Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

PROJEK MORAL NILAI-NILAI MURNI


DIBAWAH KEGIATAN PENDIDIKAN MORAL
2022

YBrs Pn Sazana binti Aman


Projek nilai-nilai murni dibawah kegiatan pendidikan moral SK RPS Kemar 2022

2.PENGENALAN
Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan salah satu mata pelajaran yang penting dalam
pembelajaran pelajar. Mata pelajaran ini merupakan saluran guru untuk menerapkan 36 nilai
murni sekaligus melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek emosi, akhlak dan
rohani. Bidang kemanusiaan akan menganjurkan beberapa aktiviti pada minggu kedua
bulan november bagi tahun ini. Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Moral Sk RPS
Kemar merancang pelbagai aktiviti menarik bertujuan memupuk nilai-nilai murni dan
meningkatkan jati diri pelajar untuk terus maju dan mengharumkan nama negara Malaysia di
mata dunia kelak.

3. OBJEKTIF PROGRAM
Panitia Pendidikan Moral merupakan salah satu panitia naungan di bawah
bidang kemanusiaan. Oleh yang demikian berikut merupakan beberapa objektif aktiviti yang
akan dilaksanakan:
I. Memberi kesedaran betapa pentingnya nilai kerjasama dalam sesebuah pasukan
atau kumpulan.
II. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar
III. Memantapkan pengetahuan pelajar dalam isu-isu yang berkaitan dengan unsur-
unsur nilai-nilai dan norma-norma kehidupan.

4. KUMPULAN SASARAN
Senua pelajar moral SK RPS Kemar

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


 (RUJUK LAMPIRAN 1)

6. JAWATANKUASA KERJA
 (RUJUK LAMPIRAN 2)
7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 SUMBER KEWANGAN
-Peruntukan kegiatan agama islam dan moral

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN


 (RUJUK LAMPIRAN 3)

8. PENUTUP
Semoga dengan terlaksana program ini akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dikalangan
murid-murid SK RPS Kemar dan mereka dapat mempraktikkan nilai-nilai murni di sekolah
mahupun di rumah.

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………………….. …………………………………..

(ABDUL RAHIM BIN AHMAD RADZI) (MUHAMAD ZAIDI BIN ABDULLAH)


(KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL) (PENOLONG KANAN KURIKULUM)
(SK RPS KEMAR) (SK RPS KEMAR)
Tarikh 18.10. 2022 Tarikh : 18.10. 2022
Lampiran 1

Butiran Perlaksanaan Program

Hari dan tarikh : 10 November 2022

Masa : 8.00pagi - 10.00pagi

Tempat : Dewan terbuka SK RPS Kemar

Tentetif program:

8.00 pagi : Murid berkumpul di Dewan Terbuka

8.30 pagi : Ceramah

9.30 pagi :Demo kebersihan diri

10.30 pagi : Tayangan video

Anda mungkin juga menyukai