Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH SESI PETANG

PERKARA KATA-AKATA ALUAN ANN Assalamualaikum wbrkth dan salam sejahtera . Yang berusaha Pn.hjh Wardah bt Hamzah (penolong kanan petang), Pn.Hjh Rahimah bt Abd Latiff(Pembantu penolong kanan petang), Barisan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Objektif Untuk pengetahuan semua guru dan para pelajar, pada hari ini sekolah kita telah mengadakan satu majlis yang amat bermakna dan bersejarah iaitu penyampaian watikah barisan kepimpinan bagi tahun 2012 SMKBDP. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan bagi setiap unit yang terdiri daripada 7 Unit iaitu : (i) Badan Pengawas Sekolah (ii) Pengawas Pusat Sumber (iii) Pembimbing Rakan sebaya (iv) Barisan Majlis tingkatan (v) Pengawas Spbt (vi) Pengawas Surau Sekolah (vii) Pengawas Koperasi Dengan pelantikan ini, diharapkan dapat menggarap seni kepimpinan dalam kalangan pelajar-pelajar SMKBDP. Majlis memperkenalkan barisan kepimpinan Dengan itu, majlis menjemput barisan kepimpinan untuk tampil ke pentas. Dimulai dengan barisan tunggak kepimpinan sekolah iaitu BADAN PENGAWAS SEKOLAH. (baca senarai nama) Diharapkan agar semua barisan Pengawas Sekolah akan dapat menjalankan tugas dengan sempurna demi sekolah tercinta. Seterusnya diperkenalkan pula barisan kepimpinan Pengawas Pusat Sumber. (baca senarai nama) Pn.Nur Salisa Pn.Izmun Nazira Pn.Nur Salisa P.I.C Pn.Izmun Nazira

Diharapkan agar kalian dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi Dijemput barisan Pembimbing Rakan Sebaya untuk memperkenalkan diri. (Baca senarai nama) Jasa kalian amat diperlukan dalam membimbing rakan seperjuangan. Seterusnya dipersilakan pula barisan majlis tingkatan. (Baca senarai nama) Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas buat kalian. Seterusnya dipersilakan Pengawas SPBT untuk tampil memperkenalkan diri. (Baca senarai nama) Seterusnya dipersilakan Pengawas Surau Sekolah (BADAR) (Baca senarai nama) Surau dijulang , Islam pasti kan terbilang. Tahniah dan selamat menjalankan tugas. Majlis diteruskan dengan menjemput barisan kepimpinan Pengawas Koperasi Sekolah untuk tampil memperkenalkan diri. (Baca senarai nama) Tahniah dan semoga kalian dapat menjaga kebajikan koperasi sekolah dengan sempurna.

Pn.Izmun Nazira

Pn.Nur Salisa

Pn.Izmun Nazira

Pn.Nur Salisa

Pn.Izmun Nazira

Demikianlah tadi sesi perkenalan bersama barisan kepimpinan sekolah bagi setiap unit. Majlis merakamkan ucapan tahniah dan mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah kepada semua barisan kepimpinan sekolah sesi 2012. Semoga kalian dapat membimbing, membantu, memimpin rakan-rakan seperjuangan dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Ingatlah bahawa anda telah diamanahkan untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan menjadi contoh buat rakan-rakan dan amatlah besar kesalahannya jika kalian tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Majls diserahkan kepada pengerusi majlis perhimpunan rasmi.

Pn.Nur Salisa

Pn.Izmun Nazira

Anda mungkin juga menyukai