Bagi merebut tawaran dan ganjaran yang paling bernilai bagi kehidupan setiap orang yang beriman,
adalah rahmat dapat bertemu dengan malam lailatulkadar yang hanya hadir pada 1 malam setiap tahun.
Burulah malam tersebut pada 10 malam terakhir Ramadhan. Yang pastinya kita tidak tahu samada kita
akan dapat bertemu lagi Ramadhan ditahun hadapan kerana kita tidak tahu bila Allah akan menjemput
kita untuk kembali kepadaNya.
Isilah malam-malam 10 Ramadhan terakhir dengan segala kebaikan dan amatlah rugi jika ianya diisi
dengan hal-hal yang lagho (melalaikan).
Gunakanlah masa yang Allah berikan ini dengan sebaiknya. Berikut adalah beberapa amalan yang
dianjurkan untuk dilakukan sebagai panduan.
Lailatulkadar bermula dari terbenam matahari (Maghrib) sehingga terbit fajar (azan subuh), maka
bolehlah dijadualkan amalan yang dianjurkan seperti di atas mengikut kesesuaian. Usahakanlah dan
ikhlaskan untuk mendapat redha dan syurga Allah yang kekal abadi. Sesungguhnya dunia ini akan kita
tinggalkan. Alam kubur (barzah) adalah tempat kita berehat selepas penat beribadah di dunia sementara
menanti hari pembalasan untuk menentukan akhirnya kita dimana.
Moga bermanfaat
“Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau
menciptakanku dan hamba-Mu dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh
laksanakan, aku mohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa
semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milik-Mu dan aku mengakui terhadap dosa-
dosaku. Oleh itu ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali
Engkau.”
(Riwayat Bukhari)