Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM : SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

KURSUS : SKPS 6053 EKONOMI ALAM SEKITAR


TUGASAN : JENIS PASARAN:
PELETAKAN HARGA DAN JENIS BARANGAN PASARAN
PERSAINGAN SEMPURNA, MONOPOLI DAN OLIGOPOLI
PENSYARAH : PROF MADYA DR. ER AH CHOR
NAMA : MAZNI BINTI BALI
NO. MATRIK : P74297

JENIS PASARAN
Struktur pasaran didefinisikan sebagai pengkelasan firma kepada pelbagai bentuk
pasaran tertentu di mana pengkelasan tersebut adalah berdasarkan kepada lima
perkara atau ciri asas iaitu jenis barang yang dihasilkan, bilangan firma yang wujud
dalam sesuatu pasaran itu, kebebasan masuk-keluar firma ke dalam dan dari pasaran ,
kuasa menentukan harga oleh setiap firma dan perlaksanaan sebarang aktiviti
persaingan bukan harga. Berdasarkan kepada ciri-ciri tersebut, analisis struktur
pasaran mengkategorikan firma-firma kepada beberapa bentuk pasaran seperti
Pasaran Persaingan Sempurna, Monopoli dan Oligopoli.

a) Pasaran Persaingan Sempurna


Pasaran Persaingan Sempurna (PPS) merupakan pasaran yang mempunyai bilangan
penjual dan pembeli yang ramai melakukan aktiviti jual beli satu barang yang
homogen pada satu tingkat harga yang ditetapkan oleh pasaran.

b) Pasaran Monopoli
Organisasi pasaran di mana terdapat satu firma (single firm) menjual barangan di
mana tiada pengganti terdekat. Monopoli mewakili industri dan menghadapi keluk
permintaan berkecerunan negatif.

c) Pasaran Oligopoli
Pasaran di mana hanya terdapat beberapa firma yang menghasilkan barang-barang
yang sejenis tetapi berbeza corak dan barangan tersebut adalah pengganti yang hampir
dengan barang yang dihasilkan oleh firma lain dalam pasaran tersebut.
Perbezaan Pasaran Persaingan Sempurna, Monopoli dan Oligopoli.
Ciri-Ciri Pasaran Persaingan Sempurna Pasaran Monopoli Pasaran Oligopoli
Bilangan  Banyak firma yang mengeluarkan  Hanya terdapat sebuah sahaja firma dalam  Beberapa firma
Firma produk yang sama jenis. sesuatu industri  Firma besar yang menguasai pasaran oligopoli
 Setiap firma hanya mengeluarkan  Firma monopoli mempunyai kawalan  Tindakan sebuah firma akan memberi kesan ke
sebahagian kecil sahaja dari sepenuhnya ke atas harga atas industri dan setiap firma saling
keseluruhan jumlah output dalam barangan/perkhidmatan yang dijual mempengaruhi antara satu sama lain
pasaran
Jenis  Produk yang dihasilkan setiap firma  Barang yang dikeluarkan firma tidak  Barang yang dihasilkan sama jenis dan dapat
Barangan bersifat homogeneous; barang bersifat dikeluarkan oleh firma lain, di mana hanya digantikan dengan mudah tanpa menjejaskan
pengganti sempurna. sebuah firma sahaja yang sedang tujuan pengguna.
 Tidak mempunyai ciri-ciri tersendiri, menghasilkan sesuatu barang yang tidak
tidak dapat membezakan ada pengganti hampir di pasaran.
Kebebasan  Tiada halangan untuk firma baru  Firma tidak bebas untuk keluar masuk ke  Terdapat beberapa sekatan yang wujud yang
memasuki atau keluar dari PPS dalam pasaran kerana terdapat halangan menyekat kemasukkan firma baru
 Kebebasan untuk firma keluar/masuk seperti undang-undang, teknologi, hak  Sekatan seperti hak paten dan hak cipta yang
pasaran menyebabkan firma dalam cipta, kawalan bahan mentah, kelebuhan diberikan oleh kerajaan dan keperluan modal
PPS hanya akan memperoleh untung teknologi dan modal yang sangat besar untuk memulakan operasi
normal dalam jangka panjang. firma oligopoli menyebabkan firma-firma baru
agak sukar memasuki industri oligopoli
Penentuan  Firma dan pengguna tidak berupaya  Diskriminasi harga berlaku apabila  Firma-firma besama mencapai persetujuan
harga untuk mengubah harga. monopoli menetapkan tingkat harga yang dalam tingkat harga dan keluaran yang patut
 Harga ditentukan oleh mekanisme berbeza kepada pelanggan yang berbeza. dikenakan dalam industri.
permintaan dan penawaran  Diskriminasi harga hanya boleh dilakukan  Tanpa kerjasama sedemikian antara firma-
apabila firma mempunyai kuasa pasaran firma oligopoli, maka kuasa menentukan harga
yang boleh meletakkan berbeza. harga keluaran adalah sangat lemah.
Persaingan  Hanya terdapat satu tingkat harga  Tiada persaingan  Banyak persaingan
 Tidak perlu pengiklanan  Tidak perlu pengiklaana  Perlu pengiklanan
PENETAPAN HARGA DAN JENIS BARANGAN MENGIKUT PASARAN

a) Pasaran Persaingan Sempurna


Firma dalam pasaran persaingan sempurna tidak boleh mempengaruhi harga dalam
pasaran. Ini kerana harga ditentukan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran.
Dalam rajah menunjukkan, harga keseimbangan , P0 akan diterima oleh firma dan menjual
seberapa banyak kuantiti. Keluk permintaan pasaran PPS ini adalah anjal sempurna,
dimana permintaan (DD1)/ pengurangan permintaan (DD2) akn menyebabkan meningkat
(P1)/ menurun (P2) . Contoh jenis barangan PPS adala pasaran saham, matawang asing dan
barangan keperluan asas seperti beras dan gula.

b) Pasaran Monopoli
Firma monopoli adalah penentu harga, maka keluk
permintaanya adalah sama dengan keluk pemasaran. Keluk
permintaan adalah tidak anjal dan mencerun ke bawah dari
kiri ke kanan. Ini bermakna firma boleh meningkatkan
harga dan mengurangkan kuantiti keluarannya. Pembeli
akan menetukan kuatiti sekiranya firma menetapkan harga.
Sebaliknya pembeli pula akan menentukan harga yang
patut dibayar jika firma menetapkan kuantitinya. Bagi
firma monopoli, keluk jumlah hasil (TR) tidak bergaris
lurus kerana tingkat harga yang berubah-ubah. Apabila
TR meningkat, bahagian keluk permintaan lebih anjal.
Manakala, apabila TR mencapai maksimum adalah sama
dengan satu iaitu anjal 1. Contoh jenis barangan pasaran monopoli adalah syarikat bekalan
elektrik seperti TNB, syarikat bekalan air dan syarikat perhubungan seperti TELEKOM
c) Pasaran Oligopoli
Terdapat dua jenis model pasaran oligopoli iaitu Model Cournot dan model Kaertel.
Contoh jenis barangan pasaran oligopoli adalah syarikat industri minyak (Petronas, Shell,
Petron) pemgeluar rokok (Dunhill, Pall Mall), syarikat pengangkutan (MAS, Airasia,
Malindo dan pengeluaran automobil (Proton, Toyota, Honda)

i. Tidak Berpakat/bersuhabat: Model Cournot – output pesaingnya adalah tetap


Terdapat 2 firma yang mengeluarkan output yang homogeneous. Dalam memaksimumkan
keuntungan, setiap duopoli mengandaikan firma yg satu lagi akan mengekalkan tingkat
outputnya. Andaian, kos sut adalah tetap. Output yang memaksimumkan untung adalah
apabila MR = MC. Setiap firma akan bertindak demi kepentingan diri, diberi andaian
bagaimana pesaing akan bertindak. Tidak mempunyai persetujuan eksplisit atau implisit di
antara firma-firma bagi pemaksimuman untung bersama. Harga industri adalah terletak di
antara harga monopoli dan harga pesaingan sempurna.

ii. Berpakat/bersuhabat (Collusion) : Model Kartel (bersuhabat secara ekplisit /terbuka)

Kartel ialah persatuan beberapa buah firma yang telah membuat bersubahat secara terbuka
untuk menghapuskan sebarang permusuhan di kalangan mereka, yang timbul dari saling
hubungan antara mereka. Tujuan penubuhan kartel adalah untuk menetapkan harga,
bahagian pasaran dan memaksimumkan untung. Terdapat beberapa sebab kegagalan kartel
mencapai matlamat memaksimumkan untung:
 Kesilapan dalam penganggaran permintaan pasaran.
 Kesilpan dalam penganggaran kos sut bagi setiap anggota kartel.
 Perundingan yang memakan masa yang lama antara anggota kartel
 Ada antara anggota kartel yang tidak mematuhi perjanjian. Firma ahli cuba menipu
pada harga dan output yg telah dipersetujui

Rujukan
Ishak Shari, Jomo K.S. 1988. Memahami Mikroekonomi. Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd, Petaling Jaya, Selangor

Mohani Tajuddin. 1989. Teori Ekonomi Alam Sekitar. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kula lumpur

Normaz Wana Ismail. 2009. Pengenalan kepada ekonomi. Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Shah Alam Selangor.

Anda mungkin juga menyukai