Anda di halaman 1dari 80

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -1-

KOD KELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN POS MALAYSIA

1. AM

1.1 Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia bertujuan mewartakan
komitmen kita untuk membawa perlakuan secara profesional pada setiap
masa serta menjalankan perniagaan dengan telus, berpatutan dan saksama.
Tujuan utama kod ini ialah untuk menyalurkan mesej kepada para pekerja
dan semua pihak yang berurusan dengan kita bahawa pihak Syarikat serta
pekerjanya tidak akan bertolak ansur atau melanggar prinsip etika ini
dalam apa jua keadaan.

Kod ini seharusnya membantu pekerja mencapai tahap etika perniagaan


yang tinggi dan memaparkan perlakuan yang betul sewaktu melaksanakan
tugas di tempat kerja. Kod ini bukanlah manual yang menyeluruh yang
merangkumi segala keadaan etika yang kita lalui dalam menjalankan tugas.
Sebaliknya kod ini menghuraikan isu-isu dan membentangkan panduan
polisi dan prosedur utama.

Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk memelihara dan


mengekalkan imej serta nama baik Syarikat dan keselamatan harta benda
Syarikat pada setiap masa melalui corak pengurusan dan pentadbiran yang
adil dan konsisten, dalam masa yang sama melahirkan pekerja yang
berdisiplin, cekap serta produktif.

1.2 Semua pekerja Syarikat hendaklah sentiasa melaksanakan tugas dan


tanggungjawab dengan cekap dan penuh kemahiran serta mempamirkan
tatakelakuan/disiplin yang baik pada setiap masa.

1.2.1 Disiplin dalam Syarikat adalah merujuk kepada pematuhan kepada


peraturan serta kaedah yang sedia berkuatkuasa secara berterusan
supaya mencapai tahap produktiviti yang memuaskan dan
berobjektif.

1.2.2 Salahlaku dalam perkhidmatan merujuk kepada perbuatan atau


tindakan sebagai pekerja yang bertentangan atau berlawanan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -2-


dengan kontrak perkhidmatan yang dipersetujui, peraturan serta
kaedah yang telah ditetapkan oleh Syarikat samada secara tersirat
atau tersurat.

1.3 Syarikat berhak mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana pekerja


yang didapati melanggar disiplin, atau tidak cekap dalam melaksanakan
tugas atau cuai sebagai pekerja Syarikat atau melakukan perbuatan
salahlaku dalam perkhidmatan atau melanggar mana-mana peraturan
yang terkandung dalam Kontrak Pekerjaan, Perjanjian Bersama, Buku
Terma dan Syarat Perkhidmatan, Prosedur Tatatertib atau mana-mana
peraturan yang ditetapkan oleh Syarikat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -3-


2. PEMAKAIAN

Buku ini terpakai kepada semua pekerja yang dilantik oleh Pos Malaysia dan anak
syarikat Pos Malaysia, termasuk pekerja yang dipinjamkan di Pos Malaysia dan
anak syarikat Pos Malaysia.

Dalam kod ini, sebarang rujukan kepada “Pos Malaysia” atau “Syarikat” adalah
dianggap merangkumi Pos Malaysia Berhad dan pekerjanya.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -4-


3. POLISI

3.1 Adalah menjadi polisi Syarikat untuk memelihara dan mengekalkan imej/
nama baik serta keselamatan harta benda Syarikat di samping melahirkan
pekerja yang berdisiplin, cekap, produktif dan cemerlang.

3.2 Adalah menjadi polisi Syarikat untuk mengambil tindakan tatatertib


terhadap mana-mana pekerja yang melakukan perbuatan salahlaku/
kesalahan tatatertib; menjatuhkan imej/nama baik Syarikat, menghilangkan
atau menyebabkan kehilangan harta benda Syarikat, tidak cekap atau tidak
berusaha untuk mencapai prestasi yang memuaskan atau melakukan
sebarang tindakan yang bertentangan dengan mana-mana pekeliling,
peraturan atau arahan Syarikat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -5-


4. TANGGUNGJAWAB DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

4.1 Pekerja
Kod ini digubal sebagai sebahagian daripada terma dan syarat
perkhidmatan. Semua pekerja mesti memahami dan akur kepada kod ini.
Kejahilan tentang kewujudan kod serta perubahan yang digalurkan tidak
akan diterima sebagai alasan untuk melanggari kod.

4.2 Ketua-Ketua dan Ketua Pegawai Eksekutif


Ketua Pegawai Eksekutif dan semua ketua sebagai pemimpin di dalam
Syarikat, mempunyai tanggungjawab tambahan menunjukkan teladan
yang baik dari segi ucapan dan tindakan mengikut kod ini. Mereka juga
bertanggungjawab menggalakkan komunikasi dua hala yang jujur dan
terbuka untuk memudahkan perbincangan yang mungkin timbul di dalam
situasi di mana aplikasi kod adalah kurang jelas. Semua ketua bukan sahaja
memainkan peranan memberi teladan tetapi juga mengawasi tanda-tanda
yang menunjukkan berlakunya penyelewengan amalan urusan perniagaan
yang melanggar kod atau menyalahi undangundang.

Ketua adalah bertanggungjawab mengawal dan menyelia pekerja di bawah


kawalannya dan mengambil tindakan yang sesuai jika pekerja tidak
mematuhi peraturan dalam Buku Peraturan Kerja Posmen/Operator Mel,
Buku Peraturan Kerja Pemandu/Pengguna Kenderaan Pos Malaysia, Buku
Peraturan Kerja Polis Bantuan, Buku-Buku Manual Kerja Pengguna,
Pekeliling-pekeliling Pos atau arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa
ke semasa. Ketua yang tidak melaporkan sebarang salahlaku oleh pekerja
bawahannya adalah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan kerana
ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4.3 Prinsipal, Vendor, Pengedar dan Pembekal/Kontraktor


Semua pihak luar yang berurusan dan menjalankan perniagaan dengan
pihak Pos Malaysia termasuklah pihak-pihak prinsipal, pembekal, vendor,
konsultan, pengedar, kontraktor dan agen serta orang perantaraan
hendaklah mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam kod ini
dalam perhubungan dan urusan dengan Syarikat. Sekiranya keadaan ini
menimbulkan sebarang kerumitan, Jabatan Sumber Manusia Kumpulan
atau mana-mana pihak yang diamanahkan bersedia bekerjasama dengan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -6-


pihak yang terlibat untuk menangani isu-isu tersebut dengan cara yang
profesional dan selaras dengan tahap dan keperluan yang kita tetapkan.

5. NILAI-NILAI PERJAWATAN

5.1 Khidmat Bersebab


Kontrak perkhidmatan atau penggajian mempunyai satu faktor penyebut
sama iaitu: perjanjian untuk menggaji dan persetujuan untuk berkhidmat.
Persetujuan pihak pekerja untuk berkhidmat dan digaji memerlukan
komitmen sepenuh, ketulusan yang tidak berbelah bahagi serta
profesionalisme sebenar demi memastikan kepentingan majikan
dilindungi. Perkhidmatan pekerja adalah berlandaskan kepercayaan dua
hala di mana matlamat pekerja selaras dengan matlamat organisasi. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjalankan
tugas dengan baik dan menambah nilai kepada organisasi dan
pemegangpemegang kepentingan.

5.2 Ruang Lingkup Bertugas


Setiap warga kerja mestilah menghormati undang-undang, peraturan,
polisi, prosedur dan sistem serta mengakuri had-had bidang kuasa. Lebih
mustahak lagi, perilaku kita mestilah dalam lingkungan kemantapan etika
kerja serta pengawasan korporat yang baik demi memastikan kita
menghindari salah laku yang memudaratkan profesionalisme kita. Hindari
dari melibatkan diri dalam apa jua salahlaku atau membenar sebarang
penyalahgunaan.

5.3 Pertahanan Kepentingan


Kepentingan organisasi merupakan tunjang utama dan pemeliharaan
kepentingan ini tidak boleh dicabar. Seseorang pekerja tidak boleh
mencebur diri dalam sebarang penglibatan luar atau usaha niaga yang
mengancam kedudukan majikan atau melahirkan sebarang konflik/
percanggahan. Konflik kepentingan timbul apabila seseorang pekerja yang
diberi amanah mempunyai kepentingan profesional dan/atau peribadi
yang saling bersaing dengan kepentingan majikan. Konflik sebegini juga
merangkumi situasi di mana seseorang individu atau pihak tertentu berada
dalam keadaan untuk mengeksploitasikan kedudukan rasmi atau
profesional masing-masing demi keuntungan sendiri. Konflik kepentingan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -7-


boleh berupa langsung atau tidak langsung. Di antara ciri-ciri konflik
kepentingan yang biasa termasuklah:

a. Usaha sendiri atau penglibatan dalam kerja atau dengan manamana


pihak yang mengakibatkan persubahatan persendirian dan awam;
b. Penjawatan/penggajian luar Syarikat (termasuk perjawatan/
penggajian separuh masa) atau pelantikan lembaga yang saling
bercanggah dengan jawatan kini;

c. Kepentingan kekeluargaan/peribadi yang mungkin menggugatkan


penilaian perniagaan atau profesional masing-masing;

d. Hak pemilikan secara langsung atau menerusi wakil/proksi,


sesebuah syarikat luaran yang mempunyai kaitan urusniaga dengan
majikan/syarikat berhubungan;

e. Urusniaga sampingan berhubung kait usul perniagaan/urusan yang


mendatangkan keuntungan peribadi kepada diri sendiri atau
memudaratkan (perniagaan) majikan; dan

f. Pengaruh yang tidak wajar dalam penganugerahan/pemilihan


vendor, kontraktor dan sebagainya tanpa menghiraukan keadilan
komersial demi mencapai keuntungan peribadi secara langsung atau
tidak langsung.

Berpandukan hal penglibatan yang ternyata di atas, adalah menjadi


tanggungjawab pekerja berkenaan untuk menentukan jawatan luar yang
dihajat, hak pemilikan yang dihasratkan atau kepentingan luaran yang
sedang dipertimbangkan tidak bercanggah atau bersaing dengan Syarikat
secara langsung atau tidak langsung.

5.4 Peleraian Konflik Kepentingan

Penghindaran diri daripada situasi konflik kepentingan merupakan


langkah pencegahan paling berkesan. Sekiranya pendekatan ini tidak dapat
dilaksanakan, seseorang pekerja mestilah mengambil langkah
memberitahu/mengisytiharkan dan di mana perlu memperolehi pelepasan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -8-


yang relevan/kelulusan daripada Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif/Jabatan
Sumber Manusia Kumpulan. Walau bagaimanapun, penyelarasan sebegini
yang melibatkan pengisytiharan, pelepasan serta kelulusan tidak bererti
seseorang pekerja itu tidak terlibat di dalam keadaan konflik kepentingan.
Demi menjamin kesaksamaan dan objektiviti, seseorang pekerja tidak boleh
mengambil bahagian serta mempengaruhi sebarang pembuatan keputusan
di mana terdapat percanggahan. Untuk memantapkan lagi ketelusan,
kajian/penilaian bebas mungkin diperlukan dalam perkara-perkara
tertentu.

5.5 Peringatan Umum Tentang Amalan Kerja Sihat

Etika perjawatan juga membawa makna kerahsiaan maklumat dipelihara


dan tidak disalahgunakan. Penyalahgunaan maklumat bagi tujuan
mendapatkan keuntungan/faedah, membawa faedah kepada pihak luaran
atau semata-mata untuk menjejaskan imej Syarikat (majikan) perlu
dihindari. Seseorang pekerja mesti menghindari diri daripada memalsukan
dan meminda maklumat serta menyebarkannya secara dalaman atau
luaran. Ini kerana amalan sebegini boleh merugikan majikan serta pekerja
lain.

Seseorang pekerja tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk


memperolehi faedah atau layanan istimewa dalam usaha melaksanakan
tugasnya. Pekerja serta ahli keluarga terdekatnya ditegah daripada
menerima hadiah atau faedah (selain dari cenderahati yang mempunyai
nilai kewangan yang rendah) dari mereka yang berhubung niaga dengan
Syarikat ini.

Kita perlu bertingkah laku secara bertanggungjawab dan penuh beretika


pada setiap masa demi mempertahankan imej baik Syarikat ini. Sekiranya
anda mengesyaki adanya amalan perniagaan yang tidak beretika di dalam
Syarikat, anda boleh mengambil langkah yang sesuai dan sewajarnya
dengan memberitahu pengurus anda atau Jabatan Sumber Manusia/
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dengan maklumat dan bukti-bukti yang
lengkap. Namun, surat layang dan fitnah tidak akan dilayan. Semua
suratmenyurat berkaitan aduan seperti ini akan dikendalikan secara sulit
dan rahsia.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -9-


6. SYARIKAT DAN KITA

6.1 Identiti dan Nama Pos Malaysia

Nama dan logo Pos Malaysia tidak ternilai harganya dan ia merupakan aset
tidak nyata yang membawa nama baik Syarikat. Penggunaan nama dan logo
hanyalah dibenarkan untuk tujuan rasmi sahaja. Nama korporat dan logo
Syarikat mesti dihormati, dilindungi dan tidak disalahgunakan. Lantaran itu,
ia merupakan tanggungjawab semua pekerja untuk:

a. Mengekalkan dan mengukuhkan imej Syarikat menerusi


penyemaian nilai yang baik, membawa diri secara
bertanggungjawab dan memaparkan tingkah laku kerja positif dan
yang diingini pada setiap masa;

b. Memaparkan perlakuan serta ditanggapi sebagai satu pasukan di


mana kekuatan sebagai satu pasukan digunakan untuk memahami
perubahan keperluan pelanggan kita serta cara kita memenuhi
keperluan mereka dengan lebih baik jika dibandingkan dengan
pesaing-pesaing kita. Semua pekerja mesti memahami bahawa kita
bekerja untuk Syarikat dan berkongsi matlamat ini; dan

c. Tidak meletakkan tugasan persendirian di atas kepentingan Syarikat


sebagai keutamaan.

6.2 Suasana Kerja Yang Selamat

i. Suasana kerja yang selamat dan sesuai

a. Pos Malaysia komited untuk menyediakan suasana kerja yang


selamat dan sesuai. Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
Syarikat mencerminkan komitmen ini.

b. Setiap pekerja bertanggungjawab untuk mematuhi semua arahan


dan tindakan dalam hal keselamatan pekerjaan, kesihatan dan alam
sekitar yang dimartabatkan oleh pihak Syarikat dan juga
sebagaimana diwartakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -10-


Pekerja (OSHA) 1994 serta Akta Kualiti Alam 1974. Setiap pekerja
bertanggungjawab untuk memantau keadaan tempat kerja yang
kurang selamat (peralatan, amalan atau keadaan yang tidak selamat)
dan bertanggungjawab membuat laporan segera kepada penyelia
atau pegawai atasan jika berlaku sebarang kemalangan, atau
kecederaan.

ii. Kewajipan pekerja

a. Demi melindungi keselamatan semua pekerja, setiap pekerja mesti


melaporkan diri di tempat kerja dalam keadaan yang bebas daripada
sebarang pengaruh atau unsur yang boleh menghalang pekerja
daripada menjalankan aktiviti kerja dengan selamat dan cekap.
Ancaman atau tindakan ganas atau ugutan fizikal ke atas rakan
sekerja adalah dilarang sama sekali.

b. Kita mesti sentiasa berusaha memastikan keselamatan diri, dan


keselamatan rakan sekerja dan orang lain di sekitar kita pada setiap
masa. Kita mesti mematuhi semua syarat dan peraturan yang
digariskan berhubung dengan hal-hal keselamatan; kita juga mesti
berusaha mempengaruhi dan menggalakkan orang lain untuk
melakukan yang sama (sebab keengganan mereka untuk mematuhi
peraturan boleh membahayakan diri, Syarikat dan orang lain) dan
melaporkan kes keengganan mematuhi peraturan.

c. Dalam kes di mana tidak ada syarat dan peraturan atau garis
panduan formal, gunalah budi bicara untuk memastikan
keselamatan.
iii. Perlanggaran peraturan dan prosedur
keselamatan

a. Pekerja diwajibkan mematuhi semua peraturan dan prosedur


keselamatan yang dinyatakan. Ini bertujuan memastikan kita,
termasuk keluarga di bawah tanggungan kita, turut bermanfaat
daripada suasana kerja yang selamat.

b. Oleh kerana sikap atau perlakuan kurang selamat seseorang boleh


membahayakan orang lain, semua perbuatan melanggari amalan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -11-


keselamatan adalah salahlaku yang boleh disabitkan kepada
tindakan disiplin.

c. Pihak Pos Malaysia akan mengambil tindakan terhadap manamana


pekerja yang melanggar peraturan dan prosedur keselamatan
ini (Sila rujuk Salahlaku Dalam Perkhidmatan untuk tindakan
tatatertib).

6.3 Profesionalisme dan Pakaian

i. Pembangunan profesional

Walaupun Syarikat menggalakkan pekerja untuk melanjutkan pelajaran


ke peringkat yang lebih tinggi, mereka tidak dibenarkan menggunakan
waktu kerja biasa untuk menelaah atau membuat tugasan pembelajaran
atau kertas projek.

Adalah wajar pekerja merujuk kepada pegawai atasan perihal beliau


melanjutkan pelajaran bagi memudahkan penyusunan kerja dan
permohonan cuti untuk menduduki peperiksaan.

Pekerja tidak dibenarkan menggunakan maklumat tentang Syarikat atas


tujuan pembelajaran, kecuali setelah mendapat kelulusan daripada
pegawai atasan. Dalam keadaan demikian, Syarikat berhak
mengarahkan pekerja untuk menyerahkan sesalinan hasil kajian yang
lengkap kepada Syarikat.

Pekerja yang mendapat kelulusan cuti belajar hendaklah memastikan


cuti yang diperuntukkan digunakan untuk tujuan di atas. Pekerja tidak
boleh menerima sebarang bentuk kerja sambilan, bebas atau sementara,
sepanjang tempoh cuti belajar.

ii. Organisasi profesional dan perkhidmatan awam dan komuniti

Pos Malaysia menggalakkan penyertaan pekerja di luar waktu kerja


dalam organisasi profesional, perkhidmatan sukarela awam, sukan,
rekreasi serta khidmat komuniti. Pekerja patut memaklumkan pegawai
atasan sejauh mana penglibatan mereka dalam perkhidmatan atau

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -12-


aktiviti sedemikian, supaya tidak mengganggu dan/atau menjejaskan
prestasi kerja pada setiap masa.

iii. Masa dan ketepatan waktu

a. Ketepatan waktu

• Ketepatan waktu merupakan syarat utama hidup bekerja, ia


mempertingkatkan muhibah serta saling hormat-menghormati di
antara pekerja. Oleh yang demikian, para pekerja mestilah
memegang kepada ketepatan waktu dalam erti kata masa bekerja,
menghadiri mesyuarat, majlis, latihan dan temu janji urusan
perniagaan.

• Semua pekerja mestilah mengurus masa bekerja masing-masing


dengan berkesan supaya produktiviti terjamin dan tidak
menyalahgunakan masa bekerja untuk berlengah di kawasan
sekitar lif, lobi, pantry, kantin dan tempat letak kereta.

• Pekerja mesti berada di tempat kerja masing-masing dan bersedia


untuk bekerja pada setiap pagi atau selepas waktu rehat
berlandaskan waktu kerja yang ditetapkan. Para pekerja mestilah
bekerja sehingga tamat waktu bekerja melainkan waktu rehat serta
untuk menepati temu janji di luar pejabat.

iv. Ketidakhadiran dengan kebenaran

Semua pekerja mestilah mematuhi sistem pengurusan masa yang


diperkenalkan dari semasa ke semasa. Semua pekerja perlu
mendapatkan kelulusan terdahulu menerusi permohonan untuk bercuti
daripada penyelia sekiranya dia ingin meninggalkan tempat kerja untuk
menguruskan hal peribadi di luar pejabat semasa waktu kerja. Adalah
tidak berpatutan untuk meminta pelepasan masa (timeoff) demi
menguruskan hal peribadi.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -13-


v. Ketidakhadiran tanpa kebenaran

Perlu ambil ingatan bahawa sekiranya pekerja tidak hadir kerja melebihi
dua (2) hari kerja berturut-turut tanpa mendapat kelulusan terlebih
dahulu daripada Ketua Pejabatnya atau tanpa sebarang alasan yang
munasabah, maka pekerja berkenaan dianggap telah melanggar kontrak
perkhidmatannya dengan Syarikat dan perkhidmatannya dengan
Syarikat boleh ditamatkan serta merta.

vi. Masalah hutang yang serius

a. Masalah hutang yang serius (yang menyebabkan kesusahan


kewangan) daripada apa jua sebab, boleh menjejaskan kecekapan
seseorang pekerja, mencemarkan imej Syarikat dan boleh
menyebabkan pekerja tersebut dikenakan tindakan disiplin serta
implikasi-implikasi lain.

b. Pekerja tidak digalakkan meminjam daripada mana-mana orang


perseorangan atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam,
atau meletakkan diri di dalam situasi yang mengakibatkan ia
mempunyai tanggungjawab yang serius terhadap mana-mana orang
perseorangan:-

• secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada bidang


kuasa rasmi pekerja tersebut;

• seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan pekerja atau


berkemungkinan berurusan secara rasmi; dan

• seseorang yang menjalankan perniagaan pinjaman wang.

*Bagi tujuan dasar ini, perkataan ‘orang perseorangan’ merangkumi


pertubuhan, syarikat berdaftar atau perniagaan.

c. Walau bagaimanapun, pekerja boleh meminjam daripada bank,


syarikat insurans, koperasi atau syarikat pinjaman yang dibenarkan
di bawah Akta Syarikat-Syarikat Peminjam 1969 atau menanggung

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -14-


hutang dengan membeli barangan secara perjanjian sewa beli
daripada syarikat-syarikat kewangan yang sah.

vii. Penyalahgunaan harta Syarikat dan kedudukan/status

a. Pekerja tidak boleh menyalahgunakan kedudukan mereka untuk


memperoleh faedah atau lain-lain layanan istimewa daripada pihak
dan entiti yang berurusan dengan Pos Malaysia atau mempunyai
potensi untuk berurusan.

b. Pekerja tidak boleh menyalahgunakan kedudukan dalam Syarikat


untuk meminjam daripada atau menjadi penghutang kepada sesiapa
yang berurusan dengan Pos Malaysia.

c. Untuk mengelakkan berlakunya keterlibatan atau urusniaga yang


tidak dibenarkan, kebenaran bertindak bagi pihak Syarikat
sepatutnya mengikut tahap kuasa (Levels of Authority) yang
diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

d. Pekerja patut berusaha untuk memberikan kesimpulan dan


keputusan yang jujur, tepat dan terbaik dalam melaksanakan tugas
mereka.

e. Pekerja mungkin menerima permintaan untuk memberi rujukan dari


semasa ke semasa. Rujukan ini hanya boleh diberikan atas dasar
persendirian sahaja dengan tidak menggunakan nama atau kertas
kepala surat Syarikat.

viii. Cara pakaian dan penampilan

Pekerja hendaklah memakai pakaian yang sesuai sewaktu bekerja.


Pakaian pejabat yang dibenarkan adalah seperti berikut:

a. Pekerja lelaki

1. Pakaian pekerja lelaki yang tidak dibekalkan dengan pakaian


seragam adalah seperti berikut:

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -15-


i. Pekerja Eksekutif hendaklah memakai baju kemeja lengan
panjang lengkap bersama tali leher dan seluar panjang gelap
dan kasut berwarna hitam/coklat. Walau bagaimanapun,
pekerja Eksekutif yang bekerja di kawasan operasi, adalah
terkecuali daripada syarat ini dan boleh berpakaian
sebagaimana arahan yang terdapat di kawasan tersebut.

ii. Kecuali dinyatakan sebaliknya, pekerja Eksekutif mesti


memakai baju kemeja lengan panjang dengan tali leher
apabila menghadiri program Syarikat atau mesyuarat
bersama pihak luar.

iii. Pekerja bukan eksekutif hendaklah memakai baju kemeja


dan seluar panjang berwarna gelap dan kasut berwarna
hitam/coklat.

2. Rambut mestilah disikat dan dipotong dengan kemas.

3. Misai dan/atau janggut, mestilah dijaga dengan kemas.

4. Pakaian berikut tidak dibenarkan dipakai semasa waktu


bekerja:

i. Pakaian singkat dan ketat yang tidak sesuai sebagai pakaian


pejabat.

ii. Pakaian kasual seperti jeans, t-shirt dan baju bercetak.

iii. Selipar, sandal, kasut sukan, ‘thongs’, ‘flip flops’.


Pengecualian harus diberikan kepada mereka yang
mempunyai alasan kesihatan.

iv. Aksesori yang berlebihan (contohnya baju/seluar yang


berwarna terang, mewarna rambut dengan warna terang).

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -16-


b. Pekerja wanita

1. Pakaian pekerja wanita yang tidak dibekalkan dengan pakaian


seragam adalah seperti berikut:

i. Pekerja wanita hendaklah berpakaian sesuai dan sopan,


sesuai dengan imej dan personaliti wanita Malaysia.

ii. Pekerja wanita disarankan untuk mengenakan solekan muka


yang bersesuaian.

2. Bagi wanita yang tidak memakai tudung, rambut mestilah


disikat rapi, kemas dan tidak menutup bahagian muka. Jika
berambut panjang, ianya hendaklah diikat, disepit atau
disanggulkan.

3. Pakaian berikut tidak dibenarkan dipakai semasa waktu


bekerja:

i. Berpakaian singkat dan ketat yang tidak sesuai untuk


pakaian pejabat (Nota: Pekerja yang memakai skirt, labuh
skirt tersebut mestilah sekurang-kurangnya melebihi lutut)

ii. Pakaian yang mendedahkan (contoh: terbuka bahagian


bahu/belakang, fabrik yang jarang, warna terang, skirt
pendek dan terbelah, kolar berpotongan rendah/terdedah
leher, skirt atau sarong atau kebaya/baju kurung ketat dan
labuh yang terbelah hingga ke paha, baju/blouse yang
tergantung)

iii. Pakaian kasual seperti jeans dan baju ‘T’

iv. Selipar, sandal dan kasut sukan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -17-


v. Aksesori yang berlebihan (baju/seluar yang berwarna
terang, mewarna rambut dengan warna terang)

c. Pekerja adalah dilarang memakai kacamata hitam semasa


berurusan dengan pelanggan dan di tempat kerja.

d. Pakaian kebangsaan dan tradisional adalah dibenarkan dipakai


pada hari Jumaat. Pekerja lelaki yang memakai pakaian tradisional
mestilah berpakaian lengkap (contoh: Baju Melayu lengkap dengan
sampin dan songkok).

e. Pakaian Seragam
i. Pekerja hendaklah berpakaian seragam kemas serta lengkap
dengan butang baju, tanda nama, bertali pinggang, berkasut
dan berstoking apabila hadir bertugas.

ii. Pekerja mestilah memakai baju dan seluar atau kain labuh
yang kemas dan bergosok serta baju di 'tuck-in' (pekerja
lelaki). Adalah dilarang melipat lengan baju jika memakai
baju berlengan panjang.
iii. Pekerja mestilah memakai kasut dan stoking yang
dibekalkan sebagai pakaian seragam semasa waktu
bertugas. Sekiranya pekerja memakai kasut atau stoking
selain dari kasut / stoking pakaian seragam, rekabentuk dan
warna kasut/stoking tersebut hendaklah sama seperti kasut
/ stoking yang dibekalkan.

iv. Pekerja mestilah memakai tali pinggang yang dibekalkan


sebagai pakaian seragam semasa waktu bertugas. Adalah
dilarang memakai tali pinggang selain dari tali pinggang
pakaian seragam.

v. Pekerja lelaki Sikh yang dibekalkan serban dan pekerja


kaum wanita Islam yang dibekalkan tudung sebagai
pakaian seragam, mestilah memakainya semasa waktu
bertugas. Adalah dilarang memakai serban atau tudung
selain daripada yang dibekalkan oleh Syarikat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -18-


vi. Topi (sekiranya dibekalkan) mestilah dipakai semasa
bertugas di luar pejabat kecuali petugas serahan yang
menggunakan motosikal, mesti memakai topi keledar yang
dibekalkan oleh Syarikat.

vii. Pakaian yang telah koyak dan pudar warnanya tidak


dibenarkan.

viii. Pekerja yang belum dibekalkan pakaian seragam perlu


memakai pakaian pejabat mengikut garis panduan etika
pemakaian seperti di atas.

f. Baju Korporat

i. Syarikat boleh membekalkan baju korporat kepada pekerja


untuk tujuan keseragaman dan identiti korporat.

ii. Baju korporat yang dibekalkan hendaklah dipakai pada hari-


hari yang telah ditentukan oleh Syarikat atau semasa majlis-
majlis rasmi Syarikat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -19-


6.4 Aset dan Harta

i. Tanggungjawab pekerja

a. Sebagai pekerja Syarikat yang memegang hak kuasa ke atas aset dan
harta yang diamanahkan kepada kita, kita juga bertanggungjawab
untuk melindungi aset-aset serta harta-harta ini dari kehilangan,
kerosakan, penyalahgunaan, penggunaan secara haram, dicuri atau
apa jua vandalisme/laku musnah.

b. Aset dan harta seperti dana, produk dan perkhidmatan, kenderaan


Syarikat, kad akses dan sekuriti, peralatan atau kemudahan pejabat,
hanya boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dan lain-lain tujuan
yang diluluskan oleh pihak pengurusan.

c. Pekerja tidak dibenarkan menggunakan aset dan harta Syarikat untuk


tujuan peribadi, atau mengeluarkan ia dari premis Syarikat, kecuali
untuk menjalankan kerja dan dengan kebenaran terlebih dahulu, yang
mana perlu. Sebarang penggunaan aset dan harta sebegini untuk
tujuan persendirian hanyalah berasaskan kemudahan utama yang
timbul kerana kelayakan yang diluluskan dan ia tidak boleh dianggap
sebagai hak mutlak (untuk penggunaan).

d. Aset dan harta yang digunakan oleh pekerja untuk tujuan perniagaan
adalah untuk memanfaatkan pihak Syarikat dan juga untuk
menambah nilai terhadap perniagaan. Aset dan harta bila tidak
digunakan lagi mesti dipulangkan dalam keadaan baik.

e. Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk menjaga harta benda/


asset/ peralatan milik yang dibekalkan. Sekiranya berlaku kehilangan
atau/dan kerosakan terhadap harta benda/ asset/ peralatan tersebut,
pekerja adalah bertanggungjawab untuk mengganti atau membayar
nilai yang sama dengan harta benda/ asset/ peralatan tersebut,

f. Lampu dan peralatan elektrik mestilah dipadamkan selepas


penggunaan serta tamatnya hari kerja. Penggunaan lampu secara
minima mesti diamalkan sewaktu makan tengahari.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -20-


g. Pekerja mesti melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan
kemudahan yang disediakan oleh Syarikat kepada pihak yang
berkenaan supaya tindakan pantas boleh diambil.

ii. Kenderaan Syarikat, kad petrol dan tempat letak kereta

a. Kenderaan Syarikat disediakan untuk kegunaan pekerja Syarikat yang


diberi kuasa dan untuk tujuan kerja/Syarikat yang rasmi sahaja.
Sebarang penggunaan untuk tujuan persendirian hanyalah
keistimewaan dan bukan hak mutlak.

b. Pekerja yang diperuntukkan dengan kenderaan Syarikat atau diberi


kuasa untuk memandu kenderaan-kenderaan tersebut mesti
memastikan yang kenderaan tersebut dikekalkan dalam keadaan
yang baik pada setiap masa.

c. Kenderaan mesti dipulangkan dan diletakkan di lokasi yang


disediakan setelah selesai kerja kecuali dibenarkan oleh ketua jabatan
yang berkenaan. Amalan menumpangkan kawan-kawan atau ahli
keluarga di dalam kenderaan semasa menjalankan urusan rasmi
adalah dilarang sama sekali.

d. Kecuali dengan keizinan khas, kad petrol yang diperuntukkan


(kepada satu-satu kenderaan) tidak boleh dikongsi pakai untuk
kenderaan Syarikat yang lain. Kad ini hanya digunakan untuk tujuan
pembelian yang dibenarkan sahaja.

e. Pekerja mesti meletak kereta masing-masing dalam lot kereta yang


disediakan dan tidak menggunakan atau menyalahgunakan lot letak
kereta yang dikhaskan kepada pihak-pihak tertentu.

iii. Akses internet dan bahan-bahan yang terkandung

Internet merupakan satu sumber maklumat yang tidak terhad dan


kemudahan ini diberikan kepada anda dalam persekitaran yang tidak
dikongkong. Kemudahan internet yang diperuntukkan kepada anda
adalah untuk memenuhi tujuan perniagaan. Oleh yang demikian,
penggunaan akses internet untuk tujuan selain daripada yang

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -21-


dinyatakan boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil terhadap
anda. Untuk menikmati kemudahan internet ini tanpa mendedahkan
Syarikat kepada risiko, anda mestilah mengawasi perkara-perkara
berikut:

a. Jangan secara automatik menganggap bahan yang anda dapati dari


internet adalah terkini dan tepat;

b. Maklumat yang diperolehi menerusi internet perlu disahkan


kesahihannya dengan menyemak sumber maklumat tersebut
dengan menghubungi pihak yang berkenaan sebelum
menggunakan atau mengedarkan maklumat tersebut;

c. Bahan-bahan dari internet adakalanya tertakluk kepada


perundangan antarabangsa serta had-had hak cipta terpelihara.
Amatlah penting untuk anda memastikan bahan-bahan yang anda
muat turun mematuhi perundangan yang berkaitan serta had-had
hak cipta;

d. Hindarilah dari melayari laman-laman internet yang menerbitkan


informasi yang menyinggungkan perasaan (contohnya
lamanlaman lucah dan sebagainya). Elakkan diri memuat turun
bahanbahan sebegini yang mungkin dianggap tidak sesuai dari
segi agama, politik, perkauman atau perbezaan jantina. Maklumat
sebegini mungkin berkeupayaan menimbulkan perasaan benci
serta kurang senang di kalangan pihak-pihak tertentu;

e. Hindarilah dari melibatkan diri dalam kegiatan tidak


produktif/tidak bersangkut paut dengan perniagaan seperti
permainan internet, chat room dan sebagainya;

f. Jangan berkongsi maklumat khas milik kuasa Pos Malaysia atau


pelanggan Pos Malaysia tanpa kebenaran terdahulu;

g. Jangan menghalang aliran masuk dengan e-mel yang bukan


perniagaan dan guna lampiran, hanya bila perlu;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -22-


h. Pos Malaysia berhak untuk menarik balik akses internet seseorang
pekerja sekiranya didapati pengguna tersebut menyalahgunakan
kemudahan komputer ini di luar skop tugasan kerja;

i. Pengedaran e-mel yang tidak berpatutan termasuk surat berantai


atau penglibatan dalam kegiatan “spamming” atau membarakan
serangan peribadi terhadap seseorang individu adalah dilarang
sama sekali; dan

j. Kemudahan internet serta e-mel seperti juga kemudahan lain yang


diperuntukkan oleh pihak Syarikat merupakan harta benda
Syarikat. Pihak Syarikat boleh menggunakan haknya untuk
mengakses peruntukan kemudahan ini untuk mengawal
penggunaan.

k. Penyalahgunaan kemudahan akses internet adalah salah laku yang


boleh diambil tindakan disiplin.

iv. Menyalin perisian/harta intelek

a. Syarat kontrak dan keperluan statutori dan pihak pengawasan


hanya mengizinkan perisian dilesenkan untuk kegunaan kita atau
perisian yang dicipta oleh kita boleh digunakan.

b. Semua pekerja Pos Malaysia dilarang memperolehi, memiliki,


meniagakan atau menggunakan perkakasan atau peralatan
perisian yang boleh menjejaskan keselamatan sistem informasi Pos
Malaysia.

c. Semua pekerja Pos Malaysia tidak dibenarkan:

• Membuat salinan bahan yang mempunyai hak cipta terpelihara


tanpa kebenaran dari pemilik hak cipta.

• Menyalin perisian tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -23-


• Menyalin perisian atau memindah perisian milik kuasa Syarikat
untuk digunakan pada komputer bukan milik Syarikat,
melainkan diizinkan oleh pihak Syarikat.

• Memasang perisian yang tidak dibenarkan pada mana jua


komputer Syarikat (untuk mencegah virus komputer daripada
mencerobohi sistem).

6.5 Maklumat/Informasi

i. Maklumat sulit dan milik kuasa (proprietary)

a. Maklumat sulit dan milik kuasa yang digunakan oleh pekerja


termasuklah:
• Apa jua maklumat Syarikat yang lazimnya tidak diketahui
umum dan/atau berguna kepada pesaing-pesaing Pos Malaysia,
atau mungkin kepada pihak saingan;

• Maklumat yang diamanahkan kepada kita oleh pihak-pihak


tertentu untuk kegunaan kita; dan

• Maklumat, data atau pengetahuan tatacara berhubung dengan


semua aspek perniagaan, strategi, kewangan dan operasi Pos
Malaysia.

b. Maklumat bersangkut paut dengan Pos Malaysia serta


syarikatsyarikat operasinya tidak boleh diterbitkan atau digunakan
oleh pekerja dalam penggajian mereka melainkan diberi keizinan oleh
Ketua masing-masing. Sekiranya kebenaran diberi, hasil terbitan yang
dicadang tidak boleh dalam apa jua keadaan, membawa perkataan
“terbitan diluluskan” atau perkataan-perkataan yang memberi
pengertian yang sama. Sebarang keizinan yang diberi boleh ditarik
balik tanpa diberi apa-apa sebab. Pihak Syarikat berhak
mengkehendaki pekerja tersebut menyerahkan satu salinan bahan
terbitannya selepas tamat kajian.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -24-


ii. Maklumat yang harus dilindungi

a. Maklumat sebegini termasuk maklumat yang dikira sulit dan milik


kuasa serta sensitif khasnya bersangkut paut dengan kewangan,
sekuriti, perolehan serta peluputan (perniagaan dan sebagainya),
prestasi perniagaan, pelancaran produk dan laporan audit. Maklumat
sebegini dilarang dari diedarkan sehingga disalurkan kepada orang
awam secara rasmi.

b. Maklumat berkaitan korporat, pelanggan dan pekerja tidak boleh


didedahkan tanpa keizinan dari pihak berkuasa.

c. Maklumat yang diperolehi menerusi pembentukan jalinan/gabungan


perniagaan merupakan maklumat yang diberikan kepada kita
berlandaskan kepercayaan bahawa kita akan menyimpan sulit
informasi sebegini. Kita mestilah mengendalikan informasi sebegini
sebagaimana kita mengendalikan maklumat sulit sendiri demi
menghalang dan menyebabkan kita terdedah kepada sebarang
implikasi perundangan atau tanggungan kewangan.

d. Adalah menjadi kewajipan seseorang pekerja untuk melindungi dan


mengekalkan maklumat yang sulit, sensitif dan milik kuasa kekal
berterusan walaupun setelah tamat perkhidmatan dengan Syarikat.

iii. Catatan dan penyimpanan maklumat

a. Kita mesti mempertahankan ketelusan maklumat dengan tidak


menyalahtafsir atau memalsukan apa jua maklumat di dalam rekod
Syarikat, termasuk maklumat peribadi.

b. Demi membolehkan pihak Syarikat membuat keputusan yang bererti,


kita perlu membuat catatan dan laporan dengan jujur, lengkap dan
tepat. Ini termasuklah data yang melibatkan kualiti, keselamatan dan
rekod peribadi, serta rekod kewangan.

c. Kita bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan semua buku


rekod, buku kewangan serta mengambil kira urusan dan acara yang

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -25-


berlaku selaras dengan prinsip perakaunan, piawaian serta kawalan
dalaman Pos Malaysia. Pemalsuan dan peniruan rekod tidak
dibenarkan. Segala pembayaran serta penerimaan (bayaran) hanya
boleh digunakan untuk tujuan sebagaimana yang tertera dalam
dokumen-dokumen seiringan.

d. Semua urusan perniagaan mesti direkodkan dan dikomunikasikan


dengan betul dan tepat. Kita mesti menghindari dari menokok
tambah, meneka, membuat rumusan perundangan dan komenkomen
atau gambaran yang memburukkan individu atau syarikat lain. Ini
merangkumi semua bentuk komunikasi termasuklah e-mel dan nota
atau memo tidak rasmi.

e. Sebarang surat menyurat yang ditujukan kepada pihak luaran tidak


boleh disalinkan kepada pekerja dalam Syarikat. Jika perlu, ia mesti
dilakukan menerusi cara “blind carbon copy (bcc)” kepada
pihakpihak dalaman.

f. Penyimpanan dan penghapusan sebarang rekod mestilah sejajar


dengan keperluan perundangan dan polisi Syarikat.

g. Pekerja tidak boleh membuat atau membenarkan perubahan


dilakukan ke atas sebarang akaun, rekod atau dokumen dengan niat
memalsu, menipu atau menghalang pemaparan kebenaran sesuatu
urusan serta had-had kuasa.

h. Pekerja tidak boleh menunjukkan sikap sambil lewa terhadap hal


ketepatan data, data palsu atau data dipesongkan; lantaran itu mesti
melaporkan data sebegini kepada pihak Syarikat bila berdepan
dengan informasi sebegini.

i. Pekerja juga ditegah dari membuat perubahan dan merosakkan


dokumen yang diserahkan oleh rakan-rakan perniagaan dan
pelanggan, serta melibatkan diri dalam sebarang rancangan untuk
memalsukan tandatangan dan data.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -26-


j. Tiada sebarang pihak dibenarkan membawa keluar tanpa izin data
sulit, perisian berlesen atau perisian yang mempunyai hak cipta
terpelihara atau dari mana-mana media simpanan yang mengandungi
data-data sulit ini.

iv. Dagangan dalaman

a. Sebagai satu Syarikat terbitan awam, Pos Malaysia taat menuruti


semua Akta yang berkuat kuasa, pihak berkuasa serta semua
peraturan dan perundangan.

b. Sebarang urusan, perolehan (beli) atau jualan saham Pos Malaysia


oleh seseorang pekerja mesti dilakukan dengan teliti demi
menghalang berlakunya kerumitan perundangan dagangan dalaman.

c. Perundangan sekuriti mengenakan hukuman yang berat ke atas


sesiapa yang didapati melakukan dagangan dalaman atau kesalahan
lain yang bersabit. Dagangan dalaman adalah satu kesalahan jenayah
dan ia adalah dilarang di bawah Akta Sekuriti Industri 1983, Akta
Syarikat 1965 serta Keperluan Penyenaraian BSKL. Tambahan lagi,
Seksyen 89 sehingga 89P dan 90A dalam Akta Sekuriti Industri
mengandungi peruntukan-peruntukan relevan untuk melarang
kegiatan dagangan dalaman.

d. “Orang Dalaman” dilarang mendedahkan sebarangan maklumat


perseorangan dan/atau perniagaan berlandaskan jenis/klasifikasi
maklumat ini sehingga diedarkan ke pasaran. Seseorang akan
dianggap sebagai “orang dalaman” walaupun dia bukan pegawai
Syarikat yang sahamnya dipertikaikan jika dia memiliki maklumat
yang tidak diketahui umum; dan bila informasi ini didedahkan secara
umum, seseorang biasa akan menjangkakan bahawa ia memberi
kesan ke atas harga dan nilai sekuriti tersebut dan beliau tahu atau
dianggap tahu bahawa maklumat sebegitu jarang diperdengarkan di
kalangan umum.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -27-


6.6 Penggajian Lain/Pengumuman Pemilikan Harta dan Perniagaan

i. Semua pekerja di peringkat pengurusan dan ke atas dikehendaki


mengisytiharkan aset masing-masing, hutang-piutang serta minat
perniagaan mereka kepada Jabatan Sumber Manusia Kumpulan atau
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif apabila dimohon berbuat demikian. Ini
merangkumi perolehan dan penghapusan aset serta perubahan
terhadap minat kepentingan perniagaan yang mungkin berlaku di
antaranya.

ii. Pekerja tidak boleh memiliki secara langsung atau tidak langsung
saham atau sebarang bentuk faedah dalam:

a. Syarikat yang memperolehi sebahagian besar hasil dari perjanjian


perniagaan dengan Pos Malaysia; dan

b. Syarikat yang membekalkan bahan, peralatan atau lain-lain


perkhidmatan kepada Pos Malaysia.

iii. Para pekerja mestilah memberi komitmen penuh kepada Syarikat.


Semua pekerja juga dilarang menjalankan perniagaan persendirian atau
menjawat jawatan pengarah atau jawatan lain di sesuatu Syarikat atau
organisasi lain semasa tempoh perkhidmatannya dengan Syarikat ini.

iv. Seseorang pekerja hanya boleh menjawat atau mengambil bahagian


serta memegang penggajian separuh masa (part-time) dengan kebenaran
daripada Ketua Pegawai Eksekutif.

v. Sekiranya seseorang pekerja memiliki saham (milik perkongsian) secara


langsung atau tidak langsung atau apa jua pemilikan kepentingan
dalam entiti yang tersebut di atas, maka pekerja tersebut
bertanggungjawab memberitahu (mengisytiharkan) kepada pihak
Syarikat pemilikan tersebut. Pos Malaysia akan menasihati pekerja
tersebut langkah seterusnya yang perlu diambil untuk menghindari
timbulnya konflik kepentingan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -28-


vi. Seseorang pekerja yang telah dipelawa untuk berkhidmat sebagai ahli
lembaga pengarah Syarikat di luar Kumpulan Pos Malaysia hanya boleh
menerima jemputan tersebut selepas memperolehi kebenaran bertulis
daripada Ketua Pegawai Eksekutif. Sebelum meminta keizinan untuk
menjawat jawatan tersebut, pekerja berkenaan mesti memuaskan Ketua
Pegawai Eksekutif bahawa penjawatan ini tidak akan menggugatkan
tanggungjawab beliau dalam Syarikat ini serta tiada sebarang konflik
kepentingan akan timbul.

vii. Keizinan, jika diberi oleh Ketua Pegawai Eksekutif adalah berlandaskan
pemahaman Ketua Pegawai Eksekutif bahawa sekiranya timbul konflik
kepentingan yang menjejaskan tanggungjawab beliau di Syarikat ini,
maka pekerja tersebut mestilah membuat keputusan akhir untuk
meneruskan perkhidmatan di Syarikat ini atau meletakkan jawatan
beliau sebagai ahli lembaga pengarah (di syarikat lain).

7. PELANGGAN KITA DAN KITA

7.1 Pengurusan Perhubungan

Faktor kritikal yang perlu dititikberatkan bagi mencapai kejayaan kita adalah
hubungan yang terjalin sesama pekerja, pembekal, rakan niaga, pihak berkuasa
Kerajaan dan lain-lain entiti yang berurusan dengan kita. Kesemua hubungan ini
dicirikan seperti berikut:

i. Kita mesti selalu bekerja dalam perilaku berorientasikan objektif,


dengan matlamat yang jelas dari segi strategi perniagaan dan
keuntungan dan mengekalkan hubungan rapat jangka panjang dengan
semua pihak yang terlibat;

ii. Di kalangan rakan sekerja, kita patut menunjukkan sikap ambil berat
dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Kita juga harus
mengamalkan sikap bekerjasama dalam pasukan, berkongsi matlamat
yang sama dan informasi di dalam persekitaran kerja yang mana pujian,
kritikan membina dan ganjaran yang adil ada tempatnya;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -29-


iii. Dalam melaksanakan tugas, kita mesti menanamkan
rasa kebertanggungjawaban yang mendalam dan mencari jalan
untuk bertekad dan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa perlu
menuding jari kepada rakan sekerja ataupun pihak-pihak lain; dan

iv. Penglibatan dan interaksi dengan pihak yang berkenaan patut selalu
dikendalikan dalam perilaku yang mengelakkan sebarang keadaan
ketidaksopanan, sementara senantiasa mematuhi terhadap semua
undang-undang kanun dan segala peraturan dan keperluan kawalan
yang ditetapkan.

7.2 Pelanggan Dalaman

i. Hormati orang lain

a. Kita mesti menunjukkan perlakuan secara profesional dalam apa jua


urusan dengan pelanggan dalaman kita demi menjaga kepentingan
Syarikat. Kita mesti memaparkan sikap hormat-menghormati sesama
sendiri di samping menghindari penggunaan bahasa atau sikap yang
menyinggungkan orang lain.

b. Sebarang penderaan terhadap orang lain dari segi penggunaan


katakata, fizikal atau visual, serta sikap yang menyinggungkan
dilarang sama sekali. Ini termasuklah komen menghina berdasarkan
unsurunsur perkauman serta gangguan seksual. Pekerja-pekerja
mestilah melaporkan hal-hal ini sekiranya ia berlaku. Selain daripada
itu, kita diseru untuk menyuarakan sikap-sikap rakan sekerja yang
kurang menyenangkan kita dan selanjutnya melaporkan sebarang
gangguan (secara lisan atau fizikal) sekiranya berlaku.

c. Kita mesti mengekalkan etika mesyuarat dan ketertiban serta hormat


kepada mereka yang menghadiri mesyuarat. Kita tidak boleh
mengamalkan cacian peribadi, perbualan telefon serta mengganggu
perjalanan mesyuarat dengan deringan telefon bimbit. Melainkan
tidak dapat dihalangi, kita tidak boleh sering melepaskan diri dari
mesyuarat serta meninggalkan mesyuarat untuk jangka masa yang
panjang sewaktu mesyuarat dilaksanakan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -30-


ii. Tanggungjawab setiap orang

a. Perhubungan dalaman yang diamalkan di antara satu sama lain


mestilah dijalin dalam suasana yang mempertingkatkan muhibah dan
hormat. Amalan sejahtera sebegini tidak sahaja mencerminkan diri
sendiri tetapi juga pihak atasan Syarikat ini. Oleh yang demikian, kita
mesti memastikan bahawa kita terus memupuk semangat berpasukan
serta kesepaduan. Kita mesti menghindari dari menyemaikan
perasaan hasad dengki pada setiap masa.

b. Pengurus dan Penyelia memikul tanggungjawab tambahan untuk


mengurus pekerja bawahan dengan cekap, dan penuh rasa adil dan
tanpa diskriminasi, berdasarkan kriteria objektif serta fakta dan bukan
khabar angin. Jangan amalkan sikap diskriminasi terhadap seseorang
individu atau kumpulan kerana perbezaan bangsa, agama, jantina
atau keupayaan. Jangan gunakan kedudukan atau kelebihan lain yang
anda miliki, seperti pangkat atau saiz fizikal, untuk mengganggu atau
memperkecilkan orang lain. Contoh sikap begini termasuklah
menahan atau tidak memberikan ganjaran dengan adil atau mendesak
pulangan yang besar atau tidak sah kerana menjalankan tugas anda
dengan baik.

c. Semua pekerja tidak boleh bersikap biadap atau mencaci, atau sengaja
melawan kuasa penyelia atasan atau penyelia lain; sebab tindakan ini
merupakan suatu keingkaran dan boleh menjejaskan kesejahteraan
organisasi.

7.3 Pelanggan Luaran

i. Integriti dan profesionalisme

a. Kita akan dapat menjalin perhubungan jangka panjang dengan


pelanggan menerusi sikap yang jujur dan penuh integriti.

b. Semua kempen pemasaran dan pengiklanan kita akan disediakan


dengan tepat, benar dan dirancang dengan teratur. Demi menambah
nilai, bimbingan dari Ibu Pejabat mesti diperolehi untuk majlis-majlis
tertentu. Mesej yang sengaja mengelirukan, tindakan menyisihkan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -31-


fakta penting atau tuntutan palsu tentang tawaran saingan tidak
diterima sama sekali.

c. Sememangnya terdapat keadaan di mana anak-anak Syarikat dan


Syarikat-syarikat bersekutu Pos Malaysia akan bersaing dalam
pasaran yang sama. Sebagai satu Kumpulan, kita akan beroperasi
dalam keadaan yang padu dan sinergi yang pada akhirnya
memanfaatkan Kumpulan kita.

d. Proses kualiti dan syarat keselamatan kita mesti dituruti dan adalah
amat penting demi memelihara nama baik Pos Malaysia. Kita
menjejaskan nama baik sendiri apabila menjual produk atau memberi
perkhidmatan yang tidak setaraf dengan tahap keunggulan Pos
Malaysia.

ii. Perhubungan dengan Pelanggan

a. Kita mesti ingat bahawa mata pencarian kita bergantung kepada


pelanggan kita.

b. Kita akan memastikan semua urusan dengan pelanggan dikendalikan


mengikut tahap etika yang tertinggi demi mematuhi keperluan
perniagaan pelanggan, dan untuk terus menjulang nama baik Pos
Malaysia.

c. Kita akan menghormati hak peribadi dan tidak mengakses akaun


mereka untuk mendapatkan maklumat peribadi seperti alamat
rumah, tarikh lahir, butiran kad pengenalan atau orang lain,
melainkan dengan kebenaran bertulis daripada pelanggan atau
mengikut tanggungjawab kita di bawah undang-undang. Kita tidak
boleh mendedahkan informasi pelanggan kita kepada pihak luaran.

d. Kita akan menghormati harga diri pelanggan berpandukan tahap


etika perniagaan yang tinggi apabila berinteraksi secara bersemuka,
menerusi surat-menyurat, dan telefon.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -32-


8. PRINSIPAL, VENDOR, PENGEDAR, PEMBEKAL/ KONTRAKTOR DAN
KITA

8.1 Berurusniaga Dengan Orang Lain

i. Kita menceburi diri dalam perniagaan secara sah dan beretika

a. Keputusan dan tindakan perniagaan mestilah berdasarkan


kepentingan Pos Malaysia dan tidak didorong oleh kepentingan diri
atau perhubungan peribadi. Perhubungan dengan bakal prinsipal,
pembekal, vendor, kontraktor, pelanggan, pesaing, orang tengah,
peniaga atau badan pengawas tidak harus mempengaruhi kita
daripada membuat pertimbangan yang bebas dan bernas bagi pihak
Syarikat tentang sebarang situasi yang boleh, atau mungkin
merupakan satu konflik dalam kepentingan. Sekiranya anda tidak
pasti, sila beritahu dan dapatkan kelulusan daripada pihak
pengurusan.

b. Pekerja Pos Malaysia tidak boleh bekerja untuk, atau menerima


bayaran daripada pihak-pihak ketiga yang tertera di atas tanpa
kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pihak pengurusan.

c. Mana-mana aktiviti luaran mestilah berasingan daripada pekerjaan di


Pos Malaysia dan tidak harus menjejaskan prestasi kerja di Pos
Malaysia. Kita mesti memastikan kemahiran yang dipelajari dan
digunakan di Pos Malaysia tidak digunakan sehingga memudaratkan
perniagaan Pos Malaysia.

d. Mana-mana pekerja yang mempunyai kepentingan (secara langsung


atau tidak langsung) dalam syarikat yang berurusniaga dengan Pos
Malaysia dan mereka ini terlibat dalam pembuatan keputusan, urusan
niaga dengan syarikat-syarikat ini sewaktu tempoh perkhidmatan
mereka dengan Pos Malaysia dikehendaki memaklumkan Pejabat
Ketua Pegawai Eksekutif tentang urusan sebegini supaya kelulusan
boleh diperolehi sebelum berlakunya sebarang pembuatan keputusan
atau urusan perniagaan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -33-


ii. Konflik kepentingan

a. Pekerja Pos Malaysia mesti menghindari dari keadaan di mana


kepentingan diri bercanggah atau mungkin bercanggah dengan
perniagaan Syarikat.

b. Kita tidak boleh menggunakan pengaruh peribadi untuk


mempengaruhi Pos Malaysia supaya berurusniaga dengan Syarikat di
mana ahli keluarga atau kawan-kawan kita mempunyai kepentingan.

c. Dengan itu, kita tidak boleh menyertai mana-mana aktiviti yang boleh
menimbulkan konflik terhadap tanggungjawab kita kepada Pos
Malaysia. Konflik dalam kepentingan berlaku jika aktiviti atau
kepentingan peribadi boleh atau mungkin mempengaruhi keputusan
objektif yang diperlukan dalam menjalankan tanggungjawab kita
terhadap Pos Malaysia.

d. Ini bererti kita atau mana-mana ahli keluarga kita tidak boleh
menerima hadiah, pinjaman atau lain-lain layanan istimewa selain
yang biasanya boleh diperolehi daripada seseorang atau organisasi
yang sedang, telah atau ingin berurusniaga dengan Syarikat atau
merupakan saingan kepada Syarikat.

e. Dalam urusan kita bagi pihak Pos Malaysia, kita tidak boleh menerima
sebarang keuntungan peribadi selain daripada pampasan biasa. Satu-
satunya pengecualian yang dibenarkan adalah hadiah yang tidak
seberapa nilainya yang diberikan sebagai sumbangan perniagaan. Ini
termasuklah barangan promosi jualan atau jamuan keraian
perniagaan dari semasa ke semasa.

f. Pada setiap masa, seseorang pekerja tidak boleh mengizinkan


pertimbangan bebasnya dipengaruhi kepentingan diri serta keluarga
secara langsung atau tidak langsung.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -34-


iii. Pelaburan wang haram (money laundering)

a. Pos Malaysia mengendalikan pelbagai transaksi dan terlibat dalam


berbagai jenis aktiviti perniagaan yang mematuhi akta-akta,
undangundang dan peraturan-peraturan yang diwartakan oleh pihak
berkuasa.

b. Apa jua perniagaan yang dijalankan atau aktiviti perniagaan yang


diuruskan atau dilaksanakan oleh mana-mana pekerja mestilah
dilaksanakan secara betul dan dengan berhati-hati dari peringkat
awalan hinggalah peringkat akhiran untuk mengelakkan apa-apa
implikasi pelaburan wang haram seperti yang diwartakan oleh
undang-undang statutori.

c. Antara lain, pelaburan wang haram didefinisikan sebagai perbuatan


seseorang yang:

(a) terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam transaksi


yang aktivitinya menyalahi undang-undang;

(b) memperolehi, menerima, memiliki, menyembunyi, memindah,


menukar, melaksanakan pertukaran, menghapuskan,
membawa, menggunakan, mengeluarkan pendapatan daripada
aktiviti yang menyalahi undang-undang statutori dari atau
membawanya masuk ke Malaysia;

(c) menyembunyikan, menyamarkan, menghalang pengisytiharan


asal, lokasi, pergerakan, pembawaan, penghapusan, tuntutan
kepada hak milikan atau hasil aktiviti yang melanggar
undangundang statutori;
di mana;
(aa) pemahaman kesimpulan yang dibuat dari fakta-fakta
keadaan yang objektif, seseorang itu mengetahui atau
mempunyai sebab untuk mempercayai yang harta-harta
tersebut adalah hasil aktiviti yang melanggar
undangundang.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -35-


(bb) bersabit kelakuan seseorang, orang itu tanpa sebab
musabab yang munasabah gagal mengambil
langkahlangkah yang sepatutnya untuk memastikan harta-
harta itu adalah hasil aktiviti yang melanggari undang-
undang statutori. (Sila rujuk Anti-Money Laundering and
AntiTerrorism Financing Act 2001 untuk menyempurnakan
pemahaman).

8.2 Memberi dan Menerima Sumbangan Perniagaan

i. Garis panduan/prinsip

a. Garis panduan yang paling nyata adalah hati nurani kita bila
berhadapan dengan keadaan sedemikian.

b. Pekerja Pos Malaysia tidak boleh menerima apa jua bentuk sogokan,
hadiah mewah atau ganjaran. Walau bagaimanapun, kita boleh
menerima barangan dengan nilai nominal seperti barangan promosi
kecil dengan nama syarikat lain. Kita tidak akan menerima apa jua
barangan yang dianggap boleh mempengaruhi pertimbangan kita
untuk Pos Malaysia.

c. Kita juga tidak akan memberi hadiah, pinjaman atau faedah lain
kepada pelanggan (atau wakil pelanggan) atau bakal pelanggan untuk
mendapatkan jualan atau urusan menguntungkan daripada
pelanggan.

d. Kita tidak akan meminta, mahupun menerima, hadiah bagi pihak


Syarikat atau mana-mana kumpulan atau unit dari syarikat lain
sekalipun untuk tujuan sah seperti latihan atau penajaan mana-mana
acara sukan atau amal. Perkara di atas termasuklah permintaan untuk
tajaan untuk apa jua tujuan.

e. Kita akan, dari semasa ke semasa menghadapi dilema ini: “Orang lain
melakukannya. Jika kita tidak melakukannya, kita tidak akan dapat
sebarang perniagaan!” Walaupun keengganan kita untuk memberi
hadiah mahal atau melayan pelanggan dengan mewah kadang-kala

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -36-


boleh menyebabkan kehilangan sesuatu perniagaan, kita percaya
ramai pelanggan lain yang lebih suka berurusan dengan Syarikat yang
memiliki integriti dan dapat memenuhi keperluan dan permintaan
mereka menerusi produk dan perkhidmatan cemerlang yang
disokong oleh pengurusan pelanggan yang baik.

f. Sekiranya kita salah menilai atau membenarkan hati nurani kita


bermaharajalela demi mencapai kepentingan diri, kita mungkin akan
ketinggalan bersendirian untuk menyesali tindakan sendiri.

ii. Sumbangan/hadiah perniagaan

Secara prinsipnya, semua pekerja dilarang meletakkan diri dalam


keadaan terhutang budi dan berkompromi dalam apa jua urusan
perniagaan. Oleh itu, semua pekerja tidak harus menerima hadiah
daripada vendor, pembekal, kontraktor, pelanggan dan pihak ketiga lain
yang mungkin mempengaruhi, atau dianggap boleh mempengaruhi
sesuatu keputusan yang dibuat. Keputusan harus dibuat secara objektif,
berdasarkan merit dan harus memanfaatkan pihak Syarikat. Sebarang
pembuatan keputusan tidak boleh memudaratkan pihak Syarikat atau
berdasarkan kepentingan diri, pilihan, khabar angin atau tekanan yang
tidak berpatutan dari manamana pihak.

iii. Kelulusan diperlukan dari Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Melainkan cenderahati yang tidak bernilai besar (contohnya diari,


kalendar dan sebagainya), ia merupakan polisi Syarikat supaya semua
hadiah dari pihak ketiga mesti diurus supaya tidak berlakunya
penyalahgunaan atau meletakkan seseorang dalam keadaan terhutang
budi (kepada mana-mana pihak). Oleh itu, tiada sebarang hadiah boleh
diterima tanpa kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif.

iv. Norma perniagaan

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -37-


a. Kita juga memahami bahawa, amalan memberi hadiah adalah
berlainan di kalangan budaya yang berbeza. Dalam sesetengah
keadaan, mungkin sukar untuk menolak atau mengembalikan sesuatu
hadiah. Ini mungkin termasuk hadiah yang ditawarkan semasa
sesuatu keraian, atau upacara istimewa seperti pelancaran atau
pembukaan rasmi. Dalam kes begini, pekerja perlu menggunakan akal
fikiran dan budi bicara sendiri – iaitu penilaian diri tentang hal ini dari
hati dan akal. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari Pejabat Ketua
Pegawai Eksekutif.

b. Dalam beberapa situasi perniagaan termasuklah upacara


menurunkan tandatangan, lawatan korporat dan majlis keraian
Syarikat mungkin memerlukan pemberian hadiah. Hadiah-hadiah
Pos Malaysia mestilah sah, berpatutan dan diluluskan oleh pihak
pengurusan. Pekerja Pos Malaysia dilarang membayar rasuah secara
langsung atau tidak langsung atau mengamalkan pendekatan yang
tidak beretika dalam urusan perniagaan.

c. Hadiah korporat berpatutan termasuklah jamuan keraian perniagaan,


cenderahati Syarikat atau menyediakan pengangkutan Syarikat untuk
mesyuarat Syarikat, seminar atau kemudahan Syarikat. Kita mungkin
juga akan menyediakan keraian/hiburan yang bersangkutan dengan
perniagaan. Kita mentafsirkan “keraian” akan melibatkan wakil dari
kedua-dua pihak dalam acara yang dinyatakan.

d. Keraian secara yang berpatutan dalam konteks perniagaan dan yang


menambah kepentingan Syarikat boleh diterima. Contohnya,
mengiringi rakan perniagaan ke acara sukan atau budaya tempatan,
atau ke jamuan keraian perniagaan, dalam kebanyakan kes boleh
diterima.

e. Keraian yang mewah atau kerap serta menikmati gaya hidup yang
tidak setaraf dengan status masing-masing mungkin akan
mempengaruhi keputusan seseorang bagi pihak Pos Malaysia.
Sekiranya sesuatu jemputan itu tidak menampakkan kesesuaian, kita
mesti menolak tawaran tersebut atau membayar kos untuk keraian
tersebut untuk menghindar daripada timbulnya rasa terhutang budi.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -38-


f. Walau bagaimanapun, pekerja harus menggunakan budi bicara
sendiri jika terlalu banyak hadiah atau tawaran keraian diterima dari
satu pihak yang boleh dianggap sebagai bukan norma perniagaan.

g. Secara amnya, panduan yang harus diingat sebelum memberi atau


menerima hadiah sebegini adalah “Adakah anda berasa selesa untuk
berbincang tentang penerimaan atau pemberian hadiah ini bersama
Pengurus, rakan sekerja atau pemberita?” dan “Adakah anda
dengan ikhlasnya berpendapat bahawa anda akan bebas dari rasa
terhutang budi selepas penerimaan hadiah tersebut?”. Sekiranya
jawapan anda adalah TIDAK, jangan lakukannya!

8.3 Amalan Pembelian dan Perolehan

i. Bertindak demi kepentingan Pos Malaysia

a. Sebarang usaha perolehan mestilah dioptimumkan iaitu menjalinkan


perhubungan jangka panjang dengan pihak vendor utama, pembekal
serta pihak pembeli. Pembelian produk serta sistem-sistem mestilah
dilaksanakan mengikut polisi serta prosedur pembelian dan
perolehan. Penganugerahan kontrak kepada pembekal/vendor
mestilah dijalankan dengan objektif setelah penilaian terperinci
dilakukan ke atas usul cadangan (proposal), status kewangan, latar
belakang Syarikat dan prestasi serta syarat-syarat lain di mana
maklumat sebegini akan membantu pihak Syarikat membuat
keputusan yang objektif.

b. Keputusan pembelian mesti dibuat berdasarkan kepentingan Pos


Malaysia sahaja. Pembekal memperolehi perniagaan Pos Malaysia
berdasarkan kesesuaian produk atau perkhidmatan, harga,
penyampaian perkhidmatan dan kualiti.

c. Perjanjian pembelian harus didokumentasikan dan mengenalpasti


dengan jelas perkhidmatan atau produk yang akan dibekalkan, asas
untuk memperolehi bayaran, dan kadar atau yuran yang dikenakan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -39-


Jumlah bayaran mesti bersesuaian dengan perkhidmatan atau produk
yang dibekalkan. Pihak pembeli mesti faham akan syaratsyarat yang
dikenakan.

d. Semua penilai tender diwajibkan mematuhi arahan amalan ringkas-


bebas daripada sebarang perselisihan kepentingan, di samping
memastikan semua maklumat adalah sulit dan tidak akan membuat
sebarang salinan dokumen, dan lain-lain – atau membuat pengakuan
sebegitu sebagai sebahagian daripada syarat pengawasan Perolehan
dan Pembelian.

e. Semua urusan perniagaan dengan pelanggan/pembekal mesti


dilaksanakan dengan penuh ketertiban, sebaik-baiknya di dalam bilik
mesyuarat atau bilik perbincangan.

f. Semua pekerja yang terlibat dalam perolehan mesti mematuhi ciriciri


amalan perolehan baik seperti berikut:

• Peluang yang sama rata (iaitu semua vendor dilayan sama rata dan
semuanya diberi maklumat yang sama secara serentak);

• Sulit (iaitu memastikan tiada maklumat dibocorkan sepanjang


proses perolehan);

• Tiada konflik dalam kepentingan menerusi perhubungan,


penerimaan hadiah dan lain-lain untuk memastikan tiada amalan
pilih kasih di kalangan vendor;

• Tiada wujud konflik bertindan – seseorang pekerja terlibat dalam


usaha pembelian/perolehan tidak boleh dipertanggungjawabkan
dengan tugas menandatangani cek/membuat bayaran.

• Lebih daripada satu bidaan (mengikut Polisi Perolehan Syarikat),


sebab persaingan di antara dua atau lebih pembekal akan
mengakibatkan mereka menurunkan harga untuk Syarikat;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -40-


• Ketelusan untuk memastikan proses perolehan boleh diaudit dan
dijustifikasikan, dan ampuh di bawah penelitian;

• Rekod prestasi kontraktor dan pembekal hendaklah dijadikan


sandaran;

• Melibatkan lebih daripada satu fungsi/bahagian dan pekerja Pos


Malaysia untuk memastikan pemeriksaan balas ke atas pekerja dan
hakikat bahawa keputusan tidak dibuat oleh seorang sahaja.

• Mendapatkan tawaran terbaik untuk Syarikat dari semua aspek


dan memastikan proses tersebut ampuh di bawah penelitian oleh
mana-mana pihak, walaupun selepas disempurnakan dan;

• Jabatan Perolehan dan pihak pengguna dalaman (end user) mesti


mengendalikan rundingan dengan vendor secara bersama. Pihak
pengguna dalaman tidak dibenarkan merunding harga dengan
vendor secara sendiri.

ii. Salahlaku atau perihal kemungkinan berlaku

a. Mana-mana konflik kepentingan (atau kemungkinan berlakunya


konflik sebegini) menerusi perhubungan atau persahabatan dengan
individu di dalam syarikat lain yang kita pelawa untuk membuat
tender untuk mana-mana projek mesti diisytiharkan kepada Pejabat
Ketua Pegawai Eksekutif. Ini merangkumi pekerja yang mempunyai
saudara-mara atau sahabat-handai yang bekerja untuk
vendor/pembekal tersebut. Pada ketika itu, pekerja tersebut diminta
untuk tidak melibatkan diri dalam proses tender dan perolehan.

b. Jika terdapat bukti atau rasa syak tentang salahlaku sepanjang proses
tender atau selepas tender dianugerahkan, ia mesti dilaporkan kepada
Ketua Pegawai Ekekutif.

c. Pekerja yang tidak terlibat di dalam proses tender dan pembelian,


adalah dilarang mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan
dengan perkara tersebut.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -41-


iii. Sumbangan oleh vendor atau pembekal

a. Kadangkala memang sukar untuk menolak desakan vendor atau


pembekal untuk membayar kos makanan atau minuman terutamanya
selepas mesyuarat atau perbincangan di mana amalan berkunjung ke
gerai atau restoran merupakan amalan.

b. Persoalan utama adalah sama ada pekerja berasa “terhutang budi”


dengan “layanan” sebegitu. Sekiranya “layanan” ini boleh
mempengaruhi pekerja untuk memilih vendor dalam proses
membuat keputusan, tindakan untuk menghentikan pembabitan
pihak-pihak yang terlibat hendaklah diambil.

c. Sebarang usaha oleh vendor yang melangkaui batasan normal dalam


hal pemberian atau penerimaan hadiah/sumbangan mesti dilaporkan
kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

iv. Komitmen bagi pihak Syarikat

a. Amatlah penting bahawa sebarang komitmen kewangan bagi pihak


Syarikat mestilah berlandaskan batasan kuasa (Limits of Autorithy).
Pihak pengurusan memandang serius akan perbuatan melanggar
batasan kuasa ini dan akan mengambil tindakan disiplin yang tegas
ke atas individu yang terlibat.

b. Semua pekerja mesti menyedari bahawa kelulusan peruntukan


perancangan operasi/belanjawan bukanlah bererti kebenaran untuk
membelanjakan jumlah tersebut. Kelulusan untuk perbelanjaan masih
diperlukan walaupun peruntukan telah diberi.

c. Perbelanjaan yang diluluskan tidak boleh digunakan untuk


pembelian barangan lain yang bukan sebahagian daripada
perbelanjaan yang diluluskan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -42-


d. Tiada seorang pekerja pun dibenarkan meluluskan permohonan
(untuk membeli), membuat tempahan, menerima barangan atau
meluluskan sesuatu invois bayaran secara sendiri. Begitu juga, tiada
individu dibenarkan meluluskan tuntutan atau perbelanjaan sendiri
untuk bayarannya sendiri.

e. Tiada pekerja dibenarkan memecahkan jumlah nilai sesuatu


komitmen seperti pembelian atau kontrak, kepada nilai yang lebih
kecil untuk mengelak daripada mendapatkan kelulusan daripada
pihak berkuasa yang lebih tinggi.

f. Seseorang pekerja hanya boleh menurunkan batasan kuasa kepada


pekerja bawahan dalam lingkungan tugasan yang
dipertanggungjawabkannya; dan penurunan batasan kuasa tersebut
mestilah terhad kepada yang dinyatakan sahaja selaras dengan
batasan kuasa (Limits of Authority) Syarikat. Pekerja bawahan yang
menerima penurunan batasan kuasa tidak boleh menurunkan semula
kuasa tersebut kepada orang bawahannya.

g. Penurunan batasan kuasa tidak mengurangkan


kebertanggungjawaban seseorang ketua yang menurunkan batasan
kuasa.

v. Komitmen oleh pihak yang telah meletak jawatan serta perunding/


konsultan tidak dibenarkan

a. Seseorang pekerja yang telah memberi notis meletakkan jawatan atau


sedang bekerja dalam tempoh notis, atau pekerja yang akan tamat
kontrak kerja/tugasannya dalam masa satu (1) bulan, tidak
dibenarkan membuat sebarang komitmen bagi pihak Syarikat, kecuali
dengan kebenaran.

b. Tiada perunding (iaitu individu yang bukan pekerja sepenuh masa


Pos Malaysia atau pekerja pinjaman sepenuh masa dari syarikat
pelabur) dibenarkan untuk membuat atau meluluskan sebarang
komitmen bagi pihak Syarikat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -43-


vi. Pengendalian wang tunai dan wang Syarikat

a. Semua arahan tentang cara mengendalikan wang tunai dan lain-lain


dana Syarikat di bawah tanggungjawab kita mesti dipatuhi. Kita tidak
akan mengguna, menyeleweng atau melakukan sebarang transaksi
lain dengan dana ini kecuali untuk tujuan yang diluluskan sahaja. Kita
akan mengekalkan kawalan ketat ke atas dana di bawah
tanggungjawab kita, dan melaporkan kepada pihak yang berkenaan
tentang sebarang perbuatan yang tidak mematuhi polisi Syarikat
dengan segera.

b. Kita akan memastikan semua rekod kewangan memaparkan setiap


transaksi dengan tepat. Buku dan rekod Pos Malaysia tidak akan
mengandungi sebarang maklumat palsu dan mengelirukan. Semua
bayaran mesti dibuat untuk tujuan yang dinyatakan. Rekod
kewangan Syarikat mestilah mematuhi prinsip-prinsip perakaunan
am yang diterima pakai di mana semua aset telah diambilkira.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -44-


9. PIHAK LUARAN DAN KITA

9.1 Menjaga Nama Baik Syarikat

Kita akan terus mendukung integriti dan amanah dan tidak membenarkan
diri daripada dicemari oleh tindakan ketidaksopanan samada di tempat kerja
atau di dalam apa jua urusan perniagaan. Kita juga mesti saling hormat-
menghormati di antara semua pihak tetapi senantiasa peka terhadap
kemungkinan berlakunya sebarang masalah. Lebih-lebih lagi, kita mesti
selalu mematuhi perundangan dan peraturan dan memastikan apa jua
keputusan kita adalah profesional dan objektif. Kita mesti menahan diri
daripada terjerat dalam konflik kepentingan pada setiap masa. Sebagai wakil
Syarikat, semua pekerja mesti mengekalkan ketertiban dan membawa diri
secara beretika supaya tidak menjejaskan nama baik Syarikat. Ia juga
merupakan tanggungjawab kita untuk menjaga kepentingan Syarikat.
Adalah menjadi satu keistimewaan untuk kita berkhidmat dalam organisasi
ini dan juga merupakan hak kita untuk menjadikan Pos Malaysia satu
organisasi terpilih.

9.2 Agensi Kerajaan

i. Berurusan Dengan Pegawai Kerajaan dan Kontrak Kerajaan

a. Pekerja Pos Malaysia yang berurusan dengan pihak kerajaan dan


terlibat dengan kontrak kerajaan bertanggungjawab untuk
mengetahui dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang
berkaitan. Kita tidak boleh memudaratkan perhubungan kita dengan
jabatan-jabatan kerajaan.

b. Dalam batasan tugasan kerja yang dibenarkan, pekerja Pos Malaysia


diharap menghulurkan kerjasama untuk melayani permintaan
munasabah untuk mendapatkan maklumat daripada agensi kerajaan.
Namun, pekerja tersebut mesti mendapatkan penjelasan daripada
bahagian-bahagian yang berkaitan di dalam Pos Malaysia sebelum
memberi maklumbalas. Semua maklumat yang diberi mestilah tepat
dan benar. Kita tidak akan meminda atau menyembunyi atau

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -45-


memusnahkan apa jua rekod catatan berhubung dengan sesuatu
penyiasatan atau permohonan yang dilakukan secara sah.

ii. Tawaran dan bayaran haram tidak dibenarkan

a. Pekerja Pos Malaysia tidak akan melakukan atau menawarkan secara


langsung atau tidak langsung sebarang bayaran yang menyalahi
undang-undang kepada pegawai Kerajaan, termasuk pekerja badan
berkanun dan organisasi milik negeri.

b. Larangan ini terpakai kepada semua pekerja dan agen Pos Malaysia.

c. Sebelum melantik agen, pastikan mereka mempunyai reputasi baik


dan memberi persetujuan bertulis akan mematuhi tahap etika Pos
Malaysia dalam bidang ini.

9.3 Pesaing-Pesaing

i. Maklumat milik kuasa pesaing-pesaing, rahsia dagangan dan lainlain

a. Kita tidak akan mencuri atau cuba mendapatkan maklumat secara


tidak sah atau memperolehi maklumat rahsia dagangan menerusi cara
tidak sah daripada pihak tuan empunya. Kita juga tidak akan
memujuk bekas pekerja atau pekerja semasa syarikat-syarikat lain
untuk mendedahkan sebarang maklumat secara tidak sah.

b. Jika maklumat diperolehi secara tidak sengaja dan ia merupakan


rahsia dagangan atau maklumat sulit perniagaan lain atau jika kita
mempunyai persoalan tentang kesahihan maklumat, kita mesti
merujuk hal ini kepada Bahagian Perundangan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -46-


ii. Pengekalan amalan perniagaan beretika dalam suasana persaingan

a. Kita tidak akan sekali-kali menggunakan mana-mana kaedah yang


tidak sah atau tidak beretika untuk memiliki kelebihan di dalam
persaingan (termasuklah mendapatkan maklumat tentang
pesaingpesaing kita).

b. Kita akan menjual produk dan perkhidmatan Pos Malaysia secara adil
dan jujur, dengan memberi penekanan kepada mutu dan nilai produk.

c. Kita tidak akan menggunakan taktik merendah-rendahkan produk


saingan (dalam iklan, demonstrasi atau menerusi komen atau
sindiran).

d. Pengiklanan secara perbandingan hanya dibenarkan apabila


membuat perbandingan di antara produk Pos Malaysia dengan
kenyataan pesaing tentang produk mereka sendiri.

9.4 Media

i. Pertanyaan daripada pihak media atau pihak ketiga

a. Sebarang urusan dengan pihak media dan/atau pihak ketiga mesti


dikendalikan atau dirujuk kepada Jabatan Komunikasi Kumpulan
demi menjamin komunikasi balas yang profesional dan konsisten.

b. Permintaan maklumat daripada penganalisis kewangan dan


pemegang saham juga harus dikendalikan dengan cara yang sama.

ii. Komunikasi Umum

Komunikasi yang berkesan merupakan kunci kepada kecekapan


perniagaan dalam organisasi serta perhubungan organisasi dengan
pelanggannya. Oleh yang demikian, para pekerja adalah diseru untuk:

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -47-


a. merujuk dan mendengar pandangan pihak-pihak yang terkesan
dengan sesuatu keputusan yang diambil dan mengambil kira
pandangan-pandangan mereka ini bila membuat keputusan
selanjutnya, jika praktikal;

b. memberi maklum balas supaya prestasi komunikasi kita boleh


dipertingkatkan; dan

c. bertanggungjawab ke atas mutu komunikasi dengan pelanggan.


Setiap komunikasi dengan pihak pelanggan secara peribadi, menerusi
telefon atau surat-menyurat mestilah dianggap sebagai satu peluang
untuk kita memajukan lagi kualiti komunikasi (cara dan kandungan)
di antara Pos Malaysia dengan pelanggan.

9.5 Parti Politik, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Bukan
Untung (NPO)

Pos Malaysia mengakui peranannya dalam usaha pembentukan nilai pihak


pemegang kepentingan (stakeholders) dan dalam melaksanakan
tanggungjawab korporat sosial; lantaran itu, ia akan mengendalikan hal ini
berdasarkan pertimbangan mengikut keadaan.

i. Penglibatan politik

Pihak Syarikat membenarkan pekerja menjadi ahli biasa mana-mana


parti politik. Namun begitu, ahli-ahli pengurusan kanan,
penguruspengurus dan eksekutif-eksekutif dilarang melibatkan diri
secara aktif dalam kancah politik seperti berikut:

a. memegang jawatan politik atau bertanding dalam pilihanraya politik;

b. bertanding untuk apa jua jawatan dalam mana-mana parti politik;

c. menjadi agen pilihanraya parti politik untuk mana-mana calon;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -48-


d. memancing undi untuk apa jua parti/calon;

e. menerbit atau mengedar buku, majalah dan risalah; dan

f. membuat sebarang kenyataan awam secara lisan dan bertulis.

Pekerja pengurusan dan eksekutif yang sedang bercuti tahunan sebelum


persaraan dibenarkan mengambil bahagian secara aktif dalam medan
politik setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pegawai
Eksekutif.

Pekerja bukan eksekutif boleh bertanding dalam pilihanraya atau


memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kelulusan
bertulis daripada Ketua Pegawai Eksekutif.

ii. Sumbangan kepada NGO dan NPO

a. Dalam kes NGO (Non-Government Organization) dan NPO (Non-Profit


Organization), sebarang sumbangan yang dibuat bagi pihak Pos
Malaysia mesti mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif.

b. Walaupun Syarikat menyokong penglibatan pekerja dalam organisasi


sedemikian, ia harus dilakukan di luar masa kerja dan segala
perbelanjaan ditanggung sendiri.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -49-


10. TATAKELAKUAN

Tatakelakuan pekerja Pos Malaysia adalah seperti termaktub di Buku-buku


Perjanjian Bersama Antara Syarikat dengan Kesatuan-Kesatuan Sekerja dan di
Buku Terma & Syarat-Syarat Perkhidmatan iaitu:

10.1 Seseorang pekerja tidak boleh:

i. membelakangkan kewajipannya pada Syarikat kerana kepentingan


persendiriannya;

ii. berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan


persendiriannya bercanggah dengan kewajipan terhadap Syarikat:

iii. bertindak dengan tidak bertanggungjawab;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -50-


iv. berkelakuan dengan cara yang boleh menjatuhkan reputasi atau
kepercayaan umum terhadap Syarikat;

v. tidak cekap atau tiada keusahaan;

vi. tidak jujur;

vii. tidak bertanggungjawab;

viii. ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

10.2 Seorang pekerja yang membelakangkan kewajipan pada Syarikat kerana


kepentingan persendirian termasuk seperti contoh berikut:

i. menguruskan hal perniagaan atau pelaburan kepunyaan sendiri, atau


suami atau isteri atau isteri-isterinya, anak-anaknya atau
saudaramaranya dalam waktu kerja;

ii. tidak menjalankan kewajipan rasmi seperti enggan menyiasat


pergerakan sahabat karibnya;

iii. mengambil kesempatan untuk menguruskan hal-hal perniagaan


persendirian semasa membuat lawatan rasmi di luar pejabat;

iv. membuat kerja lain semasa bercuti tanpa gaji.

10.3 Seseorang pekerja yang berkelakuan dengan cara yang mungkin


menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan
kewajipannya terhadap Syarikat termasuk seperti contoh berikut:

i. tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah daripada


pembekal, vendor, kontraktor atau pengedar;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -51-


ii. menguruskan hal-hal tender/sebutharga sedangkan beliau mengetahui
bahawa ada di antara mereka yang mengemukakan tender/sebutharga
itu adalah terdiri daripada saudaranya atau kawan rapatnya.

10.4 Seorang pekerja yang bertindak dengan tidak bertanggungjawab termasuk


seperti contoh berikut:

i. Sengaja merosakkan, mengganggu atau menconteng harta benda


Syarikat;

ii. Sengaja tidak melaporkan kerosakan harta benda Syarikat yang


menyebabkan kerugian kepada Syarikat dan/atau pelanggan.

10.5 Seorang pekerja berkelakuan dengan cara yang boleh menjatuhkan reputasi
atau kepercayaan umum terhadap Syarikat termasuk seperti contoh
berikut:

i. sengaja melambat-lambatkan proses pembayaran untuk


pembekalpembekal;

ii. menerima keraian yang boleh dianggap sebagai bukan norma


perniagaan;

iii. disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Jenayah;

iv. berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai seperti mabuk dan


biadap;

v. meletakkan dirinya terhutang budi kerana wang kepada seseorang


yang mungkin menghubunginya dalam melaksanakan tugas
rasminya;

vi. tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya dan


sentiasa bertelingkah bukan sahaja dengan rakan-rakan sejawat tetapi
dengan pelanggan;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -52-


vii. terlibat dalam kegiatan menyeludup dan pasaran gelap;

viii. didapati bertanggungan ke atas tuntutan sivil oleh mahkamah

10.6 Seorang pekerja yang tidak cekap atau tiada keusahaan termasuk seperti
contoh berikut:

i. melengah-lengahkan dalam menjalankan tugas-tugas;

ii. tidak berkebolehan atau tidak berupaya melaksanakan tugas dan


terpaksa diarah sepanjang masa terutama pekerja dalam kumpulan
Eksekutif;

iii. malas atau cuai dalam menjalankan tugas;

iv. tidak mempunyai daya utama dan lemah dalam daya pemikiran untuk
mentadbir Syarikat.

10.7 Seorang pekerja yang tidak jujur termasuk seperti contoh berikut:

i. membuat tuntutan palsu;

ii. mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak betul dari
seorang pekerja dengan tujuan untuk mendapatkan habuan daripada
pekerja berkenaan;

iii. pura-pura sakit dan uzur;

iv. memalsukan sijil sakit;

v. berdalih-dalih atau bercakap bohong dalam apa-apa jua penyiasatan


yang dijalankan terhadapnya;

vi. menyalahguna kuasa atau wang atau harta benda Syarikat untuk
kepentingan persendirian;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -53-


vii. melakukan pecah amanah atau sebarang perbuatan yang dianggap
sebagai pecah amanah

10.8 Seorang pekerja yang tidak bertanggungjawab termasuk seperti contoh


berikut:

i. menghasut pekerja lain supaya jangan terlalu berusaha dalam


menjalankan tugas;

ii. menjalankan tugas tanpa menghiraukan implikasinya terhadap


Syarikat;

iii. mengambil cuti rehat tahunan di saat-saat perkhidmatannya


sangatsangat diperlukan;

iv. mewujudkan suasana yang tegang di pejabat dengan melaga-lagakan


rakan-rakan sekerja untuk kepentingan diri sendiri;

v. tidak melaporkan kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja


bawahan yang dikawal;

vi. tidak menghiraukan atau menjaga harta benda Syarikat;

vii. tidak hadir kerja tanpa cuti atau sebab-sebab yang munasabah;

viii. membazir wang Syarikat dengan pembelian alat-alat yang tidak atau
kurang berguna;

ix. tidak menyerahkan barang-barang pos kepada pelanggan.

10.9 Seorang pekerja yang ingkar perintah termasuk seperti contoh berikut:

i. enggan atau tidak mahu mengikuti atau menjalankan/melaksanakan


arahan lisan atau bertulis berhubung dengan tugas-tugas rasmi;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -54-


ii. membantah atau melawan arahan yang diberi oleh Ketua.

11. LARANGAN

Semua pekerja Syarikat adalah ditegah daripada melanggar perkara


laranganlarangan seperti yang termaktub dalam Peraturan Syarikat, Buku
Perjanjian Bersama Antara Syarikat dengan Kesatuan-Kesatuan Sekerja, Buku
Terma & Syarat-Syarat Perkhidmatan dan semua buku peraturan yang sedang
berkuatkuasa. Pekerja yang melanggar larangan-larangan yang dinyatakan dalam
mana-mana buku serta peraturan Syarikat tersebut boleh dikenakan tindakan
tatatertib. Contoh larangan tersebut termasuk perkara seperti berikut:

i. Membuat pekerjaan luar;


ii. Menerbitkan buku;
iii. Membuat penyataan awam; iv. Membocorkan rahsia Syarikat;
v. Melakukan kesalahan jenayah;
vi. Tidak hadir bekerja tanpa kebenaran;
vii. Semua perbuatan yang boleh dianggap sebagai perbuatan terlarang oleh
Syarikat.
11.1 Pekerjaan Luar

Kecuali setakat mana ia dikehendaki dalam menjalankan tugasnya atau


diberi kelulusan bertulis dengan nyata untuk berbuat demikian oleh Ketua
Pegawai Eksekutif, seseorang pekerja tidak boleh:

i. mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam


pengurusan atau perjalanan apa-apa pengusahaan, perdagangan,
pertanian atau perindustrian;

ii. menjalankan apa-apa kerja bagi mana institusi, syarikat, firma,


koperasi, orang perseorangan atau persendirian bagi tujuan untuk
mendapat upah;

iii. menjalankan kerja sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan


atau keterangan pakar sama ada dengan percuma atau untuk
mendapatkan upah;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -55-


iv. bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.

11.1.1 Seseorang pekerja yang ada kepentingan dalam mana-mana


syarikat, firma atau perniagaan, sama ada secara langsung atau
tidak hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Syarikat akan
kepentingannya.

11.1.2 Walau bagaimanapun, seseorang pekerja boleh memohon


kebenaran untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan
tertentu dari jenis yang disebut di para 11.1(i) hingga (iv) di atas
bagi faedah dirinya atau faedah saudara-mara yang terdekat atau
bagi mana-mana badan yang bukan mencari keuntungan yang ia
adalah pemegang jawatannya.

11.1.3 Bagi menimbangkan sama ada sokongan patut diberi atau tidak,
Ketuanya hendaklah mengambil perhatian tentang tatakelakuan
yang ditetapkan dan khususnya, hendaklah memastikan bahawa
dengan kebenaran itu:

i. pekerjaan luar itu hendaklah jangan dilakukan dalam waktu


kerja pejabat dan semasa pekerja dikehendaki menjalankan
tugas-tugas rasminya;

ii. aktiviti itu hendaklah tidak boleh dengan apa cara sekalipun
menjejaskan tanggungjawab pekerja sebagai seorang pekerja
Pos Malaysia;

iii. pekerjaan atau penguasaan itu dengan apa cara sekalipun tidak
akan bercanggah dengan kepentingan Pos Malaysia atau
menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pekerja sebagai
seorang pekerja Pos Malaysia.

11.1.4 Apa-apa kebenaran yang telah diberikan di bawah perkara


pekerjaan luar ini boleh ditarik balik oleh Syarikat pada bila-bila
masa tanpa memberi apa-apa alasan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -56-


11.2 Penerbitan Buku

Seseorang pekerja tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku,


majalah atau karya-karya lain yang bersumberkan maklumat rasmi Pos
Malaysia melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu
daripada Pos Malaysia.
11.3 Pernyataan Awam

11.3.1 Seseorang pekerja tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis
atau dengan sebarang cara lain membuat sebarang pernyataan
awam melalui apa-apa saluran media melainkan dengan
kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan Syarikat
termasuk:

i. memberi laporan, ulasan atau sebarang kenyataan yang


menyentuh dasar/keputusan Syarikat;

ii. memberi apa-apa penjelasan mengenai apa-apa kejadian atau


laporan berhubung dengan bahagiannya;

iii. memberi apa-apa kenyataan atau penjelasan yang melibatkan


penggunaan nama dan imej Syarikat;

iv. menyebarkan sebarang pernyataan sedemikian, sama ada


dibuat olehnya atau orang lain.

Bagi maksud tatacara ini, “Pernyataan Awam” termasuk


membuat sebarang pernyataan atau ulasan kepada pihak akhbar
atau awam atau semasa memberi syarahan atau ucapan awam
atau dalam sebarang penyiaran sama ada secara ‘audio’ atau
‘visual’ atau membuat pernyataan melalui apa-apa saluran media
termasuk di media sosial.

11.3.2 Seseorang pekerja Pos Malaysia dilarang bertindak sebagai


penyunting atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak
langsung dalam pengurusan, atau dengan apa-apa cara memberi

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -57-


sumbangan wang kepada mana-mana penerbitan, termasuk surat
khabar, majalah atau jurnal kecuali yang berkaitan:

i. Penerbitan-penerbitan untuk bahagian atau pekerja;

ii. Penerbitan-penerbitan profesional, dengan syarat pekerja


mendapat kebenaran bertulis daripada Pos Malaysia terlebih
dahulu.

11.3.3 Apa-apa kebenaran yang telah dinyatakan di atas boleh ditarik


balik oleh Pos Malaysia pada bila-bila masa tanpa memberi
apaapa alasan.

11.4 Rahsia Syarikat

11.4.1 Seseorang pekerja hendaklah merahsiakan segala transaksi, akaun,


maklumat, atau mana-mana kegiatan mengenai Syarikat dan/atau
pelanggannya dan/atau mana-mana orang atau syarikat, firma
atau organisasi yang ada hubungan dengan Syarikat.

11.4.2 Tindakan tatatertib yang serius akan diambil ke atas seseorang


pekerja yang didapati telah membocorkan apa-apa rahsia,
maklumat, transaksi, akaun atau mana-mana kegiatan mengenai
Syarikat kepada sesiapa jua yang tidak berhak menerimanya.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -58-


12. HUKUMAN TATATERTIB TERHADAP PERBUATAN SALAHLAKU
DALAM PERKHIDMATAN

Bergantung kepada beratnya sesuatu salahlaku itu, Syarikat boleh mengambil


tindakan tatatertib seperti berikut:

i. Memberi amaran bertulis kepada pekerja berkenaan

Amaran ertinya suatu amaran secara bertulis yang dikeluarkan oleh


Lembaga Tatatertib Syarikat kepada pekerja. Dalam tempoh enam (6) bulan
dari tarikh hukuman amaran berkuatkuasa pekerja berkenaan tidak boleh
diberi kenaikan pangkat atau memangku jawatan yang lebih tinggi atau
menanggung kerja sesuatu jawatan lain. Kelayakan ini hanya akan dinikmati
semula selepas tamatnya tempoh enam (6) bulan tersebut,dengan syarat,
pekerja tidak lagi melakukan apa-apa perbuatan salahlaku; ATAU

ii. Menggantung pekerja berkenaan untuk satu tempoh tidak melebihi empat
belas (14) hari kerja

Gantung kerja ertinya menghentikan pekerjaan seseorang pekerja selama


tidak melebihi empat belas (14) hari dan beliau tidak berhak mendapat gaji
selama tempoh pergantungan kerja tesebut. Di dalam tempoh satu (1) tahun
dari tarikh hukuman berkuatkuasa, pekerja berkenaan tidak boleh diberi
kenaikan pangkat, memangku jawatan yang lebih tinggi atau menanggung
kerja sesuatu jawatan lain; ATAU

iii. Menangguh kenaikan gaji tahunan pekerja yang masih belum mencapai gaji
maksimum dalam lingkungan gajinya sebanyak tidak kurang dari tiga (3)
bulan untuk tempoh tidak melebihi satu (1) tahun.

Tangguh kenaikan gaji ertinya menangguh pemberian kenaikan gaji


seseorang pekerja yang masih belum mencapai gaji maksimum selama
tempoh yang tidak kurang dari tiga (3) bulan. Pekerja berkenaan tidak
berhak mendapat apa-apa kenaikan gaji yang sepatutnya diperolehi dalam
dan sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa. Hukuman ini juga
mendatangkan akibat berikut ke atas pekerja berkenaan:-

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -59-


(a) Tarikh kenaikan gaji akan diubah kepada tarikh bila hukuman itu habis
tempohnya.
(b) Tarikh kenaikan gajinya akan tetap seperti tarikh yang telah diubah di
bawah perenggan (a) di atas sehingga ia mencapai gaji maksimum; dan

(c) Kehilangan kekananan selama tempoh yang sama dengan tempoh


hukuman itu.

Di dalam tempoh hukuman tersebut, pekerja tidak boleh diberi kenaikan


pangkat, memangku jawatan yang lebih tinggi atau menanggung kerja
sesuatu jawatan lain; ATAU

iv. Turun gaji pekerja yang telah mencapai gaji maksimum dalam lingkungan
gajinya sebanyak tidak melebihi tiga (3) kadar kenaikan gaji di mana ia
berada semasa hukuman tersebut dikenakan bagi tempoh yang tidak
melebihi tiga (3) tahun.

Turun gaji ertinya penurunan gaji seseorang pekerja yang telah mencapai
gaji maksimum dalam tingkatannya atau Khas Untuk Penyandang (KUP)
dari jumlah gaji yang diperolehi pada masa itu ke satu jumlah yang lebih
rendah selama suatu tempoh yang difikirkan patut. Gaji boleh diturunkan
tidak lebih dari kadar bersamaan tiga (3) kenaikan gaji. Pekerja berkenaan
tidak berhak mendapat apa-apa kenaikan gaji yang sepatutnya diperolehi
dalam dan sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa.

Hukuman ini juga mendatangkan akibat berikut ke atas pekerja berkenaan:-

(a) Tarikh kenaikan gaji akan diubah kepada tarikh bila hukuman itu habis
tempohnya.

(b) Tarikh kenaikan gaji akan tetap seperti tarikh yang telah diubah di
bawah perenggan (a) di atas sehingga ia mencapai gaji maksimum; dan

(c) Kehilangan kekananan selama tempoh yang sama dengan tempoh


hukuman itu.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -60-


Dalam tempoh hukuman tersebut, pekerja tidak boleh diberi kenaikan
pangkat, memangku jawatan yang lebih tinggi atau menanggung kerja
sesuatu jawatan lain; ATAU

v. Turun pangkat

Turun pangkat ertinya penurunan pangkat termasuk gred seseorang pekerja


pada masa itu kepada pangkat termasuk gred yang lebih rendah. Dalam
tempoh tiga (3) tahun dari hukuman turun pangkat berkuatkuasa, pekerja
berkenaan tidak boleh diberi kenaikan gaji, kenaikan pangkat, memangku
jawatan yang lebih tinggi atau menanggung kerja sesuatu jawatan lain;
ATAU

vi. Buang kerja

Buang kerja adalah satu tindakan penamatan/pemecatan perkhidmatan


pekerja secara serta merta setelah salahlaku pekerja tersebut dibuktikan.

Bagi semua hukuman yang dinyatakan di atas (para i-vi), pekerja berkenaan tidak
layak mendapat bonus pada tahun keputusan dikeluarkan oleh Lembaga
Tatatertib.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -61-


13. SALAHLAKU DALAM PERKHIDMATAN

13.1 Kategori I – Salahlaku Ringan

(1) Lewat hadir kerja tanpa sebab munasabah.

(2) Merayau atau membuang masa atau memasuki unit atau bahagian
lain dalam kawasan Syarikat tanpa urusan berkaitan atau tanpa
kebenaran pihak pengurusan.

(3) Tidak memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh Syarikat


dengan lengkap semasa bertugas.

(4) Tidak mempamirkan penampilan diri yang kemas sebagai pekerja


Syarikat.

(5) Menghilangkan pakaian seragam yang dibekalkan oleh Syarikat.

(6) Tidak menjaga dengan selamat perkakasan atau harta benda Syarikat
yang diamanahkan sehingga menyebabkan kerosakan/ kerugian
kepada Syarikat.

(7) Tidak cekap dalam melaksanakan tugas

(8) Melengah-lengahkan kerja atau malas melaksanakan tugas yang


dipertanggungjawabkan kepadanya.

(9) Melakukan apa juga bentuk gangguan atau halangan terhadap Ketua
atau rakan kerja ketika sedang bertugas.

(10) Makan atau minum pada waktu bertugas di luar tempat kerja tanpa
kebenaran Ketua.

(11) Menukar tugas shif/tugas biasa atau hari rehat tanpa pengetahuan
dan kelulusan Ketua Pejabat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -62-


(12) Tidak menyelenggarakan buku log secara kemaskini ketika
menggunakan kenderaan Syarikat.

(13) Menyalahguna kemudahan telefon Syarikat bagi urusan peribadi.

(14) Menggunakan alatulis/peralatan Syarikat untuk kegunaan serta


kepentingan peribadi.

(15) Menampal poster atau apa-apa iklan di tempat atau premis Syarikat
tanpa kebenaran pihak Syarikat.

(16) Menjalankan aktiviti pinjaman wang dalam kawasan Syarikat dengan


tujuan perniagaan persendirian.

(17) Berbuat bising dalam kawasan Syarikat.

(18) Membawa atau membenarkan orang luar memasuki pejabat atau


kawasan Syarikat tanpa kebenaran.

(19) Tidak memberitahu Ketua Pejabat apabila berlaku pertukaran alamat


tempat tinggal.

(20) Mana-mana perbuatan atau tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai


salahlaku ringan dalam perkhidmatan.

Salahlaku dalam kategori ini adalah tidak terhad kepada senarai yang
dinyatakan di atas sahaja dan walaupun tidak dinyatakan, pihak pengurusan
berhak menentukan kategori salahlaku sebagaimana yang difikirkan sesuai.

Sekiranya pekerja tersebut melakukan mana-mana salahlaku yang dinyatakan di


atas, tindakan yang sewajarnya boleh diambil kepada pekerja berkenaan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -63-


13.2 Kategori II – Salahlaku Berat

(1) Melakukan kesalahan ringan yang seumpama dengannya melebihi


tiga (3) kali dalam setahun.

(2) Lewat mengemukakan sijil cuti sakit kepada Ketua Pejabat


melampaui tempoh 48 jam tanpa sebab yang munasabah.

(3) Sengaja mendapatkan pemeriksaan daripada doktor lain untuk


mendapatkan sijil cuti sakit setelah gagal mendapatkan sijil cuti sakit
daripada doktor yang membuat pemeriksaan di peringkat awal.

(4) Mendapatkan cuti rehat/cuti sakit/cuti tanpa gaji atau lain-lain cuti
dengan memberikan alasan yang tidak benar.

(5) Mengambil cuti sakit melebihi had yang dibenarkan dalam tempoh
tiga (3) tahun berturut-turut.

(6) Meninggalkan tempat bertugas pada waktu kerja tanpa kebenaran


Ketua atau berada di luar pejabat pada waktu kerja tanpa mendapat
kebenaran Ketua.

(7) Sengaja melambatkan kerja atau memberhentikan kerja atau


mempengaruhi pekerja lain supaya melambat-lambatkan/
memberhentikan kerja sebelum waktu kerja yang ditetapkan tanpa
kebenaran.

(8) Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran Ketua atau sebarang alasan
yang munasabah bagi tempoh tidak melebihi dua (2) hari.

(9) Kecuaian yang nyata yang mengakibatkan kerosakan harta benda


atau mendatangkan kerugian kewangan Syarikat.

(10) Meninggalkan kenderaan Syarikat sewenang-wenangnya dengan


cara tidak selamat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -64-


(11) Menggunakan kenderaan Syarikat atau peralatan Syarikat atau harta
benda milik Syarikat secara tidak sah atau tanpa kebenaran Ketua
pejabat.

(12) Melanggar atau tidak mematuhi arahan yang terdapat dalam


pekeliling atau mana-mana peraturan Syarikat.

(13) Gagal mematuhi arahan atau peraturan berhubung dengan


keselamatan dan kesihatan serta kebersihan tempat kerja.

(14) Berkelakuan yang boleh mendatangkan bahaya yang nyata atau


menggugat keselamatan pekerja lain dalam kawasan Syarikat.

(15) Cuai dalam tugas sehingga mendatangkan kemalangan atau


menyebabkan kerosakan harta benda Syarikat.
(16) Merosakan harta benda Syarikat.

(17) Mengambil atau mengguna harta benda Syarikat tanpa kebenaran.

(18) Dengan sengaja tidak melaporkan dengan segera kepada penyelia


sebarang kerosakan harta benda atau peralatan Syarikat yang berada
di bawah tanggungjawabnya.

(19) Tidak menjaga dengan baik alat perkakas atau harta benda Syarikat
yang diamanahkan sehingga mengakibatkan kerugian kepada
Syarikat.

(20) Melakukan kerja atau menjalankan perniagaan sambilan atas


kepentingan persendirian yang ada kaitan dengan perniagaan
Syarikat dalam atau di luar kawasan Syarikat.

(21) Membuat kerja luar yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi dalam
waktu kerja.

(22) Menolak atau tidak patuh kepada arahan tugas rasmi yang
munasabah daripada Ketua.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -65-


(23) Gagal mengikut arahan yang munasabah daripada Ketua.

(24) Engkar arahan Ketua untuk menjalankan tugas lebih masa demi
kepentingan operasi Syarikat atau mempengaruhi rakan kerja supaya
mengingkari arahan Ketua untuk bekerja lebih masa apabila
diarahkan oleh Penyelia/Ketua Pejabat.

(25) Gagal menyelia tugas pekerja di bawah kawalan sehingga


menyebabkan berlakunya kerugian kepada Syarikat, dan/atau
menyebabkan pekerja di bawah kawalan mengambil kesempatan
untuk bertindak secara tidak bertanggungjawab sebagai pekerja
Syarikat.

(26) Mengabaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh


Syarikat.

(27) Menjual atau mengiklan barangan bukan milik Syarikat kepada


pekerja atau kepada pelanggan Syarikat dalam premis Syarikat dalam
waktu kerja.

(28) Merokok dalam kawasan/tempat terlarang.

(29) Tidur sewaktu bertugas tanpa sebab yang munasabah.

(30) Menyalahguna pas keselamatan yang dibekalkan oleh Syarikat.

(31) Enggan atau cuba mengelakkan diri dari diperiksa oleh pihak
keselamatan, penyiasatan atau mana-mana bahagian yang diarahkan
oleh Syarikat.

(32) Membuat kerja luar atau menjalankan perniagaan dalam waktu kerja
di dalam premis pejabat atau di luar premis pejabat tanpa kebenaran
Syarikat.

(33) Engkar atau gagal membuat pemeriksaan kesihatan apabila


diarahkan oleh Syarikat bagi mengenalpasti jenis penyakit yang
berjangkit.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -66-


(34) Gagal untuk memberikan penjelasan yang memuaskan apabila
didapati memilik atau menyimpan harta benda Syarikat atau
barangan milik Syarikat yang ditemui dalam kenderaan atau dalam
tempat kerja atau di mana-mana tempat yang berada di bawah
tanggungjawab pekerja berkenaan.

(35) Membantu/menghasut pekerja lain supaya melanggar peraturan


Syarikat.

(36) Mendorong pekerja lain untuk bergaduh dalam kawasan Syarikat.

(37) Menulis surat layang dengan tujuan memburukkan pekerja lain atau
Ketua atau imej Syarikat.

(38) Mengadakan mesyuarat yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi


dalam premis pejabat.

(39) Mengambil bahagian secara aktif dalam pertubuhan politik tanpa


kebenaran Syarikat terlebih dahulu.

(40) Berkempen keahlian kesatuan sekerja atau mengutip yuran kesatuan


sekerja atau menjalankan sebarang aktiviti kesatuan sekerja dalam
waktu kerja tanpa kebenaran pihak pengurusan Syarikat.

(41) Menyerahkan kerja kepada pekerja lain tanpa kebenaran Ketua.

(42) Gagal atau tidak melaporkan perbuatan salahlaku yang dilakukan


oleh pekerja bawah kawalan kepada pihak atasan atau pihak
berkuasa.

(43) Tidak mengambil tindakan dengan segera terhadap perbuatan


salahlaku atau sebarang perlanggaran tatatertib pekerja bawah
kawalan sehingga terjadinya kemaafan atau kerugian kepada
Syarikat atau tindakan tatatertib tidak boleh diambil lagi oleh Syarikat
atas salahlaku tesebut.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -67-


(44) Mengambil tindakan di luar bidang kuasa terhadap perbuatan
salahlaku atau sebarang perlanggaran tatatertib pekerja bawah
kawalan sehingga terjadinya kemaafan atau kerugian kepada Syarikat
atau tindakan tatatertib tidak boleh diambil lagi oleh Syarikat atas
salahlaku tesebut.

(45) Mengeluarkan kata-kata kurang sopan atau kata-kata kesat yang


berunsur menghina pekerja lain, atau pegawai atasan atau pelanggan
Syarikat dalam kawasan Syarikat atau di tempat bertugas.

(46) Berkelakuan sumbang.

(47) Berkelakuan biadap atau lucah atau tidak senonoh terhadap Ketua
atau pekerja Syarikat atau pelanggan atau orang awam dalam waktu
kerja.

(48) Menjalinkan hubungan yang melampaui batasan sesama pekerja


tanpa mengira pangkat atau melakukan perbuatan yang tidak
bermoral dalam waktu kerja dalam kawasan pejabat.

(49) Melakukan gangguan seksual dalam waktu kerja dan/atau di dalam


kawasan pejabat atau semasa aktiviti Syarikat.

(50) Sabitan bersalah oleh Mahkamah Syariah atas kesalahan jenayah.

(51) Menyalahgunakan apa jua jenis dadah atau apa-apa bahan terlarang
ketika bertugas.

(52) Disabit kesalahan oleh Mahkamah Jenayah sebagai penagih dadah.

(53) Didapati pekerja bertanggungan terhadap tuntutan sivil oleh


Mahkamah.

(54) Mengepos atau meminda atau memindahkan sebarang maklumat


dari papan kenyataan atau harta benda Syarikat tanpa kebenaran
pengurusan Syarikat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -68-


(55) Mengepos barang persendirian menggunakan perkhidmatan pos
tanpa bayaran yang ditetapkan

(56) Menjual setem dan produk pos di luar jawatannya tanpa kebenaran.

(57) Memberikan maklumat tidak benar atau palsu dalam borang


permohonan pekerja atau semasa temuduga jawatan.

(58) Memberi maklumat atau keterangan palsu atau tidak benar atau
membuat penipuan atau menipu semasa siasatan dibuat ke atasnya
atau semasa proses siasatan dalaman.

(59) Melakukan sebarang kesalahan yang boleh ditakrifkan sebagai


kesalahan berat dalam perkhidmatan.

Salahlaku dalam kategori ini adalah tidak terhad kepada senarai yang
dinyatakan di atas sahaja dan walaupun tidak dinyatakan, pihak pengurusan
berhak menentukan kategori salahlaku sebagaimana yang difikirkan sesuai.

Sekiranya dibuktikan pekerja yang melakukan perbuatan salahlaku yang


dinyatakan di atas, pekerja tersebut selepas siasatan yang sepatutnya boleh
dikenakan hukuman sehingga buang kerja atau mana-mana hukuman lain yang
difikirkan sesuai sebagaimana di perkara 12.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -69-


13.3 Kategori III – Salahlaku Berat Yang Serius

(1) Bertindak dengan apa cara yang dianggap sebagai membelakangkan


kewajipan kepada Syarikat kerana kepentingan persendiriannya.

(2) Menggunakan kedudukan dalam jawatan yang disandangnya untuk


faedah persendiriannya atau pihak lain yang berkaitan dirinya.

(3) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga boleh menjatuhkan


reputasi Syarikat.

(4) Melanggar tatasusila atau etika profesion.

(5) Engkar arahan secara nyata atau bertindak secara tidak munasabah
seperti;
a. Dengan sengaja engkar arahan ketua atau tidak patuh arahan
pengurusan.

b. Berkerjasama dengan pihak lain untuk melanggari peraturan


atau undang-undang yang sah yang diberi oleh penyelia atau
pengurusan atasan.

c. Menyerang atau mengugut rakan sekerja atau pekerja lain atau


Ketua atau pihak pengurusan atasan Syarikat.

d. Melakukan perbuatan yang boleh disifatkan sebagai menggertak


dan/atau mendendam rakan sekerja atau pekerja lain atau Ketua.

(6) Mencuri harta benda Syarikat atau membawa barang-barang curi


dalam kawasan Syarikat atau cuba mencuri, menipu atau cuba
menipu, atau bersubahat untuk mencuri harta benda Syarikat

(7) Melakukan perbuatan yang boleh disifatkan sebagai pecah amanah


ketika melaksanakan tugas.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -70-


(8) Gagal mematuhi tatacara kewangan yang berkaitan dengan
penyediaan bekalan atau tawaran kontrak kepada kontraktor yang
dilantik.

(9) Mendedahkan perkara yang berkaitan dengan harga/nilai kerja


kontrak kepada kontraktor yang memasuki tender yang ditawarkan
oleh Syarikat.

(10) Gagal mengikuti prosedur pengendalian fleet card atau kad-kad


seumpamanya (contoh: touch n go) atau menyalahgunakan ’fleet card’
milik Syarikat untuk kepentingan sendiri.

(11) Gagal membuat pemeriksaan berkala terhadap stok setem, wang


tunai, wang pos dan semua stok yang bernilai wang seumpamanya
terhadap pekerja di bawah kawalan.

(12) Meninggalkan bilik kawalan keselamatan tanpa alasan yang


munasabah.

(13) Tidak hadir kerja melebihi dua (2) hari kerja berturut-turut tanpa
kebenaran Ketua atau tidak memberitahu atau tanpa cuba
memberitahu Ketua pada peluang terawal ketidakhadiran di pejabat.

(14) Mengemukakan sijil sakit palsu sebagai alasan ketidakhadiran ke


pejabat.

(15) Memalsukan atau meminda sijil cuti sakit atau sebarang dokumen
atau tandatangan orang lain untuk tujuan menipu.

(16) Membuat catatan palsu atau meminda kad perakam waktu dengan
tujuan untuk menipu Syarikat atau mengetik kad perakam waktu bagi
pihak pekerja lain.

(17) Membuat tuntutan palsu atau tuntutan yang tidak benar terhadap
Syarikat.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -71-


(18) Melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan untuk tujuan menipu
Syarikat.

(19) Menyamar sebagai anggota Polis,Tentera, JPJ atau lain-lain jawatan


dalam perkhidmatan awam, swasta atau perbadanan awam untuk
mengelirukan orang lain bagi maksud menipu bagi faedah dan
kepentingan sendiri atau pihak lain.

(20) Menyamar sebagai pekerja syarikat di luar bidang tugas dan


jawatannya bagi tujuan menipu untuk kepentingan diri sendiri atau
pihak lain.

(21) Mengambil bahagian atau mempengaruhi pihak lain untuk


melakukan aktiviti yang tidak sah yang melanggar peraturan Syarikat
atau undang-undang seperti mogok atau/dan piket dalam premis
Syarikat.

(22) Menjadi pekerja dalam syarikat lain atau dalam mana-mana


perkhidmatan lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran
bertulis daripada pengurusan Syarikat.

(23) Menganjur atau membantu pekerja lain supaya melakukan


perbuatan-perbuatan salahlaku dalam perkhidmatan.

(24) Menghasut pihak lain atau mengambil bahagian dalam tindakan


perindustrian terhadap Syarikat tanpa kebenaran undang-undang.

(25) Mengambil bahagian dalam aktiviti haram, atau anti-kerajaan atau


anti-Syarikat.

(26) Samada secara perseorangan atau berkumpulan melakukan


perbuatan biadap, menghalang atau cuba menghalang atau enggan
memberikan kerjasama kepada penyelia atau ketua atau pegawai
atasan dalam menjalankan tugas.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -72-


(27) Melakukan kekerasan, memaki, menyerang atau mengancam atau
mencederakan pekerja atau pihak lain di tempat bertugas atau dalam
premis Syarikat.

(28) Merusuh atau berkelakuan liar atau berkelahi pada waktu kerja dalam
premis Syarikat.

(29) Melakukan sebarang tindakan subversif seperti memberontak,


mengamuk, melepaskan kemarahan atau menunjukkan rasa tidak
puas hati secara melampau kepada ketua atau pihak atasan.

(30) Sabotaj atau tindakan untuk memburukkan pekerja lain atau pihak
atasan atau terhadap Syarikat dengan niat untuk menjatuhkan
reputasi atau menyebabkan pihak lain atau pegawai atasan dianggap
tidak cekap, tidak bertanggungjawab atau tidak berkemampuan
melaksanakan tugasnya.

(31) Mendedahkan sebarang maklumat sulit Syarikat kepada pihak lain.

(32) Membuat liputan akhbar berhubung dengan perniagaan Syarikat


tanpa pengetahuan dan kelulusan pihak pengurusan Syarikat.

(33) Menyebar berita palsu atau berita yang tidak benar mengenai Syarikat
di kalangan pekerja atau pihak lain.

(34) Membuat secara lisan atau bertulis atau dengan apa cara lain
pernyataan awam yang merosakkan sesuatu dasar atau keputusan
Syarikat atau apa-apa pernyataan atau ulasan awam mengenai
apaapa perkara berhubung dengan perjalanan Syarikat di mana
sesorang itu berkerja.

(35) Menggunakan laman media sosial bagi menghasut atau menyebarkan


isu yang boleh menimbulkan rasa benci atau hilang kepercayaan
orang lain kepada syarikat.

(36) Bertindak sebagai penyunting atau mengambil bahagian secara


langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau dengan apaapa

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -73-


cara sumbangan wang kepada mana-mana penerbitan (kecuali
penerbitan Syarikat).

(37) Berjudi dalam apa jua bentuk judi yang melibatkan wang/ pertaruhan
dalam waktu kerja dan/atau dalam premis Syarikat.

(38) Melibatkan diri dalam transaksi kewangan yang tidak sah dalam
premis Syarikat.

(39) Menyalahgunakan atau mencuri wang dari mana-mana kutipan


tabung Syarikat.

(40) Menerima sogokan berupa wang atau barangan lain atau menerima
hadiah bagi maksud sogokan daripada mana-mana pihak atas apaapa
perkhidmatan yang dibuat kepada mereka pada waktu menjalankan
tugas harian yang salah di sisi undang-undang.

(41) Menyebabkan kehilangan wang Syarikat atau harta benda Syarikat.

(42) Membuat pengeluaran wang dari mana-mana skim amanah saham


kepunyaan pelanggan tanpa mengikut peraturan operasi atau tanpa
pengetahuan atau tanpa kehadiran pelanggan di kaunter.

(43) Cuai semasa bertugas sehingga menyebabkan berlakunya penipuan


oleh pelanggan terhadap mana-mana pengeluaran wang dari
manamana perkhidmatan agensi yang berdaftar dengan Syarikat.

(44) Mengambil atau menggunakan wang kepunyaan Syarikat atau


menyalahgunakan wang atau harta benda Syarikat yang berada di
bawah tanggungjawab pekerja berkenaan (tanpa mengira amaun).

(45) Didapati tidak jujur atau tidak beramanah sebagai pekerja Syarikat.

(46) Melakukan salahlaku yang bertentangan dengan Akta Perkhidmatan


Pos seperti berikut;

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -74-


a. Melewat-lewatkan tugas serahan di dalam lingkungan
kawasan serahan yang ditetapkan.

b. Membuka barang pos untuk melihat isi kandungan barang


pos yang dikirim dengan pos tanpa kebenaran Ketua.

c. Tidak melakukan serahan barang pos


sebagaimana sepatutnya.

d. Mencabul barang pos atau surat pelanggan yang sedang


dalam perjalanan pos atau dalam pengeposan di pejabat pos.

e. Melakukan sorokan atau menyimpan barang pos yang


berada di bawah bit serahan di dalam premis Syarikat atau di
luar premis Syarikat (tanpa mengira jumlah atau jenis surat).

f. Menyampaikan surat atau barang pos ke alamat selain dari


yang tertera pada surat atau barang pos itu kecuali peraturan
lain memperuntukan sedemikian.

g. Cuai semasa bertugas sehingga menyebabkan kehilangan


surat atau barang pos yang berada di dalam tanggungjawab
pekerja.

(47) Mengaku bersalah di Mahkamah Jenayah.

(48) Sabitan atas kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah di dalam


atau luar negara.

(49) Sabitan bersalah oleh Mahkamah Jenayah sebagai pengedar dadah /


memiliki dadah.

(50) Didapati memiliki atau ditangkap bersamanya dadah atau


bahanbahan terlarang.

(51) Memiliki atau membawa barangan larangan atau merbahaya semasa


bertugas.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -75-


(52) Didapati mabuk atau berada di bawah pengaruh arak atau dadah atau
apa-apa sahaja yang mengkhayalkan semasa menjalankan tugas.

(53) Mencabul atau melakukan kekerasan dengan tujuan untuk mencabul


kehormatan pekerja Syarikat atau orang luar pada waktu kerja atau
dalam premis Syarikat.

(54) Berkelakuan dengan apa cara yang boleh disifatkan sebagai bertindak
dengan tidak bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab
sebagai pekerja Syarikat.

(55) Melakukan sebarang kesalahan yang boleh ditakrifkan sebagai


kesalahan berat yang serius dalam perkhidmatan.

Salahlaku dalam kategori ini adalah tidak terhad kepada senarai yang
dinyatakan di atas sahaja dan walaupun tidak dinyatakan, pihak pengurusan
berhak menentukan kategori salahlaku sebagaimana yang difikirkan sesuai.

Sekiranya dibuktikan pekerja yang melakukan perbuatan salahlaku yang


dinyatakan di atas, pekerja tersebut selepas siasatan yang sepatutnya boleh
dikenakan hukuman sehingga buang kerja atau mana-mana hukuman lain yang
difikirkan sesuai sebagaimana di perkara 12.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -76-


14. PROSEDUR KILANAN

Kilanan membawa maksud sesuatu perkara yang mendatangkan/menyebabkan


pekerja berasa tidak puas hati berhubung masalah kerjanya dan perkara itu ingin
dibawa kepada perhatian ketua terdekatnya dan perkara tersebut kemudiannya
tidak dapat diselesikan secara yang memuaskan pekerja tersebut. Pihak
pengurusan perlu mengiktiraf saluran ini sebagai medium atau saluran
perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan dengan harmoni
dan berkesan.

14.1 Prosedur berikut hendaklah diikuti dalam mengendalikan rungutan pekerja:

PERINGKAT 1 - Berbincang dengan ketua terdekat dalam tempoh


tujuh (7) hari

PERINGKAT 2 - Sekiranya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh


tujuh (7) hari, kemukakan secara bertulis kilanan
tersebut dengan menggunakan borang kilanan
samada terus kepada ketua pejabatnya atau melalui
kesatuan sekerjanya. Ketua pejabat hendaklah
mengambil daya usaha untuk menyelesaikan dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kilanan
tersebut diterima.

PERINGKAT 3 - Sekiranya dalam tempoh tersebut rungutan tidak


dapat diselesaikan atau keputusan tidak memuaskan
hati pekerja berkenaan, dia boleh mengemukan
aduan secara bertulis melalui Kesatuan kepada
Pengurus Bahagian/Negeri dalam tempoh empat
belas (14) hari kerja.

Pengurus Bahagian/Negeri hendaklah mengambil


dayausaha untuk menyelesaikan kilanan tersebut dan
berbincang dengan pihak yang terlibat dalam tempoh
empat belas hari (14) kerja dari tarikh kilanan itu
diterima.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -77-


PERINGKAT 4 - Sekiranya kilanan tidak dapat diselesaikan dalam
tempoh empat belas (14) hari kerja atau jawapan yang
diberikan tidak memuaskan hati pekerja berkenaan,
dalam tempoh empat belas (14) hari kerja, pekerja
berkenaan bolehlah mengemukakan secara bertulis
kilanan tersebut kepada Unit
Perhubungan Perusahaan, Jabatan Sumber
Manusia Kumpulan, Ibu Pejabat Pos
Malaysia melalui Kesatuan Sekerja
berkenaan.

Dalam tempoh empat belas (14) hari kerja, Unit


Perhubungan Perusahaan hendaklah menyelesaikan
kilanan tersebut.

PERINGKAT 5 - Sekiranya kilanan tersebut masih belum dapat


diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari kerja
di peringkat Unit Perhubungan Perusahaan, maka
pekerja tersebut melalui kesatuan bolehlah
mengemukakan kilanan tersebut secara bertulis terus
kepada Jawatankuasa Tetap Syarikat dalam tempoh
empat belas (14) hari kerja. Jawatankuasa tersebut
dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pos
Malaysia.

Jawatankuasa Tetap akan mengambil inisiatif untuk


menyelesaikan kilanan tersebut dengan kesatuan
sekerja berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari
kerja.
Sekiranya kilanan pekerja tidak dapat diselesaikan
PERINGKAT 6- dalam tempoh masa tersebut, maka pekerja boleh
melalui Kesatuan Sekerja berkenaan mengemukakan
kilanan terus kepada Kementerian Sumber Manusia
untuk satu keputusan.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -78-


15. KATA AKHIR

15.1 Harapan Terhadap Pekerja Pos Malaysia

Walaupun pihak Syarikat cuba memastikan kod ini menyeluruh, namun


adakalanya wujud keciciran serta kekurangan dalam sesetengah
peruntukan. Meskipun demikian, pekerja Pos Malaysia mesti mematuhi
semua undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di tempat kerja.
Tekanan atau desakan yang diterima daripada penyelia/pegawai atasan atau
suasana perniagaan bukanlah alasan untuk melanggar undangundang atau
kod pekerja Pos Malaysia. Justeru, semua pekerja hendaklah menjaga
perilaku diri dengan penuh beretika dan bertanggungjawab pada bila-bila
masa walaupun dalam keadaan yang tidak dinyatakan dalam kod ini.
Pekerja yang didapati bersalah melanggar kod ini akan dikenakan tindakan
disiplin yang boleh sehingga dibuang kerja.

15.2 Rujuk Bincang Dengan Ketua dan Pengurus

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kod ini, anda


harus berbincang terlebih dahulu dengan penyelia atau pengurus. Mereka
akan berbincang dengan anda tentang kod ini dan memberi nasihat yang
sewajarnya.

15.3 Tanggungjawab Semua

Pos Malaysia mengiktiraf kepentingan nilai-nilai dan sumbangan setiap


individu kepada syarikat serta komuniti di mana Syarikat kita beroperasi.
Kita hendaklah menerima tugas kita dengan penuh tanggungjawab dan
serius, dan kita mestilah berbangga dengan barangan serta perkhidmatan
kita bermutu tinggi serta reputasi Pos Malaysia. Perlakuan
bertanggungjawab, beretika, menghormati antara satu sama lain dan tidak
pernah gagal menunjukkan sikap jujur dan integriti oleh setiap pekerja akan
memastikan kejayaan Pos Malaysia.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -79-


16. PENUTUP

Semua pekerja Syarikat hendaklah pada setiap ketika mempamerkan disiplin diri
yang positif, berilmu pengetahuan dan mempunyai kemahiran yang konsisten
dengan pembangunan perniagaan Syarikat. Adalah diharapkan nilainilai murni
yang diamalkan secara berterusan ini akan merealisasikan kecemerlangan Pos
Malaysia di dalam perniagaannya.

Kod Kelakuan dan Etika Perniagaan Pos Malaysia -80-

Anda mungkin juga menyukai