Anda di halaman 1dari 2

DOA PROGRAM MOTIVASI

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َر ُسْو ِلَن ا األِم ْي َن َو َع َلى َء أِلِه َو أْص َح ابِِه أْج ـَم ِع ْي َن‬، ‫ اْل ـَح ْم ُد ِهلل الِذ ْي ِبِنْع َم ِتِه َت ِتّم ُ الَّص اِلـَح اُت‬.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Program Motivasi pada pagi ini.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul
untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami. Ya Allah Bagi-Mu segala
puji dan puja, Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut
nama-Mu, hati yang penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta badan yang
ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Allah,Ya Mujibassailin….
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan program ini akan menjadikan
kami anak-anak yang cemerlang, disegani dan dihormati, seterusnya menjadikan
sekolah ini sekolah yang cemerlang serta dapat melahirkan murid-murid yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana,
Jadikanlah murid-murid yang hadir dalam program motivasi pada hari ini sebagai
murid-murid yang bersyukur, murid-murid yang akan sentiasa berusaha dengan gigih
dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya
Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi pemacu dan sumber
inspirasi kepada murid-murid untuk menggembleng tenaga kea rah mencapai
kecemerlangan.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami,
guru-guru kami yang mendidik kami di sekolah, Perbaikilah segala kesilapan kami,
jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan kami.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai
perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas
ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.
‫ِ َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخَر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬،
‫َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai