Anda di halaman 1dari 1

Ilmu merupakan suatu aset yang amat penting dalam kehidupan setiap insan di dunia ini.

Hal ini demikian kerana tanpa ilmu, seseorang itu tidak mungkin mampu melakukan apa-apa untuk meneruskan hidupnya di dunia ini. Kerana tanpa ilmu, seseorang itu tidak akan tahu apakah tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan sesuatu akibat kejahilannya. Sesungguhnya, terdapat pelbagai kepentingan menuntut ilmu kepada kehidupan manusia. Ingatlah bahawa ilmu mampu menghubungkan antara insan dengan Penciptanya kerana manusia yang mengenali diri akan patuh kepada hukum Tuhan. Apa bila seseorang insan itu mematuhi kepada hukum Tuhan, dia akan menjadi seseorang yang tidak sombong terhadap makhluk lain. Seseorang itu akan menghormati manusia lain yang dicipta oleh Tuhan tidak kira kecacatan atau kelebihan yang ada pada seseorang itu. Di samping itu, ilmu juga adalah bekalan hidup masa depan kita. Hal ini demikian kerana masa depan kita bergantung kepada sebanyak ilmu yang telah kita tuntut. Tanpa ilmu, minda kita tidak mampu untuk berfikir tentang masa depan kita, sekaligus membuatkan kita kebuntuan jalan dan terpaksa hidup dalam kejahilan dan gagal untuk menjumpai segala peluang untuk bekerjaya dan berjaya dalam hidup kita. Seterusnya, dalam konteks sosial, ilmu dapat mengubah taraf hidup seseorang. Misalnya, mengubah seseorang daripada miskin akibat kejahilan kepada seseorang yang mempunyai harta kerana mempunyai ilmu untuk membantunya bekerjaya. Ilmu juga mampu meningkatkan taraf sosioekonomi seseorang itu. Ilmu mampu membuatkannya mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan mempunyai banyak kenalan. Konklusinya, ilmu amatlah penting bagi kehidupan seseorang individu. Ilmulah yang membezakan antara manusia yang berhikmah dengan manusia yang jumud. Kita sewajarnya menuntut ilmu kerana terdapat pelbagai hikmah sekiranya kita menuntut ilmu, tidak kira di dunia mahupun ketika kita sudah meninggal.

Anda mungkin juga menyukai