Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PEMBENTANGAN SHOWCASE

PENDAHULUAN - CAHAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mewakili rakan-rakan


mengucapkan selamat datang kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu
Langat dan barisan Pentadbir SK Kajang.

Kami akan membentangkan tentang Projek TS15 yang telah kami lakukan
berdasarkan Modul Kefahaman berasaskan Reka Bentuk.

Dalam persembahan yang ditonton sebentar tadi ini, kami telah


menggabungjalinkan empat mata pelajaran iaitu Pendidikan Muzik, Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu.

Mencipta Irama Kejayaan Bersama itulah nama projek kami. Kami telah
menggunakan alat perkusi muzik sebagai alat utama dalam persembahan
projek ini dan bekerjasama demi mengejar kejayaan untuk bersorak bangga
serta melangkah lebih maju Bersama. Semuanya Bersatu kerana cita dan rasa.

PENDIDIKAN MUZIK - SHIVEESH

Semasa dalam mata pelajaran Muzik, kami telah mempelajari cara bermain
alat-alat perkusi ini. Alat perkusi yang telah diajar adalah kompang, kerincing,
kayu tik tok dan tamborin. Kami diajar tentang cara memegang dan memainkan
alat perkusi ini dengan teknik yang betul. Selain itu, kami bermain alat perkusi
ini mengikut tempo yang sesuai. Kami telah bermain alat perkusi ini secara
ensemble.
PENDIIDKAN JASMANI- ALTAF

Kami juga telah melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama melalui
mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam persembahan sebentar tadi, kami
telah dibimbing oleh guru untuk mempersembahkan pergerakan kreatif
berdasarkan penceritaan yang direka cipta dengan seragam menggunakan alat
perkusi mengikut muzik lagu Bujang Lapok. Kami perlu bekerjasama antara
satu sama lain agar pergerakan kami menjadi seragam mengikut muzik yang
dimainkan.

PENDIIDKAN SENI VISUAL – CAHAYA

Sewaktu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kami telah menghasilkan kad
jemputan. Kad jemputan ini dibuat bagi menjemput warga sekolah untuk
menyaksikan persembahan dan pembentangan projek kami ini. Penghasilan
kad jemputan ini dapat mengajar kami mengeksplorasi media dan Teknik
gabungan bagi menghasilkan karya menggambar secara kreatif. Sesebuah kad
jemputan yang dihasilkan perlu mempunyai maklumat yang ringkas dan padat
agar memudahkan tetamu yang melihatnya.

BAHASA MELAYU - SHIVESH

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, kami telah mengasah kemahiran


bertutur melalui projek ini. Pada hari ini kami akan membentangkan tentang
hasil persembahan yang telah ditunjukkan sebentar tadi. Guru telah
membimbing kami bertutur untuk menyampaikan maklumat secara
bertatasusila. Selain itu, guru juga mengajar kami bertutur dengan
menggunakan isi tersurat dan tersirat yang terdapat dalam projek ini secara
keratif dan kritis. Kemahiran ini juga sekaligus membentuk keyakinan dalam diri
kami.
PENUTUP - ALTAF

Kami berasa sangat bangga dan bersyukur kerana dapat menghasilkan dan
mempersembahkan projek ini. Projek ini bukan sahaja dapat meningkatkan
kemahiran pembelajaran kami tetapi projek ini dapat membina jati diri kami
dalam bidang kesenian sekaligus mengajar kami erti Mencipta Irama Kejayaan
Bersama. Sebelum saya mengakhiri pembentangan ini, izinkan kami melafazkan
serangkap pantun.

Bunga layu di dalam taman – Altaf

Bunga ditanam di Kawasan gurun – Shivesh

Warisan Melayu jangan ditinggalkan – Cahaya

Menjadi kebanggaan turun-temurun - Semua

Sekian, terima kasih. (sama2)

Anda mungkin juga menyukai