Anda di halaman 1dari 19

Penggunaan Bahan

Sejarah

ya anda diberi bahan-bahan sejarah di atas, bagaiman


nakannya sebagai bahan untuk mendapatkan maklum
?

Pengenalan
Apabila menggunakan bahan sejarah kita tidak dapat
lari daripada membuat tafsiran.
Tafsiran membawa erti sebagai penerangan, penjelasan,
ulasan, taksiran, malah kajian terhadap sesuatu
keadaan, peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku.
Di dalam sejarah apa yang ditafsirkan ialah peristiwa
yang telah pemah berlaku pada sesuatu ketika yang
telah lalu yang sumber-sumber mengenainya masih lagi
boleh didapati
Tun Seri Lanang, telah mentafsirkan Empayar Melayu
Melaka melalui Sulalatus Salatin dan Raja Ali Haji
mengenai Empayar Johor-Riau dan peranan orang Bugis
melalui bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nqfis.
Arnold Toynbee menyifatkan Ibnu Khaldun telah
"merumuskan satu filsafat sejarah yang sudah pasti
merupakan satu karya yang paling agung di antara yang
pernah diciptakan oleh minda sesiapapun juga pada
bila-bila masa dan di mana jua."

Keobjektifan Sumber Sejarah


Dalam sejarah, sesuatu peristiwa itu dikaji melalui
sumber, bertulis dan tidak bertulis, yang masih
kekal mengenai peristiwa itu.
suatu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun
penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah
dengan berdasarkan kepada sumbernya yang
masih kekal
Penerangan ataupun tafsiran itu haruslah
dilakukan melalui proses penyelidikan sejarah
yang kritis itu.
hasil yang dianggap objektif itu haruslah dapat
dipertahankan kebenarannya, sekurang-kurangnya
untuk sementara waktu sehinggalah terdapat pula
suatu penerangan yang lain yang mungkin
memaparkan kelemahan dan juga kesilapan.

Langkah-Langkah Pengkajian Sejarah


memahami dan mengamalkan
proses penyelidikan yang kritis
lagi sistematik
mendapatkan serta menggunakan
sumber yang utama
memeriksa, mengkaji dan
menganalisis sumber itu dengan
kritis dan jujur
Melakukan tafsirannya, iaitu
menerangkan sesuatu peristiwa
yang berkenaan

Ibnu Khaldun menyenaraikan 8 perkara yang


menyebabkan penulisan/ pentafsiran sejarah
terseleweng
a. semangat parti
b. terlalu yakin terhadap sumber sendiri
c. menulis untuk memperoleh kasih dan membesarbesarkan lebih dari sesungguhnya
d. tidak faham akan peristiwa yang dimaksudkan,
yakni tidak dapat menangkap erti yang sebenarbenamya daripada apa yang telah dilihat atau
didengamya
e. kepercayaan yang berlebih-lebihan terhadap
kebenaran sumber
f. tidak mampu menempatkan sesuatu kejadian itu
dalam hubungannya yang sebenar dengan tepat
g. kejahilan tentang hukum yang menguasai
perubahan masyarakat manusia
h. sikap tidak menghiraukan perubahan yang terjadi
pada keadaan alam dan manusia.

Pendekatan Penggunaan Sumber Sejarah


Sejarah menuntut pengkajinya mencari kebenaran
tentang sesuatu peristiwa melalui kajian yang sistematik
serta penghujahan yang kukuh, logik dan objektif.
Ahli sejarah perlu mengetahui dan memahami apa itu
proses kritikan sumber.
Kritikan sumber merupakan satu ujian untuk
mengesahkan atau menyangkal kebenaran pensejarahan
atau sumber-sumber tertentu. Ia turut dianggap sebagai
satu usaha untuk memastikan ketulenan sesuatu sumber
asli itu
Arbaiyah Mohd Noor (2000): sumber yang telah diuji
kebenarannya merupakan perkara yang amat penting
dalam sejarah dan berbeza dengan penulisan sastera
yang kreatif, dan sekiranya sumber itu diterima bulatbulat maka masyarakat tidak akan dapat menerima
hakikat ssuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku itu
sama ada benar ataupun tidak sebagaimana berlaku
pada karya Sejarah Melayu.

Kaiatan
Sumber
sejarah

Kaitan antara
sumber dan
kritikan sumber

bias
subjektiviti
Motif penulisan

Pengadilan Moral

Kritikan
Sumber

Apa dia kritikan sumber?


Kamus Dewan Bahasa (edisi ke 3): kritikan adalah
analisis, teguran, penilaian serta ulasan sesebuah
karya mengenai kelemahan dan keburukan sesebuah
karya. Sumber adalah bahan yang amat luas meliputi
pelbagai sifat dan bentuk.
Marc Blooch: kritikan adalah kaedah menguji kebenara
sesuatu sumber kerana adanya kesangsian terhdap
faktanya yang diberi saksi masa lampau.
R. G. Collingwood: kaedah kritikan sebagai sejarah
kritikal yang boleh diertikan pentafsiran sumber
sebagai penilaian bagi memastikan sesuatu objek dan
maklumat yang digunakan itu benar atau tidak.
Kritikan merujuk kepada proses pentafsiran bukti yang
dilakukan oleh sejarawan bagi menghasilkan karya
sejarah yang berkualiti dan mencapai kebenaran
sejarah.

Jenis-jenis Kritikan Sumber Sejarah


Kritikan Luaran
melibatkan
perkara-perkara
luar yang berkaitan
dengan fizikal
bahan atau teks
sejarah
Menggunakan ujian
kimia, ujian bahasa
dan ujian tulisan
tangan

Kritikan
bertujuan Dalaman
untuk
menentukan
ketepatan atau
kerasionalan
tentang sesuatu isi
kandungan sesuatu
sumber sejarah
memahami bahasa,
maksud tulisan
penulis dan
mengetahui akan
ragam, niat serta
fikirannya itu dalam

Kritikan Luaran
kritikan yang mellibatkan perkara-perkara luar yang
berkaitan dengan fizikal bahan atau teks sejarah
Kaedah yang digunakan
a. Ujian kimia
. Untuk menentukan hayat dokumen/ tarikh sebenar
. Mengesan pemalsuan (lihat kertas, dakwat, cap dll)
b.
Ujian bahasa
. Untuk menentukan gaya bahasa, perkataan dan
ejaan
. Makna berlainan dan boleh berubah disebabkan
perubahan masa dan evolusi bahasa.
c. Ujian tulisan tangan
. Untuk memastikan tulisan asal individu yang dirujuk
. Membuat perbandingan antara dokumen-dokumen
. Bentuk tulisan tangan adalah unik dan mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri.

Bertujuan mengesah ketulenan dan


kesahihan menerusi sifat-sifat luaran
Kritikan luaran dijalankan dengan beberapa
persoalan terhadap sumber itu iaitu:
Bila sumber itu dicatat atau direkodkan?
Dimana ia dihasilkan?
Siapa yang menghasilkan?
Daripada bahan apa ia dihasilkan?
Daripada bentuk apa asalnya ia dihasilkan?
ahli sejarah perlu mempunyai kemahiran dan
kepakaran dalam menyelesaikan masalah
yang wujud terhadap sumber / dokumen dan
kadang-kadang memerlukan bantuan pakar
sains dalam hal ini.

Kritikan Dalaman
Bermula selepas proses kritikan luaran selesai
dengan sempurna.
Tumpuan kepada proses tafsiran ke atas
kandungan sumber.
Orang Arab banyak menggunakan kritikan
dalaman dalam memastikan kandungan Al
Quran benar-benar sahih.
Kajian terhadap bahasa, maksud tulisan
penulis dan mengetahui akan ragam, niat serta
apa yang difikirkan oleh penulis.
Kerasionalan sumber boleh diteliti dengan
menghubungkait beberapa persoalan seperti:
siapa (berkait rapat dengan pengarang bias,
latarbelakang), bila dan dimana.

Kaedah yang digunakan


a. Membuat penafsiran verbal:
Kajian dibuat kepada pengetahuan bahasa dan
tulisan yang digunakan pada dokumen sejarah.
Melihat makna perkataan dan ayat bagi mendapat
idea yang cuba ditonjolkan oleh penulis.
Memerlukan pengetahuan dari pelbagai sudut
bahasa dan perbendaharaan kata. Juga
melibatkan proses terjemahan (proses literasi)
contoh pengkajian manuskrip perjanjian pajakan
Singapura kepada Bitish antara Temenggung
Johor dengan Stamford Raffles yang
menggunakan Bahasa Melayu lama bertulisan
jawi, catatan Batu Bersurat di Kuala Berang,
Terengganu atau catatan pada manuskrip lama
perjanjian dalam Bahasa Belanda dan Portugis

b. Pentafsiran teknikal :
. mengenalpasti niat dan kecenderungan
penulis dalam membuat justifikasi dalam
penulisan sejarah.
. Berasaskan dua pertimbangan iaitu tujuan
penulis dan melakukan bentuk bentuk
pembacaan yang tepat.
. Contoh: isu-isu sulit dan sensitif berkaitan
Peristiwa 13 Mei 1969, Peristiwa Memali
1986, Isu BERSIH 1.0 dan 2.0 yang
kadangkala penulis tidak dibenarkan meneliti
dokumen sulit seperti salinan laporan polis
tetapi lebih merujuk kepada Kertas Putih
Kerajaan, laporan akhbar atau daripada
beberapa saksi proto dan saksi mata.

c. Pentafsiran Logikal:
. Tujuan menyambung pelbagai bahagian sumber
mengikut kaedah pemikiran yang betul.
. Mencantumkan fakta yang ditemui berdasarkan
kepada fakta-fakta yang munasabah. Kerap kali
dikaitkan fakta fakta dalam penulisan dengan
kronologi dan jangka masa peristiwa.
. Contoh: kelahiran seseorang tokoh atau kejadian
peristiwa besar dalam sejarah negara Malaysia
dengan peristiwa banjir besar ( Bah Merah ),
kedatangan Jepun di Tanah Melayu, pengunduran dan
kekalahan Jepun, kemasukan anggota Bintang Tiga
dan sebagainya.
d. Pentafsiran psikologi:
. keperluan untuk memahami dan menelah pemikiran
penulis atau pengkaji.
. Pemikiran seseorang tokoh dan penulis sejarah
memang tidak dinafikan sangat dipengaruhi oleh
faktor politik, fizikal, ekonomi, agama dan sosio
budaya.

Contoh: tokoh-tokoh seperti Prof. Kua Kia Soong yang


dipengaruhi pemikirannya oleh parti pembangkang, Prof.
Muhammad Abu Bakar yang banyak memfokuskan penulisan
berkaitan pendidikan pondok dan pendidikan awal institusi
Islam kerana beliau terdidik dengan pendidikan agama
sejak kecil atau Pendeta Bahasa ZAABA ( Zainal Abidin bin
Abdul Wahid ) yang tinggi kecintaannya kepada sejarah
Bahasa Melayu dan susur galur Bahasa Melayu sebagai
Lingua Franca.
Pentafsiran psikologi banyak membantu penyelidik
membuat pentafsiran yang tepat dan dapat mengesan bias
penulisan yang ditulis penulis.
e. Pentafsiran Fakta
. memastikan penulisan dilakukan berdasarkan fakta sejarah
yang tepat dan benar.
. Sumber yang dirujuk dan diteliti dianggap mampu memberi
fakta sejarah dan gambaran sebenar peristiwa besar yang
berlaku.
. Contoh: Catatan pada Perjanjian Pangkor yang menjadi
rujukan kepada pengkaji sejarah berkaitan penyerahan
Kesultanan Perak kepada British untuk mentadbir negeri
Perak

4 faktor bagi memastikan ketepatan


dokumen
a. Latar belakang penulis: siapa dan
pengetahuannya
b. Perbezaan masa antara waktu data direkod
dan kajian dijalankan
c. Kecenderungan (bias) dan tujuan
penulisan: maalah bila penulis mempunyai
motif / tujuan tertentu sama ada sengaja
atau tidak
d. Konsistensi data: Setiap maklumat atau
bukti yang diterima mestilah dibandingkan
dengan maklumat atau bukti lain.

Kepentingan Kritikan Sumber


1. Menyempurnakan sesuatu kajian seseorang
sejarawan
2. Menentukan ketulenan dan keaslian
sumber
3. Mengetahui siapa yang menulis dan dari
mana sumber tersebut diperolehi

Anda mungkin juga menyukai