Anda di halaman 1dari 15

PENYIMPANAN DAN PENYENGGARAAN STOK

Nor Farina, Hanna Cecelia

Memisahkan bahan
kimia dari peralatan
yang lain
Simpan stok baru
dibelakang stok
lama

Selalu semak
stok

Cara
penyimpanan
stok

Tulis tarikh
penerimaan
stok

Gunakan stok
yang lama
dahulu

Bagi Bahan Kimia


Haruslah diabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan
kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup.
.Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi
habuk.
Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut
nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di
bawah nama sebatian ammonium.
Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara
dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.

ASID DAN ALKALI

Bahan kimia cecair (asid dan alkali) yang mengkakis tidak


boleh diletakkan di atas rak yang tinggi.

Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan
dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin.
Jika hendak dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau
yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.
Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif
. Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.
Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat
dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca
berwarna gelap.

Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti


vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya
perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian
arsenik dan garam sianida. Simpan di dalam almari khas
yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

Penyelengaraan Stok

Penyelenggaraan secara terancang

Penyelenggaraan secara terancang bermaksud


pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan secara teratur
dan kebiasaannya dilakukan sekali atau dua kali dalam
setahun sama ada oleh kakitangan makmal ataupun firma
pakar.

Penyelenggaraan juga berkaitan dengan mencuci dan membersih


peralatan dan radas dalam makmal
Sebelum menyimpan peralatan dan radas ditempat yang telah
ditentukan, peralatan dipastikan bersih daripada sebarang kekotoran
hasil daripada ujikaji yang dilakukan oleh pengguna
Ini demi memastikan kekotoran yang melekat tidak mengganggu
perjalanan ujikaji seterusnya

Penyelenggaraan secara terancang juga memerlukan buku rekod peralatan

yang seharusnya menjadi tanggungjawab kakitangan makmal.


menyediakan rekod peralatan atau radas yang dirosakkan, telah rosak dan

bilangan yang rosak serta bertanggungjawab dalam pengambilan dan


penyimpanan peralatan dan bahan kimia di tempat sepatutnya selepas
digunakan
Penyelia makmal juga dapat melakukan tindakan yang sewajarnya dengan

kekurangan peralatan atau radas tertentu dalam makmal

Kepentingan Penyelengaraan Stok


Memberi pengetahuan terhadap barangan rosak dan pakai habis
dalam makmal.
Melakukan penggantian peralatan supaya stok peralatan mencukupi
untuk sepanjang tahun.
Kesimpulannya, peralatan atau radas perlu diselenggara supaya
mereka berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai