Anda di halaman 1dari 8

PENGURUSAN INDUK

MOHAMAD HAFIZI BIN ZAKARIA MUHAMAD HAFIZUL HARRIS BIN NOOR FIAH NORLINA BT ALAN NUR ZAKIAH BINTI ZAKARIA

Pengurusan induk penting supaya proses pengawanan berlaku dengan sempurna. Pengurusan induk dapat membantu anak-anak ikan sihat. Mengenalpasti bagaimana untuk menentukan waktu yang sesuai untuk ikan mengawan.

Pilih pasangan ikan hiasan yang tidak terlalu tua

kerana induk yang tua kurang reproduktif dan tidak bertenaga untuk mengawan. Berikan makanan selama seminggu dengan banyak kerana kerana mereka memerlukan tenaga semasa proses pengawanan.

Tangki mengawan disediakan sebagai tempat berlakunya

proses mengawan letakkan serombong plastik beserta air ke dalam tangki tersebut supaya induk jantan tidak menggigit induk betina sehingga induk betina bersedia untuk proses mengawan. Masukkan air ke dalam tangki sehingga separuh penuh. Letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Dan letakkannya di permukaan tanki yang sudah diisi airnya. Ia akan berbentuk seperti "terowong". Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hidup.

Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hidup.

Tumbuhan yang hidup lebih baik (e,g: Kiambang)

kerana ia mempunyai nutrien. Nutrien bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan.

Letakkan ikan jantan ke dalam tangki mengawan terlebih

dahulu. Tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tanki mengawan yang ada sediakan. letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih.

Selama seminggu , anda akan melihat garisan vertikal di

perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikan betina akan lebih putih dari sebelumnya. Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelaga berwarna gelap. Untuk lebih jelas lagi , pada waktu malam , suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertikal tersebut lebih mudah dilihat lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih.

Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina

Jika tiada mengawan dijalankan , dan tentu ikan

jantan akan menggigit ikan betina. Letakkan ikan betina di dalam serombong semula. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang sarangnya. Kemudian dia akan mengawan seperti di dalam video tersebut. Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam.

Anda mungkin juga menyukai