pekebun kecil yang menanam pokok pisang dan buah pisang tersebut dijual mengikut
harga pasaran yang sedia ada ianya akan dianggap firma yang beroperasi dalam
persaingan sempurna. Ini terjadi kerana, terdapat ramai pekebun yang mengeluarkan
hasil yang sama di mana bersifat homogeneous.
2.1.2 Ciri-ciri Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)
Pasaran persaingan sempurna mempunyai beberapa ciri-ciri iaitu seperti
jumlah pembeli dan penjual, produk yang besifat homogenous, firma bebas
yang bebas untuk keluar masuk serta pembeli yang mempunyai maklumat
yang sempurna tentang pasaran.
Jumlah pembeli dan penjual
Terdapat firma-firma kecil yang mengeluarkan produk yang sama jenis dan
keadaan ini menyebabkan firma-firma kecil berkaitan tidak mampu
mempengaruhi jumlah output dalam pasaran. Keadaan ini mengakibatkan
tidak dapat memberi kesan terhadap peningkatan harga dalam sesuatu barang.
Produk homogeneous
Keadaan yang wujud di mana kedua-dua firma mengeluarkan produk yang
sama dan pihak pembeli tidak dapat mengenalpasti dari siapakah sesuatu
produk itu dikeluarkan.
Firma bebas keluar masuk
Di dalam pasaran persaingan sempurna, firma adalah bebas daripada keluar
dan masuk ke dalam sesebuah industri yang dapat mempengaruhi peningkatan
harga dengan mengurangkan pengeluaran barangan ke pasaran.
Pembeli mempunyai maklumat yang sempurna
Firma juga menggunakan kemahiran para pengguna berdasarkan pengetahuan
mereka dengan keadaan pasaran yang berlaku. Pembeli yang mengetahui
tingkat harga yang dikenakan oleh firma dalam pasaran dapat mengelakkan
pembeli membayar pada harga yang lebih tinggi.

2.2 Pasaran Monopoli


Pasaran monopoli adalah pasaran yang terletak dalam pasaran persaingan yang tidak
sempurna yang terdapat penjual atau pembeli bertindak mempengaruhi harga di
pasaran. Contoh firma monopoli yang ada di Malaysia adalah seperti Pos Malaysia dan
Telekom Malaysia yang merupakan sebuah firma monopoli tulen. Sesuatu produk yang
ditawarkan oleh firma monopoli ini tidak mempunyai pengganti dan kemasukan firma lain ke
dalam industri adalah sangat sukar.

2.2.1 Ciri-ciri Pasaran Monopoli


Pasaran monopoli mempunyai beberapa ciri utama iaitu, pasaran ini
mempunyai bilangan firma yang banyak dalam sesebuah indutri akan tetapi
bilangan firma yang wujud tersebut adalah lebih kecil berbanding dengan
pasaran persaingan sempurna. Seterusnya firma-firma yang terdapat dalam
pasaran ini adalah mempunyai hak kebebasan untuk keluar dan masuk dalam
industri yang sama dengan pasaran persaingan sempurna.
Firma-firma di dalam pasaran persaingan monopoli ciri-ciri keluaran barangan
yang berbeza dari segi teknik pembungkusan, pengiklanan, jenama dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Firma-firma yang terdapat dalam pasaran
monopoli adalah sebahagian besar mengeluarkan sesuatu barangan yang
merupakan barangan pengganti akan tetapi bukan pengganti yang sempurna
seperti di persaingan pasaran sempurna.
2.3 Pasaran Monopolistik
Persaingan dalam monopolistik mempunyai dua pasaran utama iaitu pasaran persaingan
sempurna dan pasaran persaingan tidak sempurna. Di dalam pasaran persaingan tidak
sempurna adalah terdiri daripada pasaran monopoli, pasaran monopolistik dan pasaran
oligopoli. Pasaran monopolistik menunjukkan bahawa salah satu bentuk pasaran yang tidak
sempurna. Pasaran ini juga merupakan pasaran yang mempunyai bilangan firma yang tinggi
di dalam industri dan keluaran yang dikeluarkan oleh firma mempunyai perbezaan.

2.3.1 Ciri-ciri Pasaran Monopolistik


Pasaran persaingan monopolistik mempunyai beberapa ciri-ciri utama iaitu
yang pertama adalah mempunyai banyak firma dalam sesebuah industri tetapi
bilangan firma yang wujud dalam idustri adalah lebih kecil jika dibandingkan
dengan pasaran persaingan sempurna. Kedua adalah, firma-firma yang
terdapat dalam pasaran ini mempunyai kebebasan keluar dan masuk dalam
industri yang sama seperti dalam persaingan sempurna.
Seterusnya yang ketiga ialah, firma-firma dalam pasaran monopolistik
mempunyai ciri barangan keluaran yang sedikit berbeza dengan persaingan
pasaran yang lain contohnya perbezaan cara pembungkusan, pengiklanan,
penjenamaan dan perkhidmatan. Keempat pula adalah, dalam pasaran ini
firma-firma akan mengeluarkan barangan yang merupakan barangan pengganti
tetapi bukan pengganti yang sempurna seperti dalam pasaran persaingan
sempurna.

2.4 Pasaran Oligopoli


Pasaran oligopoli adalah merupakan sebuah pasaran yang mempunyai beberapa buah firma
yang bersaiz besar dalam pengeluaran output di mana dapat mempengaruhi pasaran dengan
lebih berkesan. Akan tetapi, sesuatu penentuan tingkat kepada harga di pasaran adalah
dipengaruhi oleh tingkah laku dan tindakan yang dibuat oleh semua firma yang terdapat pada
pasaran oligopoli. Pasaran oligopoli berada antara di pasaran persaingan sempurna dan
pasaran monopoli. Dalam pasaran oligopoli tiada sekatan keluar masuk firma ke dalam
pasaran bagi pasaran persaingan sempurna berbanding dengan pasaran monopoli yang
mempunyai banyak halangan.
Sesuatu barangan yang dikeluarkan oleh firma adalah hampir serupa dan kemungkinan
mempunyai perbezaan dari segi cara pengiklanan dan reka bentuk sesuatu barang. Contohnya,
dalam industri pencuci muka, terdapat beberapa jenama seperti Seri Awang, Garnier, Lovely
dan lain-lain yang membelanjakan sebahagian besar peruntukan untuk tujuan pengiklanan dan
reka bentuk produk. Dalam kaedah pemasaran tersebut, firma perlu peka terhadap tindakan
mereka agar dapat menyeimbangkan kesan kepada tingkat harga yang sepatutnya dan
seterusnya kepada keuntungan yang akan diperolehi

2.4.1 Ciri-ciri Pasaran Oligopoli


Terdapat beberapa ciri-ciri yang terdapat pada pasaran oligopoli iaitu seperti
kebanyakan barangan yang dikeluarkan oleh firma yang bersaiz besar sahaja
dan barangan yang dikeluarkan oleh firma-firma mempunyai perbezaan tetapi
tetap menjadi barangan pengganti yang antara dengan yang lain. Firma yang
terdapat dalam pasaran oligopoli mempunyai keluk permintaan yang mencerun
ke bawah dari kiri ke kanan dan firma dalam pasaran ini akan melihat tingkah
laku pengguna serta tindakan daripada firma-firma pesaing lain.
3.0 CIRI-CIRI STRUKTUR PASARAN YANG SESUAI DENGAN PRODUK
Produk yang dibangunkan dalam syarikat Florista ini adalah berasaskan bunga yang merupakan
sebuah perniagaan di mana menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan dekorasi bunga yang
boleh dipersembahkan dalam pelbagai acara. Ciri yang sesuai dalam memasarkan produk adalah
dalam Pasaran Persaingan Sempurna (PPS).
Beberapa ciri yang terdapat dalam pasaran persaingan sempurna ini sesuai dalam pemasaran
produk syarikat Florista iaitu seperti syarikat ini mengeluarkan barangan dan pekhidmatan yang
bersifat homogeneous. Homogeneous ini adalah sesuatu situasi yang terjadi dalam beberapa buah
perniagaan di mana terlibat dalam pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang hampir sama.
Sebagai contoh syarikat AB mengeluarkan produk sabun pencuci pokok dan syarikat CA juga
mengeluarkan produk yang sama dengan syarikat AB. Situasi ini mengundang kepada tanda tanya
kepada pembeli siapakah pengasas atau pengeluar yang memasarkan produk tersebut seterusnya
mempengaruhi tingkat harga di pasaran.
Dalam ciri pasaran ini juga terdapat jumlah pembeli dan penjual yang agak tinggi di mana
mengeluarkan produk yang sama jenis. Keadaan yang timbul sedemikian menyebabkan sebilangan
syarikat kecil tidak mampu mempengaruhi jumlah ouput dalam pasarannya. Jumlah penjual yang
tinggi menyebabkan keluaran setiap syarikat adalah lebih kecil berbanding jumlah keseluruhan
keluaran yang terdapat dalam pasaran yang mempengaruhi kuasa dan pengaruh mereka di pasaran.
Meskipun di sini jumlah penjual dan pembeli yang banyak pada jenis produk atau perkhidmatan ini
mereka tidak mampu mempengaruhi tingkat harga.
Sesebuah syarikat adalah bebas keluar dan masuk ke dalam industri pada pasaran persaingan
sempurna oleh kerana mereka tidak mempunyai masalah bagi menghasilkan barang produk tersebut.
Ini adalah kerana penghasilan barangan dalam syarikat yang akan dikeluarkan di pasaran tidak
memerlukan modal yang besar dan juga tahap penggunaan teknologi yang tinggi. Kebebasan ini juga
terwujud oleh disebabkan sesebuah syarikat tersebut tidak melibatkan kos pengiklanan yang tinggi
dan sebarang bentuk persaingan harga. Tambahan pula, kebebasan ini dapat menjamin tingkat harga
dapat dipertingkatkan melalui pengurangan barangan atau perkhidmatan di pasaran melalui sesebuah
syarikat yang akan keluar.
Pengetahuan yang sempurna tentang pasaran dalam pasaran persaingan sempurna lebih-lebih
lagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang telah lama berada dalam pasaran. Kesemua pihak adalah
sedia maklum dan mengetahui akan harga dan kos yang terlibat dalam setiap pelbagai factor
pengeluaran yang ada. Setiap pembeli dan penjual dalam jenis pasaran ini akan mengetahui keadaan
pasaran dengan baik dan informasi pasaran penting untuk dititikberatkan agar persaingan menjadi
sempurna. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Florista adalah banyak berkai
rapat denga napa yang ada dalam syarikat tersebut.
4.0 KESEIMBANGAN SYARIKAT
Syarikat dalam pasaran persaingan sempurna tidak dapat menentukan tingkat harga
disebabkan setiap syarikat tidak mempunyai pilihan selain daripada akur menerima sesuatu
tingkat harga dalam pasaran. Keadaan yang timbul ini menyebabkan dalam pasaran
persaingan sempurna digelar sebagai pemerima harga yang digambarkan oleh satu keluk yang
mendatar.

44.1 Jangka Pendek


Bilangan syarikat dalam jangka pendek akan diandaikan tetap manakala dalam jangka
panjang sesebuah syarikat mempunyai masa yang cukup unuk masuk atau keluar ke
dalam industri. Keseimbangan dapat tercapai apabila Kos Sut (KS) adalah sama
dengan Hasil Sut (HS) bagi penentuan tingkat kuantiti yang akan dikeluarkan bagi
memaksimumkan keuntungan.
Kecekapan dalam peruntukan akan tercapai apabila harga produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan sam dengan Kos Sut yang dihasilkan iaitu P = MC.
Dalam pasaran persaingan sempurna harga sesuatu produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan adalah sama dengan Hasil Sut dan Hasil Purata iaitu P=MR=AR.
Keuntungan yang maksimum dalam sesebuah syarikat dapat dicapai melalui Hasil Sut
sama dengan Kos Sut iaitu MR=MC.
Jikalau situasi dalam MR melebihi MC, sesebuah syarikat akan
menambahkan keluaran bagi meminimumkan keuntungan dan sebaliknya pula akan
berlaku apabila MR kurang daripada MC, syarikat akan mengurangkan pengeluaran
untuk memaksimumkan keuntungan. Keseimbangan dalam sesebuah syarikat akan
tercapai apabila MR=MC, dan P=MR, P akan selalu sama dengan MC.

JUMLAH HASIL KOS SUT


HARGA KUANTITI JUMLAH UNTUNG
HASIL SUT (MR) (MC)
(P) (RM) (Q) KOS (JH-JK)
(JH=P X Q) (JH/ΔQ) (ΔJK/ΔQ)
5 1 5 - 15 - -10
5 2 10 5 16.50 1.50 -6.50
5 3 15 5 17.50 1 -2.50
5 4 20 5 19 1.50 -1.00
5 5 25 5 21.50 2.50 3.50
Contoh Jadual Keuntungan Jangka Pendek
4.1.1 Keuntungan dan Kerugian Jangka Pendek
Bagi menentukan sesebuah syarikat mendapat keuntungan, ianya harus
membendingkan jumlah hasil dengan jumlah kos ataupun hasil purata. Manakala
untuk menentukan syarikat mengalami kerugian adalah mengambil kira apabila harga
lebih rendah dariapada kos purata.

(P X Q) = 5 X 7 = 35

(AC X Q) = 4.22 X 7 = 29.5

35 - 29.5 = 5.5

5.5 / 7 = 0.78

Keuntungan Jangka Pendek

(P X Q) = 5 X 4 = 20

(AC X Q) = 6 X 4 = 24

20 - 24 = -4

-4 / 4 = -1

Kerugian Jangka Pendek

4.1.2 Keseimbangan Jangka Panjang dan Untung Normal


Dalam jangka masa yang panjang, sesebuah syarikat mempunyai masa yang cukup
untuk membuat perubahan terhadap tingkat input dan output sesuatu produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan. Kebebasan keluar masuk ke dalam industri yang ada
pada persaingan pasaran sempurna menyebabkan syarikat Florista memperolehi
keuntungan normal dalam jangka masa yang panjang. Pertambahan syarikat dalam
industri mempengaruhi jumlah keluaran industri bertambah menyebabkan tingkat
harga akan jatuh.
Keuntungan Jangka Pendek kepada Untung Normal Jangka Panjang
Apabila sesebuah syarikat memperolehi keuntungan jangka pendek ia akan dapat
mendorong syarikat lain masuk ke dalam pasaran, penawaran dalam pasaran
membaik, tingkat harga jatuh dan keluk penawaran beralih ke kanan.

Kerugian Jangka Pendek kepada Untung Normal Jangka Panjang


Kerugian jangka pendek yang dialami oleh sesebuah syarikat akan mendorong
mereka keluar dari pasaran, penawaran akan berkurang, tingkat harga pasaran
meningkat dan keluk penawaran beralih ke kiri.

Anda mungkin juga menyukai