Anda di halaman 1dari 10

BAB 4: SALING BERSANDARAN

ANTARA ORGANISMA HIDUP


DAN PERSEKITARAN
4.1: Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup
Habitat, Spesies, Komuniti dan Ekosistem

Habitat merupakan tempat organisma hidup


dan membiak.
Jadual di bawah menunjukkan contoh habitat
beberapa jenis haiwan dan tumbuhan.
Spesies merujuk kepada jenis organisma.
Organisma yang sama spesies mempunyai
ciri-ciri yang serupa dan boleh membiak
sesama sendiri untuk menghasilkan anak.
Contohnya adalah monyet, kucing dan
harimau.
Populasi merupakan sekumpulan organisma
yang sama spesies yang hidup di dalam suatu
habitat. Contohnya populasi lembu di ladang.
Komuniti terdiri daripada beberapa populasi
haiwan dan tumbuhan yang berbeza hidup
bersama-sama dan saling mempengaruhi
serta berinteraksi di dalam suatu habitat.
Contoh komuniti kolam terdiri daripada
populasi ikan, populasi siput dan populasi
tumbuhan yang saling bersandaran antara
satu sama lain.
Ekosistem merujuk kepada beberapa
komuniti yang saling bersandaran dan
berinteraksi antara satu sama lain dengan
persekitaran bukan hidup seperti air, udara,
cahaya matahari dan tanah. Contoh
ekosistem adalah hutan hujan tropika, hutan
paya bakau, padang rumput dan lautan.
Dalam satu ekosistem biasanya terdapat
beberapa habitat.
Saling Bersandaran dalam Alam Sekitar

Semua organisma yang hidup dalam satu


ekosistem adalah saling bersandaran antara
satu sama lain.
Haiwan mendapatkan makanan, tempat
perlindungan dan oksigen daripada
tumbuhan.
Haiwan juga mendapatkan sumber makanan
dan perlindungan daripada haiwan yang lain.
Tumbuhan hijau memerlukan cahaya
matahari dan karbon dioksida untuk
menjalankan fotosintesis dalam
menghasilkan makanan.
Tumbuhan juga bergantung kepada haiwan
untuk menyebarkan biji benih atau debunga.
Haiwan dan tumbuhan juga saling
bersandaran dengan persekitaran. Contohnya
tumbuhan mendapatkan sumber cahaya
matahari dan air untuk menghasilkan
makanan. Haiwan memerlukan air dan udara
untuk terus hidup.
Saling bersandaran antara benda hidup dan
benda bukan hidup dalam alam sekitar adalah
penting untuk mengekalkan keseimbangan
dalam alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai