Anda di halaman 1dari 11

QSU 3053

PEMBELAJARAN MOTOR

TAJUK:

LAPORAN AMALI

NAMA NUR AIMUNI AISYAH MUHAMMAD RIZAL


NO. MATRIK D20221102122
NAMA PENSYARAH CIK NOR FAZILA BINTI ABD MALEK
LAPORAN AMALI

AKTIVITI AMALI 1

Tarikh 29/11/2023
Topik Video demonstrasi dan arahan verbal
Masa Aktiviti 2.00 PTG - 3.00 PTG
Catatan aktiviti Aktiviti yang dijalankan :

Aktiviti 1 : Video demonstrasi


● Pelajar diminta melihat video demonstrasi kemahiran
menolak sebelum membuat 3 kali percubaan menolak bola
hoki di antara kon.
Aktiviti 2 : Arahan lisan
● Pelajar diminta untuk membuat 3 kali percubaan
kemahiran menolak di antara kon berdasarkan penerangan
yang jelas dilakukan oleh guru.
Aktiviti 3 : Kawalan
● Pelajar diminta membuat kemahiran menolak bola hoki
memasukkan di antara tengah kon sebanyak 3 kali
percubaan tanpa sebarang penerangan atau demonstrasi
teknik.
Rumusan aktiviti Rumusan dan Cadangan Penambahbaikkan
● Rumusan : Kemahiran menolak dalam sukan hoki adalah
sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang
ingin disampaikan oleh guru.
● Cadangan Penambahbaikkan : Mempelbagaikan
pengajaran kemahiran atau teknik dalam proses PdP.
Lampiran
AKTIVITI AMALI 2

Tarikh 29/11/2023
Topik Arahan tumpuan dalaman dan arahan tumpuan luaran
Masa aktiviti 3.00 PTG - 4.00 PTG
Catatan aktiviti Aktiviti yang dijalankan :

Aktiviti 1 : Kawalan (Servis Bola Tampar)


● Pelajar diminta untuk membuat servis bola tampar tanpa
sebarang arahan atau penerangan untuk mengetahui
penggunaan teknik tumpuan dalaman atau tumpuan luaran
yang paling berkesan ketika membuat servis bola
Aktiviti 2 : Internal (Servis bola dengan betul)
● Pelajar diminta untuk membuat servis bola dengan
menggunakan cara dan teknik servis yang betul.
● Selain itu,pelajar diterangkan tentang otot-otot yang
terlibat semasa servis bola tampar dan mengaplikasinya
semasa semasa membuat servis.
● Seterusnya,dengan membuat servis bola tampar dengan
teknik yang betul akan meningkatkan kekuatan otot-otot
yang terlibat dalam servis,terutamanya otot lengan dan
bahu.
Aktiviti 3 : External (Servis on the point)
● Pelajar diminta untuk membuat servis bola tampar seperti
dalam permainan bola tampar dengan mempunyai target
atau sasaran di sebelah kawasan pihak lawan.
● Melalui aktiviti yang dijalankan ini murid dapat
meningkatkan kadar koordinasi atlet.
● Selain itu,murid juga dapat meningkatkan potensi hasil
servis bola yang dilakukan dengan lebih baik.
Rumusan aktiviti Rumusan dan Cadangan Penambahbaikkan
● Rumusan : Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
saya dapat mempelajari teknik membuat servis bola
tampar dengan 2 kaedah pembelajaran iaitu Internal dan
external.
● Cadangan Penambahbaikkan : Guru boleh memecahkan
kepada beberapa kumpulan kecil untuk lebih mudah
memantau dan menjalani aktiviti PdP.
Lampiran
AKTIVITI AMALI 3

Tarikh 27/12/2023
Topik Arahan analogi dan arahan eksplisit
Masa aktiviti 2.00 PTG - 3.00 PTG
Catatan aktiviti Aktiviti yang dijalankan :

Aktiviti 1 : Kawalan
● Pelajar diminta untuk membuat jaringan bola keranjang
dengan sebanyak 3 kali percubaan tanpa sebarang
penerangan daripada guru.
Aktiviti 2 : Arahan Analogi
● Pelajar diminta untuk membuat jaringan bola keranjang
dengan membayangkan meletakkan sebuah bekas ke atas
almari yang tinggi dengan sebanyak 3 kali percubaan.
Aktiviti 3 : Arahan Eksplisit.
● Pelajar diberi sedikit penerangan mengenai teknik dan cara
membuat jaringan yang betul sebelum diminta membuat
jaringan sebanyak 3 kali percubaan.
Rumusan aktiviti Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan
● Rumusan : Pilihan aktiviti menjaringkan bola keranjang
adalah satu aktiviti yang sesuai untuk membezakan
pengajaran gaya arahan analogi dan gaya arahan eksplisit.
● Cadangan Penambahbaikan : Guru boleh menggunakan
sukan lain yang lebih mudah untuk membezakan arahan
analogi dan arahan eksplisit.
Lampiran
AKTIVITI AMALI 4

Tarikh 27/12/2023
Topik Maklumbalas hasil dan Maklumbalas prestasi
Masa aktiviti 3.00 PTG - 4.00 PTG
Catatan aktiviti Aktiviti yang dijalankan :

Aktiviti 1 : Larian 50 Meter secara bebas (Kawalan)


● Pelajar dilepaskan untuk membuat larian 50 meter secara
bebas tanpa menerangkan sebarang teknik yang berkaitan.
● Untuk mengetahui penggunaan teknik Knowledge of
performance atau Knowledge of result sesuai untuk
digunakan ketika larian 50 meter.

Aktiviti 2 : Larian 50 meter dengan teknik yang betul


(Knowledge of Performance)
● Pelajar dilepaskan untuk membuat larian 50 meter dengan
mengaplikasikan teknik larian dengan betul yang
diajarkan.
● Untuk menilai teknik larian 50 meter tanpa mengambil
data hasil keputusan akhir larian,ianya berfokus pada
kualiti larian supaya dapat mengenalpasti teknik larian
yang betul.

Aktiviti 3 : Larian 50 meter tanpa menunjukkan demo dan


teknik yang betul (Knowledge of Result)
● Pelajar dilepaskan untuk membuat larian 50 meter secepat
yang mungkin tanpa mementingkan teknik larian dan
hanya menumpukan kepada hasil masa larian selepas
membuat larian 50 meter.
Rumusan aktiviti Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan
● Rumusan : Sukan yang dipilih iaitu larian pecut sesuai
untuk mengaplikasi konsep KP dan KR yang dipelajari.
● Cadangan Penambahbaikan : Guru mungkin boleh
menjalankan aktivti kelas di tempat yang lebih sesuai
seperti trek balapan supaya pelajar boleh melihat dan
belajar dalam situasi sebenar seorang pelari pecut.
Lampiran
AKTIVITI AMALI 5

Tarikh 10/1/24
Topik Praktis rawak dan Praktis blok
Masa aktiviti 3.00 PTG - 4.00 PTG
Catatan aktiviti Aktiviti yang dijalankan :

Aktiviti 1 : Kawalan
● Pelajar dibenarkan untuk membuat sepakan bola futsal ke
tiang gol secara bebas tanpa sebarang latihan atau praktis.
Aktiviti 2 : Praktis Blok
● Pelajar dilatih bagaimana membuat sepakan bola futsal
dengan menggunakan permukaan sebelah dalam kaki dan
membuat cungkilan bola semasa membuat sepakan.
● Seterusnya,pelajar diminta untuk membuat sepakan
dengan target ke arah marker yang telah digantung pada
tiang gol.
Aktiviti 3 : Praktis Rawak
● Pelajar dilatih bagaimana mengawal bola dan membuat
sepakan dari 3 jarak yang berbeza dari tiang gol iaitu 10
meter,15 meter dan 20 meter.
Rumusan aktiviti Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan.
● Rumusan : Penerangan yang diberikan sangat jelas dan
latihan ataupun praktis yang diberikan sangat mencukupi.
● Cadangan penambahbaikan : Guru mungkin boleh
menjalani praktis bersama dengan pelajar supaya pelajar
lebih cepat mempelajari satu-satu teknik dengan betul.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai