Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis, Cikgu Marliana,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Yang Diraikan, Puan Rohana binti Mohd Nor, Mantan Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Sekolah Kebangsaan Singkir

Yang Berusaha, Puan Che Tom Binti Shaari, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Singkir

Yang Dihormati, Encik Khairul Nizam bin Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Muhammad Yusri bin Muhammad Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru Sekolah Kebangsaan Singkir, serta anak-anak murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa, kerana


dengan limpah rahmatNya dapat kita bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini
untuk meraikan majlis perpisahan cikgu yang kita sayangi dan senangi Puan Rohana
binti Md. Nor.

Rakan guru dan anak-anak yang dikasihi sekalian,

Sesuai dengan Tajuk Majlis Perpisahan kita pada pagi ini iaitu Lambaian Kasih Sesaat
Bersama, Sedekad Terasa. Seperti semua sedia maklum, Cikgu Rohana belum sampai
setahun menjadi sebahagian keluarga kita di SK Singkir ini, iaitu seingat saya, Cikgu
Rohana melaporkan diri di SK Singkir pada bulan Julai 2023. Walau pun belum
sampai setahun di sini tetapi peribadi Cikgu Rohana yang ramah, tenang dan tak
lekang dengan senyuman dan gelak tawa beliau membuatkan kami terutama rakan-
rakan guru cepat berasa mesra bila bergaul dengan beliau dan mendapat tempat di hati
semua warga Singkir. Baru sangat kemesraan tercipta, Masa terlalu pantas berlari.
Tidak terasa sudah 8 bulan Cikgu Rohana bersama kita, menabur jasa dan bakti di
sekolah ini. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami semua untuk
melepaskan Cikgu Rohana pergi tetapi kerana Ketokohan serta kepimpinan beliau
yang cemerlang telah menyebabkan beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah
_________________________________ Kedah, Walaupun hati seolah-olah tidak
mengizinkan, namun apakan daya kami semua reda dengan perpisahan ini. Semoga
Cikgu Rohana sentiasa meletakkan kita semua di dalam hatinya.

Rakan guru serta anak-anak murid yang dikasihi sekalian,

Cikgu Rohana atau lebih mesra kami memanggilnya dengan panggilan Kak Ana
merupakan Guru Pen Kanan HEM yang begitu ”down to earth” dan sangat
memahami. Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, easy going dan sentiasa
berusaha mempermudahkan urusan serta tidak menyusahkan orang adalah kualiti yang
perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua. Teringat saya kata-kata bijak pandai
”Jadilah pemimpin yang dihormati bukan ditakuti”. Kerja-kerja menjadi ikhlas dan
ketenangan bekerja menjadi asas kepada kecemerlangan. Kini warga SK Singkir akan
kehilangan Penolong Kanan HEM yang berwibawa dan berkarisma. Kehilangan ini
pasti akan dirasai, Patah tumbuh hilang berganti, namun yang hilang akan tetap abadi
dalam memori dan yang tumbuh mengantikan beliau pula diharapkan dapat
meneruskan legasi SK Singkir. InsyaAllah.

Hadirin yang berbahagia, Kita semua pastinya nanti akan merindui gelak tawa dan
senyuman manis Puan Rohana selepas ini di sekolah. Pada kesempatan ini, saya bagi
pihak semua warga Sk Singkir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Rohana atas sumbangan dan komitmen
sepanjang tempoh perkhidmatan di sekolah ini. Kami berdoa semoga Allah SWT akan
melimpahkan rahmatNya dan peliharaanNya kepada Cikgu Rohana, dipanjangkan
usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan pada setiap
masa. Semoga Allah menganjari kebaikan atas usaha murni yang telah Cikgu
sumbangkan. Insya Allah.

Akhir sekali, saya mewakili rakan-rakan guru yang lain ingin memohon maaf atas
segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang kita bersama-sama
berkhidmat di sekolah ini.
Semoga hubungan ukhwah dan persaudaraan di antara kita sentiasa terjalin walaupun
di mana kita berada dan sebelum saya mengundur diri, saya akhiri ucapan saya dengan
rangkap-rangkap pantun

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan

Walaupun jauh ribuan batu,

Hilang di mata, di hati jangan

Naik rakit bersama kemudi

Kemudi dibawa ke dalam peti

Banyak budi perkara budi

Budi Cikgu Rohana kami sanjungi

Selamat Bertugas di tempat baru Cikgu Rohana dan Salam Perpisahan daripada Kami
semua Warga SK Singkir. Sekian,Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai