Anda di halaman 1dari 1

– Alias dan Chot tidak kelihatan di rumah menyebabkan ibunya

tertanya-tanya akan ketiadaan anaknya itu. Kebiasaannya, Alias


akan memberitahu ibunya apabila hendak ke mana-mana.

– Mak Su Kiah datang membawa nasi dan gulai untuk mereka.


Tiba-tiba Miah dan Budin datang ke rumah Alias dengan
membawa setandan pisang emas yang sudah rosak.

– Dalam keadaan marah-marah, Miah menuduh Chot telah


merosakkan pisang di kebunnya lalu meminta ganti rugi.

– Ibu Alias berasa sedih dan mempertahankan Chot yang tidak


akan melakukan perkara itu. Pak Din juga datang ke rumah Alias
dan cuba untuk mententeramkan keadaan. Dia berjanji untuk
menggantikan pisang yang rosak itu.

– Alias baru sahaja pulang setelah membeli ubat sakit telinganya


di pekan. Dia tidak menyangka rantai Chot akan putus sekali lagi.

– Tiba-tiba, Kamal, iaitu rakan Budin muncul dan memberitahu


tentang beruk yang merosakkan pisang itu telah mati ditembak.

– Alias terkejut mendengar berita itu dan terus berlari untuk


mendapatkan kepastian tentang hal tersebut.

– Di pertengahan jalan, Alias terserempak dengan Som yang


memberitahunya bahawa beruk yang mati ditembak itu bukannya
Chot.

Anda mungkin juga menyukai