Anda di halaman 1dari 32

SELANGOR TECHNICAL DEVELOPMENT CENTRE,

SEKSYEN 19, JALAN SEMARAK,


45000 KUALA SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA MP-061-3:2013 SPA THERAPY


PROGRAM
TAHAP TIGA
KOD DAN TAJUK UNIT C06 FACE TREATMENT
KOMPETENSI
1. Identify guest face treatment requirement.
2. Prepare face treatment area materials, furniture, fitting,
tools and equipment.
3. Prepare guest for face treatment.
NO. DAN PENYATAAN 4. Perform face treatment
AKTIVITI KERJA 5. Monitor face treatment procedure
6. Evaluate face treatment services.
7. Record face treatment services.
8. Perform post face treatment procedure.

NO. KOD MP-061-3:2013-C06/P(1/8) MUKA SURAT: 1/18

TAJUK:
KONSULTASI PENJAGAAN MUKA
PENERANGAN
Perkara utama yang perlu ditekankan sebelum melakukan perkhidmatan adalah
melakukan perundingan bersama pelanggan dengan mengambil beberapa perkara
penting mengenai diri pelanggan. Semasa sesi perundingan dilakukan, pastikan
maklumat di dalam Kad Konsultasi Pelanggan dilengkapkan oleh jurukecantikan.

1) KONSULTASI PELANGGAN
Konsultasi adalah komunikasi jurukecantikan dengan pelanggan bagi
mengetahui latar belakang, masalah kesihatan, gaya hidup dan perkara-
perkara lain yang berkaitan sebelum melakukan terapi. Setelah semua
maklumat dilengkapkan, pelanggan diberi cadangan rawatan yang sesuai untuk
kulit wajah pelanggan.

1.1) Kepentingan Rundingan Pelanggan


Perkara utama yang perlu ditekankan sebelum melakukan rawatan adalah
merekod beberapa perkara penting mengenai diri pelanggan. Tujuan butir-
butir diri pelanggan direkodkan adalah untuk mengenal pasti punca
terjadinya masalah kulit yang mungkin dihadapi pelanggan.

a) Objektif rawatan
Objektif rawatan yang dijalankan adalah berkaitan dengan keperluan
pelanggan untuk pelanggan dapat mengetahui rawatan apa yang perlu
dilakukan. Seperti contoh pelanggan inginkan rawatan kulit berminyak,
jurukecantikan hendaklah menyediakan bahan dan perkakas yang
tertumpu pada masalah kulit pelanggan.

b) Contra indication
Contra indication adalah di mana keadaan pelanggan tidak dapat
mengambil sebarang rawatan tertentu kerana mengakibatkan bahaya
yang boleh menyebabkan penyebaran bakteria atau virus.
c) Pelan rawatan
Pelan rawatan harus dibincangkan berdasarkan pilihan pelanggan dan
dipersetujui dengan pelanggan semasa sesi konsultasi untuk
menentukan jenis rawatan yang sesuai.

d) Bajet pelanggan
Pemilihan rawatan yang bertepatan dengan kemampuan pelanggan
bagi mendapatkan rawatan yang diberikan.

1.2) Profil Peribadi Pelanggan (Kad Konsultasi)


Kad konsultasi pelanggan merupakan profil pelanggan yang
mengandungi butiran peribadi pelanggan. Rajah 1 menunjukkan contoh
kad konsultasi pelanggan.

a) Maklumat pelanggan
Jurukecantikan haruslah mengisi maklumat. Ini bertujuan untuk
menyimpan rekod pelanggan. butiran maklumat pelanggan adalah
seperti berikut :
i) Nama
ii) Tarikh lahir
iii) Jantina
iv) Alamat
v) No telefon
vi) E-mel
vii) Pekerjaan
viii) Produk yang digunakan
Rajah 1 : Kad Konsultasi Pelanggan

b) Sejarah perubatan
Sejarah perubatan adalah maklumat penting yang perlu diketahui
sebelum memulakan perkhidmatan. Maklumat ini amat penting dicatat
dalam Kad konsultasi bagi menentukan rawatan yang bersesuaian dan
juga mengelakkan kemudaratan jika pelanggan alahan pada produk
yang digunakan.

c) Gaya hidup
Gaya hidup adalah corak kehidupan seperti amalan dan tabiat yang
boleh mempengaruhi kulit pelanggan. Rajah 2 menunjukkan sistem
piramid makanan. Amalan dan tabiat merangkumi aspek-aspek
berikut:
i) Amalan pemakanan (diet) .
ii) Aktiviti fizikal seperti bersenam.
iii) Pengambilan kafeina yang berlebihan.
iv) Pengambilan alkohol.
v) Tabiat merokok.

Rajah 2: Sistem Piramid Makanan

1.3) Contra Indication


Contra indication adalah di mana keadaan pelanggan tidak dapat
mengambil sebarang rawatan tertentu kerana mengakibatkan bahaya
yang boleh menyebabkan penyebaran bakteria atau virus. Contoh contra
indication adalah seperti berikut:
a) Keadaan kesihatan
Kesihatan memainkan peranan bagi rawatan muka. Jika pelanggan
dalam keadaan tidak sihat jurukecantikan tidak digalakkan untuk
melakukan rawatan muka ini kerana dapat memudaratkan kesakitan
yang pelanggan dapati. Contoh seperti demam panas. Rajah 1
menunjukkan pelanggan demam panas.

Rajah 1: Demam Panas


b) Alahan / alergi
Alergi ialah keadaan sensitif terhadap sesuatu seperti makanan,
ubatan dan produk kecantikan sehingga boleh menimbulkan kesan
atau perkembangan yang tidak baik pada kesihatan.

Rajah 2 : Kulit Alergi

c) Masalah kulit Kelainan kulit (skin disorder)


Penyakit ini boleh menyebabkan ruam, keradangan, kegatalan atau
perubahan kulit yang lain. Sesetengah masalah kulit berkemungkinan
disebabkan oleh genetik. Rajah 2 menunjukkan contoh masalah kulit
Rajah 3 : Masalah Kulit

d) Parut Baru
Parut ialah hasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu yang
umum berlaku selepas kecederaan yang disebabkan oleh trauma,
jangkitan atau pembedahan. Parut berpunca daripada proses biologi,
pembaikan luka pada kulit, serta organ dan tisu badan yang lain. Oleh
itu, parut adalah bahagian semula jadi dari proses penyembuhan.

Rajah 4 : Parut
e) Luka dan melecet
Luka adalah sejenis kecederaan di mana kulit terkoyak, dipotong atau
tercucuk (luka terbuka), atau terkena pada benda tumpul yang
menyebabkan lebam (luka tertutup). Dalam istilah patologi, ia lebih
dirujuk kepada kecederaan tajam yang merosakkan dermis pada kulit.
Rajah 5 menunjukkan kesan luka dan melecet.
Rajah 5 : Luka
f) Jangkitan kulit berjangkit
Jangkitan kulit boleh terjadi daripada bakteria atau hama yang dapat
memudaratkan kulit muka.

Rajah 6 : Jangkitan Kulit


g) Jangkitan mata
Ini adalah jangkitan pada folikel rambut pada bulu mata. Mata
menjadi merah dan sakit.Mata akan berasa sakit apabila
dikelipkan.terdapat sebilangan kecil orang, akan bengkak dan
nanah.Ketumbit boleh menjadi gatal,manakala jika menggosok akan
meningkatkan kerengsangan dan akan menyebarkan jangkitan.
Rajah 5 menunjukkan contoh gambaran ketumbit.

Rajah 7 : jangkitan mata


1.4) Jenis Kulit Pelanggan
Semasa rawatan muka dilaksanakan jurukecantikan juga harus
mengetahui jenis kulit pelanggan. Ini kerana untuk menyesuaikan keadaan
kulit muka dengan penggunaan bahan semasa rawatan muka
dilaksanakan. Ada 4 jenis kulit yang perlu jurukecantikan ketahui.

a) Kulit Normal
Jenis kulit muka normal jarang ditemui. Ini kerana selepas akil baligh
seseorang akan melalui proses ketidakseimbangan hormon. Kulit
normal juga mempunyai daya ketahanan kelembapan yang baik. Ciri-
ciri kulit normal adalah seperti di bawah. Rajah 8 menunjukkan kulit
normal.
i) Kulit nampak licin dan bersih
ii) Warna kulit yang sekata.
iii) Kulit kelihatan tegang dan tidak kasar
iv) Kulit nampak anjal
v) Keseimbangan sebum dan kelembapan yang sangat baik.

Rajah 8: kulit normal


b) Kulit berminyak
Kulit berminyak berlaku disebabkan oleh pengeluaran sebum yang
terlalu banyak dari biasa. kulit ini boleh menyebabkan jerawat jika tidak
dijaga dengan betul. Ciri ciri kulit berminyak adalah seperti di bawah.
i) Kulit kelihatan tebal.
ii) Kulit kelihatan bersinar.
iii) pengeluaran sebum yang berlebihan.
iv) Kelihatan pustul,papul, komedon pada permukaan kulit.
v) Liang roma terbuka.
Rajah 9 : Kulit Berminyak

c) Kulit Kering
Kulit kering disebabkan oleh kekurangan kelembapan yang
mengakibatkan kelenjar minyak berkurangan. persekitaran yang juga
dapat mempengaruhi kulit kering. Rajah 10 menunjukkan contoh kulit
kering. Ciri-ciri kulit kering adalah seperti di bawah:
i) Kulit kelihatan kusam.
ii) Lapisan epidemis nipis dan kelihatan kapilari pecah.
iii) Rasa tegang apabila mencuci muka.
iv) Kulit kelihatan kurang anjal.
v) Kekurangan kelanjar minyak.
vi) Kelihatan garis halus.

Rajah 10 : jenis kulit kering

d) Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi adalah kulit yang mempunyai dua atau lebih dari jenis
kulit. Ciri ciri kulit kombinasi adalah seperti dibawah.
i) Lebih dari 2 jenis kulit atau lebih.
ii) boleh terjadi di bahagian T zon berminyak dan luar pipi kulit
normal.

1.5) Keadaan Kulit Pelanggan

a) Sensitif
Keadaan kulit yang sensitif biasanya terdapat pada jenis kulit kering
tetapi ia tidak selalu, ciri-ciri bagi kulit sensitif adalah seperti dibawah.
i) Mudah menghasilkan kemerah merahan dan mudah dirangsang.
ii) Terdapat kapilari pecah pada bahagian pipi.
iii) Kulit terasa panas apabila disentuh
iv) Kelihatan kulit mudah mengelupas.
v) Muka akan kelihatan merah dan tegang jika proses pembersihan
muka dilakukan dengan tekanan yang kuat. Rajah 11
menunjukkan keadaan kulit yang sensitif.

Rajah 11 : Keadaan Kulit Sensitif

b) Dihidrasi
Keadaan kulit di mana jenis kulit ini kurang diberi kelembapan yang
cukup seperti pemakaian pelembap, pengambilan air yang tidak cukup
dan juga kulit yang telah memakai produk. Rajah 12 menunjukkan
keadaan kulit kurang air.
Rajah 12 : Keadaan Kulit Kurang Air

c) Kantung Mata (puffy) kelainan kulit


Kelihatan bawah mata sedikit membonjol akibat kandungan air yang
berlebihan pada tisu kontur mata. Disebabkan oleh peredaran darah
yang lemah.

d) Matang
Keadaan kulit ini terjadi oleh kerana keadaan umur yang sudah
menjangkau usia. Ia boleh juga terjadi pada umur yang muda oleh
kerana dengan keadaan persekitaran atau kesihatan dan juga
kurangnya beri tumpuan pada kulit muka. Faktor lain yang perlu
diambil kira adalah keturunan, kesihatan dan fizikal. Penjagaan kulit
haruslah di awal usia ini kerana ia akan lebih sukar diperbaiki jika
kelewatan usia. Rajah 13 menunjukkan keadaan kulit yang matang.

Rajah 13 : Keadaan Kulit Matang


e) Pigmentasi
Bahagian kulit yang mempunyai pigmentasi berlebihan biasanya di
pipi, dahi dan hidung. Boleh disebabkan oleh kerana terdedah dengan
sinar UV terlalu lama. Ia juga boleh disebabkan oleh ke tidak
seimbangan hormon semasa hamil.

1.6) Masalah Kulit Muka Pelanggan


Sebelum mengetahui mengenai jenis kulit pelanggan, jurukecantikan
harus tahu bagaimana terjadinya masalah kulit melalui ciri ciri yang
diberikan berserta punca. Jadual 1 menunjukkan jenis masalah kulit, ciri-
ciri dan punca.

Jadual 1: Jenis keadaan Kulit, Ciri-Ciri Dan Punca


KEADAAN KULIT CIRI PUNCA
a) Komedon i) Bintik hitam pada liang i) Terjadi apabila kelenjar
yang terbuka. minyak mengeluarkan
ii) Sebum keras dan sel terlalu banyak sebum.
mati di folikel rambut. ii) Sebum ini menyebabkan
iii) Menjadi hitam apabila liang roma tersumbat.
dioksidakan oleh udara.
b) Bintik putih i) Bintik putih pada liang i) Terjadi apabila kelenjar
yang terbuka. minyak mengeluarkan
ii) Masih bewarna putih terlalu banyak sebum.
kerana belum ii) Sebum ini menyebabkan
dioksidakan oleh udara. liang roma tersumbat.
c) Papul i) Peringkat awal akne. i) Jangkitan bakteria pada
ii) Satu bonjolan yang liang roma yang tersumbat
tumbuh di atas kulit. oleh sel mati epidermis
iii) Berwarna merah dan dan sebum berlebihan.
tidak mengandungi
cecair.
iv) Sedikit panas dan
mungkin terasa gatal.
KEADAAN KULIT CIRI PUNCA
d) Pastul i) Peringkat matang akne. i) Tindak balas antibodi
ii) Lesi (lesion) bewarna terhadap bakteria, sel mati
merah, bengkak sedikit dan kekotoran lain.
dan dalam keadaan
radang.
i) Mengandungi nanah,
berwarna putih atau
kuning.
milia ii) Bintik yang bewarna i) Sebum terkumpul pada
putih seperti mutiara di folikel dan lapisan
bawah permukaan kulit. korneum.
iii) Biasanya terdapat di ii) Disebabkan oleh
bahagian atas pipi, di pengguna krim yang tidak
bawah mata dan kelopak sesuai untuk kulit bahagian
mata. berkenaan seperti
iv) Boleh terdapat pada bahagian mata.
semua jenis kulit.
e) Hipopigmentasi i) Tompok putih pada i) Disebabkan oleh
muka, leher atau tangan. kehilangan pigmen pada
kulit kerana melanin tidak
dihasilkan.

f) Hiperpigmentasi i) Bahagian kulit yang i) Disebabkan oleh ketidak


terutamanya mempunyai pigmentasi seimbangan hormon
Kloasma
berlebihan biasanya di semasa hamil.
pipi, dahi dan hidung.
ii) Mungkin hilang selepas
bersalin atau selepas
berhenti mengambil ubat
pencegah hamil.
KEADAAN KULIT CIRI PUNCA
g) Tetua (freckle) i) Tompok atau bintik hitam Disebabkan oleh kerap
/jeragat yang rata terdedah pada sinar ultra
lembayung.
kebanyakannya terdapat
dibahagian pipi dan
hidung.
Biasanya terdapat di
kalangan orang yang
berkulit cerah.
h) Tahi lalat i) Bintik hitam atau tompok  Tidak diketahui
yang berwarna hitam
atau perang.
ii) Keadaannya rata atau
timbul di permukaan kulit.
iii) Kemungkinan terdapat
rambut yang tumbuh
pada tahi lalat
iv) Boleh membesar
daripada saiz asal.
i) Parut i) Tisu keras yang timbul i) Kerosakan sel di bahagian
setelah sembuh dari dermis yang disebabkan
kecederaan. oleh kecederaan.

j) Keloid i) Keadaan yang tidak i) Disebabkan oleh


normal pada kulit. pertumbuhan tisu
ii) Parut yang timbul di atas penyambung yang terlalu
permukaan kulit. banyak di bahagian parut.
iii) Kloid lebih mudah terjadi
pada kulit berwarna
gelap.
KEADAAN KULIT CIRI PUNCA
k) Kapilari pecah i) Kapilari pecah dan i) Disebabkan oleh darah
kembang biasanya yang selalu dirangsang.
terdapat pada hidung i) Bahagian kulit akan
dan pipi. menjadi lebih sensitif.
i) Pada mulanya berwarna
merah dan bertukar
menjadi lebih gelap.
l) Kedut ii) Kulit dikeliling mata mulut ii) Disebabkan oleh
atau leher berkerut. kekurangan kelembapan
dan sebum di bahagian
kulit.
iii) Kedutan juga disebabkan
oleh kekurangan kolegen
dan elastin di bahagian
dermis.
m) Skin tag i) Tisu fibrous biasanya i) Disebabkan oleh usia yang
terjadi dibahagian leher. meningkat atau geseran
ii) Mempunyai warna yang yang berlaku pada kulit.
sama dengan kulit atau
lebih gelap.
n) Akne vulgaris i) Terdapat komedon, i) Disebabkan oleh
papul, pustul dan ketidakseimbangan
kecelaan. hormon dan pengeluaran
ii) Banyak terjadi pada sebum yang terlalu
umur peringkat remaja. banyak.
iii) Terdapat di seluruh
muka, dada dan
belakang.
o) Akne rosasea i) Keadaan akne yang ii) Disebabkan oleh tekanan
kronik dan dalam emosi dan pengambilan
keadaan radang. makanan yang terlalu
panas, pedas dan
KEADAAN KULIT CIRI PUNCA
ii) Berkeadaan eritema dan pengambilan alkohol yang
kapilari pecah dengan berlebihan.
papul dan pustul.
iii) Biasanya berlaku pada
umur 30-an dan ke atas.
Terdapat pada bahagian
pertengahan dahi, hidung
dan pipi.
p) Seborrheic skin i) Minyak berlebihan di iii) Disebabkan oleh tekanan
dalam lapisan kulit emosi dan pengambilan
ii) Masalah hormon makanan yang terlalu
yang tidak menentu panas, pedas dan
pengambilan alkohol yang
berlebihan.

1.7) Keperluan Rawatan Muka


Sebelum terus ke rawatan muka, jurukecantikan haruslah mengetahui
keperluan pelanggan bagi melengkapkan perkhidmatan rawatan tersebut
serta produk yang ingin di sarankan kepada pelanggan. Jurukecantikan
haruslah bersikap terbuka kepada pelanggan agar pelanggan merasa
selesa untuk mendapatkan perkhidmatan daripada kita.

a) Pelan pakej perkhidmatan


Pamerkan kepada pelanggan pelan pakej rawatan yang bersesuaian
dan berpatutan dengan masalah kulit pelanggan serta menerangkan
kebaikan setiap rawatan yang dilakukan

b) Produk
Mengenali dan menerangkan maklumat tentang produk yang dijual
dengan jelas seperti:
i) Kandungan utama produk
ii) Kuantiti produk
iii) Kelebihan produk
iv) Kesesuaian kulit
v) Cara pemakaian
vi) Harga produk

c) Caj / bayaran
Harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan rawatan yang
ditawarkan agar pelanggan tidak terkeliru. Elakkan bayaran
tersembunyi yang akan menyebabkan pelanggan akan tidak datang
semula ke salon lagi.

d) Cara pembayaran
Kaedah pembayaran tertakluk kepada syarat dan kemudahan yang
disediakan oleh pihak salon. Kaedah pembayaran yang boleh di buat
adalah melalui beberapa cara iaitu:
i) Bayaran Tunai
ii) Online banking
iii) Debit kad
iv) Kredit kad

e) Diskaun / promosi
Aktiviti-aktiviti dengan pengurangan harga dan memberitahu
kebaikan rawatan dan memujuk pelanggan untuk mendapat rawatan
yang lebih berkesan.

i) Diskaun
Diskaun pembayaran rawatan dan pembelian produk selalunya
diberikan kepada pelanggan tetap ataupun pelanggan yang sudah
menjadi ahli.
ii) Promosi
Sebelum melakukan promosi kepada pelanggan pastikan juruestetik
mengambil tahu tentang keperluan pelanggan terlebih dahulu dari
segi produk dan rawatan.
 Kenal pasti keperluan promosi
 Pastikan pelanggan tahu dan jelas tentang promosi yang ada
berserta langkah melakukan rawatan.
 Tahu tentang promosi semasa dan akan datang.

1.8) Contra Action


Reaksi pelanggan terjadi apabila pelanggan alergi dengan bahan. Reaksi
alergi boleh mengakibatkan bengkak atau gatal pada muka pelanggan.
Jika keadaan ini berlaku jurukecantikan harus menamatkan rawatan dan
minta pelanggan merujuk kepada pakar perubatan. Rajah14 menunjukkan
kesan kemerahan merahan dan gatal selepas melakukan pembersihan
muka.

Rajah 14 : Kesan kemerah merahan.

1.9) Persetujuan Pelanggan


Persetujuan Pelanggan bermaksud berhubung dengan mana-mana
rawatan yang telah di tulis di dalam borang tersebut telah dipersetujui oleh
dua pihak. Ia bagi mengelakkan salah faham jika berlaku sesuatu yang
tidak dijangka. Ia dapat melindungi salon kecantikan jika berlakunya
permasalahan sebelum dan selepas rawatan. Rajah 15 menunjukkan
borang persetujuan pelanggan.

Rajah 15 : contoh borang persetujuan pelanggan


2) PERSEDIAAN RAWATAN MUKA

2.1) Persediaan Tempat Rawatan


Persediaan tempat rawatan dapat memastikan persekitaran tempat kerja
berada di dalam keadaan yang kondusif agar pelanggan dapat
merasakan keselesaan semasa melakukan rawatan. Faktor yang perlu
diambil kira ketika membuat persediaan rawatan ialah:

a) Pengudaraan
Bilik rawatan mesti disediakan mengikut garis panduan perlaksanaan
pusat kecantikan iaitu mestilah mempunyai pengudaraan yang baik.
Pengudaraan yang baik adalah bagi memastikan pelanggan akan
selamat semasa melakukan rawatan. Kelengkapan seperti penghawa
dingin atau kipas mesti sentiasa di selenggara mengikut jadual yang
telah ditetapkan.

b) Pencahayaan
Pemilihan lampu yang disyorkan adalah lampu yang boleh dilaraskan
pencahayaan. Ini kerana ada proses tertentu semasa rawatan
memerlukan pencahayaan yang terang. Kebiasaannya selepas
masker mata siap di aplikasi, lampu akan dilaraskan pada cahaya
malap. Ini supaya pelanggan dapat berehat dengan tenang. Bilik
rawatan perlu mempunyai lampu yang berfungsi dengan baik. Rajah
16 menunjukkan pencahayaan bilik rawatan yang baik.
Rajah 16 : Pencahayaan Bilik Rawatan Yang Baik

c) Suasana
Semasa perkhidmatan dilakukan, salon mestilah dalam keadaan
sunyi dan tenang tanpa gangguan luar. Selain itu jurukecantikan perlu
memastikan keadaan dalam bilik rawatan bersih serta kemas. Ini bagi
mewujudkan keselesaan semasa pelanggan berada dalam bilik
rawatan. juga dapat menghasilkan aura yang positif pada setiap hari
dalam persekitaran kerja kita. Rajah 17 menunjukkan gambaran
suasana salon kecantikan.

Rajah 17 : Suasana Salon Kecantikan


d) Jenis Muzik
Muzik adalah salah satu sensor yang sangat baik pada diri
seseorang. Muzik santai atau tenang sangat diperlukan di ruang kerja
salun kecantikan.Semua ini dapat mempengaruhi suasana yang
tenang kepada pelanggan.
e) Wangian
Persediaan bilik rawatan dengan wangian aromaterapi merupakan
satu perkara penting yang perlu disediakan. Ini kerana suasana yang
harum akan memberikan ketenangan kepada pelanggan sepanjang
proses rawatan dijalankan. Rajah 18 menunjukkan tempat rawatan
muka.

Rajah 18 : Ruang Rawatan Muka

2.2) Langkah Keselamatan


Langkah keselamatan untuk menjaga pembersihan ruang kerja, peralatan
dan kebersihan jurukecantikan adalah penting supaya melicinkan tugas
jurukecantikan

a) Langkah keselamatan semasa persediaan alatan dan bahan.


Prosedur Keselamatan semasa persediaan alatan dan bahan
adalah seperti berikut:
i) Pastikan alat di steril sebelum dan selepas digunakan
ii) Gunakan spatula untuk mengambil bahan – bahan kosmetik dari
bekasnya.
iii) Gunakan tuala bersih untuk setiap pelanggan.
iv) Keluarkan alat yang telah digunakan dengan segera dari tempat
bekerja, cuci dan sterilkan serta simpan ditempat yang tidak
dimasuki habuk.
b) Keselamatan diri, pelanggan dan jurukecantikan
Prosedur keselamatan diri, pelanggan dan jurukecantikan adalah
seperti berikut:
i) Pastikan tempat bekerja yang digunakan untuk perkhidmatan
hendaklah sentiasa bersih.
ii) Tanggalkan semua aksesori dan barang kemas pelanggan
sebelum memulakan rawatan.
iii) Gunakan gaun dan tuala yang bersih bagi setiap pelanggan.
iv) Bersihkan tangan sebelum memberikan perkhidmatan.
v) Pastikan tiada contra indication pada pelanggan sebelum
melakukan rawatan.
vi) Pastikan bahan rawatan yang tidak habis digunakan selepas
rawatan tidak dimasukkan ke dalam bekasnya semula.
vii) Jangan biarkan pelanggan bersendirian di bawah alat-alat
elektrik seperti pengewapan / vaparizor.
viii) Uji kulit pelanggan sebelum menggunakan bahan kimia untuk
melakukan sebarang rawatan (ujian tompokan).
ix) Semasa bekerja di salon eloklah memakai kasut yang bertumit
rendah serta selesa dipakai dan uniform untuk memudahkan
pergerakan.
x) Sediakan bakul atau tempat membuang sampah yang bertutup
untuk membuang bahan-bahan yang tidak berguna lagi.
xi) Salon hendaklah dilengkapi dengan alat pemadam kebakaran
seperti kain selimut api dan pemadam jenis debu kering.

c) Pengendalian dan penggunaan alat elektrik


Prosedur pengendalian dan penggunaan alat elektrik adalah seperti
berikut:
i) Periksa semua peralatan elektrik berfungsi sebelum digunakan.
ii) Pastikan wayar elektrik tidak terburai dan plagnya tidak pecah.
iii) Keringkan tangan sebelum menggunakan alat elektrik.
iv) Pastikan wayar alat elektrik tidak berselirat di atas lantai.
v) Pastikan tombol pelaras alat elektrik berada pada angka ‘0’
sebelum suis plag dipasangkan.
vi) Jangan menarik wayar apabila plag terpasang pada soket.
vii) Pastikan alat elektrik dijaga kebersihannya.
viii) Elakkan memasang alat elektrik terlalu banyak pada satu soket.
Ini boleh menyebabkan soket menjadi terlalu panas dan
seterusnya menyebabkan fius rosak.
ix) Elakkan bekerja di atas lantai yang basah atau bekerja
berdekatan dengan paip air kerana perkara-perkara tersebut
boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik.
x) Tutup suis dengan segera apabila berlaku gangguan elektrik.
Cabut plag alat-alat itu sebelum membuat pemeriksaan.
xi) Perkakas pengewapan mestilah diperiksa kepanasan dan
kebersihannya sebelum digunakan pada pelanggan.
xii) Apabila menggunakan alat-alat elektrik hendaklah mengikut
arahan pengeluarnya.
xiii) Apabila bekerja di dalam salon, amalkan menggunakan alat-alat
yang bermutu supaya dapat mengelakkan seseorang itu
daripada tercedera.
xiv) Alat-alat elektrik mestilah dipasang dengan betul, telah diuji dan
diluluskan oleh juruelektrik yang berkelayakan.
xv) Gunakan peralatan perlindungan yang bersesuaian semasa
mengendali peralatan elektrik.
d) Penyimpanan dan penggunaan perkakas dan bahan kimia
Prosedur penyimpanan dan penggunaan perkakas/bahan kimia
adalah seperti berikut:
i) Beli bahan kimia dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan
pendedahan pada udara, cahaya atau haba dan tamat tempoh
kegunaannya.
ii) Simpan bahan kimia di tempat yang dingin dan kering.
iii) Tutup dan labelkan semua bekas penyimpanan bahan kimia
dengan jelas.
iv) Pakai sarung tangan getah apabila menyediakan bahan kimia.
v) Campurkan bahan kimia dengan teliti mengikut arahan
pembekal.
vi) Gunakan spatula untuk mengambil bahan dari bekasnya.
vii) Jangan sekali-kali bau, sengaja menyedut atau merasai bahan
kimia.
viii) Bersihkan dan steril perkakas selepas digunakan.
ix) Simpan bahan dan perkakas dengan rapi dan teratur.
x) Elakkan menggunakan perkakas yang telah patah atau rosak,
misalnya gunting yang sudah patah atau pemicit jerawat yang
tumpul kerana ini merupakan punca jangkitan dan
membahayakan pelanggan.
xi) Elakkan menggunakan bekas makanan seperti botol minuman,
mangkuk dan lain-lain untuk menyimpan bahan kimia.
xii) Elakkan menggunakan bahan-bahan yang telah tamat tempoh
kegunaannya.
xiii) Perkakas yang tajam hendaklah disimpan di dalam tempat yang
dikhaskan. Jangan gunakan perkakas tersebut sekiranya masih
dalam keraguan.
xiv) Pastikan bahan kimia yang telah dibancuh tidak bersepah di atas
lantai kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.
2.3) Bahan Dan Perkakas Rawatan Muka

a) Peralatan Rawatan Muka


Jadual 2 menunjukkan peralatan yang digunakan dalam rawatan
muka.
Jadual 2 :Peralatan Rawatan Muka
Perkakas Kegunaan
Spatula Mengambil bahan dan membancuh pupur.
Pemicit jerawat Mengeluarkan komedon, milia dan jerawat.
Berus pupur Menyapu pupur pada muka.
Gunting kecil Menggunting kain muslin dan kapas muka.
Tempat untuk meletakkan bahan seperti kapas
Piring besar
muka, putik kapas dan tisu.
i) Tempat untuk meletakkan alatan seperti
Gelas spatula, pemicit jerawat, berus pupur dan
gunting.
Mangkuk kecil i) Tempat untuk meletakkan bahan rawatan.
Mangkuk besar i) Mengisi air bagi membersihkan muka.
Mangkuk pupur i) Alat untuk membancuh pupur.
i) Membersihkan sabun pembersih dan bahan
Span muka
lain yang terdapat pada wajah.
i) Mengemaskan rambut pelanggan supaya
Ben rambut
tidak mengganggu proses rawatan.
Tuala kecil i) Mengalas troli, bahan-bahan dan peralatan.
Tuala besar i) Menyelimut pelanggan sepanjang rawatan.
i) Memudahkan proses rawatan dan tidak
Facial gaun
mengotorkan pakaian pelanggan.
b) Bahan rawatan muka
Jadual 3 menunjukkan bahan yang digunakan dalam rawatan muka.
Jadual 3:Bahan Rawatan Muka

Bahan Kegunaan
i) Membersihkan kawasan yang besar.
ii) Dibasahkan dengan air mawar bagi menutup
Kapas muka kawasan yang sensetif.
iii) Sebagai bahan untuk menyerap cecair seperti
penyegar.
Putik kapas Membersihkan kawasan yang kecil.
i) Mengelap muka setelah dibersihkan dengan
air.
Kertas tisu
ii) Mengelap muka selepas proses pengurutan
muka menggunakan krim urut.

Kain muslin i) Digunakan semasa pemakaian pupur.


(gauze) ii) Memudahkan proses membuang pupur.
Meletakkan di Kawasan yang sensitif semasa
Petroleum jelly
proses pengewapan.
2.4) Perkakasan Rawatan Muka
Jadual 4 menunjukkan perkakasan yang digunakan dalam rawatan
muka.
Jadual 4: Perkakasan Rawatan Muka
Perkakasan Kegunaan

Katil fasial
 Tempat pelanggan baring dan
perkhidmatan pelanggan.

Troli  Digunakan untuk meletakkan bahan


dan alatan.

Kerusi / stool

 Digunakan untuk pelanggan duduk


semasa rawatan muka . boleh di
naikkan atau diturunkan mengikut
ketinggian seseorang.

Magnifying lamp
 Kanta pembesar yang berlampu di
mana ia dapat memberikan gambaran
masalah kulit dengan jelas dan besar
Perkakasan Kegunaan

 Pengewapan wajah boleh dilakukan


dengan menggunakan wap sejuk dan
Steamer
wap panas.
 Pengewapan muka dilakukan selepas
proses pembersihan muka.

Hot Cabinet  Memanaskan tuala untuk


membersihkan pupur dan
membersihkan minyak urutan, jika
perlu.

UV Sterilizer
Cabinate
 Digunakan untuk mensteril dan
mengekalkan kebersihan alatan yang
digunakan sebelum dan selepas
rawatan muka.

2.5) Persediaan Bahan, Peralatan Dan Perkakasan Rawatan Muka


Prosedur persediaan troli rawatan muka adalah seperti berikut:
a) Troli mesti dialas dengan tuala yang bersih. Tuala kecil yang
digunakan mestilah melebihi tujuh (7) helai.
b) Susun bahan dan alatan dengan kemas di tingkat pertama.
c) Letakkan alat seperti pemicit jerawat, berus pupur, spatula, gunting
dan lain-lain di dalam bekas seperti gelas.
d) Mangkuk kecil digunakan untuk meletakkan kapas lembap yang telah
digunakan serta meletakkan bahan pembersih, scrub, krim urut dan
lain-lain.
e) Mangkuk besar pula digunakan untuk meletakkan air suam serta span
muka di tingkat kedua.
f) Setiap peralatan yang disusun haruslah mempunyai ruang antara satu
sama lain bagi memudahkan jurukecantikan mencari dan
menggunakannya dan juga mengelakkan masalah seperti terlanggar
bahan lain.
g) Pencarian dan mengelakkan daripada tersalah penggunaan bahan.
h) Setiap bahan perlu di label untuk memudahkan proses. Rajah 19
menunjukkan keberadaan bahan serta alatan di atas troli.

Rajah 19: Susun Atur Bahan dan Alatan di atas troli


2.6) Persediaan Pelanggan
Penyediaan pelanggan sangat di tekan bagi penyempurnaan rawatan
kepada pelanggan. Ini kerana pelanggan juga dapat menilai kerja
seorang terapi bagi memudah cara pelanggan menikmati rawatan.
Berikut merupakan cara jurukecantikan menyediakan pelanggan:
a) Jurukecantikan mengalu-alukan kedatangan pelanggan.
b) Jurukecantikan dapat menyelesakan pelanggan.
c) Pelanggan dilayan dengan ramah seperti layanan kelas pertama
salon kecantikan.
d) Pelanggan diberi air minuman.
e) Tujuan pelanggan dikenal pasti dan terangkan rawatan yang ada di
dalam salon kecantikan.
f) Rawatan yang akan diberikan bersesuaian dengan masalah kulit
pelanggan.
g) Jurukecantikan hendaklah mengiringi pelanggan ke bilik persalinan
untuk menukar pakaian kepada gaun facial.
h) Jurukecantikan membantu pelanggan jika diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai