Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62804 PUTRAJAYA

LATIHAN AMALI

NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

SEMESTER 1

KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN LITAR TERCETAK (PCB)

1. Pengujian Komponen Elektronik.


2. Pengasingan Bahagian Elektronik Bermasalah.
STANDARD KANDUNGAN
3. Penyediaan laporan aktiviti pengujian bahagian
elektronik.

BIL LATIHAN AMALI


1/4 BIL MUKA SURAT 01 daripada 13

TAJUK:

UJI KOMPONEN ELEKTRONIK PASIF

TUJUAN:

Pelatih-pelatih mesti boleh:


1. Guna peralatan ESD.
2. Pilih komponen aktif untuk pengujian.
3. Buat pengujian menggunakan multimeter analog dan digital.
4. Buat pengujian menggunakan meter LCR.
5. Buat laporan pengujian komponen pasif
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:2/13
LITAR TERCETAK
ARAHAN :

Anda dikehendaki menjalankan pengujian terhadap beberapa komponen elektronik aktif. Anda
perlu menggunakan multimeter analog, multimeter digital dan meter LCR untuk menguji
komponen tersebut dengan mematuhi cara kerja, penggunaan peralatan dan bahan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan aspek-aspek keselamatan.

LUKISAN, DATA DAN JADUAL:


TIADA

PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN

KUANTITI
BIL BAHAN UKURAN
(Bahan:Calon)

1 Perintang (resistor) unit 1:1


2 Kapasitor unit 1:1
3 Peraruh (inductor) unit 1:1
4 Kertas A4 helai 1:1

KUANTITI
BIL PERALATAN / PERKAKASAN UKURAN
(Peralatan:Calon)
1 Multimeter analog unit 1:1
2 Multimeter digital unit 1:1
3 Meter LCR unit 1:1
4 Bread board unit 1:1
5 Peralatan Perlindungan Keselamatan (PPE) unit 1:1
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:3/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

SIKAP
a) Berkemahiran dalam menyediakan ruang kerja, peralatan
dan bahan.

KESELAMATAN
a) Mematuhi peraturan keselamatan.
b) Amalkan prosedur penggunaan peralatan ESD.

PERSEKITARAN
a) Bengkel yang selesa dan bersih.

1) Guna peralatan 1.1) Pakai PPE.


ESD. 1.2) Sambungkan pembumian PPE di tempat yang betul.

2) Pilih komponen 2.1) Kenal pasti jenis komponen pasif yang hendak diuji.
pasif untuk a) Resistor.
pengujian. b) Kapasitor.
c) Inductor.
2.2) Letak komponen di atas bread board.

3) Buat pengujian 3.1) Pilih komponen elektronik pasif (resistor).


menggunakan
multimeter analog Multimeter Analog
dan digital. a) Sambung resistor pada multimeter analog dan dapatkan
nilai rintangan resistor.
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:4/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

Rajah 1: Pengukuran Rintangan Menggunakan Multimeter


Analog
b) Sambungkan resistor pada multimeter seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.

Nota:
Untuk mengukur resistor, anda perlu menjauhkan jari anda
daripada menyentuh kaki resistor kerana akan menjejaskan
ketepatan bacaan meter ohm.

c) Baca nilai pada skala ohm (Ω) yang ditunjukkan pada


jarum meter.
d) Darabkan nilai yang diperoleh dengan pekali yang
disetkan pada bahagian pengukuran ohm (Ω).

Contoh:
Meter disetkan pada X 10k, manakala jarum meter
menunjukkan bacaan 10 maka nilai rintangan adalah
10 X10k = 100kΩ

e) Tuliskan bacaan yang anda peroleh pada jadual


pengukuran ohm yang disediakan.
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:5/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

Multimeter Digital
a) Sambung resistor pada multimeter digital, kemudian
dapatkan nilai rintangan resistor.

Rajah 2: Pengukuran Rintangan Menggunakan Multimeter


Digital
b) Sambungkan perintang pada multimeter seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2.
c) Baca nilai pada skala ohm (Ω) yang ditunjukkan pada
jarum meter.
d) Tuliskan bacaan yang anda peroleh pada jadual
pengukuran ohm yang disediakan.

3.2) Pilih komponen elektronik pasif (kapasitor).

Multimeter Analog

Rajah 3: Pengukuran Kapasitor dengan Multimeter Analog


KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:6/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

a) Setkan suis pemilihan julat X 10K pada bahagian meter


ohm.
b) Sambungkan kapasitor pada multimeter seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 3.
c) Pastikan tangan anda tidak menyentuh kaki kapasitor
semasa menguji.
d) Lihat pergerakan jarum meter. Jarum meter akan
menaik, kemudian menurun menghampiri infiniti.
e) Tukarkan suis pemilihan julat ke skala yang lebih tinggi
sekiranya jarum meter naik sedikit sahaja, dan begitu
juga sebaliknya.
f) Tuliskan bacaan yang anda peroleh pada jadual
pengukuran yang disediakan.

Multimeter Digital

Rajah 4: Pengukuran Kapasitor dengan Multimeter Digital

a) Sambungkan kapasitor pada multimeter seperti yang


ditunjukkan pada Rajah 4.
b) Tukar skala pemilihan julat ke simbol kapasitor.
c) Hubungkan probe ke terminal kapasitor.
d) Baca nilai kapasitor tersebut.
e) Tuliskan bacaan yang anda peroleh pada jadual
pengukuran yang disediakan.
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:7/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

3.3) Pilih komponen elektronik pasif (inductor)

Rajah 5: Pengukuran Inductor dengan Multimeter Analog

a) Tetapkan suis berputar pada mod ukuran Lx seperti


Rajah 5.
b) Baca nilai yang ditunjukkan pada jarum meter.
c) Tuliskan bacaan yang anda peroleh pada jadual
pengukuran yang disediakan.

Rajah 6: Pengukuran Inductor dengan Multimeter Digital

a) Tetapkan suis berputar pada mod ukuran Lx seperti


Rajah 6.
b) Semak nilai yang ditunjukkan pada paparan meter.
c) Tuliskan bacaan yang anda peroleh pada jadual
pengukuran yang disediakan.
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:8/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

4) Buat pengujian 4.1) Pilih komponen elektronik pasif (resistor).


menggunakan
meter LCR.

Rajah 7: Resistor

a) Masukkan klip ujian merah ke dalam terminal


dan klip ujian hitam ke terminal COM.
b) Tetapkan suis putar pada julat Ω (rujuk nilai rintangan
yang hendak diukur) seperti pada Rajah 7.
c) Sambungkan klip ujian pada resistor, dan nilai yang
diukur akan ditunjukkan pada paparan meter.
d) Semak nilai yang ditunjukkan pada paparan meter.

Nota:
Meter memaparkan "1" bermaksud tiada input, contohnya,
situasi litar terbuka.

Nota:
Mengukur rintangan tinggi (>1M) akan mengambil masa
beberapa saat untuk mendapatkan bacaan yang stabil.

e) Putuskan sambungan antara klip ujian dengan litar yang


sedang diuji apabila pengukuran rintangan telah selesai.
f) Cabut klip ujian daripada terminal input meter.
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:9/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

4.2) Pilih komponen elektronik pasif (kapasitor).

Rajah 8: Kapasitor

a) Cabut kuasa litar dan nyahcas semua kapasitor voltan


tinggi sebelum mengukur kapasiti untuk mengelakkan
kerosakan pada meter atau peralatan dalam ujian.
b) Gunakan fungsi Voltan DC untuk mengesahkan bahawa
kapasitor telah dinyah cas.
c) Tetapkan suis pada mod pengukuran seperti padaRajah
8.
d) Sekiranya nilai kapasitor yang hendak diukur tidak
diketahui, gunakan kedudukan pengukuran maksimum
600µF, kemudian turunkan julat langkah demi langkah
sehingga bacaan yang sebenar diperoleh.
e) Masukkan kabel probe merah ke dalam terminal CAP +
dan kabel probe hitam ke dalam terminal CAP -.
f) Gunakan klip ujian merah untuk sambungan pada kaki
positif kapasitor dan klip ujian hitam untuk kaki negatif
kapasitor bagi mengukur kapasitor yang mempunyai
kekutuban.
g) Semak nilai yang ditunjukkan pada paparan meter.
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:10/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

4.3) Pilih komponen elektronik pasif (inductor).

Rajah 9: Inductor

a) Tetapkan suis pada mod ukuran Lx seperti pada Rajah


9.
b) Gunakan kedudukan pengukuran maksimum dan
kurangkan julat langkah demi langkah sehingga bacaan
sebenar diperoleh jika nilai kearuhan yang diuji tidak
diketahui.
c) Masukkan kabel probe ujian ke dalam terminal input Lx.
d) Klip pada komponen inductor untuk menjalankan ujian.
e) Semak nilai yang ditunjukkan pada paparan meter.
f) Apabila pengukuran inductance telah selesai, putuskan
sambungan antara klip ujian dengan litar yang sedang
diuji, kemudian keluarkan kabel probe ujian daripada
terminal input meter.

4.4) Letak komponen pasif di atas bread board.


a) Uji komponen pasif dengan meter LCR.
b) Laraskan meter LCR mengikut jenis komponen.
c) Ambil bacaan.
d) Ulang langkah demi langkah untuk menguji semua
komponen pasif.
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:11/13
LITAR TERCETAK

LANGKAH KERJA BUTIRAN KERJA

5) Buat laporan 5.1) Semak nilai yang ditunjukkan pada semua kerja pengujian.
pengujian 5.2) Catatkan keputusan pengujian resistor, kapasitor dan
komponen pasif. inductor dalam Borang Keputusan Pengujian pada Lampiran
1.

SOALAN
1) Bagaimanakah cara menguji komponen pasif (resistor)?
2) Terangkan prosedur menguji fungsi kapasitor.
3) Apakah tujuan nilai bacaan pengujian dicatatkan dalam jadual?
KOD DAN NAMA KURSUS CEB1124 PENGUJIAN PAPAN Muka Surat:12/13
LITAR TERCETAK

SENARAI SEMAK KERJA


Bil Terima Tidak Catatan
Tahap Pencapaian
Terima

A. PROSES KERJA
• Komponen dipilih adalah tepat mengikut
jenis komponen dalam arahan kerja.
• Pengujian dilakukan mengikut prosedur
yang betul.
• Keputusan ujian direkodkan dalam
jadual pengujian mengikut prosedur
yang betul.

B. HASIL KERJA - PRODUK/PERKHIDMATAN/KEPUTUSAN


• Jadual keputusan pengujian lengkap.

C. SIKAP
• Menjaga kebersihan persekitaran tempat kerja.
• Peralatan dikendalikan dengan cermat.
• Rajin, tekun dan sabar.

D. KESELAMATAN & PERSEKITARAN


• Prosedur keselamatan dipatuhi.

.................................................. ....................................................
(Tandatangan dan Nama Pelatih) (Tandatangan dan Nama Pengajar)

Tarikh: Tarikh:
Lampiran 1

BORANG KEPUTUSAN PENGUJIAN

Nilai pengukuran Nilai pengukuran


Bil. Jenis komponen
(unit mengikut jenis (unit mengikut
komponen) jenis komponen)

Uji dengan multimeter Analog Digital

1 Resistor

2 Kapasitor

3. Inductor

Nilai pengukuran
Uji dengan meter LCR
(unit mengikut jenis komponen)

1 Resistor

2 Kapasitor

3. Inductor

Rumusan

Anda mungkin juga menyukai