Anda di halaman 1dari 2

MALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN

Bagi merebut tawaran dan ganjaran yang paling bernilai bagi kehidupan setiap orang yang beriman, adalah
rahmat dapat bertemu dengan malam lailatulkadar yang hanya hadir pada 1 malam setiap tahun. Burulah
malam tersebut pada 10 malam terakhir Ramadhan. Yang pastinya kita tidak tahu samada kita akan dapat
bertemu lagi Ramadhan ditahun hadapan kerana kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita untuk
kembali kepadaNya.

Isilah malam-malam 10 Ramadhan terakhir dengan segala kebaikan dan amatlah rugi jika ianya diisi
dengan hal-hal yang lagho (melalaikan).

Buat semua warga Haris, gunakanlah masa yang Allah berikan ini dengan sebaiknya. Berikut adalah
beberapa amalan yang dianjurkan untuk dilakukan sebagai panduan.

1. Banyakan membaca Al Qur’an


2. Sentiasa solat berjemaah
3. Jangan tinggal solat sunat Qobliyah dan Ba’diyah
4. Solat sunat tahajjud 10 rakaat (termasuk solat hajat, taubat,)
5. Solat witir 3 rakaat (jika belum solat witir Bersama imam semasa solat tarawih)
6. Membaca surah Al Mulk
7. Membaca surah Al Ikhlas (3 X)
8. Perbanyakan doa keampunan, Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul Afwa Fa’fu Anni.
9. Sebelum tidur, Baca 3 Qul, Selawat, ayat Kursi, Syahadat.
10. Bersedekah pada setiap malam
11. Beberapa zikir yang dianjurkan:-
a. Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem (100 X)
b. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (100 X)
c. Laa Ilaha Illallah Al Malikul Haqqul Mubin (100 X)
d. Ya Hayyu Ya Qoyyum la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin (100 X)
e. Ya Kafi Ya Ghani Ya Fattahu Ya Razzaq (100 X)
f. Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli
syai'in qodir (100 X)
g. Selawat Allahumma Solli 'Ala Muhammadin Wa 'Ala Aali Muhammad (100 X, sebaiknya
1,000 X)
h. Istighfar Astaghfirullah hal 'azim (100 X, sebaiknya 1,000 X)
i. Membaca Penghulu Istighfar Allahumma anta rabbi la ilaha illa anta khalaqtani wa ana
abduka… (Lampiran 1) (10 X, sebaiknya 100 X)
j. Surah Al Ikhlas (Qulhuwallah..) 10 X hadiahkan untuk ibu bapa kita
k. Surah Al Ikhlas (Qulhuwallah..) 10 X hadiahkan untuk diri sendiri

Lailatulkadar bermula dari terbenam matahari (Maghrib) sehingga terbit fajar (azan subuh), maka bolehlah
dijadualkan amalan yang dianjurkan seperti di atas mengikut kesesuaian. Usahakanlah dan ikhlaskan untuk
mendapat redha dan syurga Allah yang kekal abadi. Sesungguhnya dunia ini akan kita tinggalkan. Alam
kubur (barzah) adalah tempat kita berehat selepas penat beribadah di dunia sementara menanti hari
pembalasan untuk menentukan akhirnya kita dimana.

Moga bermanfaat
“Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau
menciptakanku dan hamba-Mu dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh
laksanakan, aku mohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa
semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu dan aku mengakui terhadap dosa-
dosaku. Oleh itu ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali
Engkau.”

(Riwayat Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai