Anda di halaman 1dari 11

Kitab Usul At-Tahqiq

Ini Kitab ” Syarah Usul Al-Tahqiq “ Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa
Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama’ as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan
ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhbarkan hamba oleh “Ba’dha saqata”
bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.

“Bismillah hirrahmanirrahim”

Dengan tolong Allah Ta’ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam
negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia,
Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala
hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian.

” Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta’ala, Tuhan seru oleh sekelian alam “

” Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala orang yang takut mereka itu akan Allah
Ta’ala “

” Dan Rahmat Allah Ta’ala dan Salam Allah Ta’ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu
penghulu segala Rasul “

” Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang baik lagi suci mereka itu
daripada salah “

Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu Risalah Usul Tahqiq; ertinya
Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon Agama.

Sabda Nabi s.a.w: “Awalluddin Ma’rifatullah” Ertinya: ‘Pertama-tama ugama itu “Mengenal
Allah”..

Maka adalah makna ‘Ma’rifat’ ertinya “Mengenal” itu ;

Ertinya: “Simpulan yang putus; yakni pegangan yang teguh, yang berbetulan ia dengan
yang sebenar daripada dalil.”

Maka adalah dalil itu 2 perkara:-

Pertama-dalil Naqli namanya iaitu firman Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah.

Kedua -dalil ‘Aqli namanya iaitu menyatakan ia akan keadaan Allah Ta’ala itu.

‘Itiqad atau Pegangan Yang Salah :

1. Jikalau ada seseorang ‘itiqadnya putus tetapi tiada berbetulan ia yang benar, maka
BUKAN ia bernama ‘Ma’rifat’ ,maka adalah namanya itu seperti itiqad Falsafah; – yang
mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau jadi dengan sendirinya).

2. ‘Itiqad Qadariah – Qudrat hamba yang baharu ini boleh memberi bekas.
3. ‘Itiqad Nasrani – Mengatakan Nabi Allah Isa a.s itu anak Allah Ta’ala. Dan berbagai-bagai
lagi ‘itiqad yang tiada berbetulan bagi yang benar.

4. Jikalau ada seseorang itu ‘itiqadnya putus lagi berbetulan bagi yang benar tetapi TIADA
padanya dalil Naqli dan dalil Aqli (akal) maka BUKAN ia dikatakan ‘Ma’rifat’ , sebaliknya itu
‘Taklid’ namanya, ertinya mengikut-ikut perkataan orang sahaja.

‘Itiqad Yang Benar :

Yang dikatakan ‘Ma’rifat’ ialah seseorang itu ‘itiqadnya putus berbetulan yang benar dan
ADA padanya 2 dalil iaitu Firman Allah Ta’ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah saw.

Asal makna ‘MAKRIFAT’ itu – ialah “Membezakan antara yang Qadim dengan Muhadas”

Yang Qadim itu :- Zat Allah Ta’ala, Sifat-sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma’
(Sempurna Nama atau Kata-kata Allah Ta’ala), yang terkandung pada Kalimah Syahadah
Tauhid yakni Kalimah pengakuan mengEsakan Allah Ta’ala iaitu :

” AS HADU AL LAA ILAHA ILLALLAH “

Ertinya: ” Aku ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah; itulah Tuhan “

Rukun Syahadah itu terbahagi kepada 4 perkara :

1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta’ala.

2. Mengisbatkan ada Sifat (Kelakuan) Allah Ta’ala.

3. Mengisbatkan ada Efeil (Perbuatan) Allah Ta’ala iaitu mengadakan segala

“Mumkin” (alam dunia) atau tidak mengadakan segala “Mumkinat” itu.

4. Mengisbatkan ada Asma’ Allah – (Sempurna Nama atau Kata-kata bagi Zat)

iaitu segala 25 para Rasul itu dari Nabi Allah Adam hingga Nabi Muhammad

saw. adalah Kata-kata bagi Zat Allah Ta’ala.

- membenarkan segala Perkataan, Perbuatan, Kelakuan dan segala diamnya

tiada menyalahi akan Rasul Allah.

Fardhu Syahadah terbahagi kepada 2 perkara :

1. Melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu dengan lidah pada sekali seumur hidupnya.

2. Menyungguhkan maknanya didalam hati sentiasa selama hidupnya; harus jangan berkata
putusan selagi ia berakal.
Itulah pertama-tama Fardhu daripada segala fardhu ‘Ain; dahulunya daripada segala ibadat
seperti sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, Zakat dan Mengerjakan Haji ke
Baitullah dan merupakan SYARAT pada MENGESAHKAN segala ibadah dan jikalau tiada
mengetahuinya makna Dua Kalimah Syahadah itu, maka belum lagi dikatakan SAH amal
ibadat yang lain itu.

Hendaklah kita bersungguh-sungguh memahamkan makna Dua Kalimah Syahadah itu dan
untuk memahaminya perlulah terlebih dahulu mengetahui segala Sifat yang WAJIB bagi
Allah Ta’ala dan para Rasul-Nya serta segala Sifat yang MUSTAHIL pada keduanya dan
segala yang HARUS pada keduanya itu.

Oleh yang sedemikian wajiblah segala orang yang akhil baligh, laki-laki dan perempuan,
merdeka atau hamba sahaya dan sebagainya mengenal segala Sifat yang wajib, yang
mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala serta segala Rasul Allah itu sebagaimana sabda
Nabi saw.: ‘ Awaluddin Ma’rifatullah ‘;

Ertinya : ” Pertama-tama Agama itu mengenal Allah .”

Yakni mengenal segala yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Zat dan Sifat Allah
Ta’ala. Bukannya mengenal kepada diri Zat Allah dan ketentuan daerahNya dan tempatNya
dan rupaNya, mustahil demikian itu dan adalah ditegah oleh Allah Ta’ala seperti firmanNya
dalam Al-Quran Surah ‘Ali Imran ayat ke 30 ;

Ertinya: “..telah dipertakuti Allah akan kamu pada mendapatkan kepada ZatNya itu..”

Dan firmanNya dalam Surah Al-An’aam, ayat ke 103 ;

Ertinya: “..Tiada mendapat akan Dia segala penglihatannya dan DiaNya yang boleh
mendapat akan segala penglihatanNya. “

Dan sabda Nabi saw:

Ertinya: “..Maha Suci Tuhanku, tiadalah ku kenal Tuhanku akan sebenar-benar pengenal
kami akan Tuhan ku..”

Dan kata Saidina Abu Bakar;

Ertinya: “..Lemah pendapat daripada yang mendapat akan yang didapat, itulah pendapat.”

Kata setengah Ulama’;

Ertinya: ” Tiap-tiap barang yang tersangka-sangka ia dengan segala sangka kamu itu dan
kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu itu,

maka ia itu baharu jua seperti kamu.”

Maka nyatalah segala pengetahuan orang yang sesat itu yang menyangka-nyangka ia pada
‘itiqadnya Allah Ta’ala itu bertempat atau berupa atau boleh menyamakan Dia dengan
sesuatu disangkakannya benar-benar DIRINYA itulah ALLAH TA’ALA. Maka ‘itiqad ilmu
orang itu salah; yang lemah, besar menjadi kafir.(Na’uzubillah..)
Maka hendaklah engkau fahamkan ia akan makna Kalimah Syahadah ini baik-baik dengan
dalil Naqli iaitu dalil Al-Quran dan Hadis serta dalil Aqli’ iaitu akal yang nurani pada
mengambil nazar yang sahih pada menilik kejadian 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Siapa yang menjadikan dianya itu ? Bolehkah ia jadi dengan sendiri atau adakah ada orang
lain yang boleh menjadikan dia atau tidak boleh menjadikan dia ? Demikian juga tilik pula
oleh mu pada kejadian diri kita ini seperti firman Allah Ta’ala :

Ertinya :”Katakanlah ya, Muhammad (kepada mereka) : ‘ Tilik oleh kamu semuanya apa-apa
yang ada didalam tujuh petala langit dan bumi “.

Maka adalah yang nyata kepada segala orang yang berakal itu tanda bekas Qudrat dan
Iradat Allah Ta’ala jua yang nyata; yakni bekas tanda Kuasa Allah dan KehendakNya juga
yang nyata. Bukan langit dan bumi sahaja yang Allah Ta’ala suruh tilik, bahkan pada diri kita
ini pun disuruh tilik sebagaimana firmanNya dalam Al-Quran :

Ertinya: ” Pada diri kamu itu, mengapakah tiada kamu tilik..? “

Yakni pada kejadian diri kamu ini mengapakah maka tiada kamu membicarakan. Dan lagi
firman Allah Ta’ala :

Ertinya: ” Lagi akan Kami perlihatkan akan segala tanda Kami taraf alam ini dan pada diri
mereka itu hingga nyatalah bagi mereka itu bahawasanya

Allah itu ADA (Ujud) sebenarnya “.

Dan lagi firman-Nya :

Ertinya: ” Maka hendaklah dibicarakan oleh manusia itu daripada apa ia dijadikan itu; iaitu ia
dijadikan daripada air yang terpancar keluar daripada antara sulbi bapanya dan antara
tara’ib ibunya”.

Bukannya keluar itu daripada sulbi dan tara’ib yang (tanyir) ia keduanya itu iaitu Qudrat Allah
Ta’ala dan Iradat juga kerana keduanya didalam perintah Qudart dan Iradat Allah Ta’ala.

Maka adalah Qudrat Allah itu suatu SifatNya yang ‘Maudud’ dengan dia mengadakan
mumkin; daripada tidak ada kepada adanya dan daripada adanya kepada tidak ada.

Dan Iradat Allah itu suatu SifatNya yang maudud dengan dia menentukan mumkin dengan
setengah barang yang harus atau mumkin itu. Bukan semuanya yang harus itu ditentukan
oleh Iradat itu seperti gerak dan diam; ada dengan tiada; panjang dengan pendek; besar
dengan kecil; tebal dengan nipis; atas dengan bawah; kiri dengan kanan; hadapan dengan
belakang dan lainnya.

Maka semuanya itu harus balik bagi ‘semumkin’ ini tetapi mustahil boleh berhimpun dua
yang berlawanan kepada ‘semumkin’ ini kerana yang ditentukan oleh Iradat Allah itu suatu
daripada keduanya bukan keduanya.

Demikian juga Firman Allah :


Ertinya: “Maka tidakkah dilihat oleh kamu yakni tidakkah kamu lihat dan kamu bicarakan
akan air mani yang kamu tempuhkan ke dalam rahim perempuan itu, kamukah menjadikan
akan dia itu atau Kamikah yang menjadikan anak itu ?”

Dan Firman-Nya :

Ertinya: “Maka tiadakah kamu lihat akan benih yang kamu tanam itu, adakah kamu
menumbuhkan akan dia atau Kamikah menumbuhkan akan dia ?”

Dan lagi Firman-Nya :

Ertinya: ” Mengapa tiada menilik, membicarakan akan mereka itu kepada unta itu betapa
dijadikan Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada segala langit yang tujuh

betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu kepada gunung,

betapakah didirikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu

kepada bumi, betapakah dihamparkan akan dia.

Maka ingatkan olehmu (ya, Muhammad) hanya sesungguhnya engkau itu mengingatkan
saja tiada boleh kuasa engkau itu dengan mengerasi atas mereka itu. “

Kata Syeikh Ibrahim Al-Qani didalam Kitabnya yang bernama :

Ert

Perintah Allah Ta’ala darpada yan lainnya kemudian daripada sudah menilik kepada
kejadian dirimu itu, maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang tinggi iaitu segala
langit. Kemudian maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang indah itu.

Ertinya: “Engkau dapatlah dengan menilik sekelian itu akan perbuatan tukang yang indah-
indah perbuatannya tetapi dengan dialah berdiri tanda tidaknya dahulu dan baharu adanya
ini.”

Ertinya: ” Dan tiap-tiap barang yang harus itu baharu adanya daripada dahulu, niscaya
mustahil atasnya itu sedia sekali-kali.”

Kerana itulah Hadis Nabi saw:

Ertinya: ” Fikirkan oleh kamu pada segala yang dijadikan Allah Ta’ala dan jangan kamu
fikirkan pada diri Zat Allah Ta’ala “.

Inilah kata Imam Sanusi….

Ertinya: ” Bermula perbuatan itu baharu dan ia itulah bekas menunjukkan ia atas 4 nama :-

i) Zat yang Hidup. ii) Zat yang Tahu iii) Zat yang Kuasa. iv) Zat yang Berkehendak.

Ertinya: ” Dan nama itu menunjukkan ia atas segala sifat; dan iaitu Hidup – dan jikalau tiada
ZatNya itu Hidup, tiadalah bersifat Yang Hidup. Jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan
Tahu, tiadalah bernama Zat Yang Tahu dan; Kuasa, jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan
Kuasa, tiadalah bernama Zat Yang Kuasa dan; Mengkehendaki, jikalau tiada ZatNya bersifat
dengan Mengkehendaki niscaya tiadalah bernama Zat Yang Mengkehendaki.”

Ertinya: ” Dan segala sifat itu menunjukkan ia atas ZatNya kerana tiada berdiri segala sifat
itu dengan sendirinya “.

Maka nyatalah dengan firman Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah s.a.w. kata segala ulama’
yang besar-besar itu bahawasanya Allah Ta’ala itulah menjadikan alam ini.

Maka wajiblah kita ketahui akan wajib lagi nyata Ujud Zat Allah Ta’ala itu dan wajib Zat itu
ersifat Qidam, ertinya Sedia adanya; Baqa’ ertinya Kekal adanya Zat Allah Ta’ala; dan
Mukhalafah tuhulilhawadis ertinya Menyalahi ada Zat Allah Ta’ala itu bagi segala yang
baharu ini; Wahdaniah ertinya Esa Zat Allah Ta’ala itu ertinya ‘Tiada menduai bagi ZatNya
dan Tiada yang menduai SifatNya dan Tiada yang menduai bagi PerbuatanNya.

(Ketahui olehmu) hai segala orang yang belajar maka dengan kata kita serta ‘itiqadkan Nabi
Muhammad itu Persuruh Allah wajib padanya siddiq, ertinya benar.

Terkandunglah Iman kita aka segala malaikat dan Iman kita akan segala Nabi dan Iman kita
akan segala Rasul dan akan segala Kitab yang diturunkan Allah kepada setengah Rasul itu
iaitu 104 Kitab dan Iman kita kepada Hari yang kemudian iaitu Hari Qiamat.

Maka terkandunglah sekelian yang tersebut itu semuanya pada kata kita: “MUHAMMAD
RASULLAH”, ertinya Muhammad itu Persuruh Allah Ta’ala, kerana Nabi Muhammad itu
membenarkan ia akan sekelian itu.

Maka nyatalah yang terkandung pada kata kita: ‘Muhammad itu Persuruh Allah Ta’ala ‘.

Dan 18 Simpulan Iman kita dan ;

4 daripada yang wajib dan;

4 daripada yang mustahil lawan yang wajib itu menjadi ;

—-

8 dan;

2 harus menjadi;

====

10 dan;

4 – Iman kita akan segala Malaikat dan segala Rasul dan akan segala Kitab

____ dan akan segala Hari Qiamat, menjadi;

14 dan;
4 segala lawannya menjadi;

—-

18 (Lapan Belas).

====

Maka 18 ini dengan 50 dahulu pada kata; ” LA ILLAHA ILLALLAH “, itu menjadi

68 Simpulan Iman kita.

Maka terkandunglah pula sekelian itu pada kata ;

” LA ILLAHA ILLALLAH , MUHAMMAD RASULULLAH “

Ertinya: “Tiada Tuhan Melainkan Allah”,” Nabi Muhammad itu Persuruh Allah “

Maka tatkala sudah kita ketahui dan faham kita akan sekelian itu maka sempurnalah, sahlah
kita kata ;

“Asy-hadu al-La illa haillallah Wa-asy haduan-na Muhammaddar-Rasulullah”

Ertinya: “Aku ketahuilah akan bahawasanya Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-
benar sembah, Melainkan Allah dan Aku ketahui akan bahawasanya Nabi Muhammad
Rasulullah itu Persuruh Allah.”

Dan jikalau belum kita ketahui maknanya sekeliannya itu adalah perkataan kita itu berdusta
juga adanya belum lagi ada pada kita Ma’rifat, ertinya ‘ Mengenal ‘. Maksiat lagi taklid juga,
ertinya mengikut-ikut kata orang jua. Seperti Sabda Nabi s.a.w :

Ertinya: ” Apabila kamu ketahuilah terang seperti matahari nyatanya, maka naik saksilah
kamu.”

Yakni tiada lagi syak dan tiada zan dan tiada waham, semata-mata yakinlah kamu. Maka
daripada Nabi diambil qias oleh segala Ahli Sufi r.a pada bicara Zikirullah itu hendaklah
dilihat nyata cahayanya terang didalam hati seperti cahaya matahari atau cahya bulan atau
seperti emas atau seperti perak yang baru tiada karatan lagi; yakni tiada syak dan tiada zan
dan tiada waham ertinya tiada {kuras}dan sangka lagi didalam hati.

Nyata tersurat didalam hati itu yakni tetap teguhlah yakinnya dan pengenalannya akan
imannya pada ” La illaha illallah, Muhammad Rasulullah “ itu yakni tasdiqnya akan dia
didalam hatinya teguhlah dan tetaplah tiada berubah-ubah lagi kehendaknya itu. Telah
diketahuilah serta fahamlah ia akan sekelian itu didalam hatinya.

Bukannya ada tersurat, yang tersuratnya didalam hatinya daging sekepal yang bernama
jantung itu ada Kalimat Allah atau Muhammad didalam jantung ia seperti ambilan orang
salah.

** WALLAHHU ALAM **
RUJUKAN : DARIPADA KITAB USUL TAHQIQ

Tuhan ku! Akulah hamba Mu yang fakir di dalam kekayaanku, maka bagaimana aku tidak
menjadi orang yang fakir didalam kefakiran ku. Tuhanku, akulah orang yang bodoh didalam
ilmuku, maka bagaimanakah aku tidak lah pula seorang yang bodoh didalam kebodohanku.

Tuhanku, sesungguhnya perubahan kehendakMu dan kecepatan berlangsungnya takdir Mu,


telah mencegah hamba-hambaMu yang ahli Makrifah kepada Mu yang tenang menerima
pemberian dan kebosanan didalam menerima cubaan daripada Engkau.

Tuhanku, daripada keluar apa yang memang patut dengan sifat kejiku dan daripada Mu
pasti keluar apa yang patut dengan sifat kemurahan Mu.

Tuhanku, Engkaulah telah mensifati Dzat Mu dengan lemah lembut dan belas kasihan
kepada ku sebelum terwujud sifat kelemahan ku. Adakah Engkau akan menolakku dari
kedua-dua sifat itu setelah benar-benar terwujud kelemahan ku?

Tuhanku, jika terlihat kebaikkan-kebaikan daripadaku, maka itu semua adalah berkat
anugerahMu dan bagi Mu lah yang hak untuk menuntutku. Dan jika terlihat kejahatan-
kejahatan daripadaku, maka itu semua disebabkan oleh keadilanMu dan bagi Mu lah yang
hak untuk menuntut alasan kepadaku.

Tuhanku, mengapakah Engkau menyerahkan kembali kepada ku untuk menguruskan diriku,


padahal sesungguhnya Engkau telah menyerahkan kepadaku jaminan. Dan bagaimana aku
dihinakan padahal Engkau adalah penolong ku atau bagaimana aku mesti kecewa padahal
Engkau adalah Dzat yang belas kasih kepada ku.

Inilah aku yang berperantara bertawassul kepadaMu dengan kefakiranku untuk menuju
kepadaMu. Dan bagaimana aku mesti berperantara kepadaMu dengan apa juga hal yang
membolehkan aku sampai kepada Mu. Dan bagaimana aku mengadu kepadaMu mengenai
keadaanku, padahal keadaan ku tidak samar atas Mu. Atau bagaimana aku mesti
menerangkan kepadaMu dengan kata-kataku, padahal kata-kataku itu daripada Mu jua,
yang keluar menuju kepadaMu. Atau bagaimanakah Engkau kecewakan harapanku,
padahal harapan itu benar-benar telah datang kepadaMu. Atau bagaimana tidak akan baik
keadaan ku padahal dengan Mu lah keadaan itu berasal dan kembali pula kepada Mu.

Tuhanku, alangkah banyaknya kelembutanMu kepada ku padahal aku sangat bodoh. Dan
alangkah banyaknya kasih sayang Mu kepada ku padahal perbuatan ku sangat buruk.

Tuhanku, alangkah lemah lembutnya Engkau kepada ku, maka apakah gerangannya yang
menghalang ku hingga jauh daripadaMu.

Tuhanku, sesungguhnya aku telah mengerti akan perubahan dunia ini dan silih bergantinya
masa, bahawasanya yang Engkau kehendaki daripadaku adalah Engkau perkenalkan
kekuasaanMu kepadaku didalam setiap sesuatu hingga aku tidak boleh kepada Mu didalam
sesuatu itu.

Tuhanku, sewaktu kekejian ku menutup mulutku, maka sifat kemurahanMu telah membuka
mulutku, dan sewaktu sifat-sifat celaka memutuskan harapanku, maka kurniaMu telah
membuka harapan ku.

Tuhanku, orang yang sudah banyak kebaikannya itu masih banyak kesalahannya,maka
bagaimanakah tidak akan menjadi kesalahan-kesalahan itu sebagai dosa. Dan orang yang
berilmu dan berpengetahuannya itu hanya sebagai pengakuan-pengakuan,maka
bagaimanakah tidak akan menjadi pengakuannya itu sebagai kepalsuan belaka.

Tuhanku, keputusan Mu yang mesti berlaku dan kehendakMu yang memaksa, kedua-
duanya tidak akan memberi kesempatan untuk berkata-kata bagi orang yang pandai
berbicara(berdalih) atau untuk melaksanakan kesakitannya bagi orang yang mempunyai
kesakitan.

Tuhanku, berapa banyak ketaatan yang telah aku lakukan dan tingkah laku yang aku
perbaiki, namun telah menghancurkan keadilanMu atasnya, bahkan membatalkan aku untuk
menerima anugerahMu yang aku hajati.

Tuhanku, Engkau mengerti, meskipun perbuatan taat daripada ku tidak terus menerus,
namun sesungguhnya ketaatan ku itu terus menerus dalam kecintaan dan keazaman ku.

Tuhanku, bagaimana aku berazam, sedangkan Engkau yang menentukan dan bagaimana
aku berazam sedang Engkau yang memerintahkan.

Tuhanku, hilir mudikku pada keduniaan ini menyebabkan jauhnya perjalanku menuju
kepadaMu. Maka kumpulkanlah aku atas Mu dengan sesuatu pengabdian yang
menyampaikan aku kepada Mu.

Tuhanku, bagaimana dapat dijadikan dalil atasMu sesuatu yang tidak ada bagiMu, sehingga
aku menjelaskan kepadaMu. Bilakah Engkau samar sehingga Engkau memerlukan dalil
yang menunjukkan kepadaMu. Dan bilakah Engkau jauh sehingga adanya alam ini dapat
menyampaikan kepadaMu.

Tuhanku, sungguh buta matahati yang tidak dapat melihat kedekatan Engkau. Dan
merugilah perniagaan seseorang yang dia tidak menjadikan untuknya bahagian cinta
kepadaMu.

Tuhanku, Engkau perintahkan aku untuk kembali ke alam ini, maka kembalikanlah aku
kepadanya dengan menyandang cahaya dan petunjuk matahati sehingga aku boleh kembali
kepadaMu dari alam ini, sebagaimana ketika aku masuk kepada Mu dari alam ini dalam
keadaan hati yang terjaga daripada melihat alam ini dan dihilangkan kehendaknya daripada
berpegang kepadanya(dunia). Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Tuhanku, Inilah kehinaan terlintas dihadapanMu dan inilah perilaku ku yang tidak samar lagi
atas Mu. Daripada Mu aku memohon supaya dapat sampai kepadaMu dan dengan Mu pula
aku mencari petunjukMu, maka berilah petunjuk kepadaku dengan cahayaMu untuk menuju
kepada Mu dan tegakkanlah aku dengan kesungguhan beribadah dihadapanMu.

Tuhanku, ajarkanlah kepadaku secara langsung dari ilmu Mu untuk bersembunyi dalam
perbendaharaan Mu dan pelihara aku dengan rahsia namaMu yang terpelihara.

Tuhanku, berilah aku kedudukan sebagai orang-orang ahli hakikat yang telah dekat pada
Mu, dan tuntunlah aku pada jalan orang-orang yang tertarik langsung kepada Mu.(orang
majdzub)

Tuhanku, berilah aku dengan pengaturan Mu dari pengaturanku, dari pilihanku. Dan
tetapkanlah aku pada tempat-tempat keburukanku yang mendesak.

Tuhanku, keluarkanlah aku daripada kehinaan diriku dan berikanlah aku daripada keraguan-
keraguan dan keperkutuanku sebelum aku masuk ke liang kubur. Hanya kepada Mu lah aku
berserah diri, maka janganlah Engkau menyerahkan diriku kepada ku. Hanya kepada Mu lah
aku memohon, maka janganlah Engkau kecewakan aku. Dan hanya kepadaMu lah aku
berharap, maka janganlah pula Engkau halangi aku daripada nikmatMu. Di sisiMu lah aku
mendekat, maka janganlah Engkau jauhkan aku. Dan di pintu Mu lah aku berdiri, maka
janganlah Engkau tolak aku.

Tuhanku, Maha Suci keredhaan Mu dan kerana keredhaan Mu itu, maka bagaimana akan
ada sebab keredhaan daripadaku. Engkau Maha Kaya dengan Dzat Mu daripada
sampainya kemanfaatan kepada Mu daripada Mu, maka bagaimanakah akan memerlukan
daripadaku, sedangkan aku adalah hamba Mu yang tidak berdaya.

Tuhanku, Engkaulah yang telah memancarkan cahaya-cahaya dalam hati para kekasihMu
sehingga mereka mengenal Engkau dan mengEsakan Mu. Dan Engkaulah Dzat yang
menghilangkan rasa keduniaan daripada hati para pencinta Mu sehingga mereka tidak
senang kepada selain Engkau serta tidak mahu kembali bersandar kepada selain Engkau.
Engkau Dzat yang mententeramkan mereka, sekiranya alam-alam ini meresahkan mereka.
Dan Engkaulah satu-satunya Dzat yang mewujudkan mereka sehingga nyata bagi mereka
jalan-jalan kebenaran.

Tuhanku, bagaimanakah boleh diharapkan selain Engkau, padahal Engkau tidak pernah
memutuskan kebaikan. Dan bagaimana boleh diminta kepada selain Engkau padahal
Engkau tidak pernah merubah kebiasaan memberi kurnia.

Wahai Dzat yang telah memberi rasa kepada orang-orang yang mencintaiNya atas
kemanisan bermesra-mesraan denganNya, maka mereka berdiri di hadapanNya dalam
kelembutan kasih sayang. Wahai Dzat yang telah memberi pakaian pada kekasihNya
dengan pakaian kebesaranNya, maka berdiri mereka dalam keadaan merasa agung kerana
keagunganNya.

Tuhanku, Engkaulah satu-satunya Dzat yang selalu ingat kepada hamba-hambaMu sebelum
hamba-hambaMu ingat kepada Mu. Dan Engkau satu-satunya yang mulai memberikan
kebaikan sebelum orang-orang ahli ibadah menghadap Mu. Dan Engkaulah satu-satunya
Dzat Yang Maha Pemurah dengan berbagai pemberian sebelum adanya permohonan
orang-orang yang memohon. Dan Engkaulah satu-satu Dzat Yang Maha Memberi,
kemudian Engkau terhadap apa yang Engkau berikan kepada kami itu sebagai orang-orang
yang berhutang.

Tuhanku, tuntutlah aku dengan rahmat Mu sehingga aku boleh sampai kepada Mu, dan
tariklah aku dengan nikmat Mu, sehingga aku boleh menghadap kepada Mu.

Tuhanku, sesungguhnya pengharapan tidak akan terhenti daripadaMu, walaupun aku telah
derhaka kepada Mu, sebagaimana sesungguhnya rasa takutku tidak akan memisahkan aku
walaupun aku taat kepada Mu.
Tuhanku, sesungguhnya telah menolak aku semua alam ini dalam menuju kepada Mu. Dan
sesungguhnya ilmuku telah memberhentikan aku dihadapan Mu kerana adanya kemurahan
Mu.

Tuhanku, bagaimana aku boleh mencapai kemuliaan padahal Engkau telah menempatkan
aku di dalam kehinaan. Atau bagaimana aku tidak boleh mncapai kemuliaan, padahal
kepada Mu lah aku bersandar. Atau bagaimanakah aku tidak memerlukan, padahal Engkau
telah meletakkan aku di dalam kefakiran. Atau bagaimanakah aku mesti memerlukan ,
padahal Engkau dengan sifat kemurahan Mu telah memberi kekayaan kepada ku.

Tuhanku, Engkaulah satu-satunya Dzat yang tiada Tuhan yang patut disembah melainkan
Engkau. Telah Engaku pertemukan dzat Mu pada setiap sesuatu, sehingga tiada suatupun
makhluk yang tidak mengenal Mu. Dan Engkaulah satu-satunya dzat yang telah
memperkenalkan Dzat Mu kepada ku didalam setiap sesuatu, sehingga aku dapat melihat
Mu dengan jelas di dalam setiap sesuatu itu. Maka Engkaulah Dzat yang cukup nyata pada
setiap sesuatu.

Wahai Dzat yang telah berkuasa dengan sifat kasih sayang Nya diatas Arasy, sehingga
jadilah Arasy itu lenyap di dalam kasih sayang Nya, sebagaimana seluruh alam ini lenyap di
dalam Arasy, dan Engkau lenyapkan pula Arasy itu dengan diliputi oleh berbagai cakerawala
rahmat Mu.

Wahai Dzat yang telah melindungi di dalam dinding-dindingnya daripada jangkauan


penglihatan mata. Wahai Dzat yang terang dan jelas di dalam hati orang-orang ahli makrifat
dengan kesempurnaan dan keindahanNya, sehingga jelas kebesaranNya di dalam hati
mereka. Bagaiman engakau boleh menjadi samar, padahal Engkau Maha Nyata, atau
bagaimana Engkau boleh ghaib, padahal Engkau adalah Dzat Yang Mengawasi dan
sentiasa hadir.

WAHAI TUHAN KAMI, KAMI MENZALIMI DIRI INI, JIKA TIADA DIAMPUNI, MASUKLAH
KAMI KEDALAM GOLONGAN YANG RUGI….

WAHAI TUHAN…KU TAK LAYAK, KE SYURGA MU

NAMUN TAK PULA ….AKU SANGGUP, KE NERAKAMU

AMPUNKANLAH….DOSA YANG KU TERIMA, KAU HARAPANKU

DENGAN RAHMATMU AMPUN KAN DAKU, OH TUHANKU…

Anda mungkin juga menyukai