Anda di halaman 1dari 3

1.

Terangkan lima (5) kepentingan umum etika profesional dalam setiap bidang pekerjaan yang
diceburi.
Demi melestarikan etika profesional dalam setiap bidang pekerjaan, seorang individu perlu
mengambil tahu dan menghayati kepentingan umum etika tersebut. Antaranya ialah:

i. Membentuk disiplin seorang individu.


Etika profesional merupakan salah satu mekanisme yang mempunyai panduan
jangka masa panjang dalam membentuk disiplin seorang individu untuk mematuhi
etika, peraturan dan undang-undang suatu jawatan yang disandang di dalam sebuah
organisasi.

ii. Mencegah jenayah dalam sebuah organisasi pekerjaan.


Etika profesional memainkan peranan sebagai panduan dan pegangan para
penjawat awam mahupun swasta untuk mematuhi undang-undang sebagai seorang
pekerja terhadap sebuah organisasi. Seorang individu yang bekerja perlu
mengamalkan sikap jujur dan Amanah bagi mengelakkan salah laku kerja dan
jenayah berlaku dalam usaha mencari pendapatan yang halal.

iii. Menerajui cara kerja berkualiti sesebuah bidang pekerjaan.


Setiap etika sebuah profesional mendidik para pekerja untuk mahir dalam bidang
yang diceburi secara berperingkat agar mampu mencapai cara kerja yang berkualiti
dan bermakna sesuai dengan ilmu dan kemahiran yang sedia ada.

iv. Memupuk keyakinan masyarakat terhadap sebuah profesion.


Sebuah masyarakat yang bertamadun pasti menghormati dan yakin terhadap
sebuah profesion pekerjaan di kerajaan mahupun swasta. Hal ini adalah kerana
keyakinan yang dipupuk melalui pendidikan atau pendedahan media terhadap
sebuah etika profesion jelas membentuk sebuah masyarakat yang berpengetahuan.

v. Mencorak sebuah keputusan berlandaskan panduan dan peraturan yang sah.


Etika dalam sebuah profesioan jelas memainkan peranan sebagai satu panduan yang
sah dalam membantu golongan pekerja mencorak keputusan yang tepat.
2. Jelaskan tiga (3) faktor utama yang menyebabkan seseorang pekerja tidak mengamal etika
profesional yang sepatutnya.

 Tidak matang.
Seseorang pekerja yang tidak matang, sukar untuk mengamalkan etika profesion
dengan baik dan kerap mempamerkan sikap yang tidak disenangi oleh rakan kerja
yang lain.

 Mementingkan diri sendiri.


Seseorang pekerja yang mementingkan diri sendiri tidak akan mengamalkan etika
professional yang sepatutunya. Hal ini adalah kerana sekiranya individu tersebut
hanya mementingkan diri sendiri maka individu tersebut juga sukar menjalankan
tugasan secara Kerjasama dan perkara ini secara tidak langsung mewujudkan
perrsekitaran kerja yang negatif. Walakin begitu, sikap pentingkan diri sendiri jelas
membuka ruang kepada jenayah rasuah.

 Tiada kesedaran.
Seorang pekerja yang tidak mengamalkan etika professional yang sepatutnya jelas
menunjukkan bahawa, individu tersebut kurang atau tiada kesedaran akan etika
sebuah profesion. Hal ini secara tidak langsung merisikokan cara kerja yang tidak
berkualiti seseorang individu yang bekerja di mana-mana sektor.
3. Huraikan dua (2) cara untuk memastikan seseorang pekerja dapat mengamalkan etika
professional dengan berkesan.

Setiap pekerja seharusnya mengamalkan etika professional yang berkesan agar mampu
mencapai KPI pekerjaan masing-masing. Dalam usaha mencapai penerapan etika
professional yang berkesan, setiap individu perlu sedar akan kepentingan menjaga etika
kerja dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang termaktub. Antaranya dengan:

 Mengamalkan corak pemikiran yang positif.


Seseorang pekerja yang mengamalkan corak pemikiran yang positif mempunyai
kesedaran untuk menjaga etika kerja dengan sebaik mungkin tanpa membatasi
mana-mana peraturan mahupun undang-undang. Sekiranya individu tersebut
mengamalkan corak pemikiran yang positif, ianya bukan sahaja menjaga kredibiliti
pekerjaan, malah memupuk sikap terbuka menerima teguran dan pandangan
daripada pihak majikan dan rakan sekerja. Hal ini secara tidak langsung membina
pegangan seseorang pekerja untuk mengamalkan etika professional dengan
berkesan.

 Memupuk sikap jujur dan amanah.


Seseorang pekerja yang mengamalkan cara kerja yang jujur dan amanah bukan
sahaja boleh dijadikan role model, malah membantunya mencorak cara kerja yang
berkualiti. Hal ini juga secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada
individu tersebut untuk menerapkan amalan telus dalam pekerjaan agar mendapat
rahmatNya serta memperolehi pendapatan yang berkat.

Anda mungkin juga menyukai