UKJ331: UKUR KEJURUTERAAN
BAB 3:
KONTUR
PREPARED BY: Sr. NUR HIDAYU ISHAK
Msc GIS. (Geographic Information System) UiTM
FACULTY OF GEOSPATIAL & REAL ESTATE
OUTLINE
Pengenalan Kepada Kontur
Sifat Kontur
Kaedah Menghasilkan Garis
Kontur
OBJEKTIF AM
• Memahami maksud dan kegunaan kontur dalam bidang
pengukuran.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda akan dapat :-
• Menyatakan maksud kontur.
• Mengetahui sifat-sifat kontur.
• Menerangkan kaedah pengukuran untuk penghasilan pelan kontur.
PENGENALAN
• Salah satu unsur yang penting pada suatu peta topografi adalah
informasi tentang tinggi suatu tempat terhadap rujukan
tertentu. Untuk menyediakan variasi ketinggian suatu tempat
pada peta topografi, umumnya digunakan garis kontur
(contour-line).
• Garis kontur adalah garis yang menghubungkan titik-titik
dengan ketinggian sama. Nama lain garis kontur adalah garis
tranches, garis tinggi dan garis lengkung horizontal.
• Garis kontur 25 m, bermaksud garis kontur ini menghubungkan
titik-titik yang mempunyai ketinggian sama 25 m terhadap
rujukan tertentu.
• Garis kontur dapat dibentuk dengan membuat unjuran tegak garis-
garis perpotongan bidang mendatar dengan permukaan bumi ke
bidang mendatar peta. Kerana peta umumnya dibuat dengan skala
tertentu, maka bentuk garis kontur ini juga akan mengalami
pengecilan sesuai skala peta.
• Dengan memahami bentuk-bentuk tampilan garis kontur pada peta,
maka dapat diketahui bentuk ketinggian permukaan tanah, yang
selanjutnya dengan bantuan pengetahuan lainnya boleh
diinterpretasikan.
• Garis-garis kontur merupakan cara yang banyak dilakukan untuk
melukiskan bentuk permukaan tanah dan ketinggian pada
peta, kerana memberikan ketelitian yang lebih baik.
TAKRIF KONTUR
• Satu garis pada sebuah peta yang mewakili satu garis yang
menyambung titik-titik yang mempunyai ketinggian yang
sama di atas tanah.
• Kontur merupakan persilangan permukaan aras dengan
permukaan bumi.
• Sela kontur ialah beza tinggi di antara permukaan-
permukaan aras yang di ambil untuk menentukan kontur.
SIFAT-SIFAT KONTUR
• Tanah yang curam ditunjukkan dengan garis kontur yang
rapat.
• Tanah rata ditunjukkan dengan garis jarang membolehkan
paramuka atau bentuk tanah di baca dari sebuah peta
kontur.
• Satu garis kontur tidak boleh berpecah menjadi dua garis
dengan ketinggian yang sama.
• Satu garis kontur tidak boleh berhenti. Ia mesti menutup
kembali, walaupun tidak seharusnya di dalam sesuatu peta.
• Cerun paling curam ditunjukkan dengan garis normal terhadap
garis-garis kontur .
• Satu garis kontur mewakili satu ketinggian tertentu.
• Garis kontur berharga lebih rendah mengelilingi garis kontur
yang lebih tinggi.
• Garis kontur tidak berpotongan dan tidak bercabang.
UKUR KONTUR
• Ukur kontur mengandungi pengukuran dan plotan garis kontur
di atas sebuah peta atau pelan.
• Boleh dilakukan dengan salah satu cara berikut iaitu:
a. Ukur kontur langsung
• Mengandungi dua proses iaitu:
i. Kawalan tegak - merupakan penentuan sebenar
kedudukan garis kontur di atas tanah
ii. Kawalan mendatar – merupakan pengukuran
kedudukan titik bagi membolehkannya diplotkan.
b. Ukur kontur tidak langsung
• Kontur tidak ditentukan di atas tanah. Kedudukannya ditubuhkan di atas pelan yang
telah diplotkan.
PRINSIP ASAS
• Prinsip berikut digunakan terhadap kedua-dua kaedah kontur
langsung dan kontur tidak langsung.
a. darjah kejituan dalam menentukan garis kontur
bergantung pada skala dan kegunaan pelan yang hendak
dihasilkan. Sela kontur bergantung pada perkara berikut:
i. Harga – lagi kecil sela kontur lagi besar jumlah kerja
yang terlibat terutamanya bagi menghasilkan harga
yang tinggi.
ii. Jenis kawasan – kawasan curam, tidak sekata boleh
ditunjukkan dengan jelas dengan sela yang agak besar,
yang mungkin tidak mencukupi untuk tanah yang rata.
iii. Tujuan pengukuran – satu sela yang kecil diperlukan
untuk reka bentuk butiran dan pengukuran kerja
tanah. Untuk pemetaan topografik satu sela yang
besar 10 atau 20 meter biasanya mencukupi.
b. Titik yang diukur mestilah dipilih supaya melalui hampir
lurus di antaranya. Lebih banyak titik hendaklah
diukurkan di mana adanya lengkung tajam dan titik-titik
yang menonjol di atas garis batas dan lembah adalah
sangat penting.
KEGUNAAN PETA DAN PELAN KONTUR
• Selain menunjukkan bentuk ketinggian permukaan tanah,
garis kontur juga dapat digunakan untuk:
a. Menentukan potongan memanjang ( profile,
longitudinal sections ) antara dua tempat
b. Menghitung luas daerah genangan dan volume suatu
bendungan
c. Menentukan route / trace dengan kelandaian tertentu
d. Menentukan kemungkinan dua titik di langan sama
tinggi dan saling terlihat
KAEDAH LANGSUNG
a. Kawalan tegak langsung
i. Lakukan pengukuran aras dari satu tanda aras (BM) ke
tapak kerja untuk menubuhkan satu tanda aras
sementara (TBM) yang berdekatan dengan tapak kerja.
Pastikan tanda aras sementara di bina di kawasan yang
bebas daripada sebarang kerja pembinaan supaya tanda
tidak akan dimusnahkan.
ii. Setkan alat aras pada satu tempat di mana alat dapat
mencerap sebahagian besar kawasan tapak. Cerap TBM
dengan sebagai pandangan belakang, laraskan tinggi
kolimatan dan hitungkan bacaan yang hendak dicerapkan
untuk setiap kontur.
Ambil bacaan berikut sebagai satu contoh:
Aras Laras bagi TBM 21.736
Bacaan staf Pandangan Belakang ke TBM 2.072
Tinggi Garis Kolimatan 23.072
Bacaan ke staf untuk kontur 20m = 3.81
Bacaan ke staf untuk kontur 21m = 2.81
Bacaan ke staf untuk kontur 22m = 1.81
Bacaan ke staf untuk kontur 23m = 0.81
Dalam ukur aras untuk mengkontur, pandangan ke staf yang
dipegang di atas tanah tidak memerlukan kejituan 1 mm.
iii. Mengambil satu kontur pada satu masa. Arahkan
pemegang staf ke atas dan ke bawah bukit pada tepi
tapak sehingga bacaan yang diperlukan diperolehi.
iv. Setelah memperolehi bacaan staf yang dikehendaki,
tandaan akan di buat dengan mendirikan pancang pada
titik tersebut dan nilai kontur diletakkan.
v. Kerja seperti di atas diulangi bagi setiap nilai kontur yang
diperlukan.
vi. Setelah seluruh kawasan diliputi, satu pandangan
hadapan dicerapkan semula ke TBM.
b. Kawalan mendatar langsung
Selepas selesai pemancangan titik kontur di atas tanah
dilakukan dalam kerja kawalan tegak, kedudukan pancang
mesti diukur untuk membolehkannya diplotkan. Ini boleh
dilakukan dengan :
i. Kawalan terabas - Disini garisan ukur yang lebih sesuai lagi
kedudukannya boleh ditubuhkan untuk mengofset pancang
dengan menjalankan satu siri garisan terabas berdekatan
dengan kedudukan pancang.
ii. Cara kutub – Bearing dan jarak dari stesen terabas atau titik
kawalan penyegitigaan boleh dicerapkan ke kedudukan
beberapa pancang. Bearing boleh diperolehi dengan cerapan
kompas atau teodolit dan jarak diperolehi dengan memita
secara langsung atau kaedah takimetri.
c. Plotan
• Kedudukan pancang diplotkan dari data yang diperolehi
daripada pengukuran kawalan mendatar dan tinggi setiap
titik direkodkan.
• Akhir sekali garis kontur dilukiskan sebagai lengkung yang
melalui kedudukan pancang menandakan setiap kontur.
KAEDAH TIDAK LANGSUNG
• Dalam kaedah tidak langsung, titik-titik yang diletakkan tidak
semestinya jatuh ke atas garis kontur sebenar.
• Titik-titik yang diukur diplotkan dan tingginya direkodkan dan
kemudian titik-titik ini dijadikan sebagai asas untuk
penentudalaman kedudukan kontur
• Terdapat dua sistem asas dalam kaedah ini iaitu:
a. Titik-titik yang hendak diukur diletakkan di sepanjang siri-
siri garisan lurus yang disetkan di atas tapak yang hendak
dikonturkan. Ini memudahkan kawalan mendatar.
i. Kawalan mendatar dengan garis lurus menggunakan
keratan rentas.
b. Titik tinggi – titik yang hendak diukur diserakkan di atas
kawasan, dipilih pada kedudukan perubahan cerun yang
menonjol dipanggil sebagai titik-titik perwakilan.
ii. Kaedah sistem grid
iii. Kaedah keratan lintang
i. Kawalan mendatar dengan garis lurus menggunakan keratan
rentas.
• Cara ini adalah sesuai dilakukan untuk sesuatu kawasan yang
memanjang,misalnya kawasan untuk rancangan jalan-jalan raya, talian
paip, landasan keretapi dan sebagainya.
• Dalam sistem ini keratan rentas disetkan bersudut tepat dengan
garis terabas untuk meliputi seluruh tapak kawasan.
• Staf kemudiannya dipegang pada sela-sela disepanjang garis
keratan rentas. Rekodkan ketinggian staf bagi setiap titik sela.
• Kedudukan staf diplotkan di dalam pelan di sepanjang kedudukan
garis keratan rentas yang telah diplot.
• Aras terlaras setiap titik direkodkan untuk persediaan
penentudalaman kontur.
ii. Kaedah sistem grid
a. Kaedah ini sesuai untuk kawasan ukur yang bertanah pamah
dan terbuka.
b. Menggunakan kaedah ini, satu pemidang grid yang
mempunyai saiz yang bersesuaian dipasang di atas kawasan
ukur yang terlibat.
c. Saiz bagi grid segiempat sama ini bergantung kepada
ketepatan yang diperlukan
d. Untuk kerja-kerja umum, grid segiempat yang bersaiz 10m
biasanya adalah memadai
e. Pemidang grid ini perlulah diikat kepada garisan ukur utama,
iaitu garisan asas, bagi mewujudkan satu kawalan ufuk.
f. Aras untuk setiap titik persilangan akan ditentukan dan
kemudian garis-garis kontur di antara titik-titik persilangan ini
di tentuantarakan.
g. Pemidang grid ini dapat disediakan di atas permukaan bumi
dalam 2 cara iaitu:
• Cara 1
• Cara 2
Cara 1 - Cara ini dianggap memuaskan dari segi teori sahaja, tetapi
kurang sesuai untuk diusahakan kerana terlalu banyak bilangan
pancang jajar yang diperlukan untuk membentuk seluruh pemidang
grid ini.
i. Katakanlah sela grid yang bernilai 10m ditandakan dengan
piket di sepanjang salah satu garisan ukur yang disediakan
untukmengukurkawasanini. Biasanya, garisan ukur ini
merupakan garisan ukur yang terpanjang, iaitu garisan asas.
ii. Di setiap hujung grid akan dibentukkan satu garisan pugak
terhadap garisan asas ini dan sela grid ini juga dipasangkan
dengan piket di sepanjang setiap garisan ini.
iii. Sekiranya suatu binaan garisan-garisan berpalang juga
disediakan pada bahagian tengah pemidang grid, ini akan
memudahkan lagi kerja membentuk pemidang grid ini.
iv. Selepas itu, setiap titik akan dapat ditentukan dengan
membuat jejaran dari dua titik yang bersudut tepat terhadap
satu sama lain
Cara 2
i. Cara ini merupakan cara yang lebih sesuai untuk dilakukan bagi
membentuk satu pemidang grid di atas permukaan bumi.
ii. Piket dipasang di atas garisan asas AL dengan sela grid 10m.
Kemudian garisan-garisan pugak A1A6 dan L1L6 yang jaraknya
katakanlah 50m, masing-masingnya akan ditentukan di atas
permukaan bumi.
iii. Garisan yang menyambungkan titik A6 dan L6 juga akan
ditandakan dengan piket seperti awalnya.
iv. Dengan memasang pita di sepanjang garisan A1A6, staff dapat
ditempatkan pada setiap 10m berpandukan kepada pita yang
telah membentuk satu garisan yang lurus.
v. Proses yang sama ini juga diulang untuk garisan B1B6 dan
seterusnya.
vi. Kedudukan staf didirikan akan dicatatkan dalam ruang buku
catatan buku kerja luar bagi setiap kalinya, misalnya B2, D3 dan
sebagainya.
vii. Satu lakaran yang menunjukkan susunan pemidang grid,
termasuklah huruf-huruf rujukan dan nombor juga akan
dicatatkan dalam buku kerja luar bagi menunjukkan perkaitan
terhadap garisan ukur yang asal. Tujuannya supaya rangkaian grid
dapat di plot dengan senang dan tiada kekeliruan.
viii. Setelah kerja menghitung untuk aras laras bagi setiap titik
persilangan telah siap disediakan, maka aras laras yang berkenaan
ini masing-masing akan dicatatkan pada persilangan grid yang
berkenaan.
ix. Ini adalah untuk kerja menentu antarakan garis-garis kontur.
GAMBARAJAH KONTUR
GAMBARAJAH KONTUR
THANK
YOU