Anda di halaman 1dari 5

ORANG YANG MENGAMALKAN RASUAH DILAKNAT ALLAH DAN RASULNYA

Sesungguhnya agama kita menganjurkan kita untuk sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal lagi baik.
Oleh itu, dalam mencari rezeki kita hendaklah mengikut landasan ajaran agama agar rezeki yang diperolehi itu
tidak dicemari dengan perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak, etika dan moral seperti melakukan
rasuah.

Rasuah adalah suatu pembaziran berupa sogokan yang diberikan kepada seseorang dengan sebab tertentu
bagi membolehkan perkara yang dihajati dapat diperolehi, diselesaikan, disegerakan dan sebagainya.
Ketahuilah, rasuah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang dalam agama Islam dan ia boleh terjadi dalam
berbagai bentuk, antaranya:

Pertama: Pembaziran rasuah melalui pembaziran wang atau apa jua pembayaran, pinjaman, upah, ganjaran
berharga atau harta benda lain atau kepentingan harta benda dalam apa bentuk sama ada wang boleh
digerakan atau tidak.

Kedua: Pembayaran rasuah melalui pemberian jawatan, kehormatan, pekerjaan, kontrak atau perkhidmatan
atau perjanjian pekerjaan atau khidmat.

Ketiga: Pembayar rasuah melalui pemberian pembayaran, pembebasan, penjelasan atau penyelesaian apa jua
pinjaman, tanggungjawab atau tanggungan, sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

Keempat: Pembayaran rasuah melalui pulangan berharga, diskaun, komisyen, rebate dan bonus.

Kelima: Pembayaran rasuah melalui pemberian bantuan, sokongan, persetujuan atau pengaruh.

Keenam: Pemberian rasuah melalui tawaran, jaminan atau janji untuk memberi apa jua suapan.

Sesungguhnya mereka yang melakukan perbuatan rasuah merupakan orang yang tidak berintegriti, tidak
bermoral, tidak jujur dan tidak amanah.

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala dan rasulNya melaknat pemberi, penerima dan pengantara
perbuatan rasuah. Laknat Allah Subhanahu Wata'ala bukanlah suatu perkara yang boleh diambil ringan.
Seseorang yang dilaknat oleh Allah Subhanahu Wata'ala adalah mereka yang jauh daripada mendapat rahmat
dan taufiq daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Apabila tidak mendapat rahmat maka jauhlah dia daripada segala kebaikan dan nikmat Allah Subhanahu
Wata'ala. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda:

}‫ لعنة هللا عىل الراىش واملرتىش {رواه اإلمام إبن ماجه‬:‫ قال رسول هللا صىل هللا عليه وسمل‬:‫عن عبدهللا بن معرو قال‬

Maksudnya:

Daripada Abdullah bin Amru, katanya: Telah bersabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassallam: Laknat Allah
ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.

Amalan rasuah memberi kesan yang buruk, bukan sahaja kepada individu bahkan juga terhadap masyarakat
dan negara. Antara kesan buruk kepada individu ialah seperti kejatuhan moral atau maruah, kehilangan
pkerjaan, hilang kepercayaan masyarakat dan sebagainya. Manakala antara kesan buruk rasuah terhadap
masyarakat dan negara ialah seperti mengakibatkan ketidak adilan disebabkan menafikan hak-hak orang
tertentu, melindungi dan menggalakkan jenayah, menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran,
menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan, menurunkan mutu dan kualiti kerja dan
sebagainya.

Antara punca berlakunya rasuah adalah disebabkan kurangnya keimanan dan ketakwaan. Seseorang itu
mengetahui bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga kerana matanya
dikaburi oleh harta duniawi, imbuhan dan ganjaran yang banyak. begitu juga tekanan hidup seperti terlalu
banyak hutang dan kurang bijak dalam gejala rasuah. Faktor kelemahan dalam kepimpinan dan pengurusan
sesebuah organisasi juga boleh memberi ruang dan kesempatan kepada pemberi dan penerima rasuah untuk
melakukan jenayah. ketahuilah, mereka yang melakukan rasuah didorong oleh sifat tamak untuk hidup
mewah, menjana pendapatan lebih dan ingin hidup senang dan mudah.

Rasuah tidak pernah menjanjikan kesenangan yang sebenar walaupun kita beroleh keuntungan yang sangat
besar daripadanya. Ketahuilah, hasil yang diperolehi melalui rasuah adalah haram dan tidak berkat.

Orang yang melakukan rasuah, ibadah sembahyang dan doa-doanya tidak diterima oleh Allah Subhanahu
Wata'ala. Apabila seseorang itu berdoa tetapi tangan yang ditadahnya itu digunakan untuk menerima dan
memberi rasuah, makanan yang masuk melalui mulutnya yang kumat-kamit berdoa itu pula bersumberkan
duit rasuah, pakaian yang dipakainya juga daripada hasil rasuah, maka bagaimana doa orang itu hendak
dikabulkan dan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala? Orang yang memakan harta secara batil seperti
rasuah adalah tergolong sebagai orang yang muflis di akhirat kelak. Maksudnya melepas di akhirat itu ialah
segala amal kebajikannya diambil dan diberikan kepada orang yang pernah dizaliminya di dunia. Jika
amalannya tidak mencukupi untuk menebus dosa-dosanya, maka kejahatan orang yang dizaliminya itu akan
dipindahkan kepadanya kemudian dia dimasukkan ke dalam neraka.

Sesungguhnya rasuah tidak sesekali akan berlaku jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama,
sentiasa memantapkan keimanan dan ketaqwaan serta takut kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala walaupun
berpeluang untuk melakukannya. Akhirnya, marilah kita berdoa supaya kita dijauhkan daripada melakukan
perbuatan keji dan munkar seperti rasuah dengan sentiasa menanamkan sikap amanah, jujur dan ikhlas dalam
setiap tugas dan pekerjaan serta sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari berbuat kejahatan.
Mudah-mudahan dengan yang demikian kita akan mendapat keredhaan, keberkatan dan rahmat yang
berpanjangan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Anda mungkin juga menyukai